You are on page 1of 2

Refleksi Segala puji bagi Allah, tuhan yang menguasai kerajaan langit dan bumi.

Solawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, dan para sahabat sekalian. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan taufiq dan inayahnya dapatlah kami bersama-sama menyiapkan tugasan Ilmu Pendidikan yang diberikan dalam waktu yang telah ditetapkan. pertama kali kami menerima tugasan ini, tiada apapun yang melintas di fikiran saya melainkan semuanya hanya tanda tanya. Hal yang demikian adalah kerana saya merupakan guru pelatih yang baru melangkah kaki ke alam perguruan. Sebelum ini saya tidak pernah terlibat ataupun menerima pendedahan tentang ilmu pendidikan. Dalam kotak pemikiran saya, seorang guru hanya menggunakan kemahiran sendiri untuk mengajar dan mengawal murid tanpa sebarang pendedahan tentang teori dan teknik ilmu pendidikan. Setelah menerima tugasan ini, saya membuat pemerhatian dan pencarian maklumat untuk memahami kehendak tugasan. Penjelasan daripada pensyarah semasa di dalam kelas dan bantuan ahli kumpulan, saya semakin jelas dengan kehendak tugasan. Saya mula mengumpulkan maklumat sedia ada dan membuat pencarian maklumat di internet dan beberapa buah buku mengenai tugasan yang diberikan. Setelah menyiapkan tugasan ini, banyak dapatan yang saya perolehi daripada tugasan ini. Jelaslah saya bahawa tugas seorang guru bukanlah sekadar mengajar ataupun menyampaikan ilmu. Akan tetapi, seseorang guru mempunyai banyak peranan dan tanggungjawab dalam membina generasi yang berwawasan. Guru memainkan beberapa peranan sehingga bolehlah dikatakan sebagai pengganti ibubapa, agen perubahan, agen penyampaian dan sebagainya. Selain itu, untuk menyokong dan mencapai keberkesanan dalam memainkan peranan tersebut, seseorang guru mestilah berada dalam keadaan bersedia dengan teori dan teknik-teknik pembelajaran. Guru seperti ini akan menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran lebih berkesan dan mendapat penerimaan yang baik berbanding guru yang hanya memiliki ilmu akan tetapi tidak mempunyai teori ataupun teknik ilmu pendidikan yang sebenar. Jelaslah, seseorang guru tidak cukup

sekadar memiliki ilmu tanpa mempunyai teknik dan teori pembelajaran. Dalam pemerhatian saya sepanjang berada di sekolah dan menyiapkan tugasan ini, proses pemindahan ilmu tanpa menggunakan teknik yang sesuai mengikut kesesuaian murid akan mengalami kegagalan ataupun hasil yang tidak memuaskan. Hal ini kerana proses tersebut gagal untuk menarik minat murid dan membuatkan muridmurid terus hanyut dalam alam kanak-kanak . Melalui teknik-teknik atau ilmu pendidikan ini, sesuatu proses pemindahan ilmu akan menjadi lebih berkesan dan mendapat tindak balas yang baik daripada murid-murid semasa proses tersebut dijalankan. Dalam pemerhatian saya juga setelah menyiapkan tugasan ini, jelaskan bahawa untuk menjadi seorang guru yang berkaliber perlulah mempunyai ilmu pengetahuan dan teknik-teknik ataupun teori dalam ilmu pendidikan. Daripada dapatan dan pengalaman dalam menyiapkan tugasan ini, banyak membantu saya bagi meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran saya. Dapatan ini juga menjadikan saya lebih bersemangat untuk mengalas tugas sebagai seorang guru dan banyak membantu saya untuk menjadikan proses penyampaian ilmu lebih berkesan. Sedarlah saya bahawa tugas seorang guru bukanlah sekadar menyampaikan ilmu, tetapi seorang guru perlulah memainkan beberapa peranan dan tanggungjawab agar dapat melahirkan generasi yang berwawasan dan mewujudkan produk yang dapat memacu Negara menuju wawasan 2020. Selain itu, guru juga perlu menguasai teori-teori dan teknik-teknik ilmu pendidikan agar proses pemindahan ilmu, pembentukan dan penerapan nilai-nilai dapat mencapai objektif yang difokuskan.

You might also like