You are on page 1of 4

Akhlak sebagai asas Tamadun Islam Akhlak sebagai asas tamadun Islam Pengenalan Tamadun islam merupakan satu

peringkat perkembangan kehidupan manusia yang tingg i dan dibentuk serta dibangunkan diats asas-asasnnya yang utuh dan padu bagi men jamin kesejahteraan masyarakatnya. Asas-asas tersebut ialah Akidah,Syariah dan A khlak. Akhlak menurut perspektif Islam ialah meletakkan keimanan seseorang kepada Allah dalam bentuk praktis. Ini beerti setiap perlakuan dan tindakan manusia mestilah berteraskan kepada keimanan serta akidah tauhid yang mutlak. Aspek keimanan tad i mestidijelmakan dalam bentuk amalan soleh. Islam tidak mengukur kegemilangan s esuatu bangsa berdasarkan ketinggian pencapaian dalam aspek kebendaan semata-mat a kerana ia merupakan matlamat kepada tamadunya. Apabila tamadun mengesampingkan soal-soal akhlak ia akan mengakibaatkan berlakunya kepincangan kepada tamadun t ersebut. Perkataan akhlak berasal dari perbendaharaan istilah Islamologi. Istilah lain ya ng mirip dengan akhlak ialah moral yang berasal daribahasa Latin. perbezaan anta ra moral dengan akhlak ialah, moral diertikan sebagai berbuat sopan atau kebajik an kerana suatu motif material, atau ajaran falsafah moral semata mata, sekular da n duniawi. Ia juga termasuk didalamnya penilaian mata manusia yang ingin mempero lehi kemasyuran dan ujian dari manusia. Berdeza dengan akhlak, ia adalah perbuat an suci yang terbit dari lubuk jiwa yang paling dalam dan ikhlas kerana allah. D alam Ihya Ulumuddin, imam al-Ghazali berkata : akhlak adalah sifat yang tertanam d alam jiwa, daripadanya timbul perbuatan yang mudah, tanpa memerlukan pertimbanga n fikiran . Akhlak islam ialah suatu sikap mental yang luhur. Ia juga adalah produk dari key akinan keatas kekuasaan dan keesaan Allah. Pembentukan Akhlak yang mulia. Apabila disebut perkataan akhlak dan dikaitkan dengan Islam, maka sudah tentu pa nduannya bersumber Al Qur'an dan Al Hadis. Pengamal yang pertama dan utama ialah Rasulullah s.a.w dan diikuti oleh generasi Al Qur'an iaitu para sahabat, alim u lamak dan mereka yang mengikut jejak langkahnya dari peringkat awal sehingga akh ir zaman. Manusia adalah hamba Allah yag diciptakan dengan sebaik-baik bentuk. I a juga merupakan makhluk sosial, yang tidak dapat melepaskan diri daripada berin teraksi di antara satu sama lain dalam kehidupan mereka, di mana akhlak merupaka n salah satu alat/ cara untuk mengatur hubungan di antara mereka. Oleh kerana ak hlak mempunyai sifat yang syamil dan skopnya sangat luas, bukan hanya untuk beri nteraksi dengan Allah SWT dan RasulNya semata-mata, tetapi makhluk-makhluk Allah , dan alam sekeliling. Dalam konteks pembinaan tamadun Islam, setiap individu sangat diutamakan mengilt izamkan diri terlebih dahulu dengan budi pekerti yang luhur, kemudian merealisas ikan pula kepada orang lain supaya mampun membentuk generasi akan datang sebagai asas kekuatan ummah sejagat. Budi pekerti yang luhur adalah salah satu sifat ya ng dimiliki Rasulullah s.a.w dan etlah menjadi amalan harian baginya kerana akhl ak itu termasuk setengah dari iman, sebagaimana Rasulullah s.a.w bersabda sebaga i berikut: Pengertiannya: "Sesungguhnya Allah menghiasi Islam dengan budi pekerti yang mulia dan perbuatan yang terpuji. "

Akhlak mulia merupakan tunggak kekuatan masyarakat dan negara. Oleh itu setiap i ndividu wajib berjuang menegakkan akhlak mulia dan berusaha mencegah dan memeran gi apa sahaja gejala kerusakan akhlak dalam masyarakat. Jika perkara ini di abai kan tentu seseorang itu akan rugi dan mendapat kehinaan, baik dalam masyarakat, mahu pun negara, di dunia dan akhirat. Sebagaimana Allah SWT berfirman dalam sur ah Asy Syams, ayat 8-10 sebagai berikut: Pengertiannya: ". maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu(jalan) kefasikan dan ketakwaan-sesung guhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu-dan sesungguhnya merugilah or ang yang mengotorinya. " Untuk melengkapkan perjuangan seseorang individu dalam membentuk akhlak yang mul ia demi keutuhan ketamadunan masyarakat sejagat, maka memerlukan beberapa pedoma n, contoh teladan dan kriteria tertentu, antara lain: I. Teladan Adab Dan Akhlak Rasulullah s.a.w. Sejarah telah membuktikan bahawa pandangan Rasulullah s.a.w kepada semua manusia adalah sama, tidak ada perbezaan di antara satu sama lain bersesuaian dengan si fat kejadiannya. Oleh itu baginda sentiasa memulakan memberi salam dan menghulur tangan untuk berjabat tangan dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya, Rasulullah s.a.w juga sentiasa menghormati pendapat orang lain, malah sering kali meminta p endapat para sahabat tentang sesuatu masalah yang timbul. Apabila menghadiri ses uatu majlis, Baginda s.a.w sentiasa menatap wajah hadirin dengan mesra untuk mem beri tumpuan sepenuhnya kepada mereka. Dengan demikian, majlis tersebut dapat be rlangsung dengan penuh keharmonian, kesopanan dan amanah, sebagaimana Allah SWT pernah berpesan pada wahyuNya dalam surah Al Imran, ayat 159 sebagai berikut: Pengertian: "Maka di sebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka . Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan d iri dari sekelilingmu. " Keteladanan Rasulullah s.a.w adalah amat sesuai dengan sabdanya sendiri sebagai berikut: Pengertiannya: "Sesungguhnya aku(Rasulullah) diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. " II. Hakikat Akhlak Yang Sebenar. Kita sudah sama-sama maklum bahawa akhlak itu adalah jiwa pendidikan Islam. Menc apai ke tahap akhlak yang sempurna adalah tujuan sebenar dari pendidikan Islam. Oleh itu maksud akhlak menurut perspektif Islam ialah satu sikap Jiwa dalam diri seseorang yang boleh melahirkan sesuatu perkara dengan mudah atau secara motori s, sama ada perkara baik atau buruk, Misalnya: melakukan sesuatu kebaikan tanpa mengingat atau menyebut ganjaran yang akan diteri daripada manusia lain kecuali hanya mengharapkan balasan Allah SWT semata-mata. Segala tindak tanduknya, mengg ambarkan kerelaan terhadap ketentuan dan ketetapanNya belaka. Itulah sebenarnya membuahkan jiwa yang tenteram dan penuh ketaatan seorang hamba terhadap pencipta dan hubungan yang harmonis dengan sesama manusia lain dan alam sejagat. Sehubun gan dengan itu, Allah SWT lebih memuliakan tingkatan jiwa kerana hubungannya leb ih akrab dengan zatNya, sebagaimana firmanNya dalam surah Shaad, ayat 71-72 seba gai berikut: Pengertiannya: "(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat, Sesungguhnya Aku akan menc

iptakan manusia dari tanah. -Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan K u tiupkan kepadanya roh(ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersu jud kepadanya. " Berdasarkan kepada firman Allah SWT tersebut, maka jelaslah bahawa tubuh badan d ihubung kaitkan dengan tanah, sedangkan jiwa/ roh dihubungkaitkan pula dengan Al lah Rabbal'alamin. Berdasarkan kepada keterangan di atas, maka dapatlah diambil kesimpulan bahawa jiwa/roh itu sama dengan akhlak/ budi pekerti. III. Akhlak Mengalami Perubahan. Sebagaimana telah diterangkan di atas bahawa manusia diciptakan Allah SWT terdir i dalam dua bentuk iaitu, bentuk jasmaniah dan bentuk rohaniah. Jasmaniah memang tidak boleh berubah bentuknya sehingga sampai seratus peratus, misalnya: orang yang panjang berukuran dua meter, tidak mungkin menurut akal fik iran boleh berubah kepada berukuran satu meter. Begitu juga orang yang berkulit hitam legam, boleh berubah menjadi putih melepak, dan begitulah seumpamanya. Sel ain dari itu, bentuk jasmani manusia mempunyai ciri-ciri tertentu sebagai manusi a dan tidak akan mengalami perubahan kepada bentuk makhluk lain, seperti: beruba h kepada bentuk haiwan. Tetapi sebaliknya, akhlak yang termasuk dalam kategori rohaniah, boleh berubah a tau dibentuk melalui didikan dan bimbingan yang betul daripada ibu bapa, mursyid dan syiqah, latihan yang berterusan serta melalui petunjuk yang benar, ikhlas, dan berdoa kerana Allah SWT. Perubahan akhlak seseorang, sama ada ke arah akhlak terpuji atau sebaliknya menj adi akhlak tercela adalah berkait rapat dengan aspek didikan, pergaulan dan lati han, sebagaimana sabda Rasullah s.a.w sebagai berikut: Pengertiannya: Dari Ali k. w berkata: "Rasulullah s.a.w bersabda, berilah pendidikan anak-anakm u ke atas tiga macam, mengasihi Nabi, mengasihi ahli rumahnya, dan membaca Al Qu r'an. Maka sesungguhnya orang-orang hafal Al Qur'an pada naungan Allah, pada har i yang tidak ada naungan, kecuali naungan Allah beserta NabiNya dan sahabat-saha bat Nabi. " Dalam Hadis di atas, Rasulullah s.a.w telah memberi panduan kepada ibubapa caracara pendidikan akhlak terhadap anak-anak melalui kaedah pengajaran, didikan dan latihan untuk membentuk mereka berakhlak mulia. Sebaliknya Baginda Rasulullah s .a.w juga memberi amaran tentang bahaya pergaulan yang boleh merosakkan akhlak s eseorang, Sebagaimana sabdanya seperti berikut: Pengertiannya: "Awas! kamu berkawan dengan kawan yang jahat, nanti anda jadi sama seperti dia. "(dlm. Tarbiyatul Aulad). Selain daripada itu, doa yang dipohonkan dengan bersungguh-sungguh juga berperan an merubah sikap seseorang daripada berakhlak tercela kepada berakhlak mulia. Se jarah telah membuktikan bahawa berkat doa Rasulullah s.a.w, maka perwatakan Omar Al Khaththab telah berubah daripada seorang yang bengis, zalim dan menentang Al lah serta RasulNya menjadi seorang yang berakhlak mulia, mentaati dan sangat men gasihi Allah dan Rasulullah s.a.w. Kesimpulan Dengan ini dapatlah kita simpulkan disini,akhlak merupakan antara perkara atau a sas yang perlu ada untuk menjamin wujudnya tamadun Islam yang sehingga ke hari i ni masih ditakuti oleh musuh-musuh Islam. Sesungguhya akhlak jualah yang menentu kan bangun dan runtuhnya sesuatu bangsa. Tepat apa yang dikatakan oleh penyair b

esar Ahmud Syauqi Bey: Kekalnya suatu bangsa ialah selama akhlaknya kekal, jika akhl aknya sudah lenyap, musnah pulalah bangsa itu Menurut ajaran Islam berdasarkan tingkahlaku Rasullah, pendidikan akhlak karimah (akhlak mulia) adalah factor penting dalam membina sesuatu umat atau bangsa. Seu atu pembagunan tidaklah ditentukan semata dengan faktor kredit dan investasi mat erial. Betapapun melimpah-ruahnya kredit dan besarnya investi, kalau manusia yan g melaksanakanya tidak mempunyai akhlak, nescaya segalanya akan musnah akibat pe nyelewengan dan korupsi. Demikian pula dengan pembagunan tidak munkin berjalanha nya dengan kesenangan melontarkan fitnah kepada lawan-lawan politik, atau hanya mencari-cari kesalahan orang lain. Dengan itu, walarlah kita untuk menjaga akhla k dan peribadi diri kita agar tamadun Islam tidak akan runtuh dan sentiasa gah h ingga ke haru akhirat, Insyaallah.

You might also like