You are on page 1of 18

Kertas Kerja Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU)

KERTAS CADANGAN PROJEK AKHIR :


PERTANDINGAN BOLING PADANG TERBUKA ANTARA PELAJAR USIM SEMESTER 1 SESI 2012/2013

1.0

PENGENALAN

Pertandingan Boling Padang ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Kursus Boling Padang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program ini boleh disertai oleh para pelajar, para pensyarah dan juga staf-staf sokongan USIM. Ia akan diadakan di Kompleks Sukan Seremban 2 pada 8 Disember 2012. Penganjuran karnival sukan ini bertujuan memberikan satu pendedahan kepada setiap pelajar kursus boling padang tentang satu sistem pengurusan acara sukan yang bakal berlangsung dengan jayanya. Pengurusan yang ditadbir melalui perancangan strategik, pengelolaan efisien, pengarahan adil, kerjasama sepasukan, koordinasi, pelaporan tugas, penganggaran dan kegunaan belanjawan yang bijak. Dengan ini para pelajar boling padang dapat mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari. Selain itu, karnival sukan ini juga dapat melatih pelajar boling padang untuk mengelola sesuatu karnival atau program apabila sudah berada di medan utama iaitu di alam pekerjaan.

2.0

TUJUAN

Kertas ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan pihak pengurusan dan pentadbiran USIM terhadap cadangan untuk menganjurkan pertandingan boling padang terbuka Universiti Sains Islam Malaysia.

3.0

OBJEKTIF 3.1 Bagi mencungkil bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan untuk mewakili USIM. 3.2 Bagi menggalakkan warga USIM bersukan kerana ia adalah salah satu aktiviti riadah yang baik. BADAN YANG CERGAS, MINDA YANG CERDAS. 3.3 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri. 3.4 Melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS). 3.5 i. ii. iii. iv. v. Membantu menerapkan Kemahiran Insaniah berikut :Kemahiran Komunikasi Etika Dan Moral Profesional Kemahiran Kepimpinan Kemahiran Berterusan Dan Pengurusan Maklumat Pemikiran Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah

4.0 LATAR BELAKANG

4.1 Kursus Boling Padang (CDA 1142) merupakan kursus kokurikulum berkredit yang ditawarkan di bawah di bawah Teras Sukan kelolaan Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI). Kursus ini ditawarkan kepada para pelajar USIM sebagai salah satu pilihan kursus Ko-kurikulum Berkredit yang menjadi syarat untuk bergraduasi kelak.

4.2 Pelajar yang mengambil Kursus Boling Padang (CDA 1142) perlu melaksanakan Projek Akhir kursus ini untuk melengkapkan modul pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya diharap dapat membentuk dan

melahirkan graduan yang holistik dan memiliki Kemahiran Insaniah (KI) yang tinggi serta mampu memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat.

4.3 Sehubungan itu, pelajar Kursus Boling Padang (CDA 1142) bercadang mengadakan Projek Akhir : Pertandingan Boling Padang Terbuka Antara Warga USIM seperti yang dijadualkan di dalam perancangan tahunan Kursus di bawah Teras Sukan pada Semester ini sebagai satu bentuk latihan praktikal dan usaha menerapkan Kemahiran Insaniah kepada pelajar terlibat.

5.0

ASAS PERTIMBANGAN 5.1 Memberi peluang kepada pelajar kursus boling padang merasai pengalaman dan prosedur pengelolaan dalam mengelola program karnival sukan yang bakal dianjurkan. 5.2 Membentuk pelajar kursus boling padang yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi. 5.3 Melatih pelajar kursus boling padang untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan kenyakinan diri. 5.4 Melahirkan pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea- idea yang bernas semasa menjalankan pengelolaan permainan atau program dalam sesebuah organisasi program.

6.0

TARIKH, TEMPAT DAN TEMPOH PELAKSANAAN Tarikh Waktu Tempat : 7.30 6.30 petang : 8.00 pagi 4.30 petang : Dewan Zaba, IPG Kampus Bahasa Melayu

7.0

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN Rujuk Lampiran A

8.0

JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN Rujuk Lampiran B

9.0

ANGGARAN PERBELANJAAN Rujuk Lampiran C

10.0

SENARAI TUGAS Rujuk lampiran D

11.0

JADUAL PERLAWANAN Rujuk Lampiran E

12.0

BORANG PEMARKAHAN Rujuk Lampiran F

11.0

SYOR / PENUTUP Semoga apa yang kami rancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta dapat diaplikasikan ilmu dan manfaat secara bersama. Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak puan amatlah kami harapkan dan didahului dengan ribuan ucapan terima kasih.

Disemak Oleh :-

Disahkan Oleh:

............................................... (SYAFFUL ANNUAR BIN SARANI) Penolong Pendaftar, Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI), Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Tarikh:

............................................... (DR. HISHOMUDIN AHMAD) Pengarah, Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI), Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Tarikh:

LAMPIRAN A SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLING PADANG TERBUKA

1.

Penyertaan : Terbuka kepada para pelajar, para pensyarah dan staf-staf sokongan USIM.

2.

Pasukan yang diperuntukkan adalah seperti berikut : Pelajar Lelaki : 8 pasukan Wanita : 8 pasukan Pensyarah Lelaki : 2 pasukan Wanita : 2 pasukan Staf staf sokongan Lelaki : 2 pasukan Wanita : 2 pasukan

3. 4. 5. 6.

Kategori yang dipertandingkan : Beregu (Pairs) - Lelaki/Wanita (1 jam 30 minit) Sistem pertandingan : Kalah Mati Penyertaan adalah terhad (siapa cepat dia dapat main). Peserta dikehendaki memakai pakaian yang bersesuaian dengan keadaan di Kompleks Sukan Seremban 2 sewaktu pertandingan.

7. 8.

Peralatan akan disediakan untuk setiap peserta Keputusan pengadil adalah muktamad.

LAMPIRAN B JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN

PENAUNG PENASIHAT PENGERUSI NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA NAIB SETIAUSAHA BENDAHARI NAIB BENDAHARI

: : : : : : : :

Dr. Hishomudin Ahmad Afizi Azwan Bin Shuhaimi Muhammad Faris Bin Mohd Idris Nurul Hafizah Binti Hashim Muhammad Mujibullah Bin Rahmat Syaza Syahirah Binti Mohd Hidzir Muhammad Amirul Afiq Bin Mohd Noor Sharifah Najihah Binti Syed Rosalan

LAMPIRAN B AHLI JAWATANKUASA (AJK) AJK PUBLISITI NAMA

MAKANAN DAN HADIAH

PERSIAPAN GELANGAGGANG DAN PERALATAN

URUSETIA DAN PENDAFTARAN

KEBERSIHAN

PENGADILAN

LAMPIRAN C

ANGGARAN PERBELANJAAN PERTANDINGAN BOLING PADANG TERBUKA PERKARA Makanan Sarapan (Penganjur) Makan tengahari (penganjur) Sarapan (pensyarah) Makanan tengahari (pensyarah) Sarapan (peserta) Makanan tengahari (peserta) Air mineral (500 ml) RM 2.00 x 33 RM 5.00 x 33 RM 3.00 x 1 RM 6.00 x 1 RM 2.00 X 48 RM 5.00 x 48 RM 1.00 x 200 RM 66.00 RM 165.00 RM 3.00 RM 6.00 RM 96.00 RM 240.00 RM 200.00 ANGGARAN JUMLAH

Hadiah Pertama Kedua Ketiga RM 150.00 x 1 RM 100 x 1 RM 80 x 1 RM 150 RM 100 RM 80

Lain-lain Kertas A4 Tuala JUMLAH RM 9.00 x 2 RM 1.50 x 24 RM 18 RM 36 RM 1160

LAMPIRAN C Selain itu juga, dana juga akan diperoleh daripada sumbangan pihak-pihak tertentu yang prihatin dengan program ini seperti : Pelajar Kursus Boling Padang Sesi 2012 RM 10 x 33 orang pelajar = RM 330 Pembangunan Kemahiran Insaniah RM 500 Jualan Amal RM 400 Jumlah : RM 1230

Sumbangan yang diterima akan digunapakai untuk memeriahkan lagi program ini dan menampung perbelanjaan yang tidak mencukupi.

LAMPIRAN D SENARAI TUGAS Pengerusi Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas

kesempurnaan semua mesyuarat. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari masa ke semasa.

Naib Pengerusi Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari masa ke semasa.

Setiausaha / Naib Setiausaha Menyiapkan kertas kerja untuk urusan permohonan seperti pinjaman barang dan alatan, cenderamata, penajaan dan sebagainya. Mengeluarkan memo untuk panggilan mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat serta mencatat kehadiran ahli. Menguruskan segala bentuk permohonan kepada pihak-pihak tertentu.

LAMPIRAN D Menyiapkan surat yang perlu dihantar segera kepada individu tertentu atau badan-badan tertentu.

Bendahari/ Naib Bendahari Mengumpul segala dana dan kutipan yang diserahkan. Melaporkan laporan terkini kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

AJK Publisiti Menyediakan kain rentang (banner) atau kertas maklumat dan memaparkannya di tempat-tempat strategik. Bekerjasama dengan AJK pendaftaran untuk mengumpul peserta-peserta yang ingin menyertai dengan cara publisiti. Menghebah maklumat berkaitan pertandingan dengan cara yang berbeza seperti kain rentang (banner), borang ataupun di laman sosial Facebook.

AJK Makanan Dan Hadiah Menentukan jenis makanan dan minuman pada hari tersebut. Menguruskan makanan dan minuman yang disediakan untuk pengelola dan peserta

LAMPIRAN D Memastikan pengurusan makanan dan minuman berjalan lancar dengan pembahagian tugas yang baik. Menyediakan jenis hadiah yang diperlukan, menyelaras dengan Jawatankuasa Permainan dan Pengadilan. Menyusun hadiah dan cenderamata. Menyediakan senarai pemenang hadiah.

AJK Persiapan Gelanggang Dan Peralatan Membuat tempahan berkaitan dengan sebarang peralatan yang hendak dipinjam Mengira kuantiti barang dan peralatan yang dipinjam sebelum dan selepas peminjaman dibuat agar tidak berlaku sebarang masalah. Memastikan peralatan selamat untuk digunakan. Menguruskan padang pertandingan Memastikan keselamatan kawasan pertandingan selamat dan untuk mengelakkan sebarang kecederaan kepada peserta

AJK Urusetia Dan Pendaftaran Menyediakan tag nama AJK Menguruskan tempat pendaftaran Menyediakan kaunter pendaftaran untuk sebarang urusan pendaftaran dan pertanyaan. Memastikan keperluan borang-borang yang diperlukan semasa pendaftaran.

LAMPIRAN D Menyediakan kenderaan peserta dan pengelola ke Kompleks Sukan Seremban 2

AJK Kebersihan Memastikan kawasan pertandingan berada dalam keadaan bersih dan dari sebarang sampah dan kekotoron. Memantau dari masa ke semasa keadaan sekeliling agar sentiasa bersih.

AJK Pengadilan

Mengadili pertandingan yang diadakan secara adil. Menyusun jadual pertandingan dan memastikan ianya berjalan lancar Bekerjasama dengan Jawatankuasa Permainan tentang kiraan mata. Memastikan peserta mempunyai waktu rehat selepas satu-satu perlawanan. Memastikan pertandingan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

LAMPIRAN E JADUAL PERTANDINGAN BOLING PADANG TERBUKA

HARI

MASA 7.00 a.m 7.30 a.m 8.30 a.m

ATURCARA Peserta berkumpul di Kafe Kolej Kediaman Satu Bertolak ke Kompleks Sukan Seremban 2 Peserta dijangka sampai di Kompleks Sukan Seremban 2 Perasmian dan Taklimat kepada peserta Sarapan Pertandingan sesi pagi dimulakan Makan Tengah Hari dan Solat Zohor Pertandingan sesi petang dimulakan Solat Asar dan Minum petang Majlis penutup dan penyampaian hadiah Bersurai

8 DISEMBER 2012 (SABTU )

8.30-9.30 a.m 9.30 a.m 10.00 a.m 1.30 p.m 2.30 p.m 5.00 p.m 5.30 p.m 6.30 p.m

LAMPIRAN F

BORANG PERMAKAHAN

You might also like