You are on page 1of 11

1.

Kes-kes khas adalah seperti berikut:

a.

Kes Disiplin (tidak hadir, ponteng dan buang sekolah). Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
i. Mewujudkan fail Kes Khas Sekolah untuk memfailkan semua kes ponteng dan buang sekolah.

ii.

Menyimpan senarai nama murid beserta dengan surat amaran dan laporan tindakan dari unit disiplin sekolah dalam fail Kes Khas Sekolah. iii. Melaksanakan PBS sepanjang murid hadir di sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut. iv. Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa PBS sekolah (JK PBS). Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS. v. Skor bagi komponen PP akan direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa yang dilakukan oleh murid berkenaan.

b.

Murid yang tidak hadir ke sekolah untuk tempoh masa yang panjang atas sebab kesihatan. Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. Mendapatkan laporan berkenaan sakit. perubatan yang mengesahkan murid

ii.

Melaksanakan PBS sepanjang murid hadir ke sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.

iii. Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS. Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS.
iv. Skor bagi komponen PP akan direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa yang dilakukan oleh murid berkenaan.

c.

Murid dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. Mengenal pasti kategori murid dari golongan OKU. Kategori murid dari golongan OKU adalah seperti berikut: Terencat Akal / Sindrom Down

Buta
Pelbagai Kecacatan / Ketidakupayaan lain, Disleksia / Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) / Attention Deficit Disorder (ADD) / Autisme /

Learning Disabilities (LD)


Bisu Pekak Rabun Spastik/Cerebral Palsy

ii.

Mendapatkan dokumen rasmi sebelum mengkategorikan murid sebagai golongan OKU. Murid perlu mengemukakan satu daripada dokumen berikut:

Laporan Perubatan yang mengesahkan murid OKU; atau


Kad OKU bagi murid yang telah mendaftar sebagai OKU iii. Mematuhi prosedur permohonan keperluan khas berikut: Memastikan murid membuat permohonan kepada pihak sekolah. Murid yang tidak membuat permohonan akan dianggap sebagai murid biasa. Mengemukakan salinan dengan menggunakan Borang Maklumat Murid Dari Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang disediakan oleh LP berserta dokumen sokongan seperti laporan perubatan atau kad OKU kepada Pengarah Pelajaran Negeri untuk kelulusan.

iv. Tiada sebarang pengecualian terhadap murid berkenaan dalam pelaksanaan PBS. Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai

menggunakan mekanisme yang sesuai.

v.

Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS. Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS.

vi. Pentadbir

sekolah

menyediakan

segala

keperluan

khas

murid

berkenaan seperti perkhidmatan, peralatan atau perisian khas dalam pentaksiran PBS.

d.

Murid yang bertukar sekolah. Pentadbir sekolah lama hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

i.

Memastikan evidens PBS murid berkenaan telah diserahkan kepada sekolah baharu.

ii.

Mengemas kini skor PBS murid berkenaan dalam SPPBS sebelum proses perpindahan tersebut.

iii. Pentadbir sekolah memaklumkan pertukaran tersebut kepada Pegawai PBS PPD dan Pegawai PBS JPN.

Pentadbir sekolah baharu hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. Mendapatkan surat rasmi dari sekolah lama murid yang menyatakan sebab-sebab PBS tidak dapat dijalankan dan murid tiada skor.

ii.

Melaksanakan PBS untuk murid berkenaan bagi komponen PS, PAJSK dan PPsi sepanjang tempoh murid berada di sekolah baharu. Bagi komponen PP, sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PP.

e.

Murid di bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri (Sekolah Menengah Henry Gurney dan Sekolah Integriti) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Sekolah Tunas Bakti dan Sekolah Harapan). Pentadbir sekolah berkenaan hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. Tiada sebarang pengecualian terhadap murid berkenaan dalam pelaksanaan PBS. Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai.

ii.

Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS.


Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS.

iii. Merujuk kepada Pengarah Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat dan tindakan selanjutnya bagi melaksanakan PP untuk murid

berkenaan.

f.

Atlet yang terlibat dalam kejohanan peringkat negeri dan / atau kebangsaan / antarabangsa. Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. Melaksanakan PBS sepanjang murid hadir ke sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.

ii.

Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS.


Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS.

iii. Merujuk kepada Pengarah Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat dan tindakan selanjutnya bagi melaksanakan PP untuk murid

berkenaan.

g.

Murid yang baru pulang dari bermastautin di luar negara.

Pihak sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. Pelaksanaan PBS hanya dilakukan semasa murid berada di sekolah.

ii.

Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS.


Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS.

You might also like