You are on page 1of 2

PEKELILING WAKIL TAKAFUL KELUARGA

dan Salam Sejahtera Rujukan Kami Tarikh Kepada Daripada S. K : : : : :

FTAD/AGT/1012-028
25 Oktober 2012 Pengurus Agensi Kumpulan, Pengurus Agensi dan Wakil Takaful Keluarga, Etiqa Takaful Berhad Ketua, Agensi Takaful Keluarga, Etiqa Takaful Berhad Ketua Pegawai Komersial, Etiqa Insurans & Takaful Timbalan Ketua Pegawai Komersial, Etiqa Insurans & Takaful Ketua, Pengedaran Wilayah, Etiqa Insurans & Takaful Ketua, Operasi Hayat, Etiqa Insurans & Takaful Ketua, Akademi, Etiqa Insurans & Takaful Ketua, Perkhidmatan Pelanggan, Etiqa Insurans & Takaful Ketua, Jabatan Jualan, Agensi Takaful Keluarga, Etiqa Takaful Berhad Ketua, Jabatan Pengurusan Agensi, Agensi Takaful Keluarga, Etiqa Takaful Berhad Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah, Etiqa Insurans & Takaful Pengurus-Pengurus Kawasan, Etiqa Takaful Berhad Pengurus-Pengurus Cawangan, Etiqa Insurans & Takaful

KEMPEN INSENTIF PELANGGAN ULTRA MEDIC RIDER


Dengan sukacita dimaklumkan bahawa pada 18 Oktober 2012 baru-baru ini, pihak Syarikat telah melancarkan satu kempen istimewa khusus untuk semua Pengurus Agensi Kumpulan, Pengurus Agensi dan Wakil Etiqa Takaful Berhad serta ahli keluarga Tuan / Puan. Dengan kos perubatan yang semakin tinggi, kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya perlindungan kesihatan pada masa kini, disamping menggalakkan serahan kes berbayar polisi tahunan dan separuh tahun di kalangan para wakil. Struktur Kempen : Tempoh Kempen : 18 Oktober 2012 30 November 2012 Kempen hanya terbuka kepada para wakil serta ahli keluarga terdekat yang melanggan pelan asas baru beserta Ultra Medic Rider SAHAJA. Setiap serahan kes berbayar haruslah berkuatkuasa pada atau sebelum 14 Disember 2012.

Kriteria Kelayakan Kriteria kelayakan kempen adalah seperti yang berikut : Kriteria Kelayakan Setiap serahan kes berbayar Pelan Asas baru beserta Ultra Medic Rider (Pelan 3 dan ke atas) Mod Bayaran Tahunan Separuh Tahun Ganjaran Baucer membeli-belah bernilai RM 250 Baucer membeli-belah bernilai RM 100
Agensi Takaful Keluarga EtiQa Takaful Berhad

Terma & Syarat Ahli keluarga terdekat yang layak adalah suami/isteri, anak-anak serta ibubapa wakil SAHAJA. Setiap serahan perlu dilampirkan bersama bukti pertalian seperti salinan sjil perkahwinan, surat beranak atau lain-lain dokumen yang berkaitan. Hanya serahan kes mengikut kriteria kelayakan sepanjang tempoh yang dinyatakan di atas SAHAJA layak diambilkira.

Dengan pengenalan kempen ini, pihak Syarikat yakin bahawa selain menjana jualan, para wakil juga tidak akan ketinggalan dalam melanggan dan menikmati faedah-faedah Ultra Medic Rider disamping merebut peluang mendapatkan seberapa banyak baucer membelibelah yang mungkin sepanjang tempoh kempen. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan perkara ini, Tuan / Puan boleh menghubungi Eksekutif Pembangunan Agensi (ADE) masing-masing atau Unit Insentif & Kempen kami. Sekian, terima kasih.

ETIQA TAKAFUL BERHAD - SALINAN ASAL DITANDANGAN MOHD. SANI AYOB Ketua, Agensi Takaful Keluarga

Agensi Takaful Keluarga EtiQa Takaful Berhad

You might also like