You are on page 1of 4

AZIZI HJ.

ABDULLAH (1942 2011)

AZIZI HJ. ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Mula mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam. Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas Seberang Perai (Sekolah yang diasaskan oleh Tuan Guru Hj. Ahmad Badawi, ayahanda kepada Datuk Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri sekarang) hingga tahun 1965. Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an apabila artikel pertamanya tersiar dalam Warta Negara, Pulau Pinang berkenaan Buruk Baik Wanita Bermain Bola Sepak dan kemudian diikuti cerpen Sisa. Manakala cerpen Hj. Salikun Cuba Berkhalwat telah menjadi kontroversi sehingga Azizi hendak didakwa di mahkamah. Azizi mula bertugas sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Sungai Taka, Serdang, Kedah dalam tahun 1965 dan bermulalah kesuburan bakat beliau melalui penulisan cerpen di akhbar-akhbar, terutama akhbar terbitan Utusan Melayu. Azizi telah bersara daripada guru agama pada tahun 1997 dan kini menjadi Ketua Editor akhbar Utusan Pengguna (CAP) Pulau Pinang dan penulis kolum majalah.Dengan terhasilnya novel Kawin-Kawin, bererti sudah 25 novel yang ditulis oleh Azizi sejak tahun 60an lagi di samping hampir 200 cerpen. Tema penulisan Azizi berintikan agama dan rohani telah mengukir nama sebagai penulis yang berpengaruh di Malaysia. Antara karya beliau yg terkenal ialah "Seorang Tua Di kaki Gunung" yang diangkat menjadi drama TV. Banyak novel dan cerpen karya Allahyarham mendapat pengiktirafan, antaranya Anugerah SEA Write Award (1988) dari Thailand. Allahyarham juga merupakan seorang yang cekal dalam perjuangan Islam dan adalah antara aktivis yang gigih dan cekal untuk menyatakan kebenaran terutama dalam penulisannya.

Blog Allahyarham http://aziziabdullah.blogspot.com/ kali terakhir dikemaskini pada 15 April 2011 semasa Allahyarham hendak menjalani pembedahan jantung. Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 21 Ogos 2011 bersamaan 21 Ramadhan 1432H pada 7.30 pagi di Hospital Besar Pulau Pinang. al-Fatihah Senarai karya Azizi Hj. Abdullah: Novel: Garis Lintang Anak Haram. Kuala Lumpur : Pustaka Sari, 1968. Senja Belum Berakhir. Singapura : Pustaka Nasional, 1971. Bila Hujan Malam. Kuala Lumpur : Amir Enterprise, 1976. Sami Mekong. Kuala Lumpur : Penerbitan Utusan Melayu, 1976. Tini. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributor, 1977. Ayah Bonda. Kuala Lumpur : Pustaka Sistem Pelajaran, 1978. Di Kolam Mulhamah. Kuala Lumpur : Garis Cinta Books, 1978. Gadis Itu Bernama Ina. Petaling Jaya : Karya Pub. House, 1978. Seorang Tua di Kaki Gunung. Kuala Lumpur : DBP, 1982. Debu Takdir. Subang Jaya : Tra-Tra Publishing, 1982. Dee. Shah Alam : Marwilis Publisher, 1987. Melukut Kota. Kuala Lumpur : Penerbitan Azam , 1987. Asyraq. Kuala Lumpur : Penerbitan Azam , 1987. Juak. Kuala Lumpur : DBP, 1989. Yang Merusuh. Kuala Lumpur : Penerbitan Kintan, 1991. Tukcai. Petaling Jaya : Fajar Bakti, 1991. Menebus Maruah. Shah Alam : Marwilis Publisher, 1991. Beruk. Kuala Lumpur : Penerbitan Kintan, 1991. Anak Kampung Kuala Raga. Kuala Lumpur: DBP, 1991. Anak Belantara Tropika. Shah Alam : Marwilis, 1992. Cahaya di Pedalaman. Kuala Lumpur: DBP, 1992. Dunia Bukan Syurga. Kuala Lumpur : Creative Enterprise, 1993 Sinappapal. Kuala Lumpur: DBP, 1993. Suriati. Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, 1993. Hoi!. Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1994. Wi dan Wiliam. Seri Kembangan: Utusan Publications, 1995. Buih. Kuala Lumpur : Creative Enterprise, 1995. Ateik Putriba. Kuala Lumpur : Creative Enterprise, 1996.

Ayahanda. Kuala Lumpur : Creative Enterprise, 1997. Pencinta Alam. Kuala Lumpur: Berita Publishing, 1998. Kawin-kawin. Seri Kembangan: Utusan Publications , 2002. Sangeetha. Kuala Lumpur: DBP, 2006. Memoir Seorang Guru. Selangor: Alaf 21, 2007. Harga Sebuah Maruah. Kuala Lumpur: DBP, 2007. Zikir Rindu. Shah Alam: Alaf 21, 2009. Daerah Beta. Kuala Lumpur: DBP, 2009. Badai Cinta. Kuala Lumpur: Al-Ameen, 2011. Mandala Dunia Kedua. Selangor:PTS Publishing, 2011 Antologi Cerpen: Latifah Rabbaniah. Kuala Lumpur : DBP, 1976. Keakuan. Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books (Asia), 1978. Rindu Bonda. Pulau Pinang : Teks Publishing, 1980. Songsang. Kuala Lumpur : Teks Publishing, 1984. Pertiwi. Kuala Lumpur : Teks Publishing, 1985. Mardudah. Shah Alam : Marwilis Publisher, 1987. Istiqamah. Kuala Lumpur : DBP, 1988. Bibit Cinta. Kuala Lumpur : Penerbitan Pena, 1989. Jangan Pisahkan Aku!. Petaling Jaya : Penerbit Sasbadi, 1997. Pendoa Yang Ikhlas. Kuala Lumpur : DBP, 2005. Antologi Bersama: Intan Terpilih. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu, 1966. Terkangkang. Melaka : Gerkap Sekawan, 1969. Cerpen-cerpen Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 1977. Jelapang. Pulau Pinang: Teks Publishing, 1981. Bunga Gunung. Kuala Lumpur: Berita Publishing, 1982. Jelapang II. Pulau Pinang: Teks Publishing, 1983. Menjunjung Titah Perintah. Subang Jaya: Tra-Tra Publishing, 1984. Titian Laut. Kuala Lumpur: DBP, 1984. Angin Pulau. Kuala Lumpur: Teks Publishing, 1985. Dongeng Merdeka. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, 1985. Alun Menggulung Perlahan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, 1986.

Antologi Sayembara: Sesudah Senja. Kuala Lumpur: Utusan. 1990. 'Zaimah Yang Kubunuh'. Bukan Fiksyen: Gaya Hidup Ranggi. Merbok: Teras, 2002. Siapa Khianat Siapa. Kulim : Penerbitan Azizi, 2003. Luka Rakyat. Kedah: Teras, 2003. UMNO Kelamkabut & Fobia Oktober. Kulim, Kedah : Penerbitan Azizi, 2003. Ulat-Ulat UMNO. Kulim: Penerbitan Azizi, 2004. Hentikan Hutang dan Boros. Penang: Persatuan Pengguna Pulau Pinang, 2005. Kuras-Kuras Kreatif. Kuala Lumpur: DBP, 2007. Sayap-Sayap Selepas Senja. Penang: Goal Intelligent Publishing, 2008. Mustadh'afin Yang Tertindas. Penang: Persatuan Pengguna Pulau Pinang, 2008. Jiwa Hamba. Penang: Persatuan Pengguna Pulau Pinang, 2008. Rujukan: OPAC Perpustakaan Negara Malaysia (search= Azizi Haji Abdullah) Shamsudin Jaafar (pysn.) (2005). Wajah: Biografi Penulis Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, hlmn. 266-272.

You might also like