You are on page 1of 12

KELEBIHAN: (1) dapat mendengar/belajar pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja yang sesuai kepada kita, (2)

tidak perlu membawa hardcopy yang banyak e.g. al-Quran, kitab terjemaahan, kaset/CD, CD player........dengan digital, kita perlu ada Quran digital dan pen digital sahaja..sungguh ringkas. (3) pen digital rechargeable sepertimana mobile phone. (4) bagi mereka yang download ayat-ayat al-Quran ke mobile phone atau ipad atau PC, maka ianya semakin kemas dan tidak perlu ada wuduk atau boleh dibawa bersama ke tandas dengan syarat-syarat tertentu.

KEKURANGAN : (1) tiada orang yang dapat memberitahu kita di mana kesilapan bacaan kita, kita berpandu kepada bunyiaan bacaan qari berkenaan dengan cuba meniru bacaannya, (2) bagi kita yang download al-Quran dari Internet, perlu berhati-hati mengenai kesahihannya, (3) jika kita hanya belajar dari Quran digital itu sahaja, maka kita tidak akan mahir serta kemungkinan silap dalam tajweed....ini yang iblis suka....

Apa yang saya nyatakan ini hanya daripada pembacaan ringkas sahaja, belum pasti kesahihannya....perlu dibincang lagi... Katanya, jika kita hendak mencetak al-Quran perlu mendapat kelulusan dari Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran (LPPPQ) di Kementerian Dalam Negeri. Ianya diberi kuasa di bawah Akta Percetakan Teks al-Quran 1968 (Akta 326). Setiap permohonan teks al-Quran akan disemak oleh Lajnah Penyemakan dan Penilaian Teks al-Quran dan akan dikemukakan untuk kelulusan LPPPQ. Saya kurang pasti keanggotaan LPPPQ, tetapi ada satu panduan menyatakan (tidak berapa terang maksudnya) dianggotai oleh JAKIM, wakil agama negeri-negeri, jabatan mufti.....senarai ini saya kurang pasti............ saya ada senaraikan SIRIM.......ini saya kurang pasti adakan kita wajib merujuk kepada SIRIM atau tidak......tetapi ada syarikat yang merujuk PEN DIGITALnya kepada SIRIM untuk mengesahan....macam kita rujuk barang letrik agaknya........ apa pula peranan kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna?......ianya mempastikan apa yang dijual mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan...........al--Quran perlu ada pengesahan dan kelulusan kementerian dalam negeri.....hologram atau cop kelulusan perlu ada dimuka surat pertama atau muka surat terakhir al-Quran berkenaan.

Sekarang ini, banyak di jual Al-Quran digital di pasaran. Yang popular adalah Made in China. saya tak pasti bab kesahihan sebab tak pernah membeli mahupun melihat sendiri. Insyallah selepas ni kena pergi

check dan baca dan ambik gambar untuk rujukan dalam Assignment nanti. Yang pasti tanggungjawab pihak berkuasa harus segera dalam memantau segala bentuk teknologi yang berupa "Al-Quran Digital dan yang berkaitan dengan nya" secara online ataupun offline - agar kandungannya adalah tulen dan betul sebelum ianya di edarkan kepada pembeli...hmm rasanya kuasa di tangan kita juga, mungkin pembeli banyak membeli dari luar negara menerusi online dsbgnya..tugas kita jangan terus menggunakannya tanpa usul periksa kerana ia juga tanggung jawab kita, sekiranya ada yang silap di dlmnya bukankah kita main taklid je..ikut tanpa berdasarkan sesuatu ilmu

Mengkaji faktor-faktor yang perlu ada bagi memastikan kesahihan al-Quran di dalam bentuk

Ustaz, Produk tersebut wajib ada kesahihan daripada 2 agensi ini (1) JAKIM dan (2) Bahagian kawalan penerbitan dan teks al-Quran kementerian keselamatan dalam negeri.....mungkin kita boleh lihat apa yang mereka buat berkaitan al-Quran ini. Ini dari aspek pembeli, perlu lihat perkara berikut: * lihat cop kelulusan kementerian dalam negeri....ada no. siri lebihkurang 15 digit numeric dan cop dalam tulusan jawi....pada muka surat pertama atau terakhir al-Quran itu. * di jual oleh orang Islam (bukan Islam tidak dibenarkan menjual, kesalahan dibawah Akta) * apa lagi?

Pengenalan

selain Read Pen AlQuran Digital : AlQuran MP3 & MP4 Player,Mobile AlQuran,color digital quran, color quran clock, Islamic eBook, islamic children laptop,cd AlQuran, AlQuran Flash, AlQuran Online dll. sape2 boleh tambah... bg sy ini semua gadjet alquran.. fungsi utama sama je membaca n mendengar AlQuran. Apa Pandangan Rakan2 lain.. Sila Kongsikan..

PRODUKSI AL-QURAN DI MADINAH Top of Form User Rating: Poor Bottom of Form Info Pengguna 1/7/12 - Di pinggiran kota Madinah terdapat percetakan yang dibina untuk menjaga kemurnian kitab suci Al-Quran. Dengan pekerja berjumlah 1700 orang, setiap tahun, percetakan mampu mencetak 10 juta Al-Quran dalam bentuk cetakan, CD, dan kaset. /0 Best
Rate

Proses pencetakan Al-Quran. Selain mencetak Al-Quran, Percetakaan Mushaf Al-Quran Kompleks Malik Fahd ini juga menetapkan pengedaran Al-Quran di seluruh dunia termasuk membagikannya ke masjid-masjid ataupun institusi pendidikan.

Proses pengisian suara untuk pembuatan Al-Quran digital (CD / Kaset).

Proses tashih (editing suara) untuk pembuatan Alquran digital (CD/Kaset).

Mesin cetak Alquran kini menggunakan teknologi canggih.

Masjid di pabrik pencetakan Alquran Madinah al-Munawwaroh.

Kelebihan teknologi

Assalamualaikum, terdapat pelbagai teknologi pada masa kini yang telah dicipta dan sedang dicipta. Teknologi sekarang telah pesat membangun dari masa ke semasa dengan cepat. Islam juga tidak lari dari perkembangan teknologi ini, malah menggalak umatnya untuk mengusai bidang ini. Pada kali ini, saya ingin berkongsi akan kelebihan teknologi dalam islam. Antara gajet yang telah menyumbang dalam perkembangan dunia islam ialah al-quran digital. Dunia sains dan teknologi hari ini semakin berkembang dengan tercipta pelbagai jenis alat teknologi yang baru. Teknologi hari ini telah dapat membantu dan memudahkan kehidupan manusia. Pada zaman teknologi hari ini, kitab Al Quran juga telah dicipta dalam versi digital yang dapat membantu umat islam hari ini membaca dan memahami kitab Al Quran. Walaupun kitab Al Quran ini dalam versi digital tetapi segala pengisian dan kandungan dalam kitab Al Quran masih sama dengan kitab-kitab Al Quran yang biasa kita gunakan seharian.Cuma di zaman teknologi pada hari ini, para saintis dan perekacipta yang beragama islam telah mencipta satu teknologi yang canggih yang dapat membantu memudahkan umat islam hari ini membaca dan memahami kitab Al Quran. Al Quran digital ini telah diberi nama Al Quran Digital Read Pen. Al Quran Read Pen adalah pen elektronik yang jika ia disentuh di mana-mana ayat atau surah dalam Al Quran yang disediakan, maka pen itu akan membacanya. Al Quran versi digital ini adalah kitab Al Quran yang lengkap dengan 30 juzuk. Kita boleh mengubah dan mendengar bacaan qari yang menjadi pilihan. Terdapat beberapa qari yang terkenal boleh dipilih antaranya Sheikh Saad AlGhamidy, Sheikh Misyari Rashid, Sheikh Abdul Rahman As Sudais dan Sheikh Abdul Al-Matrud.Ia juga dapat membaca terjemahan dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris yang membantu kita untuk lebih memahami setiap maksud ayat Al Quran yang dibaca. Selain itu terdapat juga butang mp3 untuk memainkan irama-irama nasyid. Terdapat juga butang untuk memperlahankan atau menguatkan suara. Antara accessories lain yang disertakan sekali ini adalah earphone telinga untuk mendengar sendiri tanpa gangguan orang lain, cable usb dan juga user manual yang dapat membantu pengguna.

Antara kelebihan lain Al Quran digital ini adalah ia mudah untuk digunakan dan senang untuk dibawa ke mana-mana. Ianya sesuai untuk semua golongan sama ada golongan kanak-kanak atau golongan dewasa. Ianya juga sangat sesuai bagi ibu bapa yang ingin mengajar anak mereka membaca Al Quran. Ia telah membantu kita menyempurnakan ibadah membaca Al Quran. Selain itu, ia juga dapat menambah keyakinan diri kita apabila membaca Al Quran dan membantu melancarkan bacaan Al Quran.

Firman Allah dalam Surah Yunus ayat 57 yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. Pada zaman sekarang, jika kita tidak pandai atau kurang memahami bacaan setiap kali membaca Al-Quran, ia bukan lagi menjadi alasan untuk kita malas membaca dan mempelajari Al Quran setiap hari. Ini kerana kita boleh mempelajarinya dari bacaan yang dibaca oleh qari-qari yang terpilih melalui Al Quran Digital Read Pen ini. Kita juga dapat memahami setiap maksud bacaan dan tafsiran ayat-ayat Al Quran dengan lebih mudah.

PEN AL QURAN
Anda Selalu Was-Was Dengan Bacaan Al-Quran Anda?

Anda Selalu Membaca Al-Quran. Tapi Adakah Betul Bacaan Tajwid & Harkatbacaan Anda?
Usah Bimbang!Dengan Teknologi Terbaru, Semua Masalah Bacaan Al-Quran Anda TERBUKTI Dapat Diselesaikan Dengan Mudah Dan Berkesan. Rasulullah SAW meninggalkan dua perkara iaitu al-Quran dan hadis kepada umatnya sebagai rujukan. Selagi dua perkara itu dipegang dan dijadikan pedoman hidup, selagi itulah umat Islam tidak akan sesat selama-lamanya.
Sabda Rasulullah SAW: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya. (riwayat Malik). DEMO FUNGSI: Assalamuaalaikum,

Membaca Al-Quran merupakan satu kewajipan bagi kita umat islam. Al-Quran merupakan kitab suci dan kalam Allah S.W.T yang paling agung. Sudah menjadi kemestian buat kita untuk mengamalkan membaca al-quran serta mempelajari apa makna isi kandungan al-quran tersebut. Pelbagai kisah-kisah para nabi serta insan terpilih dahulu yang patut kita jadikan contoh dan teladan pada kehidupan seharian kita. Bukan itu sahaja, pelbagai maklumat yang terkandung didalam al-quran boleh kita aplikasikan didalam zaman sains dan teknologi ini agar dapat memberi kebaikkan pada kita semua.

Islam Itu Indah


Sebenarnya ajaran Islam amat indah dan mudah. Segala apa yang bermain diruang fikiran kita, pasti ada jawapannya didalam Al-Quran. Hebat sungguh kebesaran dan ciptaan Allah ini. Fahami dan hayati bacaannya serta terjemahannya

Mengikut Zaman Teknologi


Di zaman dunia serba canggih ini. Al-Quran juga dinaik taraf kepada digital. Tetapi anda jangan risau kerana walaupun ianya versi digital tetapi segala pengisian masih sama. Dalam zaman teknologi ini, para

saintis dan inventor yang beragama Islam telah mencipta sesuatu yang menakjubkan dan memudahkan lagi umat Islam khususnya dan bukan Islam amnya untuk mendalami ilmu Islam dari Al-Quran yang sebenar.

Penutup

Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarnya. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud : Daripada Ibnu Umar r.a berkata " Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.

Set Al-Quran Digital Pen ini dengan hanya RM 200 seunit sempena Awal Muharram 2012! Rebut peluang ini untuk tingkatkan amal ibadah anda dengan set Al-Quran Digital Pen sekarang! Keistimewaan : > Memudahkan pembelajaran Al-Quran dengan sendiri. > Panduan bacaan yang betul & sedap dari qari terkemuka. > Beserta terjemahan Melayu & Inggeris > Berkeupayaan cas semula, diguna dengan earphone & menyimpan mp3. > Mengandugi bacaan dalam sembahyang, muqaddam, zikir-zikir & doa2 harian > Buku doa Haji & Umrah. > Mendapat kelulusan JAKIM dan Kementerian Dalam Negeri. > Warranty 1 tahun.

Al-Quran terutama dalam bentuk digital yang semakin banyak dijual di pasaran tempatan kerana teks atau bahan tersebut dikesan mempunyai banyak kesilapan dan kesalahan.Orang ramai juga diingatkan supaya berhatihati dalam membeli Al-Quran digital bagi memastikan mereka mendapat kitab suci itu yang sahih dan bersih daripada sebarang kesalahan terutama dari segi ayat dan bacaan. Kebanyakan Quran digital yang cuba dibawa masuk ke negara ini terutama dari Korea Selatan, Hong Kong, China dan Taiwan, mengandungi banyak kesalahan tersebut. Kementerian telah menerima banyak permohonan untuk membawa masuk teks atau bahan Al-Quran ini dalam bentuk digital yang lebih mudah digunakan dan dibawa, serta mengandungi lain-lain maklumat untuk dijadikan sebagai panduan umat Islam.Bagaimanapun, didapati, teks al-Quran dalam bentuk digital ini kebanyakkannya mengandungi kesilapan dan perlu dibuat pembetulan sebelum dapat dipasarkan.

Setiap teks atau bahan al-Quran yang hendak dibawa masuk atau dipasarkan ke negara ini disemak oleh dua lembaga iaitu Lajnah Tasheh Al-Quran yang bertanggungjawab dalam membuat penyemakan dan penilaian teks al-Quran dan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran yang bertanggungjawab melulus atau membatalkan sesuatu lesen atau perakuan yang diberi oleh kementerian yang bertanggungjawab.

Dalam meluluskan permohonan untuk mengedar alQuran, setiap bahan tersebut tidak boleh mempunyai sebarang kesalahan besar iaitu dari segi kesilapan ayat atau bacaan bagi satu-satu juzuk. Kelulusan telah diberi kepada empat jenis al-Quran digital yang dikeluarkan oleh syarikat milik orang Islam iaitu Penman Digital Al-Quran (Al-Mukry) Portable keluaran Saba Islamic Sdn Bhd; Al-Quran Al-Karim (Digital Muslim Organizer), keluaran Pusat Multimedia Hafiz; Al-Quran Digital Al-Muhafiz, keluaran A.J.V. Electronic Devices dan Al-Quran Multimedia Edisi Juzu' Amma, keluaran Yayasan Restu. Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kementerian telah merampas 12,000 naskah al-Quran yang dicetak

tanpa kelulusan kementerian itu serta bercanggah dengan kandungan asal kitab suci tersebut. Antara kesilapan yang dikenal pasti ialah al-Quran tersebut dicetak bertukar-tukar surah serta saiznya tidak mengikut kelulusan yang diberikan oleh kementerian kepada syarikat pengedar terbabit.

Penutup

Assalamuaalaikum, Membaca Al-Quran merupakan satu kewajipan bagi kita umat islam. AlQuran merupakan kitab suci dan kalam Allah S.W.T yang paling agung. Sudah menjadi kemestian buat kita untuk mengamalkan membaca alquran serta mempelajari apa makna isi kandungan al-quran tersebut. Pelbagai kisah-kisah para nabi serta insan terpilih dahulu yang patut kita jadikan contoh dan teladan pada kehidupan seharian kita. Bukan itu sahaja, pelbagai maklumat yang terkandung didalam al-quran boleh kita aplikasikan didalam zaman sains dan teknologi ini agar dapat memberi kebaikkan pada kita semua.

Islam Itu Indah


Sebenarnya ajaran Islam amat indah dan mudah. Segala apa yang bermain diruang fikiran kita, pasti ada jawapannya didalam Al-Quran. Hebat sungguh kebesaran dan ciptaan Allah ini. Fahami dan hayati bacaannya serta terjemahannya
Mengikut Zaman Teknologi Di zaman dunia serba canggih ini. Al-Quran juga dinaik taraf kepada digital. Tetapi anda jangan risau kerana walaupun ianya versi digital tetapi segala pengisian masih sama. Dalam zaman teknologi ini, para

saintis dan inventor yang beragama Islam telah mencipta sesuatu yang menakjubkan dan memudahkan lagi umat Islam khususnya dan bukan Islam amnya untuk mendalami ilmu Islam dari Al-Quran yang sebenar.
membantu ibu bapa mengajar anak mereka membaca quran 2. boleh digunakan oleh orang dewasa untuk membetulkan bacaan masing-masing 3. boleh juga digunakan sebagai MP3 bagi membantu menghafal quran 4. boleh dipasang pada speaker untuk mendengar bacaan quran dalam rumah 5. mengawal kelajuan bacaan hanya dengan sentuhan di kad index yang disediakan 6. bacaan qori boleh diperlahan dan dipercepatkan

You might also like