You are on page 1of 27

Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan 3101

Tema 3: Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat

Tema ini menghuraikan aspek interaksi dan komunikasi dalam komuni sekolah, semangat kejiranan, tanggungjawab individu terhadap alam sekitar dan peranan agensi tempatan dalam memastikan kesejahteraa hidup bermasyarakat.

Topik dalam tema ini ialah: Interaksi dan komunikasi dengan komuniti sekolah Semangat kejiranan Aktiviti kejiranan Tanggungjawab terhadap kawasan persekitaran Kebersihan dan keceriaan persekitaran Peranan agensi tempatan

Topik Tema Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat Tahun 4


a. Interaksi dengan komuniti sekolah - Murid dengan rakan, guru, kakitangan sekolah, ahli jawatan kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pekerja kantin dan pelawat sekolah.

Hasil Pembelajaran Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat Tahun 4


i. Menjelaskan kepentingan berinteraksi secara sopan dengan komuniti sekolah ii. Berperanan sebagai warga sekolah yang bertanggungjawab iii. Memberi sumbangan dalam membina sekolah penyayang iv. Menerima dan menghormati perbezaan kebolehan dan pendapat di kalangan komuniti sekolah

Cadangan Aktiviti Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat Tahun 4


i. Membincangkan kepentingan mematuhi peraturan sekolah ii. Menghasilkan peraturan kelas iii. Menulis karangan tentang kepentingan persahabatan iv. Menemu bual guru/pekerja sekolah untuk mendapatkan maklumat tentang tugas dan tanggungjawab mereka v. Melakonkan cara berinteraksi dengan pelawat sekolah

Topik Tema Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat Tahun 5


a. Semangat kejiranan - Hidup berharmoni dengan jiran - Mengenali keluarga jiran - Memahami cara hidup jiran - Menghormati agama dan budaya jiran - Menganggap jiran seperti keluarga sendiri b. Aktiviti kejiranan - Gotong royong - Rumah terbuka - Sukaneka - Riadah

Hasil Pembelajaran Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat Tahun 5


i. Menjelaskan kepentingan semangat kejiranan dipupuk di kalangan anggota masyarakat ii. Menghuraikan faedah aktiviti kejiranan pada masyarakat dan negara iii. Menyertai aktiviti masyarakat setempat iv. Mengamalkan sikap yang baik untuk menjaga imej masyarakat v. Menghormati jiran tetangga vi. Peka terhadap isu dan masalah yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat

Cadangan Aktiviti Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat Tahun 5


i. Menyenaraikan langkah untuk mendapatkan bantuan ketika berlaku kecemasan di kawasan tempat tinggal ii. Melibatkan diri dalam projek gotong-royong di tempat ibadat, rekreasi dan kawasan tempat tinggal iii. Mencadangkan aktiviti hari keluarga di kawasan tempat tinggal iv. Menghasilkan pelan kawasan tempat tinggal

Topik Tema Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat Tahun 6


a. Tanggungjawab terhadapkawasan persekitaran - Harta benda sekolah - Kemudahan awam b. Pemeliharaan kebersihan dan keceriaan persekitaran - Kawasan sekolah - Kawasan persekitaran c. Peranan agensi tempatan - Bomba dan Penyelamat - Majlis Daerah - Rukun Tetangga

Hasil Pembelajaran Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat Tahun 6


i. Menjelaskan kepentingan kemudahan awam kepada masyarakat. ii. Menghuraikan cara menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran. iii. Menjelaskan peranan agensi tempatan. iv. Melibatkan diri dalam penjagaan kemudahan awam dan persekitaran. v. Menjaga kemudahan awam dan persekitaran. vi. Menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap agensi tempatan. vii. Menghargai harta benda sekolah dan kemudahan awam. viii. Berbangga dengan kebersihan dan keceriaan persekitaran. ix. Menghargai peranan agensi tempatan.

Cadangan Aktiviti Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat Tahun 6


i. Mendemonstrasikan cara mengguna dan menjaga kemudahan awam di sekolah. ii. Membuat kajian tentang keperluan kemudahan awam di kawasan setempat. iii. Menjalankan projek kebersihan dan keceriaan persekitaran: - sekolah. - kawasan tempat tinggal murid. iv. Mengumpul maklumat dan menghasilkan risalah tentang agensi yang boleh membantu komuniti setempat. v. Menemu bual anggota Bomba dan Penyelamat atau Majlis Daerah atau Rukun Tetangga tentang peranan mereka dan menyediakan laporan.

Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan 3101


TEMA 4: KENALI BUDAYA MALAYSIA

Tema ini menghuraikan kepelbagaian warisan budaya masyarakat dan tanggungjawab individu untuk mengekalkan dan menghargai warisan budaya negara

Topik dalam tema ini ialah: Kenali dan apresiasi kekayaan pelbagai warisan budaya Malaysia Kenali adab sosial warisan budaya Malaysia Tanggungjawab mengekalkan kepelbagaian warisan budaya Malaysia

Topik Tema kenali budaya Malaysia' dalam tahun 4 sekolah rendah merangkumi: a. Kenali dan apresiasi kekayaan pelbagai warisan budaya Malaysia - Pakaian - Makanan

b. Kenali dan apresiasi adab sosial warisan budaya Malaysia - Adab makan - Adab berinteraksi

Hasil pembelajaran untuk tahun 4: i. Menjelaskan kepelbagaian warisan budaya Malaysia ii. Menghuraikan adab sosial budaya Malaysia dan kepentingannya iii. Hidup bersama-sama dalam masyarakat berbilang kaum iv. Mengapresiasi warisan budaya sendiri v. Berbangga dengan kekayaan warisan budaya Malaysia vi. Menerima dan menghormati amalan budaya kaum lain

Cadangan aktiviti: i. Mempamerkan pakaian dan makanan pelbagai budaya di Malaysia ii. Berkongsi resepi makanan tradisional pelbagai kaum iii. Mereka pakaian nasional yang menggabungkan ciri-ciri pakaian pelbagai budaya Malaysia iv. Mendemonstrasikan adab makan masyarakat Malaysia v. Menyenarai dan melafazkan kata-kata hormat dalam bahasa ibunda pelbagai kaum

Topik Tema kenali budaya Malaysia dalam tahun 5 sekolah rendah merangkumi: a. Kenali dan apresiasi kekayaan pelbagai warisan budaya Malaysia - Seni tari dan muzik - Bahasa dan dialek b. Kenali dan apresiasi adab sosial warisan budaya Malaysia - Adab berpakaian - Adab menziarah

Hasil pembelajaran untuk tahun 5: i. Mengenal pasti pelbagai warisan budaya masyarakat ii. Menjelaskan adab-adab sosial warisan budaya dan kepentingannya iii. Mengamalkan adab sosial warisan budaya iv. Hidup bersama dalam masyarakat pelbagai kaum v. Mengapresiasi dan berbangga dengan kekayaan warisan budaya Malaysia vi. Menerima dan menghormati amalan budaya kaum lain

Cadangan aktiviti: i. Menghasilkan peta asal usul seni tari dan alat muzik mengikut negeri ii. Mempelajari dan mengadakan persembahan tarian pelbagai kaum iii. Memainkan lagu dengan menggunakan alat muzik pelbagai kaum iv. Melakonkan adab sosial pelbagai kaum

Topik Tema kenali budaya Malaysia dalam tahun 6 sekolah rendah merangkumi: a. Kenali dan apresiasi kekayaan budaya Malaysia - Agama dan kepercayaan - Adat resam - Perayaan b. Tanggungjawab mengekalkan kepelbagaian warisan budaya Malaysia - Diri - Keluarga - Sekolah

Hasil pembelajaran untuk tahun 6: i. Menjelaskan kepelbagaian warisan budaya Malaysia. ii. Menghuraikan kepentingan mengekalkan kepelbagaian warisan budaya Malaysia. iii. Melibatkan diri dalam usaha mengekalkan kepelbagaian warisan budaya Malaysia. iv. Hidup bersama dalam masyarakat pelbagai kaum.

v. Menghargai kepelbagaian warisan budaya Malaysia. vi. Berbangga dengan keunikan dan kepelbagaian budaya Malaysia. vii. Menghormati amalan budaya kaum lain. viii. Menghormati kepelbagaian warisan budaya Malaysia.

Cadangan aktiviti: i. Membincangkan kepentingan perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia. ii. Membuat lawatan ke muzium atau tempat yang bersesuaian untuk mendapatkan maklumat tentang kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia. iii. Menganjur dan meraikan sambutan hari perayaan sesuatu kaum di kelas. iv. Mengunjungi rumah guru, rakan dan jiran tetangga pelbagai kaum dan menghasilkan catatan ringkas tentang budaya yang diamalkan. v. Membantu rakan atau jiran tetangga berlainan kaum dalam membuat persiapan menyambut perayaan.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like