You are on page 1of 19

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA MIRI, SARAWAK HMEF 5023 (MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION)

NAME: Nurul Ofizar MATRIC NUMBER: PROGRAMME: Master of Education LEARNING CENTRE: OUM Miri FACILITATOR: ADDRESS: Taman Pantai Luak, Luak Bay Esplanade, Miri EMAIL: http://lms.oum.edu.my/nurulofizar or nurulofizar@gmail.com TEL NUMBER:

TUGASAN 1 TOPIK: Kegiatan Kokurikulum di Sekolah HASIL PEMBELAJARAN: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat: 1. Menulis karangan lengkap berdasarkan maklumat yang diperolehi 2. Menyatakan 5 faedah menyertai kegiatan kokurikulum di kalangan pelajar. 3. Menyenaraikan jenis-jenis keegiatan kokurikulum mengikut kategori yang betul. SOALAN ESEI Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis

kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform seperti Pengakap, kelab dan persatuan seperti Kelab Jenayah serta sukan dan permainan seperti Bola Sepak. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum. Ada banyak faedah kegiatan kokurikulum. Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah aktiviti itu dapat memenuhi masa lapang. Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin.. Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga pelajar dapat membentuk disiplin diri. Tambahan pula, badan akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum. Akhir sekali, kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan perpaduan di kalangan pelajar. Bincangkan kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah kamu.(Panjang karangan hendaklah tidak kurang dari 300 patah perkataan) JUSTIFIKASI SOALAN BERBENTUK ESEI Hasil pembelajaran lebih sesuai atau wajar dinilai melalui soalan berbentuk esei kerana ia mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan tersendiri terhadap pelajar dan juga guru. Soalan berbentuk esei amat digemari oleh kebanyakan guru disebabkan pembinaannya lebih mudah berbanding dengan soalan berbentuk lain. Soalan berbentuk esei memerlukan pelajar mempunyai pengetahuan yang cukup bagi membolehkan mereka menghubungkan fakta serta prinsip tertentu untuk disusun bagi membentuk satu idea, saranan atau

perbincangan yang menyeluruh dan mantap. Soalan berbentuk ini memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pelajar untuk memilih, menyusun, menghubungkan serta

membentangkan idea dengan menggunakan perkataan dan gaya bahasa sendiri.

Soalan berbentuk esei digunakan untuk mencabar murid membina respon atau idea mereka sendiri berbanding memberi respon pilihan, Soalan berbentuk esei mempunyai potensi untuk pelajar melahirkan pendapat sendiri dengan cara memberi alasan atau contoh, mencipta, menganalisis dan mensintesis maklumat di mana ia mungkin kurang sesuai untuk digunakan dalam soalan berbentuk objektif (Prof Dr John Arul Philip, 2012). Kebaikan soalan berbentuk esei ini adalah ia tidak membataskan isi dan bentuk jawapan. Pelajar akan dirangsang untuk berfikir dan mengaitkan serta mengaplikasikan pengetahuan serta pengalaman yang dipelajari di bilik darjah atau pengalaman sedia ada pelajar dalam jawapan mereka. Seperti ujian objektif, ujian jenis subjektif iaitu soalan berbentuk esei ini juga mempunyai kelebihan-kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah ia boleh dibina dengan mudah dan bilangan soalan yang dibina sedikit.Soalan jenis ini juga berupaya mengurangkan tekaan jawapan. Ia berupaya memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kebolehan mengolah ayat. Pelajar boleh memilih aspek-aspek pembelajaran yang paling penting dan wajar. Mereka juga boleh mengelolakan pengetahuannya, mengemukakan pendapat serta sikapnya, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian. Selain itu, ia membolehkan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka menghampiri situasi sebenar. Tambahan pula, ia berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-sama serta berguna untuk menggelakkan pemikiran pembelajaran pada peringkat atau proses mental yang tinggi. Di samping itu, ia mempunyai potensi untuk mengukur keaslian dan tidak menggunakan masa yang banyak untuk menyediakannya. KRITERIA PEMBINAAN SOALAN BERBENTUK ESEI Antara kriteria yang digunakan dalam membina soalan berbentuk esei di atas adalah berdasarkan sukatan pelajaran dan objektif pengajaran. Bentuk soalan ditulis secara padat dan jelas serta tidak meleret-leret. Selain itu, ia melibatkan tahap murid yang ingin diuji dimana aras kesukaran sesuai dengan pelajar yang ingin di uji. Soalan seperti ini sebenarnya sesuai untuk pelajar menengah. Namun soalan ini telah disediakan untuk pelajar rendah. Oleh itu, soalan ini dibina dengan penerangan yang mudah dan sebanyak dua perenggan disediakan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pelajar tentang isi yang harus dibincangkan.

Dari rujukan laman web http://mohammadhafizizaini-bmm.blogspot.com/, berikut adalah tujuh kriteria untuk menyediakan soalan berbentuk esei:

1. Guru perlu menyemak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran supaya soalan yang dihasilkan menepati sukatan pelajaran dan objektif pengajaran tersebut. 2. Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada pelajar perlu menjawab dalam kertas soalan (mengisi ruang kosong) atau dalam kertas jawapan. 3. Soalan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga,supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.

4. Aras kesukaran soalan perlu setara supaya soalan yang diberi mempunyai markah dan aras kesukaran yang sama. 5. Soalan perlu ditulis supaya pelajar dapat membayangkan satu kerangka struktur yang akan memandu pelajar untuk menjawab soalan tersebut. 6. Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan markahnya untuk memudahkan penyediaan skema jawapan.

Soalan berbentuk esei merupakan soalan subjektif dimana pelajar harus menjawabnya dalam bentuk subjektif yang terdiri daripada beberapa perenggan. Pelajar perlu membina jawapan dalam bentuk ayat dengan gaya bahasa sendiri melalui fakta atau pengalaman yang telah diperolehi. Oleh itu, dalam kriteria membina soalan berbentuk esei yang baik memerlukan guru yang mahir dalam matapelajaran tersebut atau lebih tepat lagi guru opsyen matapelajaran tersebut. Selain itu, pelajar harus kreatif dalam membina ayat melalui pendapat sendiri secara bebas dan tanpa terhad. Namun pelajar haruslah memberikan jawapan yang relevan dengan soalan yang diberikan. Maka, kriteria membina soalan seperti soalan yang jelas dan tepat maksudnya harus disediakan.

Dari rujukan buku modul HMEF5053 Measurement and Evaluation in Education, menurut Reiner, Bothell, Sudweeks dan Wood (2002), pembinaan soalan esei yang memenuhi syarat, terdiri dari empat kriteria iaitu; 1. Pelajar harus membina daripada memilih untuk memberi jawapan. Dalam soalan berbentuk esei, pelajar perlu memberi jawapan sendiri dan membuat keputusan bahan apa yang dimasukkan sebagai penerangan atau pendapat. Soalan berbentuk objektif pula memerlukan pelajar memilih jawapan daripada pilihan jawapan yang telah disediakan. 2. Soalan yang disediakan oleh guru akan terdiri daripada satu atau lebih perenggan. Pelajar tidak memberi jawapan ya atau tidak tetapi perlu memberi jawapan dalam bentuk beberapa perenggan. Secara teori, panjang jawapan adalah tidak terhad. Bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, panjang jawapan adalah berdasarkan kehendak soalan dan masa yang telah ditetapkan untuk soalan ujian. 3. Tiada jawapan yang betul dan salah. Dalam erti kata lain, soalan yang diberikan haruslah dibina dengan menepati dimana jawapan yang diberikan tidaklah berdasarkan kehendak jawapan yang salah atau betul 4. Jawapan yang tepat dan berkualiti mestilah dinilai secara subjektif oleh pakar subjek. Hanya pakar subjek matapelajaran yang boleh menilai tahap jawapan yang lengkap, tepat dan relevan. Soalan berbentuk esei yang baik menggalakkan pelajar untuk berfikir tentang jawapan dimana ia dinilai hanya penilai yang berpengalaman dan pakar dalam bidang tersebut. Oleh itu, kandungan soalan oleh penilai pakar adalah perlu untuk penulisan dan mutu ujian berbentuk esei. Contohnya, soalan Senaraikan tiga sebab pembukaan Pulau Pinang oleh British pada tahun 1789 memerlukan pelajar untuk mengingati setiap senarai itu. Penilai yang menilai jawapan tidak perlu menilai perkara berkaitan samada pelajar menyenarai tiga alasan yang betul. Asalkan tiga senarai jawapan tersebut ada sebagai kunci jawapan. Dalam pembinaan soalan berbentuk esei, kata tugas perlu di gunakan. Kata tugas memainkan peranan penting untuk memberi arahan kepada pelajar tentang bentuk jawapan yang dikehendaki. Kata tugas merupakan suatu kata kerja dimana fungsinya ialah untuk menyatakan tugas yang perlu dibuat oleh pelajar semasa menjawab sesuatu soalan. Sebelum membina soalan berbentuk esei, jenis kata tugas yang sesuai perlu difahami terlebih dahulu untuk digunakan dalam membina soalan berbentuk esei tersebut. Kata tugas

ini akan mengarahkan pelajar untuk memberikan jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan. Oleh itu, pemilihan kata tugas yang sesuai untuk pembinaan soalan berbentuk esei adalah sangat penting. Kegagalan menggunakan kata tugas yang tepat akan menyebabkan pelajar gagal memberikan jawapan seperti yang ditentukan dalam peraturan memberi markah. Kata tugas mempunyai kaitan yang rapat dengan tujuan ujian. Bagaimanapun, sesuatu kata tugas itu tidaklah terhad bagi satu tujuan ujian sahaja, kerana kata tugas yang sama boleh menghasilkan jawapan yang berlainan. Terdapat kata tugas yang boleh berdiri dengan sendiri untuk menyatakan kehendak soalan. Bagaimanapun, terdapat kata tugas yang memerlukan sokongan daripada beberapa perkataan lain untuk menjadikan kehendak soalan itu lebih jelas. Berikut menunjukkan beberapa kata tugas dan jawapan yang diharapkan.

1. Analisiskan Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang dikomunikasikan. 2. Anggarkan Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan keadaan yang ditetapkn dengan menggunakan satu pengetahuan tertentu. 3. Apakah Memberi maklumat yang khusus atau spesifik. 4. Bagaimanakah Memperihalkan, memberi penerangan tentang keadaan langkah atau kejadian. 5. Bandingkan Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara. 6. Berapakah Memberi kuantiti. 7. Bezakan Menyatakan kelainan, ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara. 8. Bilakah Menyatakan masa atau waktu. 9. Binakan Membuat sesuatu dengan menggunakan kaedah atau alat tertentu. 10. Bincangkan Memberi penerangan daripada pelbagai aspek.

RUJUKAN Prof Dr John Arul Phillip, HMEF5053 Measurement and Evaluation in Education, Open University Malaysia, 2012: Topic 4 page 75.

TUGASAN 2 SKEMA PEMARKAHAN KAEDAH ANALITIKAL Contoh pemarkahan (A) : Isi 40 (5 markah bagi setiap isi yang diulas dan diperkembangkan dengan baik)

Bahasa 40 (aspek yang dinilai ialah tatabahasa dan penggunaan perkataan.Setiap tiga kesalahan ditolak satu markah) Gaya 20 (aspek yang dinilai kelicinan pengolahan dan kesesuaian pemerengganan.

Jumlah 100

Contoh pemarkahan (B): Soalan : Huraikan (a) dua kelebihan, dan (b) dua kelemahan yang terdapat dalam pendekatan induktif untuk pengajaran tatabahasa . Skim pemarkahan: (a)dua kelebihan----------- 2 x 2 (b)dua kelemahan---------- 2 x 2 = 5 markah ( 10 markah )

= 5 markah ________ Jumlah 10 markah ________

KAEDAH ANALITIKAL Skema pemarkahan kaedah analitikal boleh dikatakan kaedah yang lebih relevan dan baik berdasarkan ciri-ciri jawapan esei itu sendiri. Melalui markah 100%, telah diberi pecahan markah yang terdiri dari isi, bahasa dan gaya dimana ia telah tersedia dalam satu skim pemarkahan. Berdasarkan Laman Web Nota Pemarkahan dan Teknik Holistik Analitikal BME3103, cara pemarkahan ini sering digunakan dalam peperiksaan. Dengan cara ini, unsur-unsur terpenting yang merangkumi kriteria kandungan, pengelolaan dan proses adalah diperiksa secara berasingan. Semasa pemarkahan, unit-unit kecil jawapan pelajar akan dicari dan markah diberi mengikut peruntukan yang diberi dalam skim pemarkahan.Dengan cara ini kebolehpercayaan dan ketekalan dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa mematuhi skim pemarkahan itu dengan teliti.

JUSTIFIKASI KAEDAH ANALITIKAL Skema markah kaedah analitikal dipilih kerana ia lebih mudah dan ringkas. Skim pemarkahannya telah disediakan dan mudah difahami oleh pemeriksa. Setelah membaca esei, pemeriksa boleh terus menilai mengikut skim yang telah tersedia. Melalui sistem pemarkahan ini juga, kesan kebaikanya adalah pelajar akan lebih prihatin terhadap setiap jawapan yang diberikan dan sudah tentu, pelajar akan memberikan pengolahan ayat yng lebih baik, kreatif dan lengkap dengan contoh dimana ia merupakan gambaran pelajar itu sendiri untuk mencapai markah yang lebih baik dalam peperiksaan. Menurut Laman Web Nota Pemarkahan dan Teknik Holistik Analitikal BME3103, cara pemarkahan ini sering digunakan dalam peperiksaan. Dengan cara ini, unsur-unsur terpenting yang merangkumi kriteria kandungan, pengelolaan dan proses adalah diperiksa secara berasingan. Semasa pemarkahan, unit-unit kecil jawapan pelajar akan dicari dan markah diberi mengikut peruntukan yang diberi dalam skim pemarkahan.Dengan cara ini kebolehpercayaan dan ketekalan dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa mematuhi skim pemarkahan itu dengan teliti. Kebaikan kaedah analitikal adalah seperti berikut: 1. Kesalahan pelajar dapat diperlihatkan dengan jelas. 2. Esei boleh diperiksa hanya dengan sekali baca. 3. Orang yang kurang mahir dalam bidang penulisan boleh menjalankan tugas pemeriksaan. 4. Pelajar-pelajar dapat melihat di mana dan apa kelemahan mereka. Kemahiran penulisan seolah- olah terasing. Penulisan bukan lagi merupakan panduan beberapa proses secara natural.

RUJUKAN

Laman web http://www.scribd.com/doc/24495856/BME3103-Nota-Pemarkahan-TeknikHolistik-Analitikal

TUGASAN 3

LATARBELAKANG PELAJAR Pelajar yang telah di uji merupakan pelajar tahun 6 dari kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). Terdapat 16 orang pelajar sahaja bagi tahun 6 di sekolah ini. Oleh itu, hanya seramai 16 orang pelajar sahaja yang sedia ada untuk penilaian ini. Kesemua pelajar ini berbangsa Iban. Manakala ibubapa atau penjaga para pelajar ini terdiri daripada Petani dan Surirumah. Kebanyakan pelajar ini beragama Kristian. Namun ada juga di antara mereka yang tidak beragama. Majoriti pelajar ini berjalan kaki untuk ke sekolah kerana kebanyakan rumah mereka adalah berhampiran dengan kawasan sekolah. Berdasarkan pemerhatian, tahap aras pelajar Tahun 6 di sekolah ini, boleh dikatakan aras tahap sederhana ke rendah. Bagi yang sederhana, kesedaran untuk belajar dan sikap berusaha itu sentiada ada. Namun bagi yang rendah, kelemahan itu jelas, cuba berusaha namun kurang untuk lebih giat berusaha. Secara keseluruhan, walaupun para pelajar ini mempunyai latarbelakang keluarga yang serba kekurangan, namun mereka ini masih terdidik dari segi tingkah laku dan sikap. Tiada masalah disiplin yang serius di sekolah dan mereka amat menghormati guru.

PROSEDUR UJIAN Prosedur ujian penilaian ini telah dijalankan di dalam kelas tahun 6. Pelajar menjalankan ujian ini ketika sesi persekolahan. Selama 1 jam 30 minit masa telah diperuntukkan untuk menjalankan ujian ini. Mulamula, kertas soalan ujian diedarkan kepada semua pelajar. Sebelum memulakan ujian, penerangan tentang soalan telah diberikan secara terperinci dan jelas. Soal jawab di antara pelajar dan guru juga berlaku supaya pelajar lebih memahami kehendak soalan yang diberikan. Setelah penerangan di berikan, pelajar diminta untuk mula menjawab soalan yang telah diedarkan. Kemudian pelajar menjawab kertas soalan masing-masing dalam keadaan senyap. Guru memantau sepanjang sesi ujian dijalankan. Akhir sekali, selepas masa menjawab tamat, semua pelajar diminta untuk menghantar kertas jawapan kepada guru. Pelajar yang tamat menjawab lebih awal, dibenarkan pulang ke rumah lebih awal. Oleh kerana soalan ini sebenarnya sesuai untuk pelajar menengah, soalan berbentuk esei ini telah diubahsuai ke bentuk yang lebih mudah. Ubahsuai ini melibatkan isi penerangan dalam soalan yang berbentuk esei tersebut. Oleh itu, murid boleh melihat isi-isi utama dengan lebih jelas untuk huraian selanjutnya.

REFLEKSI

Seramai 16 orang pelajar telah menjalankan ujian penilaian ini. Pelajar yang terlibat ini merupakan pelajar tahun 6. Pelajar ini dipilih kerana pelajar ini juga merupakan para pelajar saya sendiri dimana saya sedang berkhidmat di sekolah ini. Oleh itu, segala pengurusan untuk menjalankan ujian ini dapat dilaksanakan dengan mudah dan lancer. Sekolah ini merupakan kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). Enrolmen pelajar di sekolah ini adalah seramai 60 orang pelajar. Oleh sebab itu, saya tidak dapat menyediakan seramai 30 orang pelajar seperti yang dikehendaki untuk menjalankan ujian tersebut. Soalan berbentuk esei yang telah dibina seperti di atas atau yang dilampirkan sebenarnya sesuai untuk dijalankan ke atas pelajar menengah. Oleh kerana saya menjalankan ujian ini ke atas pelajar rendah, maka soalan tersebut telah diubahsuai ke bentuk soalan yang mengikut tahap pelajar rendah. Bentuk soalan telah dipermudahkan dari segi penerangan dimana penerangan tersebut telah diperlihatkan dengan jelas sebagai isi-isi penting yang perlu dihuraikan dengan lebih lanjut. Maka pelajar boleh membina isi-isi penting tersebut melalui ayat tunggal dan majmuk mengikut idea kreativiti sendiri. Ini secara tidak langsung, akan merangsang pelajar untuk berfikir dan menaakul dalam pembinaan ayat yang baik dan belajar mengolah ayat supaya menjadi ayat yang lengkap berserta contoh sehingga menjadi sebuah perenggan. Saya tidak menghadapi apa-apa kesukaran sebelum, semasa dan selepas melaksanakan ujian ini bersama para pelajar. Rakan guru dan Guru Besar telah memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan tugasan saya ini. Hasil ujian ini menunjukkan, para pelajar dapat menjawab soalan dengan baik. Namun masih terdapat kelemahan yang boleh diperbaiki dalam pengolahan ayat dan pemberian contoh serta penggunaan perbendaharaan kata yang tidak bersesuaian. Secara keseluruhan, para pelajar telah dapat menulis karangan lengkap berdasarkan maklumat yang diperolehi dan dapat menyatakan 5 faedah menyertai kegiatan kokurikulum di kalangan pelajar serta dapat menyenaraikan jenis-jenis kegiatan kokurikulum mengikut kategori yang betul dengan bimbingn guru.

APENDIKS

Apendiks 1: Apendiks 2: Apendiks 3:

Kertas jawapan pelajar terbaik Kertas jawapan pelajar sederhana Kertas jawapan pelajar lemah

APENDIKS 1

APENDIKS 2

APENDIKS 3

You might also like