You are on page 1of 4

TUGASAN 1

KOD KURSUS TAJUK KURSUS

: HBEF2803 : PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

SEMESTER

: SEPTEMBER 2012

SOALAN TUGASAN

Prinsip utama yang mendasari 1 Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar; saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain. Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1 Malaysia'.

Penyatuan budaya dan sosial yang berkurun lamanya di antara bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Iban dan lain-lain telah melahirkan masyarakat Malaysia berbilang kaum yang hidup dalam harmoni. Hubungan kaum dipereratkan tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Pelbagai budaya terdapat di Malaysia. Perayaan-perayaan dan aktiviti keagamaan besar seperti Hari Raya Aidil Fitri, Hari Keputeraan Nabi Muhamad S.A.W., Awal Muharram, Deepavali, Tahun Baru China, Christmas, Hari Gawai dan sebagainya disambut dengan meriahnya pada setiap tahun.

Berdasarkan kepada pernyataan ini, anda dikehendaki menyediakan satu tugasan yang lengkap dengan memilih SATU perayaan/aktiviti keagamaan yang boleh

diraikan/disambut bersama-sama teman-teman daripada kaum dan/atau agama lain. Perihalkan penglibatan anda dengan perayaan kaum tersebut berdasarkan konsep silang budaya (cross culture). Penglibatan anda dilihat daripada skop yang luas dan segala

aspek yang berkaitan dengan perayaan tersebut perlu diberi perhatian dengan teliti dan diselidiki mengikut tatasusila budaya Malaysia. Nyatakan kesignifikan perayaan tersebut, ritual-ritual atau amalan-amalan yang berkaitan, bagaimana ianya diraikan mengikut adat tertentu dan impaknya kepada masyarakat Malaysia.

E-portfolio anda perlulah didokumentasikan dengan lengkap yang berfokuskan kepada aspek-aspek berikut:

Sejarah perayaan, tujuan perayaan dan aspek-aspek perayaan yang lain Aspek - tradisi, sosial dan budaya Aspek persediaan sebelum perayaan Amalan-amalan yang dilakukan Pakaian tradisional semasa perayaan Kuih muih dan juadah utama perayaan Hiasan dalaman dan luaran perayaan Pantang larang jika ada berkaitan dengan perayaan Temu bual Rakaman audio-visual perayaan Analisis/refleksi kendiri tentang perayaan tersebut.

PANDUAN TINDAKAN:

1. Tugasan ini dapat disiapkan dengan melakukan EMPAT aktiviti terancang yang diberikan seperti berikut:

Aktiviti 1 Kajian dokumen Aktiviti 2 Temubual Tiga Generasi Aktiviti 3 Rakaman Suasana Sambutan Aktiviti 4 Jurnal Reflektif

2. Anda hanya perlu pilih SATU perayaan ATAU aktiviti keagamaan untuk melakukan KEEMPAT-EMPAT aktiviti. Contoh perayaan/aktiviti keagamaan adalah seperti berikut:

Deepavali Christmas Hari Gawai Hari Keamatan Thaipusam Vaisaki Tahun Baru Cina Hari Raya Aidil Fitri Hari Raya Qurban Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulud Nabi) Awal Muharram (Maal Hijrah)

PERINGATAN:

1.

Anda TIDAK BOLEH pilih sambutan perayaan/aktiviti keagamaan sendiri.

2.

Walaupun anda boleh membuat Aktiviti 1 hingga Aktiviti 4 secara berasingan, anda dinasihatkan untuk MEMBACA SEMUA AKTIVITI; dan RANCANG cara terbaik untuk membuatnya kerana SEMUA AKTIVITI adalah saling berkaitan.

Contoh Perancangan:

Pilihan - sambutan Hari Raya Qurban yang jatuh pada 26 October 2012. Mula dengan membuat Aktiviti 1 cari maklumat dari dokumen. Aktiviti 1 sedang dibuat; tapi serentak juga anda rancang Aktiviti 3. Pada hari sambutan 26 October 2012; anda ziarah rumah kawan dan buat rakaman video. Semasa membuat mana-mana aktiviti; anda catat setiap

reaksi/perasaan/pandangan/pengalaman yang anda alami/fikirkan dalam buku catatan. Ini adalah proses pengumpulan bahan untuk Aktiviti 4.

You might also like