You are on page 1of 5

Nama: Chong Lesin (11WAD06714) : Dhiviya Nambbiar a/p Balakrihnan (11WAD06921) Kumpulan: AA1 Tajuk Pembentangan : Seksualiti dan

Kekeluargaan ( Homoseksualiti/ Hubungan sebelum kahwin/ Hubungan Seks di luar perkahwinan). Seks

Definisi
Seksualiti Secara umumnya, seksualiti manusia bermaksud bagaimana manusia meluahkan pengalaman dan seksualiti diri mereka sebagai mahluk seksual. Konteks seksualiti boleh dilihat dari pelbagai sudut antaranya sudut biologi, psikodinamik, dan budaya. Homoseksualiti Istilah homoseksual merujuk kepada perlakuan atau kecenderungan seks yang cenderung kepada sesama jantina yakni lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Hubungan seks sebelum kahwin Hubungan seks yang dilakukan tanpa ikatan perkahwinan secara rela atau tanpa kerelaan (rogol). Hubungan seks di luar perkhawinan Individu yang telah berumah tangga yang melakukan hubungan seks bersama individu lain yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah tanpa pengetahuan pasangan sahnya.

Punca Punca
Keluarga Persikataran Biologi Dorongan individu Aktiviti seksual

Kesan-kesan berlakunya perhubungan seks bebas (homoseksual, seks sebelum kahwin, seks selepas kahwin
Keruntuhan akhlak seseorang individu - mereka dipandang serong oleh masyarakat. Keruntuhan institusi kekeluargaan menyebabkan wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan. Masyarakat akan mudah berpecah-belah dan keamanan serta keharmonian akan terjejas.

Masalah kesihatan terjejas kerana mudah dijangkiti dengan penyakit seksual seperti AIDS dan HIV. Kadar jenayah meningkat. Kehilangan atau kekurangann generasi muda dan kepimpinan yang berwibawa pada masa hadapan.

Langkah-langkah untuk mengatasi perhubungan seks bebas


Pegangan agama dan pendidikan moral yang kukuh. Pemerhatian ibu bapa yang sewajar terhadap anak. Peranan media massa untuk menyebarkan informasi tentang keburukan perhubungan seks bebas. Peraturan dan undang-undang yang tegas harus dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan untuk kesalahan seksual. Ceramah dan kempen harus diadakan oleh badan NGO untuk menyedarkan masyarakat supaya memberi perhatian kepada isu-isu sebegini. Badan-badan kerajaan boleh mengadakan program atau aktiviti yang menegaskan tentang undang-undang Negara yang melarang perbuatan sebegini di bawak aktaakta tertentu.

Contoh kes < Homoseksualiti > Pada 16 December tahun 2011, seorang pemuda Melayu bernama Arif Aflian telah mencetuskan kontroversi apabila beberapa keping gambar perkahwinanya dengan seornag lelaki warga asing tersebar di dalam laman web. Pemuda Melayu ini merupakan tokoh pelajar cemerlang sekolahnya. Selain itu, pemuda ini juga merupakan pelajar tajaan Petronas yang menuntut di University College Dublin untuk pendidikan perubatan.Pemuda ini gagal dihubungi di Negara tersebut sejak tiga tahun lalu dan didapati tidak lagi meneruskan pengajianya dan telah berkahwin dengan seorang lelaki. Kes seks di luar perkahwinan Tiger Woods, pemain golf utama dunia terbabit dalam satu kemalangan kereta di luar rumahnya di Florida pada tahun 2010 mengakibatkan pendedahan satu persatu kegiatan curang pemain golf nombor satu dunia itu terhadap isterinya. Woods telah mengakui bahawa dia ditiduri sebanyak 120 wanita. Dia juga mendakwa isterinya, Elin Nordegren tidak berminat mengadakan seks dan menyebabkan dia curang. Akhirnya, kejadian itu juga turut mengakibatkan Woods kehilangan jutaan dolar dalam pengiklanan selain terpaksa berehat selama lima bulan daripada sebarang aksi perlawanan golf dan penceraian secara rasminya dengan isterinya. Kes sebelum kahwin Seorang kerani wanita terpedaya dengan janji manis teman lelaki warga Nigeria dan sanggup menyerahkan mahkota wanitanya. Ini mengakibatkan dia berbadan dua. Wanita berusia 30

tahun ini mengenali teman lelakinya melalui lambang sembang sosial. Perkenalan mereka bertukar kepada hubungan cinta lama-kelamaan. Menurut wanita ini, lelaki itu bukan sahaja meminta dia mengadakan seks pada waktu biasa tetapi juga ketika datang haid.

Dua hujah yang menyokong isu-isu homoseksualiti, hubungan seks di luar perkahwinan, hubungan seks sebelum perkahwinan.
Aliran Egoisme Etika

Mengikut aliran Egoisme Etika, sesuatu tindakan adalah bermoral sekiranya tindakan tersebut menbawa kegembiraan kepada diri sendiri. di. Sehubungan itu, sekiranya sesseorang individu dapat memuaskan nafsunya dan keseksualannya dengan sesiapa yang diingini di luar pengetahuan pasangan sahnya juga dianggap bermoral kerana ini membawa keseronokan kepada pesalah tersebut. Tambahan pula, ada kalanya terdapat individu yang suka mempunyai hubungan polygamy tanpa pengetahuan pasangan sah serta bertentangan dengan undang- undang hanya semata matanya untuk memenuhi keinginannya seperti harta benda dengan menawarkan hubungan seks. Perbuataan sebegini turut dianggap bermoral berteraskan teori ini kerana dapat memberi kegembiraan materialristik kepada individu tersebut. Kebanyakan kes seks di luar perkahwinan berlaku kerana tiada kestabilan dan kasih sayang dalam institusi perkahwinan, Oleh itu, kebanyakan lelaki suka melakukan scandal untuk mendapat kasih sayang yang tidak boleh di harap daripada pasangan sah mereka.

Aliran Eksistensialisme

Aliran in berpendapat bahawa sesuatu tindakan bermoral sekiranya tindakan tersebut dilakukan atas kebebasan sendiri untuk membuat pilihan dengan syarat seseorang itu mesti bertanggungjawab terhadap pilihannya. Dengan ini, sekiranya seseorang itu melakukan kesalahan seks dengan pasangannya yang sama jantina untuk memuaskan dan mengembirakan dirinya tanpa menghiraukan pandangan masyarakat. Perbuataan sebegitu dianggap bermoral sekiranya individu sanggup memikul tanggungjawab atas tindakannya. Salah satu ciri aliran ini ialah pilihan yang diambil tidak harus dipengaruh atau ditentukan oleh pendapat dan pengaruh orang lain. Oleh itu, sekiranya seseorang individu membuat pilihan untuk menukar seksualitinya mengikut keselesaanya dianggap bermoral sekiranya pilihannya tidak dipengaruhi dan ditentukan oleh pihak lain.Contohnya, homoseksualiti.

Dua hujah membantah isu-isu homoseksualiti, hubungan seks sebelum kahwin, hubungan seks di luar perkhawinan.
Teori kemoralan sosial

Di bawah teori kemoralaan sosial ini, seseorang itu bermoral sekiranya dia mematuhi peraturan, norma atau tatahukum masyarakat. Teori ini juga menekankan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan individu. Perhubungan seks dengan pasangan yang tidak sah adalah dilarang di bawah undang-undang Negara kita. Tambahan pula, sesiapa yang mempunyai hubungan seks dengan gadis berumur 18 ke-bawah tanpa ikatan perkahwinan serta tanpa kerelaan gadis itu akan diambil tindakan yang serius. Selain daripada itu, kes-kes seperti pembuangan bayi sehingga menyebabkan kematian bayi akibat daripada hubungan seks sebelum kahwin sering didapati dalam media massa. Kes-kes ini telah mengancam kehidupan masyarakat yang harmoni secara tidak langsung. Sehubungan itu, hukuman yang sewajarnya harus dikenakan atas pesalah tersebut. Oleh itu, berdasarkan teori ini hubungan seks sebelum kahwin dianggap tidak bermoral.

Teori keperibadian mulia

Teori keperibadian mulia menekankan tindakan yang bermoral ialah tindakan yang diamalkan kerana kebaikan nilai tersebut sendiri dan mengikut jalan tengah. Hubungan seks di luar perkahwinan atau pergaulan seks bebas adalah perbuatan yang terhina atau terkutuk yang tidak mempunyai nilai kebaikan. Oleh itu, perhubungan seks bebas adalah bertentangan dengan teori ini. Sebagai contohnya, Tiger Woods, pemain golf utama dunia terbabit dalam satu kemalangan kereta di luar rumahnya di Florida pada tahun 2010 mengakibatkan pendedahan satu persatu kegiatan curang pemain golf nombor satu dunia itu terhadap isterinya. Kejadian itu juga turut mengakibatkan dia kehilangan jutaan dolar dalam pengiklanan dan akhirnya bercerai dengan isterinya Elin Nordegren. Secara kesimpulanya, pergaulan seks bebas tidak dilihat sebagai sesuatu tindakan yang bermoral dari sudut pandangan teori ini.

Pandangan agama terhadap seksualiti dan kekeluargaan


Agama Islam Salah satu hukum dalam agama Islam menyatakan haram adalah sesuatu perkara yang dilarang dan berdosa sekiranya dilakukan dan mendapat pahala sekiranya ditinggalkan. Contohnya, zina. Dalam Islam perzinaan tebahagi kepada dua, iaitu penzina yang sudah memiliki pasangan yang sah dan penzina yang belum pernah kahwin dan tidak memiliki pasangan sah. Al-Quran melarang zina dalam surah an-Nur:. Hukuman zina bagi yang sudah berkahwin dihukum rejam sampai mati dan bagi yang belum berkahwin dihukum sebat seratus kali. Oleh itu, agama Islam melarangkan zina.

Agama Buddha Dalam prinsip ajaran agama Buddha, terdapatnya Panca Sila (Lima Tingkah laku Baik). Panca Sila ketiga telah mengajar kita supaya jangan melakukan kesalahan seksual. Dalam Panca Sila ini mengingatkan diri jauh daripada melakukan perhubungan seks dengan pasangan yang tidak sepatutnya, termasuklah melakukan hubungan seks dengan pasangan sendiri pada masa dan tempat yang tidak sesuai. Oleh itu, perhubungan seks bebas adalah dilarang sama sekali dalam agama Buddha.

You might also like