Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword or section
Like this
6Activity
P. 1
MODUL QJU3013 - KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PJ DAN PK.pdf

MODUL QJU3013 - KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PJ DAN PK.pdf

Ratings: (0)|Views: 7,399|Likes:
Published by Dk Normah Pg Nasip
Uploaded from Google Docs
Uploaded from Google Docs

More info:

Published by: Dk Normah Pg Nasip on Nov 13, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/14/2013

pdf

text

original

 
1
UNIT 1PENGENALAN TRANSFORMASI KURIKULUM
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran ini pelajar dapat:1. Mengulas definisi kurikulum dan peranan kurikulum dalam sistem pendidikan di Malaysia.2. Menghubungkait kurikulum futuristik dengan konsep transformasi sistem pendidikan diMalaysia.3. Melakar peta konsep tentang transformasi kurikulum sekolah rendah dari aspek tujuan,ciri, kandungan, elemen kemahiran dan penilaian.4. Membincangkan cabaran dan cadangan menangani perkara dalam pelaksanaanKurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
PENGENALAN
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha untuk memantapkan sistem pendidikanyang relevan dengan tuntutan semasa dan masa depan pembangunan pendidikan negara.Justeru itu, Kementerian Pelajaran telah membuat penambahbaikan terhadap kurikulumyang sedia ada dengan melaksanakan transformasi kurikulum di peringkat sekolah.Transformasi tersebut adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu suatuusaha penambahbaikan yang berterusan bagi menghasilkan individu yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepadatuhan.
KURIKULUM PENDIDIKAN
Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, teks berikut adalah petikan Peraturan KurikulumKebangsaan Pendidikan 1997. “Kurikulum Kebangsaan adalah suatu program pendidikanyang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua aspekpengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untukmembantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini danuntuk menyampaikan pengetahuan” (PPK, 2001).Kurikulum Kebangsaan digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu suatuusaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.Matlamatnya adalah untuk a) melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu,b) melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera,c) menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan negara, dan d) memberi peluangpendidikan kepada semua warganegara Malaysia. Manakala misi kurikulum tersebut adalah
 
2
untuk membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagimemperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.Penyataan falsafah dan kurikulum adalah sebagai pedoman, arah tuju atau pandanganterhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Falsafah dan kurikulummenjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kandungan, bahan-bahanpelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran serta penilaian dapat diselaraskan dengankurikulum mata pelajaran ke arah meningkatkan kualiti sistem pendidikan.Bagi meningkatkan kualiti sistem pendidikan, kurikulum pendidikan perlu dirancang dandiurus dengan teliti selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21 yang bersifat futuristik,dinamik dan bertaraf pengantarabangsaan. Demi mencapai pendidikan berkualiti,Kementerian Pelajaran perlu menambahbaikkan sistem pendidikan, kurikulum, profesionpendidikan, kemudahan fizikal dan kelengkapan serta keefisienan pengurusan (Mohd. Najib,1996).Berikan definisi kurikulum dan ulaskan peranan kurikulum dalam sistempendidikan di Malaysia. 
 __________________________________________________________________  _________________________________________________________________
Kurikulum adalah rancangan pembelajaran yang berlandaskan falsafah, visi dan misipendidikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan bersepadu. Rancanganpembelajaran mengandungi ciri-ciri dan struktur yang diterjemahkan ke dalam pengalamanbelajar untuk pelajar dan pengalaman mengajar untuk guru bagi mentakrifkan kurikulumabad ke21.
Ciri-Ciri Kurikulum
Fungsi kurikulum ialah sebagai alat atau media untuk mencapai matlamat dan tujuanpendidikan.
 
Fungsi tersebut seharusnya mengandungi
 
ciri-ciri yang dapat menyempurnakanperkembangan dan pelaksanaan kurikulum secara berkesan. Ciri-ciri kurikulum pendidikanabad ke 21 adalah seperti berikut:
Bersifat futuristik, fleksibel, dinamik, responsif, holistik, dan bersepadu.
Berkonsepkan “
the personhood 
” dan fokus kepada pendekatan humanistik.
Relevan dan koheran dengan keadaan semasa mengikut aliran pembangunan dankemajuan teknologi.
Mengandungi elemen kemahiran berfikir kreatif, kritis dan innovatifserta berkebolehan menyelesaikan masalah dan berdaya saing.
Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.Ciri-ciri tersebut mampu melahirkan modal insan berkualiti yang dapat menangani cabaranarus globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat komunikasi tanpa sepadan. Insan yangberupaya merancang masa depan, mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat, sesuaidengan budaya dan nilai sosial semasa. Justeru itu, suatu struktur perlu dibentuk bagimenyempurnakan perkembangan dan pelaksanaan ciri-ciri kurikulum pendidikan.
 
3
Struktur Kurikulum
Struktur kurikulum dikonsepsikan sebagai kerangka yang merangkumi komponen a) tujuan,b) kandungan, c) kaedah, d) sumber dan maklumat, dan e) penilaian.a) Tujuan: Kurikulum merupakan suatu program yang dimaksudkan untuk mencapai tujuanpendidikan. Tujuan itulah yang dijadikan arah atau acuan segala kegiatan pendidikanyang dijalankan. Tujuan kurikulum terbahagi kepada tiga aras iaitu; i).Tujuan JangkaPanjang - menggambarkan tujuan kehidupan yang diharapkan berdasarkan pada nilaiyang diambil dari falsafah. Tujuan ini tiada kaitan secara langsung dengan tujuan matapelajaran tetapi sebagai hala tuju setelah pelajar menyelesaikan alam persekolahannya.ii). Tujuan Jangka Sederhana – yang merujuk kepada hasrat visi dan matlamat sekolahterhadap pencapaian dan kemajuan pelajar semasa berada di alam persekolahannya.iii). Tujuan Jangka Pendek - dikhususkan bagi mencapai pembelajaran dalam kelas.Tujuan kurikulum yang meliputi aspek pengetahuan (kognitif), kemahiran (psikomotor),sikap (afektif) dan nilai-nilai yang diharapkan dapat dimiliki oleh pelajar bagi setiap matapelajaran.b) Kandungan: Kandungan kurikulum pendidikan menengah digubal berdasarkan matapelajaran teras dan elektif. Mata pelajaran teras melibatkan bidang seperti a)komunikasi, b) matematik, sains dan teknologi, c) kerohanian, nilai dan sikap, dan d)perkembangan diri. Mata pelajaran elektif melibatkan pelbagai bidang ke arahpengkhususan atau alam pekerjaan.c) Kaedah: Aspek penting terhadap pelaksanaan kurikulum dalam proses pembelajaran.Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membinadan mengukuhkan minat pelajar terhadap pembelajaran. Pelajar dibimbing supayabersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajaran secaraakses kendiri.d) Sumber dan maklumat: Sumber pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta sistempenyampaian maklumat tentang aktiviti, bahan, dan bimbingan. Melibatkan sumber yangberkaitan dengan teknologi maklumat. Kemudahan seperti komputer, multi media,cekera padat dan lebuh raya maklumat seperti 'internet' perlu disediakan untukdigunakan semua pelajar di samping kemudahan dan peralatan pengajaran danpembelajaran.e) Penilaian: Kurikulum yang telah dibentuk dan dilaksana perlu dinilai bagi memastikanianya sentiasa kemaskini bagi memenuhi keperluan semasa dan akan datang. Penilaiankurikulum boleh dilakukan secara berterusan melalui penilaian formatif dan padaperingkat akhir atau selesai sesuatu program melalui penilaian sumatif. Oleh keranapenilaian formatif dilakukan secara berterusan, perubahan-perubahan dan usahapenambahbaikan kepada kurikulum boleh dilakukan apabila perlu. Penilaian sumatif puladilakukan pada peringkat akhir atau setelah selesai pelaksanaan sesuatu program untukmembolehkan keputusan dibuat untuk penambahbaikan seterusnya.Struktur kurikulum pendidikan kebangsaan telah diterjemahkan dalam bentuk kerangkakonseptual seperti di Rajah 1.1.

Activity (6)

You've already reviewed this. Edit your review.
Carol James liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
mazni bin othman liked this
Bebe Yeow liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->