Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
15Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Aplikasi Teori-teori Usul Fiqh Dalam Keputusan-keputusan Pengawasan Syariah Bank Islam Malaysia Berhad 1983-2004

Aplikasi Teori-teori Usul Fiqh Dalam Keputusan-keputusan Pengawasan Syariah Bank Islam Malaysia Berhad 1983-2004

Ratings:

4.75

(4)
|Views: 2,368 |Likes:
Published by www.ridline.com

More info:

Published by: www.ridline.com on Jan 25, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as RTF or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

 
Silahkan download e-book ini di halaman download pada situs
APLIKASI TEORI-TEORI USUL FIQH DALAM KEPUTUSAN-KEPUTUSAN PENGAWASAN SYARIAH BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD1983-2004
Oleh:Haji Mohd. Nazri bin Chik  Nasruddin Haji YaakubAbstrak Penubuhan BIMB adalah salah satu usaha untuk memenuhi tanggungjawab mewujudkanmuamalat berlandaskan Syariat Islam di Malaysia. Usaha ini berdepan dengan cabaran-cabaran getir berasaskan bahawa (i) penubuhan BIMB dibina dalam kerangka besar sistem ekonomi dan kewangan konvensional yang telah diamalkan di Malaysia, (ii) perbankan kovensional sudah bertapak kukuh dan diterima dengan meluas di kalanganrakyat, termasuk umat Islam dan (iii) kesan daripada penjajahan dan faktor-faktor lain, pegangan umat Islam terhadap agamanya masih longgar dan pemikiran majority merekaterhadap halam haram masih terbatas dalam soal makanan dan minuman sahaja. Realitiini menuntut kepada ijtihad menggunakan teori usul al-fiqh bagi memahami tuntutan-tuntutan nas-nas syarak tentang persoalan-persoalan semasa dalam bidang perbankanIslam. Bagi tujuan itu dan untuk mempastikan operasi BIMB mengikut kehendak syariah,Majlis Pengawasan Syariah (MPS) telah ditubuhkan. MPS bertanggungjwab memberikhidmat nasihat dan mengawasi operasi BIMB agar sentiasa mematuhi landasan syariah.Semenjak BIMB mula beroperasi pada tahun 1983 sehiungga 2004, banyak perkara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh BIMB telah diperbincangkan oleh MPS.Oleh itu, kertas kerja ini disediakan untuk membincangkan aplikasi teori-teori usul al-fiqh dalam kaputusan MPS BIMB dalam tempoh tahun 1983 hingga 2004.1. PENDAHULUAN
 
Bank Islam Malaysia Berhad telah mula beroperasi di Malaysia pada 1 Julai 1983 yang pada asasnya adalah untuk memenuhi keperluan orang Islam dan masyarakat amnya.Dengan 87 buah cawangan di seluruh negara, bank ini menawarkan 50 jenis produk dan perkhidmatan perbankan Islam yang inovatif dan canggih, setanding dengan perbankan bukan Islam. BIMB membabitkan diri dalam perkembangan sektor kewangan Islam berkaitan dengan perbankan, insuran (takaful), pelaburan saham, penyewaan beli, penyelidikan dan latihan serta perkhidmatan perbankan yang berkaitan. Pada peringkatawal sistem operasi terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Teknikal Agama sepertiterkandung dalam Laporan Jawatnkuasa Pemandu Kebangsaan Bank Islam dan al-Mausuah al-Ilmiyyah wal-Amaliyyah lil-Bunuk al-Islamiyyah terbitan Perastuan Bank-
 bank Islam Antarabangsa (IAIB) serta kitab-kitab fiqh yang berkenaan (Minit Mesyuarat1 1983:1). Dalam operasinya, BIMB meletakkan pematuhan kepada kehendak syarak sebagai satu komitmen yang diperlembagakan dalam Misi Korporat BIMBM iaitu:Untuk berusaha sedaya upaya menjalankan operasi bank perdagangan Islam berlandaskan hukum-hukum Syarak, dengan menyediakan kemudahan dan khidmat bank kepada semua masyrakat Islam dan seluruh rakyat negara ini, serta mencapai keteguhandan keupayaan untuk berkembang maju dari masa ke semasa,Untuk mencapai misi tersebut, BIMB menubuhkan Majlis Pengawasan Syariah, JabatanSyariah dan Unit Risiko Pematuhan Syariah dalam struktur pentadbiran banknya.2. MAJLIS PENGAWASAN SYARIAH BANK ISLAM MALAYSIAMajlis Pengawasan Syariah ditubuhkan di bawah seksyen 3(5)(b) Akta Bank Islam 1983 bagi menasihati operasi perniagaan bank kumpulan dan Syarikat bagi memastikan iatidak terlibat dengan apa-apa elemen yang tidak dibenarkan oleh Islam. Seksyen tersebutmenjelaskanBahawa ada terdapat, dalam artikel persatuan bank yang berkenaan, peruntukan bagi penubuhan satu badan penasihat Syariah untuk menasihatkan bank mengenai pengendalian perniagaan banknya untuk menjamin ianya tidak melibatkan apa-apaelemen yang tidak diluluskan oleh agama Islam,
 
MPS menasihati para Pengarah tentang isu-isu operasi Kumpulan BIMB Holdings Sdn.Bhd. dan Syarikat. MPS juga mengambil pandangan Majlis Syariah pihak berkuasa berkaitan seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti dari semasa ke semasamengenai isu-isu berkaitan industri. Peranan MPS dalam mengawasi aktiviti kumpulandan syarikat adalah:a. Menyemak produk dan servis bagi memastikan ianya menurut kehendak Syariah. b. Mempertimbangkan isu-isu syariah berkaitan operasi harian Kumpulan dan Syarikatdan memberi nasihat sewajarnya.c. Memberi pendapat atas operasi Kumpulan dan Syarikat sama ada ianya menurutSyaiah.d. Memberi latihan dan tunjuk ajar mengenai muamalt dan transaksi Islam berdasarkan prinsip syariah.Peranan MPS berkaitan zakat ialah menyemak kiraan zakat dan meluluskan jumlah yang perlu dibayar mengikut Syariah dan menasihati pengagihan zakat kepada asnaf yang berkelayakan (Laporan Tahunan BIMB 2003;69). MPS telah bersidang buat pertama kali pada 24 Jun 1983 dan sepanjang penubuhannya sehingga ke hari ini, MPS telahdianggotai oleh barisan ulama yang berwibawa iaitu SS Tan Sri Datuk Sheikh AbdMohsein Mohammed Salleh, Prof Tan Sri Datuk Ahmad Muhammad Ibrahim, Datuk Hj.Abd Kadir Hassan, Prof Datuk Dr.Othman Ishak, Prof Madya Dr. Abdullah Ibrahim,Dato Yussof Zaki Yaacob, Prof Madya Dr. Ahmad Shahbari @ Sobri Salamon, SS Dato
 Mohamad @ Mamat Che Wook, SS Dato Hashim Yahaya, SS Dato Haji Mohd
 Khudzairi Haji Dainuri, YAA Dato Sheikh Ghazali Abd Rahman dan Ustaz Mohd Bakir 
 Mansor ( Minit Mesyuarat MPS Kali 1: 80). Ahl-ahli MPS ini adalah dari kalangan mufti,ahli-ahli akademik, pengamal perundangan Islam dan ulama yang memiliki kemampuanyang tinggi dalam bidang fiqh dan perbankan di Malaysia.Dalam melaksanakan peranan MPS, jabatan Syariah menjadi secretariat dan ketuaJabatan Syariah dilantik sebagai Setiausaha MPS (Laporan Tahunan BIMB 2003: 23).Jabatan Syariah menentukan isu-isu yang memerlukan pandangan MPS dan menjalankan penyelidikan awal tentang perkara tersebut sebelum dibentangkan kepada MPS berserta

Activity (15)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Wan Ashraf liked this
Ummu Ainun liked this
Aimi Rohaizah Md Jasan added this note
yela,mcna nak download?
Fatimah Iztifa liked this
Rohaniza Hasan liked this
MAy Lee liked this
arwamohd89 added this note
salam..hye can i know hot to download it?
Elyza Maya liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->