• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
 
CIRI-CIRI TAMADUN HWANG-HO
 
Latar Belakang
Tamadun awal China telah wujud di Lembah Sungai Hwang-Ho atau Lembah SungaiKuning pada tahun kira-kira 5000 SM. Lembah Sungai Hwang-Ho ini mempunyai tanahloes yang subur yang sesuai untuk kegiatan pertanian. Bukti yang menunjukkankewujudan Tamadun Hwang-Ho ini ialah perjumpaan manusia homo sapien Cina di Sze-Chuan dan Yang-Tze. Selain itu, manusia Peking juga ditemui dan dipercayai bahawamanusia ini hidup hampir 500,000 tahun dahulu. Kerajaan Shang wujud pada zaman initetapi asal-usulnya kabur. Namun begitu, Kerajaan Shang ini dipercayai bermula antaratahun 1700-1600 SM dan berakhir pada tahun 1122-1100 SM. 
Ciri-ciri
 Pembentukan Bandar 
Penduduk Cina mendapati Lembah Sungai Hwang-Ho sesuai untuk pertanian. Merekamendirikan perkampungan tetap di sana. Perkampungan ini berkembang dengan pesatdan mengalami urbanisasi dan seterusnya menjadi bandar. Bandar ini mempunyai sistemekonomi dan struktur masyarakat yang kompleks. Contoh bandar atau negara kota yangwujud ialah Kota Shang (2000 SM), Anyang (1800 SM), Loyang, Changgan dansebagainya. Kebanyakan bandar ini muncul di tebing sungai dan tembok telah dibinauntuk melindungi bandar tersebut. 
 Pembentukan Kerajaan
Pada permulaan, setiap negara kota itu merupakan satu kerajaan. Terdapat satu daripadanegara kota itu telah berjaya memperluaskan wilayahnya dengan menawan negara kotayang lain. Negara kota itu ialah Shang. Juga dipercayai bahawa sebelum Shang, terdapatsatu dinasti yang bernama Hsia. Raja Shang ini kemudian memperkuatkan kekuatantenteranya dan negara kota yang lemah pun secara sukarela menunduk terhadapkekuasaan Shang. Maka akhirnya Kerajaan Shang pun ditubuhkan. Kerajaan Shang inidiketuai oleh seorang raja dan setiap orang bangsawan pula akan diberikan sesuatuwilayah untuk ditadbir secara turun-temurun. Kerajaan Shang ini beribu kota di Anyang.Kerajaan Shang ini kemudian diguling oleh Wu Wang dari Kerajaan Chou keranakezaliman raja Shang yang bernama Zhou Hsin. 
Wujudnya Organisasi Sosial 
Dalam organisasi sosial Tamadun Hwang-Ho, Raja menduduki hierarki yang tertinggidalam masyarakat Cina. Di bawahnya, terdapat golongan bangsawan, mereka merupakangolongan yang berpengaruh di kalangan rakyat. Selepas bangsawan, golongan petanimenjadi golongan yang penting. Namun begitu, ramai daripada mereka menjadi hamba berhutang pada zaman Dinasti Chou kerana tidak dapat mengeluarkan hasil yangmencukupi. Artisan, peniaga dan askar menduduki tempat yang paling rendah dalamhierarki masyarakat China. Selain itu, terdapat ahli-ahli sihir yang mentafsirkan mimpiraja dan pawang yang menjalankan upacara-upacara di istana Shang. 
 Perkembangan Teknologi
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...