You are on page 1of 2

Soalan Aneka Pilihan Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan.

Pilih dan tulis jawapan yang betul sama ada A, B, C atau D . 1. Apakah yang dimaksudkan dengan maklumat? A. Maklumat hanya diperolehi melalui pembacaan B. Maklumat mungkin diperoleh dari pelbagai bentuk seperti artikel dan carta C. Pengetahuan tidak boleh diperolehi menerusi pengalaman atau penyelidikan D. Pesanan yang diterima melalui lambing dan symbol tidak dikatakan sebagai maklumat 2. Susun komponen di bawah berdasarkan kepada perkembangan teknologi. I. Transistor II. Litar bersepadu III. Komputer riba IV. Tiub vakum A. B. C. D. I,II,III, IV I,III,II,IV IV,I,II,III IV,I,III,II

3. Internet menyediakan perkhidmatan mendapatkan maklumat dengan cepat, interaktif, kebolehcapaian dan kepelbagaian. Melalui internet, komunikasi dan maklumat boleh didapati secara .. A. Tanpa sempadan B. Cepat C. Mahal D. Sukar 4. Menggunakan internet adalah .. berbanding menggunakan cara komunikasi yang lain seperti telefon, pos atau perkhidamatan penghantaran. A. Lebih mahal B. Kos efektif C. Lebih cepat D. Kos tinggi 5. Apakah teknologi maklumat dan komunikasi? A. Gabungan perkataan, huruf atau pesanan, pertukaran menerusi atau pendapat, dengan persidangan atau maksud lain; persidangan; kesamaan B. Termasuk semua komunikasi atau kemudahan aplikasi seperti radio, telefon mudah alih, komputer, perisian dan seumpamanya, serta pelbagai kemudahan dan aplikasi seiring dengannya. C. Teknikal bermaksud manusia menggunakannya untuk memperbaiki keadaan sekelilingnya. Ia juga adalah pengetahuan dalam menggunakan perkakasan dan mesin untuk melakukan tugas-tugasnya dengan efisien.

D. Sebarang komunikasi dan kemudahan aplikasi berasaskan komputer. 6. Pelanggan mendapat faedah dari perbankan elektronik dalam konteks: I. Tawaran perkhidmatan 24 jam II. Pemindahan tabung secara elektronik III. Deposit tunai elektronik IV. Aplikasi pinjaman elektronik A. B. C. D. I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

7. Kontroversi isi kandungan laman web boleh menyebabkan gangguan ke atas keamanan masyarakat. Yang manakah berikut boleh mengawal daripada berlakunya isu demikian? I. Pasang antivirus II. Gunakan senarai perkataan terlarang atau yang tidak menyenangkan III. Gunakan perisian penapisan IV. Nilai kandungan laman web A. B. C. D. I dan III I, II dan IV II, III dan IV I, II, III dan IV

8. Beberapa aspek telah dikira sebagai kelebihan daripada sistem perkomputeran. Antaranya adalah: I. Masa II. Keuntungan III. Produktiviti IV. Peluang pekerjaan A. B. C. D. I dan III I dan IV I, II dan III I, III dan IV

You might also like