Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
23 April 2012 Prospek Pembelajaran Sepanjang Hayat Dalam Bidang Pengajian Islam Di Malaysia

23 April 2012 Prospek Pembelajaran Sepanjang Hayat Dalam Bidang Pengajian Islam Di Malaysia

Ratings: (0)|Views: 8 |Likes:
Published by Amini Amir Abdullah

More info:

Published by: Amini Amir Abdullah on Nov 19, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/16/2014

pdf

text

original

 
1
PROSPEK PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM BIDANGPENGAJIAN ISLAM DI MALAYSIA (Sent to Amal
 –
24 September 2012)
DR. AMINI AMIR BIN ABDULLAHDEPARTMENT OF NATIONHOOD (GOVERNMENT) AND CIVILIZATION STUDIES,FACULTY OF HUMAN ECOLOGY,UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,43400 SERDANG, SELANGOR, MALAYSIA.
PENDAHULUAN
Pembelajaran dan pengajian Islam berkembang selari dengan perkembangan Islamdi Nusantara (Abdullah Jusuh, 1990). Tuntutan menuntut ilmu dan menyebarkanilmu oleh agama Islam menyebabkan umat Islam begitu proaktif dalam pengajiandan penyebaran segala jenis ilmu termasuklah ilmu keagamaan sejak daripada awalperkembangan Islam di Nusantara lagi.Ilmu pertama berkaitan pengajian Islam yang tersebar di Nusantara ialah ilmu Fardu Ain, Ilmu Kalam dan pengajian Al-Quran. Kemudiannya ia disusuli dengan ilmu-ilmulain yang berkembang bersesuaian dengan perkembangan zaman. Pada peringkatpendidikan awal, orang-orang Melayu amat menekankan aspek mengaji Al-Quran.Dahulu, tidak sah pendidikan anak-anak jika tidak diasuh dan diajar mengaji Al-Quran. Ramai ibu bapa berpesan kepada guru Al-Quran agar mengajar Al-Qurandengan baik hingga anak mereka pandai membaca Al-Quran walaupun terpaksamerotan anak-anak mereka. Demikianlah prihatinnya para ibu bapa dengan asaspembelajaran agama dalam sejarah tamadun Melayu.
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DAN BIDANG PENGAJIAN ISLAM
Perkembangan Islam di Malaysia boleh menentukan halatuju pengajian Islam danprospek kerjaya graduan pengajian Islam. Penubuhan Majlis Kebangsaan Bagi HalEhwal Ugama Islam (MKI) pada 17 Oktober 1968 mengorak langkah kepadapemerkasaan bidang pengajian Islam di Malaysia di samping pemerkasaan dalamaspek-aspek lain yang juga penting.
 
2
Masyarakat Islam di Malaysia sejak tahun 1954 sudah menggesa penolakanterhadap perjudian, bahan bacaan dan filem-filem cemar. Begitu juga gesaan agar diberikan perhatian kepada pendidikan Islam dan moral. Perlembagaan Persekutuanmemperuntukkan DYMM Yang DiPertuan Agung mestilah berbangsa Melayu-Islam.Kewujudan Majlis Fatwa Kebangsaan dan jawatan Mufti memperkukuhkan entiti dankedaulatan Islam di tanah air. Pentadbiran zakat, haji, Baitul Mal, koordinasiRamadan dan Hariraya melalui institusi Islam yang dibentuk oleh kerajaanmemberikan kelebihan kepada para graduan pengajian Islam. Apa yang pentingialah pengiktirafan Perlembagaan Persekutuan terhadap agama Islam dan maruahumat Islam. Manakala mazhab Shafie menjadi pegangan masyarakat Islamberdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Aliran Ahlu Sunnah wa Al-
Jama‟ah menjadi
 dominan dalam aliran pemikiran Muslim di Malaysia. Sejak tahun 1958, sudah adapernyataan bahawa Malaysia adalah negara Islam. Pada era 70an, Islam menjadiasas dalam pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK). Elemen Islamdalam DKK diperkenalkan di sekolah-sekolah dan budaya bangsa lain tidakdihalang. Pada akhir 70an, kursus berkaitan Islam diperkenalkan di Institut TeknologiMara. Pada tahun 1980 kursus Tamadun Islam diperkenalkan di beberapa IPTA.Pada tahun 1998, kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia diwajibkan kepadapelajar Islam dan bukan Islam. Sebelum itu pada tahun 1983, kursus Perbandingan Agama menjadi kursus wajib di beberapa fakulti di IPTA.Perkembangan sistem kewangan Islam di Malaysia juga memberikan kelebihankepada para graduan pengajian Islam dan disiplin amnya. Hasil inisiatif kerajaan,peranan proaktif Malaysia dalam Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) telahmembentuk dana modal teroka Islam bagi melonjakkan tahap keusahawanan daninovasi. Peranan Malaysia melalui WIEF dalam Bank Pembangunan Islam,Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam dan Pertubuhan Zakat Antarabangsamelonjakkan imej Malaysia dan intelektual kewangan Islam.Inisiatif kerajaan memajukan Hub Halal, pembangunan produk dan perkhidmatanhalal mengikut piawaian antarabangsa juga telah melonjakkan imej negara danmemberikan kelebihan kepada graduan pengajian Islam. Kita tidak boleh menafikanperanan graduan pengajian Islam dalam Program Murabahah Komoditi (CMP) yang
diperkenalkan Bank Negara Malaysia pada tahun 2007. “Indeks Syariah Hijrah” oleh
 
3
Bursa Malaysia Berhad adalah yang pertama di dunia untuk menarik pelabur asingberkonsepkan Islam. Ini memberikan kelebihan kepada para intelektual ekonomiIslam. Graduan Syariah pula mempunyai kelebihan dari segi pekerjaan denganpengenalan Badan Penasihat Syariah bagi setiap industri perbankan Islam,kewangan dan pasaran modal Islam, industri kewangan Islam, penubuhan InstitutPerbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM), Amanah Pelaburan HartanahIslam, produk-produk pelaburan dan kewangan Islam seperti unit amanah Islam, bonIslam, indeks syariah, sekuriti bersandarkan aset, instrumen dan nota kewanganIslam, kertas-kertas pembiayaan Islam, murabahah komoditi, bon Islam, prinsip Al-Bai Bithaman Ajil (rumah, bangunan dan lain-lain), Ar-Rahnu (pajak gadai), Al-Ijarah(kenderaan, peralatan dan lain-lain), skim Takaful dan lain-lain.Penubuhan institusi Islam seperti JAKIM (1 Januari 1997), Institut Dakwah danLatihan Islam (INDAH), Pusat Penyelidikan Islam (1971), IKIM, YADIM (zaman TunMohd. Nasir), PERKIM, KAGAT, JAPIM, Jabatan Agama Islam Negeri, Tabung Haji,Bank Islam, Pusat Islam IPTA (pengukuhan), CITU (UiTM), Institut PenyelidikanIslam Hadhari (UKM), Yayasan Islam Hadhari, JKSM, Jabatan Zakat, Wakaf danHaji, Institut Latihan Islam (ILIM), Darul Quran dan ILMI
 –
Institut Latihan MilitariIslam semuanya memberikan
advantage 
kepada para graduan pengajian Islam dandisplin ilmu yang lain.Di Malaysia, perkembangan pendidikan dan pengajian Islam amatlah luar biasa.Pengukuhan pendidikan dan pengajian Islam bermula pada peringkat TASKA diikutidengan pendidikan Islam peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, penubuhanMaktab Perguruan Islam dan akhirnya sampai ke tahap pendidikan dan pengajianIslam pada peringkat tertinggi. Kerajaan juga telah memperkenalkan KurikulumPendidikan Islam dan Moral. Kurikulum Pendidikan Islam juga telah mendapatpengiktirafan antarabangsa. Pada tahun 1996, Kelas Aliran Agama (KAA)diperluaskan ke semua sekolah harian. Setakat ini, kerajaan Barisan Nasional telahmenubuhkan 55 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), 95 buahSekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) di bawah kelolaan kerajaan negeri danini termasuk Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR). Di seluruh negara terdapatsebanyak 1649 Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang ditadbir oleh pihak individudengan bantuan Jabatan Agama Islam di peringkat negeri. Kerajaan juga telah

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->