You are on page 1of 19

Amalan kerja yang melibatkan pengendalian pelbagai peralatan dan kelengkapan berbahaya menyebabkan pekerja mudah terdedah kepada

kemalangan sekiranya berlaku kecuaian.

Lebih 70% kemalangan di bengkel @ tempat kerja adalah disebabkan faktor kecuaian . Kemalangan biasanya mengakibatkan kerugian harta benda, kecacatan dan kehilangan nyawa. Kemalangan tidak boleh dijangka tetapi boleh diatasi dengan mengamalkan langkah2 keselamatan.

Keselamatan diri melibatkan langkah berjaga-jaga bagi melindungi diri daripada tercedera. Hal ini termasuklah seperti berikut:
Peralatan perlindungan Berpakaian Kemas Kerja secara profesional Pengendalian peralatan dengan betul

Pelindung Mata.
Berfungsi sebagai pelindung kepada mata ketika melakukan kerja-kerja yang melibatkan pemotongan, mencanai, mencuci menggunakan cecair penghakis, dan lain-lain perkara yang berbahaya. Ciri-ciri pelindung mata yan baik adalah menpunyai lensa yang diperbuat daripada cermin keselamatan, tahan panas, tidak mudah retak @ pecah.

Pakaian
Pakaian didalam bengkel mestilah kemas, selesa, dan diperbuat daripada bahan yang teguh. Tidak memakai tali leher ketika berada didalam bengkel. Pakaian yang tidak menghalang pergerakan semasa kerja. Tidak memakai topi perhiasan ketika melakukan kerja. Sebaik mungkin menggunakan Overall, tetapi bergantung dengan keselesaan.

Perhiasan dan Rambut


Rambut yang panjang dan terurai serta perhiasan yang labuh boleh menyebabkan kemalangan semasa di bengkel. Rambut yang panjang mestilah diikat. Jangan memakai cincin, jam, gelang, loket, rantai dan lain-lain.

Kasut
Bekerja didalam bengkel melibatkan

pengendalian objek-objek yang berat. Maka, kasut seperti kasut sukan, kasual, sandal dan selipar adalah dilarang digunakan ketika berada didalam bengkel. Gunakan kasut seperti safety boot.

Sarung Tangan
Digunakan semasa kerja-kerja mengimpal, memegang benda panas dan mencanai. Sarung tangan getah digunakan semasa mencuci menggunakan bahan kimia khas.

Pelindung Telinga
Digunakan semasa

mengendalikan mesin yang mengeluarkan bunyi yang kuat. Semasa enjin dihidupkan pada rpm yang tinggi dan berada dalam ruang tertutup.

Kemalangan boleh dielakkan jika kita menjaga kelakuan dan tingkahlaku semasa di bengkel. Disini saya nyatakan beberapa garis panduan yang perludiikuti dan diamalkan.

Jangan merokok ketika bekerja /di kawasan bengkel. Jangan sesekali bergurau semasa berada didalam bengkel. Jauhkan badan daripada bahagian yang panas. (welder ) Sentiasa menanggalkan sambungan wayer selepas digunakan. Meletakan segala peralatan ditempat asal. Jangan dibiarkan merata-rata. Bersihkan tompokan minyak pada lantai setelah selesai kerja. Kemaskan kawasan setelah selesai membuat pembaikan.

Dalam hal begini, pekerja mestilah peka kepada garis panduan keselamatan bengkel apabila bekerja dengan peralatan tangan dan kelengkapan. Hal ini juga amat penting bagi memastikan tidak berlaku sebarang kemalangan semasa bekerja di dalam bengkel.

Marilah kita bersama-sama melihat berkenaan dengan keselamatan peralatan

Kecuaian semasa menggunakan peralatan seperti: Mesin pengimpal Pemutar skru Tukul Adalah penyumbang utama punca kemalangan di bengkel. Bersihkan semua peralatan selepas digunakan daripada gris atau minyak. Contoh : spanar yang dipegang akan merasa licin. Gunakan peralatan yang betul untuk sesuatu kerja. Pastikan peralatan tersebut berkuali tinggi. Berhati-hati menggunakan peralatan tajam. Jangan menggunakan pahat yang mempunyai kepala yang kembang. Jangan menggunakan peralatan yang rosak.

Peralatan kuasa dikendalikan oleh kuasa elektrik atau Gas. Semak pendawaian agar tidak terdapat penebat yang pecah atau tidak berbalut. Jangan guna peralatan elektrik ketika berdiri diatas lantai yang lembab atau basah. Jangan bergurau ketika menggunakan peralatan kuasa seperti pemotong besi. Pastikan peralatan kuasa yang digunakan berada dalam keadaan baik.

Kawasan kerja mestilah bersih dan selamat. Permukaan meja kerja dan lantai mestilah sentiasa bersih, kering dan kemas. Pastikan permukaan lantai tidak digenangi air. Lorong atau laluan pejalan kaki mestilah bersih dan cukup lebar. Pastikan saliran (Longkang) di tutup. Peti kecemasan mestilah mudah dijumpai sekiranya berlaku sebarang kes yang tidak diingini. Bahan mudah terbakat mestilah disimpan ditempat khas dan selamat. Kendalikan bahan mudah terbakar dengan berhati-hati bagi mengelakkan tumpahan. Bahan buangan mestilah dikumpulkan ditempat yang khaskan. Contoh: sisa paip, filler rod welding dll.

Pastikan pekerja tahu dimana kedudukan alat pemadam api. Pekerja juga mestilah tahu menggunakan alat pemadam api. Pastikan pengguannya sesuai dengan jenis kebakaran yang berlaku didalam bengkel. Jangan gunakan air untuk memadam api yang berpunca daripada petrol. Jangan buka pintu atau tingkap kecuali jika betul-betul diperlukan. Tujuan adalah kerana angin luar akan menambahkan lagi kemarakan api.

Bahaya boleh dikelaskan kepada beberapa jenis seperti:

BAHAYA BAHAN KIMIA SISA BAHAYA BAHAYA FIZIKAL

Disebabkan oleh wap, asap, atau pepejal dalam bentuk habuk pekatan tinggi.
Terdiri daripada benda hasil kerja servis Bunyi, getaran, tekanan, dan suhu berlebihan.

BAHAYA ERGONOMI

Iaitu keadaan halangan biasa atau pergerakan dan keadaan badan yang betu;

Telah diwujudkan bagi memastikan suasana tempat kerja yang sihat dan selamat untuk para pekerja. Langkah yang diambil adalah dengan menguatkuasakan suatu piawaian yang diorak sebagai satu fakta. Tujuan adalah membantu dan menggalakan kerajaan melaksanakan tempat kerja yang sihat dan selamat. Juga telah menyediakan kajian, maklumat, pendidikan, dan latihan dalam bidang kesihatan dan keselamatan pekerja.

Sebarang pertanyaan sila ajukan

You might also like