You are on page 1of 2

TAJUK : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGECAM NOT DALAM RUANG DAN ATAS GARISAN BALUK OLEH : IDRUS BIN DAHLIH

PGSR MUZIK 2008-2012

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid mengecam not

dalam ruang dan atas garisan baluk dengan menggunakan kaedah Akronim bagi mewakili nama not di atas dan dalam ruang baluk. Kajian akan dibuat kepada 11 orang murid tahap 2 di Sekolah Rendah Kebangsaan di luar bandar iaitu 5 orang lelaki dan 6 orang murid perempuan yang akan terlibat dalam kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji. Pemilihan kumpulan sasaran ini kerana mereka di bawah kawalan pengkaji dan diharapkan pengkaji dapat

membantu meningkatkan kemahiran murid mengecam not dalam ruang dan atas garisan baluk dengan menggunakan kaedah Akronim. Pendekatan

pembelajaran Carl Orff yang melibatkan eksplorasi,imitasi,improvisasi dan literasi akan diaplikasikan dalam kajian ini. Kajian ini akan dilaksanakan

dengan menggunakan tiga kaedah iaitu menggunakan senarai semak, bahan rakaman dan dokumen hasil kerja murid. Kolerasi akan dibuat menggunakan markah instrument dan markah ujian saringan murid tahun 5. Kolerasi ini bagi

membuktikan terdapatnya hubungan masalah tahap pembelajaran murid mengecam not dalam ruang dan atas garisan baluk. Data yang didapati dari instrument akan dianalisis bagi mengesan masalah tahap pembelajaran melihat

murid dan seterusnya

tindakan pemulihan akan dilakukan bagi

keberkesanan kaedah Akronim.

You might also like