You are on page 1of 4

KESILAPAN DALAM PERIBAHASA AKIBAT KESILAPAN MENGEJA RUMI DARIPADA JAWI

HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI DAN MELEPASKAN BATOK DI TANGGA ( PEMURNIAN SEMULA PEPATAH MELAYU ). 1. Harapkan pagar, pagar makan padi sepatutnya harapkan pegar, pegar makan padi.

Ayam pegar - sejenis burung yang menyerupai ayam Ayat Asal dalam bahasa jawi.

- Dr. Burhanuddin Helmi

Jadi perkataan sebenarnya ialah PEGAR bukannya PAGAR. Selama ni, kita tidak terfikir langsung bagaimanakah pagar boleh makan padi? Agak tidak logik apabila pagar yang tidak berkeperluan untuk makan boleh memakan padi itu dan jarang sekali kita melihat sawahsawah yang dipagar. Apatah jika padi itu sudah dituai dan diletakkan di tempat khas, jarang sekali kita melihat adanya pagar yang boleh diharapkan menjaga padi-padii tersebut. Tetapi apabila mengunakan perkataan PEGAR baharulah peribahasa ini bersifat logik kerana PEGAR adalah sejenis burung, yang digunakan pada masa dahulu untuk memakan serangga di bendang sawah; yakni musuh yang merosakkan atau memakan pagi. Namun burung, atau ayam pegar ini juga turut memakan padi itu sendiri sekiranya musuh padi itu sudah tiada. Jadi barulah logik jika ayatnya sepatutnya menjadi Harapkan Pegar, Pegar makan padi

Burung Pegar

Ini sedikit info mengenai burung tersebut di wikipedia ( Burung Pegar ) Dalam Kamus Dewan edisi keempat, Pegar dimaksudkan sebagai sejenis ayam atau burung yang dikenali sebagai burung Tetara; atau Lophura Ignita Rufa

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas Burung Pegar atau Ayam Pegar adalah nama umum dari kelompok burung famili Phasianidae ordo Galliformes, termasuk burung-burung jenis Kuau dan lain-lain. Mereka dicirikan dengan sifat dimorfisme seksual yang kuat, warna spesies jantan lebih cerah dan kaya warna serta memiliki ekor yang lebih besar dan panjang. Ukuran tubuh jantan umumnya lebih besar dari

pada betina. Jantan tidak memiliki peran dalam membesarkan Burung Pegar muda. Burung Pegar umumnya memakan biji-bijian dan beberapa memakan serangga. Terdapat 35 spesies pegar dari 11 genera. Yang paling diketahui secara umum tersebar di seluruh dunia melalui introduksi. Beberapa spesies sangat populer sebagai hewan peliharaan, misalnya Pegar Emas.

Petikan ini ditulis oleh Shameel Iskandar melalui blognya : http://www.bicaradariaku.com tetapi telah saya edit sebahagian untuk huraian yang menggunakan bahasa yang lebih gramatis. Selama ini kita tersilap dan tersalah dalam menggunakan pepatah Melayu ini. Yang sering digunapakai, baik dalam ucapan mahupun tulisan ialah Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi.

Namun, jika difikir secara mendalam, perkataan itu(pagar) amat tidak logik: Pertama: kerana pagar bukannya benda hidup, jadi macam mana ia boleh makan. Kedua pula: mana ada sawah padi yang berpagar. Pepatah yang tepat ialah Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi. Apa itu Pegar? Pegar ialah sejenis burung. Di panggil juga ayam pegar. Saiznya sebesar ayam dan melata seperti ayam dan burung boleh terbang seperti burung yang lain. Pegar kini agak susah untuk ditemui dan burung ini diancam kepupusan. Kenapa Pegar dikatakan boleh menjaga padi? Hal ini memandangkan pegar banyak terdapat di pinggir hutan berhampiran sawah. Jadi, ia memakan serangga perosak padi seperti siput gondang, belalang dan juga ketam. Namun, di samping itu, ayam pegar juga turut memakan padi. Jadi, pegar memakan musuh padi dan dalam masa ia juga turut memakan padi. Dari sinilah timbulnya pepatah Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi. Makumat lanjut sila rujuk Berita Harian, Rabu, 11 Januari 2012, M/S : N10. Ruangan Mewah

Bahasa Oleh Prof Madya Dr Nor Hisham Osman(Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu(APM), Universiti Malaya)

2. Melepaskan batuk di tangga sebenarnya melepaskan batok di tangga.

Begitu juga dengan kata perpatah Bagai melepaskan batuk di tangga yang sebenarnya bukan Batuk tetapi Batok! Perkataan Batok adalah bermaksud tempurung (di wikipedia ini adalah perkataan pinjam jawa ke bahasa melayu) . Jadi ayat yang sebenarnya.

Walau bagaimanapun, kedua-dua peribahasa ini tetap diterima dalam penulisan karangan PMR dan SPM.
***

You might also like