You are on page 1of 5

PROGRAM PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 4

2012

LAPORAN PENGENALAN : Persaingan sihat sesama murid untuk mendapat tempat pertama di dalam kelas semakin sengit. Cabaran ini perlu diharungi oleh murid dengan berusaha dengan lebih baik agar turut bersama dalam kelompok cemerlang. Ibu bapa adalah nadi kepada kemajuan dan perkembangan minda mahupun fizikal anak mereka. Penglibatan secara langsung dalam membesarkan mereka dan melihat mereka berjaya adalah impian semua ibu bapa di dunia ini. Mereka mahukan agar anak mereka membalas jasa dan titik peluh mereka bekerja salama ini dengan hadiah segulung ijazah yang mampu menitiskan air mata kegembiraan.

RASIONAL :

Program ini adalah untuk memastikan bahawa semua ibu bapa Tahun 5 yang menyertainya mendapat manfaat dari segi kefahaman yang lebih baik terhadap situasi pembelajaran, sosial anak-anak mereka. Ia juga turut menyalurkan maklumat yang sesuai dan perlu kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2013. Siri ceramah dan informasi yang diberikan oleh Guru Besar dapat memberikan impak kepada ibubapa yang hadir dari segi kawalan emosi dan teknik mengawal tingkahlaku anak mereka supaya menjurus kepada prilaku pelajar yang cemerlang. Info tambahan yang diberikan adalah berupa pengetahuan disusuli dengan etika sosial yang patut diamalkan agar anak-anak mereka berakhlak mulia. 1. Menyediakan melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. 2. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah yang positif. 3. Prestasi pelajar meningkat dan dapat mengharumkan nama sekolah.

MATLAMAT :

OBJEKTIF :

1. Peserta mengenali serta tahu menjaga emosi anak mereka jika ada perubahan akibat menjalani iklim baharu persekolahan (sesi pagi) 2. Peserta tahu tentang perkembangan aktiviti akademik samada naik atau tidak dan memberi galakan agar anak mereka terlibat dengan aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah. 3. Peserta tahu tentang disiplin serta masalah sosial yang kerap berlaku di sekolah yang melibatkan Tahun 4.

UBK SKHMC

PROGRAM PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 4

2012

SASARAN :

Semua Ibu Bapa Tahun 4 Sesi 2012

TARIKH:

Program telah dijalankan pada 26 Januari 2012

TEMPAT :

Kantin SKHMC

MASA DAN JADUAL:

BIL AKTIVITI 1. Kata aluan Pengacara Majlis mengalu-alukan kedatangan Ibu Bapa 2. 3. Bacaan Doa Taklimat & Amanat Tuan Guru Besar En. Mohammad Rosli Bin Jaafar 4. Taklimat Disiplin dan sosial 5. REHAT

WAKTU 8.00 8.10 pg

TINDAKAN Guru Bimbingan

8.10 8.13 pg

Ustaz Jemputan Guru Besar

8.15 9.00 pg

SKHMC

9.00 pg 9.10 pg Penolong Kanan HEM 9.50 10.20

UBK SKHMC

PROGRAM PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 4

2012

ANALISIS SWOT
Peserta mengenali serta tahu menjaga emosi anak mereka jika ada perubahan akibat menjalani iklim baharu persekolahan (sesi pagi). KEKUATAN Penceramah menyatakan keadaan iklim dan suasana persekolahan sesi petang dan pagi adalah berbeza. Penceramah mengingatkan agar ibu bapa mendengar keluhan anak jika ada dan cuba menaikkan semanat untuk ke sekolah. KELEMAHAN Faktor keletihan setelah penat bekerja membuatkan ibu bapa kurang prihatin terhadap apa yang dilakukan oleh anaknya di sekolah. PELUANG Ibu bapa sering dihubungi oleh guru kelas dari semasa ke semasa. OBJEKTIF Peserta tahu tentang perkembangan aktiviti akademik samada naik atau tidak dan memberi galakan agar anak mereka terlibat dengan aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah. KEKUATAN Penceramah menekankan bahawa pihak sekolah sentiasa membuat makluman awal melalui surat dan blog sekolah. Penceramah mengingatkan agar tidak membenarkan murid untuk berada di sekolah jika tiada aktiviti kokurikulum demi keselamatan murid itu sendiri. Penceramah menegaskan bahawa aktiviti kokurikulum amat penting untuk perkembangan sahsiah anak peserta. KELEMAHAN Murid kehilangan surat makluman dan tidak semua ibu bapa mempunyai kemudahan set komputer. PELUANG Kakitangan di pejabat sekolah boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat terkini kegiatan yang dijalankan di sekolah. OBJEKTIF Peserta tahu tentang disiplin serta masalah sosial yang kerap berlaku di sekolah yang melibatkan Tahun 4. KEKUATAN Penceramah menerangkan dan berkongsi pengalaman masalah disiplin di sekolah seperti ponteng, mencuri dan buli. KELEMAHAN Ibu bapa terlalu mempercayai kata-kata nak mereka sehinggakan ada yang menipu. PELUANG Ibu bapa boleh menghubungi sekolah jika ada kemusykilan dan boleh juga menyalurkan maklumat jika ada perkara yang mencurigakan di persekitaran rumah mereka. OBJEKTIF

UBK SKHMC

PROGRAM PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 4

2012

KEHADIRAN : Secara keseluruhannya, kehadiran boleh dikatakan memuaskan, 92% ibu bapa murid Tahun 4 menghadiri program ini dengan jayanya. Selain itu terdapat ibu bapa yang tidak dapat hadir mungkin disebabkan oleh bekerja dan cuti tidak diluluskan.

Laporan disediakan oleh :

..................................... (En. Ahmad Kamil bin Sharudin) Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Hj Mahmud

Disemak dan disahkan oleh :

(En. Mohammad Rosli bin Jaafar) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Hj Mahmud Chemor

UBK SKHMC

PROGRAM PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 4

2012

LAPORAN BERGAMBAR

UBK SKHMC

You might also like