You are on page 1of 2

Tips Menjadi Isteri yang Solehah Tips 1 Mempunyai rasa tanggungjawab "Apabila seorang wanita menunaikan solat lima

waktu. berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan taat suaminya, masuklah mana-mana pintu syurga yang dia mahu" (Hadis Riwayat Imam Ahamad)

Tips 2 Menjadi pasangan yang baik

Ni rasanya semua dah tahu macam mana nak jadi pasangan baik. Baguslah kalau dah tahu, dah satu langkah ke hadapan dah. Kawal perasaan dan emosi,terima seadanya, jujur dan kurang rasa cemburu tu antara ciri-ciri nak jadi ke arah pasangan yang baiklah tu namanya.. Ada pada anda? Bguslah kalau ada! "Isteri yang menjadi penghuni syurga adalah isteri yang penuh kasih sayang, ramai anak, selalu kembali kepada suaminya. Ketika suaminya marah, dia datang dan meletakkan tangannya sambil berkata 'Aku tidak dapat tidur sehingga engkau redha" (Riwayat al-Nasai)

Tips 3 Menjadi suri rumah yang bijak Ini aset yang memang seorang suami nak pada isteri. Siapa tak suka dapat isteri bijak-bijak ni, pandai buat pilihan dan cekap urus rumahtangga macam supermak. Apa pun boleh! Masak boleh, jahit boleh, Serba bolehlah senang kata. Berkaliber, berkarisma, pandai memimpin dapur. Urus perbelanjaan rumah pun senang. Suami sgt seng pd isteri yg penjimat. Tak payahlah suami nak pening-pening kepala sorang-sorang fikir masalah. Sebab tu lah keluar ayat ni 'disebalik kejayaan lelaki dibelakangnya adalah wanita'. Wahhh.. Curlaasss gitu! Bila rumahtangga diuruskan isteri dengan baik, prestasi suami cemerlang, rezeki pun masyyhhhuuukkk, isteri senang, rumahtangga pun aman. :)

Tips 4 Syurga menjadi matlamat

Jadilah wanita yang solehah, bina keluarga sakinah dan jadikan syurga sebagai matlamat.

"Dan sesiapa yang taatkan Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan-Nya ke dalam syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar"

(Surah An-Nisaa':13) Tips 5 Menyenangkan apabila dipandang Sedap mata memandang walaupun kat rumah. Pandai2 dandan dan hias diri sendiri untuk suami. Janganlah nak jalan je bru nak berhias..Kena ingat, hiasan seorang isteri untuk Siapa?..untuk suami atau si bukan muhrim luar sana?... "Sebaik-baik wanita apabila diperintah dia taat, menyenangkan apabila dipandang serta menjaga diri dan harta suaminya"

Tips 6 Menawarkan diri Tak perlu nak tunggu disuruh-suruh, faham-faham je lah.. Rajin-rajinlah menawarkan diri untuk apa jua kerja. Bila Nampak suami penat, buatlah apa yg patut, tlg urut badan, tlg buatkan air & sebagainya tanpadi suruh. InsyaAllah suami akan bertmbah syg. "Ada 4 wanita mulia yang menjadi penghulu segala wanita di dunia. Mereka adalah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Rasulullah." (Hadis Riwayat Bukhari)

You might also like