You are on page 1of 5

SJK ( C ) Pei Hwa ditubuhkan pada 1923. Jemaah Pengurus Sekolah ditubuhkan pada 1923.

PIBG sekolah ditubuhkan pada 1973. Jawatan Pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah dan YDP PIBG Sekolah ini kini disandang oleh En. Tan Piah Sung AMN., PPN.,PIS. En Lee Gin Chee dilantik sebagai Guru Besar SJK ( C ) Pei Hwa mulai 1 Mei 1998. Jumlah bilangan guru sekolah ini pada awal tahun 2010 adalah 56 orang, termasuk 4 orang Guru Penolong Kanan : GPK I En Ching Yun Ming, GPK HEM Pn Liew Hun Ee, GPKKK En Ng Kong Guan dan GPK Petang Pn Norhayati Eng Bte Abdullah. Dua orang guru Bimbingan dan Kaunseling, seorang guru pemulihan dan seorang guru Pendidikan Agama Islam. Staff bukan akademik termasuk seorang Ketua Pembantu Tadbir(N22), dua orang Pembantu Tadbir(N17), seorang Pembantu Am Pejabat(N4), dua orang Pengawal Keselamatan dan 6 orang pekerja petender. Jumlah bilangan murid terkini adalah 947 orang.

Keluasan kawasan sekolah ini adalah 2 ekar. Bangunan-bangunan sekolah termasuk: -seblok bangunan 2 tingkat mengandungi 10 bilik darjah ( dibina pada 1962 ) -seblok bangunan 2 tingkat mengandungi 1 buah bilik GPK dan 6 buah bilik darjah ( dibina pada 1970 ) -seblok bangunan 3 tingkat mengandungi 1 buah dewan tertutup, pejabat pentadbiran, makmal sains, bilik KH, bilik PSV, bilik komputer dan bilik guru. ( dibina pada 1974 ) -seblok bangunan 2 tingkat mengandung 3 buah bilik darjah dan kantin ( dibina pada 1986 )

-sebuah gelanggang bola keranjang berbumbung ( dibina pada 1997 )


-seblok bangunan 4 tingkat telah siap dibina oleh Kementerian Pendidikan pada Febuari 2002. Bangunan ini mengandungi : 1 buah bilik GPK I 2 buah bilik guru 1 buah bilik mesyuarat 1 buah Pusat Sumber ( Perpustakaan dan Bilik APD ) 1 buah bilik operasi SPBT 1 buah klinik gigi 5 buah bilik darjah 1 buah bilik PJ 1 buah bilik cetak 4 buah tandas -seblok makmal komputer siap dibina pada tahun 2006.

You might also like