You are on page 1of 6

KAEDAH PENENTUAN LOKASI SEMASA SEKOLAH,KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2010 Penentuan sekolah-sekolah dalam kawasan Bandar adalah berasaskan

kepada sempadan bandar yang telah disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) dan ia telah diwartakan pada tahun 2005. Takrifan ini walau bagaimana pun cuma tertakluk kepada Semenanjung Malaysia sahaja kerana Sabah dan Sarawak tidak tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Tempatan. Takrifan bandar yang disediakan oleh pihak JPBD adalah seperti berikut: Kawasan yang diwartakan dan tepu bina yang bersempadan dengannya serta gabungannya yang terletak di dalam had sempadan bandar dan mengandungi: a. Kawasan penempatan dan kawasan komited yang telah diluluskan; b. Penduduk minimum 10,000 orang; c. Sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk bekerja (berumur 15 tahun dan ke atas) yang terlibat dengan aktiviti bukan pertanian; d. Densiti kasar minimum penduduk adalah 50-60 orang per hektar; dan e. Kemudahan-kemudahan perbandaran (75% unit kedai di pusat bandar, Sekolah Rendah/Sekolah Menengah, pusat kesihatan, dewan orang ramai, masjid/rumah ibadat, pejabat pos, balai polis/pondok polis, stesen bas, pasar, town padang/taman bandar). Bagi menentukan lokasi sekolah-sekolah ini, kedudukan sekolah itu perlu ditentukan terlebih dahulu. Lokasi sekolah ini (dikenali sebagai koordinat) adalah berasaskan kepada kutipan data menggunakan alat GPS serta lain-lain sumber dari internet, terutamanya Google Earth dan Wikimapia (www.wikimapia.org). Projection yang digunakan bagi penentuan koordinat ini adalah WGS84 kerana ia adalah projection yang paling biasa digunakan. Koordinat sekolah ini kemudian di overlay dengan sempadan Bandar yang disediakan oleh pihak JPBD. Sempadan bandar ini adalah berasaskan kepada maklumat banci penduduk 2000, oleh itu, kemungkinan telah banyak berlaku kemajuan tempat tersebut. Sebagai contoh, sekolah-sekolah yang berada dalam kawasan berwarna kuning contohnya seperti PBA3031, PBC3027 dan PBC3021 adalah jelas berada dalam kawasan Bandar Bayan Lepas manakala PBA3035,PBA3005 dan PBA3001 adalah di luar bandar. (Lihat rajah 1).

Untuk mempastikan sekolah-sekolah ini benar-benar di luar bandar, maklumat ini di overlay dengan Google Earth untuk melihat adakah terdapat perkembangan dalam pertambahan kawasan bandar yang dikenali sebagai kawasan tepubina (built-up area). Didapati bahawa sekolah-sekolah yang sepatutnya berada di kawasan luar bandar tersebut telah pun sekarang ini berada di kawasan extension dari kawasan Bandar Bayan Lepas. Oleh itu ketiga-tiga sekolah tersebut dikategorikan juga sebagai sekolah bandar.

Sempadan Bandar JPBD

Kawasan tepubina

Sebagai panduan, di bawah adalah senarai bandar di Semenanjung Malaysia yang diwartakan oleh JPBD. Untuk makluman, JPWP, Putrajaya dan Cyberjaya dianggap sebagai Bandar dan tidak disenaraikan di sini.

SENARAI BANDAR SEMENANJUNG MALAYSIA


PERLIS Kangar Kuala Perlis KEDAH Jitra Kuala Nerang Pendang Kuala Kedah Sungai Petani Gurun Yan Sik Baling Kulim Kuah Serdang Alor Star PULAU PINANG Balik Pulau Tanjung Tokong Ayer Itam Gelugor Bayan Lepas Bayan Baru Kepala Batas Bukit Mertajam Jawi Nibong Tebal Georgetown Sungai Ara Sungai Nibong - Sungai Dua Juru Butterworth Tanjung Bungah PERAK Bandaraya Ipoh Batu Gajah Selama Teluk Intan Taiping

Sitiawan Kuala Kangsar Sungai Siput Lumut Bandar Baru Sri Manjung Parit Buntar Tapah Kampar Tanjong Malim Seri Iskandar Grik KELANTAN Jeli Kuala Krai Pasir Mas Bachok Gua Musang Kota Bharu Kubang Kerian Machang Pasir Puteh Tanah Merah Tumpat TERENGGANU Kuala Terengganu Kampong Raja Bandar Permaisuri Jertih Marang Kuala Berang Dungun Bandar Al-Muktafi Billah Shah Paka Kemaman Cukai PAHANG Raub Kuantan Bandar Tun Abdul Razak, JENGKA Jerantut Maran Temerloh

Kuala Lipis Tanah Rata - Brinchang Bentong Pekan Muadzam Shah Kuala Rompin Bera Triang SELANGOR Rawang Serendah Kuala Kubu Bharu Selayang Baru Meru Bangi Ampang Jaya Sri Gombak Subang Jaya Cheras Selatan Tanjong Karang Kuala Selangor Klang Pelabuhan Klang Cyberjaya Telok Panglima Garang Banting Bandar Baru Salak Tinggi Sabak Bandar Utama Kelana Jaya Shah Alam Petaling Jaya Puchong Ulu Kelang Gombak (Taman Perwira ) Seri Kembangan Kajang Serdang Sungai Besar NEGERI SEMBILAN Seremban Rembau Nilai

Kuala Klawang Port Dickson Kuala Pilah Bahau Bandar Seri Jempol Gemas Tampin MELAKA Jasin Alor Gajah Ayer Keroh Sungai Udang Masjid Tanah Bandar Melaka Batu Berendam JOHOR Bandar Penggaram (Batu Pahat) Bandaraya Johor Bahru Kluang Kota Tinggi Kulai Labis Mersing Pasir Gudang Pekan Nenas Bandar Penawar Pontian Kecil Segamat Senai Simpang Renggam Skudai Tangkak Ulu Tiram Yong Peng Muar

You might also like