You are on page 1of 18

KAE3013 TUGASAN 1

Muzik
Huraikan secara terperinci bagaimana bidang seni kreatif ini dapat menyumbang kepada perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak serta meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia.

Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga berbeza:Bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya dan apa- apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan. Kamus dewan edisi ke empat menerangkan muzik ialah gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta, memperbaiki dan mempersembahkannya adalah suatu seni. Mendengar muzik pula adalah sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang atau disiplin. Muzik adalah sebuah fenomena yang sangat unik. Ianya boleh dibunyikan dengan beberapa gabungan alat muzik Muzik bermula hampir seusia dengan kehadiran manusia moden homo-sapien 180,000 hingga 100,000 tahun dahulu. Tiada siapa tahu bila manusia mula mengenal seni dan muzik. Dari penemuan arkeologi di lokasi-lokasi seperti benua Afrika sekitar 180,000 tahun hingga 100,000 tahun dahulu telah menunjukkan kepada perubahan evolusi pemikiran otak manusia. Dengan otak manusia yang lebih pintar dari haiwan, mereka membuat pemburuan yang lebih terancang sehingga boleh menumpaskan haiwan yang besar.

Dengan keupayaan otak ini, mereka berfikir lebih jauh hingga ke sebalik reality mencapai imaginasi dan spiritual. Bahasa untuk perhubungan mula terbentuk diantara mereka. Dari bahasa & perkataan ringkas untuk amaran bahaya & nama-nama haiwan buas, perlahan-lahan beberapa perkataan muncul untuk menamakan benda dan nama panggilan untuk sesorang. Ada juga yang mendapat inspirasi dari pemerhatian kepada alam semulajadi bila angin menghembus kedalam rongga kayu atau bambu yang mengeluarkan bunyi. Kayu dikorek lubang ditiup menjadi flute purba. Manusia meluahkan perasaan mereka takut & gembira menggunakan suara mereka. Bermain-main dengan suara mereka menjadi chant, hymn atau syair nyanyian kecil daripada inspirasi kicauan burung. Kayu-kayu dan batuan keras dipukul mengeluarkan bunyi irama yang mengasyikkan. Mungkin secara tidak sengaja mereka telah mengetuk kayu pokok yang berongga di dalamnya dengan batang kayu yang mengeluarkan bunyi kuat. Kulit binatang yang mereka guna sebagai pakaian diletak pula untuk menutup rongga kayu besar menjadi gendang, di palu menjadi irama-irama purba. Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanakkanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti menyanyi bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di sekolah. Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada kanak-kanak.

Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak. Menurut Dr. Lihanna Borhan, pensyarah perkembangan kanak-kanak di Universiti Malaya, kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan kanak-kanak kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan.

Semasa usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi daripada irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa. Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa :Muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia Meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada Mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan Keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan dengan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama. Peningkatan celik huruf, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanakkanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf. Selain itu, muzik juga dapat memberikan ruang kepada kanak-kanak,berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental. Di samping merangsang keyakinan dan harga diri murid-murid, ia menjadi faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran mereka. Muzik adalah salah satu cara yang baik untuk membantu kanak-kanak belajar dan mencurahkan perasaan kepada dunia. Berapa ramaikah antara kita yang mampu melupakan lirik Rasa Sayang Eh? Gurindam dan lagu yang dipelajari ketika berada di tadika

amat sukar dilupakan. Itulah kehebatan muzik. Dan kerana itulah Barney & Friends, Sesame Street dan High 5 begitu popular di kalangan kanak-kanak: nada yang menarik dan lirik yang mudah diingati menjadikan muzik sebagai pendidikan yang terbaik! Di sini diterangkan bagaimana anda boleh membawa muzik menjadi sebahagian daripada hidup kanak-kanak: Muzik dapat membantu perkembangan pertuturan kanak-kanak Dengan mengulangi beberapa lagu yang mudah, sebagai guru,kita dapat membantu kanak-kanak mempelajari asas pertuturan dan membina perbendaharaan kata. Lagu ABC, sebagai contoh,bunyi kelihatan mudah tetapi akan mengajar kanak-kanak mengingati 26 abjad yang berbeza dengan mudah..Aktiviti menyanyanyi lagu-lagu dengan nama haiwan, tumbuh-tumbuhan dan objek-objek lain dengan murid-murid Rakam nyanyian anak murid kemudian, dengarkan kembali rakaman itu. Muzik menggalakkan pernyataan kendiri. Pada peringkat umur yang muda, di saat kanak-kanak tidak mampu untuk meluahkan perasaan mereka melalui kata-kata, muzik membenarkan mereka meneroka pelbagai perasaan. Nyanyi lagu-lagu yang menggambarkan pelbagai emosi seperti kebahagiaan, kesedihan, keresahan dan keinginan bersama pergerakan tangan. Guru juga boleh menggunakan boneka dan alat-alat permainan untuk meluahkan perasaan-perasaan ini. Muzik membantu kanak-kanak mempelajari nombor. Kanak-kanak yang tahu muzik dan rentak lagu dapat mempelajari nombor dengan lebih baik dan cepat daripada kanak-kanak yang lain.Nyanyi lagu-lagu dengan nombor seperti Sepuluh Budak Hitam, dan iringi lagu itu dengan pergerakan tangan yang mencerminkan nombor-nombor tersebut. Muzik meningkatkan kemahiran sosial. Kanak-kanak yang menyertai kumpulan muzik kanak-kanak atau menyanyi di tadika akan menggalakkan mereka untuk belajar bekerjasama dan bergembira bersama rakan-rakan sebaya. Ini juga dapat membantu mereka membina kemahiran sosial yang lebih baik. Galakkan murid-murid untuk

menyanyi dan bermain muzik bersama-sama. Galakkan mereka untuk menyertai acara nyanyian dan tarian yang memerlukan mereka berinteraksi. Muzik dapat membina keyakinan diri kanak-kanak. Dorongan untuk murid-murid mengambil bahagian dalam muzik sama ada dengan kehadiran penonton atau tidak. Ini akan meningkatkan keyakinan diri mereka dan menggalakkan mereka belajar serta menerima cabaran baru.Beri perhatian kepada murid-murid apabila dia menyanyi atau bermain muzik. Puji murid-murid kita, tepuk tangan sepanjang nyanyian dan bertepuk tangan dengan penuh minat apabila dia mengakhiri persembahannya. Permata Seni Koir dikendalikan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) manakala Permata Seni Muzik pula dikendalikan oleh Istana Budaya yang menyaksikan kedua-duanya di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Bagi kedua-dua program tersebut, ia bertujuan untuk memperkembang dan seterusnya menyerlahkan potensi kanak-kanak yang cemerlang di dalam bidang vokal atau seni suara dan mainan alat muzik melalui program pembelajaran dan bimbingan yang sistematik dengan penekanan kepada kecemerlangan bakat. Antara kepentingan pengajaran muzik, lagu dan nyanyian kanak-kanak serta pantun dan sajak adalah untuk mempertingkatkan kemahiran muzikal dan kreativiti kanakkanak Selain itu juga, Aktiviti muzik ,lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengambil peluang untuk menunjukkan bakat mereka dalam nyayian ,berbalas pantun dan mendeklamasi sajak. Kemahiran muzikal kanak-kanak seperti menyanyaikan melodi mudah, menyanyi lagu dengan iringan muzik dan menyanyai mengikut tempo dapat dipertingkatkan.Aktiviti mendeklamasi pantun dan sajak pula dapat melatih kanak-kanak menggunakan sebutan yang jelas dan menyampaikan perasaan masing-masing menerusi aktiviti yang dilaksanakan.

Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri.Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, di samping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapat pengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi murid Tahap 1 khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu mereka memahami konsep muzik yang abstrak. Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya masyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa. Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalam muzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada diri murid

Pendidikan Muzik bertujuan melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai murid. Maksud budaya merujuk Kamus Dewan edisi Keempat ialah tamadun, peradaban. 2. kemajuan fikiran, akal budi. 3. bersifat budaya, yang mengenai kebudayaan yang sudah maju (akal budi). Merujuk Kamus Dewan budaya bermaksud: i. tamadun,

peradaban; ii. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya dan iii. bersifat budaya. Kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi). Seni adalah sangat sinonim dengan bakat kerana individu yang berbakat lebih mudah diasuh dan dipertingkatkan tahap kemahirannya.Terdapat ramai kanak-kanak yang mempunyai bakat yang luar biasa dalam seni persembahan seperti nyanyian, muzik dan tarian.Bagi membolehkan mereka mencapai kecemerlangan ,mereka memerlukan bimbingan profesional. Elemen seni dalam minda kanak-kanak mampu menyemai pemikiran kreatif dalam kalangan mereka dan ia memainkan peranan penting dalam pembangunan menyeluruh manusia, di samping menjadi platform memartabatkan keamanan sejagat Sekiranya inisiatif sedemikian tidak diambil, bakat yang dianugerahkan kepada mereka akan terus terpendam malah akan hilang begitu sahaja. Ini adalah satu kerugian besar kepada bangsa dan negara kerana kanak-kanak berbakat adalah antara sumber utama negara yang penting dalam pembinaan khazanah ilmu serta kepakaran bagi menjamin kelestarian tamadun sesebuah negara Antara fokus pendidikan muzik untuk kanak-kanak, adalah untuk mendedahkan generasi pelajar sekolah rendah kepada keindahan seni serta nilai sesuatu seni termasuk kesannya kepada masyarakat sekeliling. Selain itu, ia bertujuan untuk menghasilkan generasi yang berbudaya, bertamadun dan celik inovasi serta berkebolehan menghasilkan idea yang kreatif dengan penuh keyakinan diri. Ia turut menggilap bakat kanak-kanak Malaysia agar mereka dapat meneroka dan menonjolkan sepenuhnya potensi dan bakat yang ada pada diri mereka ke peringkat antarabangsa.Menerusi pendidikan muzik ini juga, Malaysia bakal melahirkan generasi 7

muda yang berani menghasilkan karya secara kreatif, berdisiplin, boleh mengurus masa dengan seimbang, boleh bekerjasama dan yakin terhadap kebolehan diri serta cekal menghadapi cabaran.Kehidupan yang harmonis dalam kalangan warga Malaysia yang berbilang kaum dan kaya dengan kepelbagaian adat, seni dan budaya turut dapat diperkukuhkan. Setiap aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun kanak-kanak memerlukan imaginasi dan berfikir secara kreatif dalam membuat pergerakan dan menyampaikan mengikut perasaan. Perkembangan kreativiti kanak-kanak dalam aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun melibatkan imaginasi atau khayalan. Secara tidak langsung, nilai estetika kanak-kanak juga dapat dipupuk. Nyayian seperti ewa bulan,Ke Ren Lai boleh mendidik kanak-kanak mengetahui lohgat negeri di Negara kita. Lagu ini adalah lahu serantau yang menggunkan bahasa dialek atau loghat bahasa asal sesuatu tempat.jenis lahu ini memperkenalkan budaya, kaum atau lokasi sesebuah Negara. Di samping nyayian, kanak-kanak dapat menyanyikan lagu ewa bulan dengan memegang wau bulan. Dari pembelajaran tersebut, kanak-kanak dapat juga belajar mengetahui permainan tradisi negara kita. Nyayian seperti ini bukan hanya diajar di kalangan orang melayu sahaja, tetapi kaum lain seperti india dan cina, juga turut belajar dengan lagu serantau ini. Selain nyayian, muzik juga boleh mendidik murid-murid mengetahui cara bermain alatan muzik,contohnya kompang,caklempong(Alat melodi dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Ianya diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Perkataan Cak Lempong juga digunakan untuk mendiskripsikan jenis ensemblenya. Mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan. Kini kesenian muzik Cak Lempong telah bertapak di negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi. ( dan juga alat tiupan. Melalui ala-

tan seperti, gendang, seruling, gong dan sebagainya, murid-murid dapat mengetahui cara bermain dan mengetahui kebudayaan kaum di Negara kita. Alatan muzik seperti serunai kaum india, Alat-alat muzik tradisional yang

dimainkan oleh kaum India adalah seperti tempura, sitar, dholak dan sebagainya. Dholak ialah sebuah alat muzik kasikal India Utara dan biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem. Alat muzik ini juga digunakan untuk mengiringi nyanyian dan tarian semasa majlis perkahwinan India dilangsungkan. Kaum Cina pula memainkan alat-alat muzik tradisional seperti erh-hu, pipa, yangqin, sheng dan seruling cina. Dalam masyarakat Cina, erh-hu dan pipa sentiasa digunakan sebagai alat solo untuk hiburan dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera cina atau mengiringi nyanyian. Selain itu, Sabah dan Sarawak juga mempunyai latar belakang muzik tradisional yang berbeza. Di Sabah, alat muzik tradisional dimainkan semasa majlis perkahwinan, pertunangan, perayaan menuai, hari ulang tahun pertama kanak-kanak, upacara-upacara keagamaan animisma dan upacara-upacara berkaitan yang penting bagi masyarakat tempatan. Kebanyakan alat-alat muzik di Sabah diperbuat daripada bahan-bahan asli. Contohnya, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh. Alat-alat muzik di Sabah dikelaskan kepada kordofon (tongkungon, gambus, sundatang atau gagayan), erofon (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton, idofon (togunggak, gong, kulintangan) dan membranofon (kompang, gendang atau tontog. Di Sarawak pula, alat-alat muzik tradisional yang dimainkan oleh mereka ialah lutang, sape, tawak dan sebagainya. Sape merupakan alat muzik yang amat popular di kalangan kaum Kenyah dan Kelabit. Sape boleh dimainkan secara solo atau berduet untuk menghasilkan kombinasi irama muzik yang lebih indah dan harmoni.. Alat muzik tradisional merupakan warisan budaya bagi setiap kaum di Malaysia. Pada zaman dahulu, alat muzik tradisional memainkan peranan sebagai alat penyebaran maklumat, alat ritual dan alat hiburan. 9

Budaya tidak akan luntur jika diwarisi dari generasi ke genarasi seterusnya. Melalui pendidikan muzik,kanak-kanak juga dapat mengingati malah mengetahui kepelbagaian muzik di Negara kita seperti dikir barat. Di sekolah juga kanak-kanak dapat belajar cara melagukan dikir barat,malah aktiviti ini dapat mengembangkan bakat kanak-kanak dan juga penglibatan semua bangsa di Malaysia. Melalui dikir barat, kanak-kanak dapat belajar menyanyi mengikut irama,lohgat dan juga dapat menyemai nilai-nilai murni dalam diri dan juga masyarakat di sekeliling mereka. Selain dikir barat, boria juga melambangkan lagu atau budaya sesuatu tempat di dalam Negara kita. Boria dapat memberi hiburan kerana ada unsur lucu dan persembahanya ceria dan menarik perhatian penonton. Dalam unsure seni dan kebudayaan melayu pula, kanak-kanak dapat belajar bermain alatan muzik seperti serunai,gong untuk aktiviti pencak silat. Kanak-kanak dapat mengetahui dan mengecam bunyi untuk aktiviti budaya pencak silat. Selain itu, kompang sememangnya lazim dimainkan di majlis-majlis rasmi sekolah, pemain-pemain kompang harus tahu cara untuk menepuk kompang untuk mendapat irama yang menarik. Alat muzik tradisi ini bukan sahaja dimainkan di sekolah malah dimajlis perkahwinan,majlis sambutan dan sebagainya,jika kanak-kanak tidak dilatih siapakah pewaris dan pemain kompang untuk penyeri majlis untuk masa akan datang. Melalui cara bermain ,kanak-kanak dapat belajar cara mengira berapa kali untuk memalunya, mencipta irama. Paluan kompang dapat menarik minat kanak-kanak untuk bermain kompang. Melalui cara ini,bakat-bakat murid dapat ditonjolkkan malahan diasah untuk menjadi yang terbaik. Tarian Buluh, satu lagi tarian tradisional yang popular serta menghiburkan, menggunakan sepasang buluh panjang yang dipegang mendatar pada paras buku lali. Keduadua buluh tersebut diketuk antara satu sama lain dengan rentak yang pantas. Penari perlu tangkas bergerak sambil melompat di antara kedua-dua batang buluh tersebut tanpa tersepit. 10

Melalui tarian ini,bunyi juga dapat dijadikan irama,disamping kanak-kanak belajar kemahiran menari,minda mereka turut dijana dengan berapa,bagaimana dan cara melaksanakanya. Selain bakat, perkembangan diri mereka akan menjadi meluas dan mendidik mereka menjadi berani dan juga yakin akan diri sendiri. Melalui muzik kebudayan dapat dikukuhkan ke dalam diri kanak-kanak, malahan mereka akan terus mengingati dan juga sedar akan kepelbagaian alatan muzik untuk dipelajari Kepelbagaian warisan budaya dan kaum di Malaysia paling ketara dilihat pada jenis-jenis muzik dan tarian Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, pelbagai pendekatan, kaedah ,aplikasi digunakan untuk menarik minat kanak-kanak. Aplikasi Pendekatan Kodaly akan membantu dalam bidang nyanyian di mana murid-murid akan mempelajari pelbagai cara meningkatkan kemahiran menyanyi agar berasa seronok. Falsafah yang paling penting dalam pendekatan Kodaly ialah Muzik adalah untuk semua orang. Pedagogi Kodaly menekankan perkembangan kemahiran pengalaman muzikal secara menyeluruh dan berurutan. Kodaly percaya bahawa semua kanak-kanak mempunyai potensi untuk menjadi celik muzik. Mereka hanya perlu diberi peluang untuk memperkembangkan skil persembahan, skil pendengaran dan skil-skil muzik yang lain untuk menjadi celik muzik. Kodaly juga percaya bahawa suara adalah alat muzik yang paling utama kerana ia adalah alat muzik alat yang semulajadi. Tujuan nyanyian dijadikan fokus adalah kerana kemahiran nyanyian merupakan asas kemahiran bagi semua kemahiran muzik yang lain. Menurut Kodaly, setiap kanak-kanak selalu mempelajari bahasa ibonda mereka terlebih dahulu sebelum mempelajari bahasa yang lain. Maka dalam pengajaran muzik, kanakkanak harus diajar lagu-lagu rakyat bahasa ibunda mereka sebelum mempelajari lagulagu dari bahasa asing. Pendedahan Kaedah Kodaly Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Kaedah Kodaly adalah satu kaedah yang berterusan dan sentiasa berkembang. Banyak perubahan telah berlaku sejak kaedah ini bermula dan sedang dalam proses perubahan untuk men11

cari cara yang lebih baik lagi untuk memupuk rasa cinta kepada muzik. Kaedah Kodaly menjadi tunjang dan nadi kepada kurikulum muzik di sekolah mahu pun di institut pendidikan guru.Terdapat 3 jenis teknik atau komponen di dalam pengajaran dan pembelajaran kaedah Kodaly iaitu: i. Tonik Solfa ii. Isyarat Tangan iii. Simbol, Notasi dan Sebutan Irama a. Kaedah Kodaly secara berurutan Kaedah berurutan ini berfokus kepada isi kandungan yang disusun dengan sistematik mengikut kebolehan kanak-kanak pada tahap perkembangannya. i. Konsep Irama Salah satu unsur muzik yang ketara yang boleh dijadikan contoh di sini ialah irama. Irama yang asas didalam kaedah ini ialah irama bersamaan dengan pergerakan kanak-kanak seperti berjalan (krocet mempunyai nilai 1 kiraan) dan berlari (kuaver mempunyai nilai kiraan). Elemen-elemen muzik yang lain seperti bentuk (form), harmoni, tempo, dinamik boleh diatur atau disusun secara berurutan dalam kaedah ini. ii. Konsep melodi Selain konsep irama, konsep melodi juga perlu diperkenalkan secara berurutan.Mengikut perkembangan muzikal kanak-kanak, mereka hanya dapat menyanyikan 5 atau 6 ton dan tidak dapat menghasilkan semiton dalam pic yang tepat. Oleh demikian konsep melodi perlu diperkenalkan dengan 2 pic dahulu, so dan mi yang mempunyai jeda minor keMengikut kebiasaan corak jeda ini memang terdapat di dalam kehidupan harian mereka. Contohnya seperti sebutan perkataan berpic: Didalam kajian konsep melodi, jeda minor ke-3 dan major ke-2 merupakan jeda-jeda yang sama dan lazim digunakan di negara Jepun, Amerika Syarikat dan juga Hungary. 12

b. Nyanyian Suara merupakan satu alat muzik yang semulajadi yang berkesan dandimiliki oleh semua orang. Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan perasaan gembira, sayang, sedih, takut atau seronok. Cara yang baik bagi kanak-kanak menggunakannya untuk menimba pengalaman muzika ialah dengan menyanyi. Oleh itu nyanyian merupakan aktiviti yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dan asas yang terbaikdalam perkembangan dan kemahiran muzik. c. Pendengaran Dalaman Teknik ini dikenali sebagai inner hearing dan inner singing yang dapat menguji kesemua elemen muzik kanak-kanak. Pendengaran dalaman memainkan peranan yang penting dalam kemahiran muzik seperti nyanyian, permainan alat dan lain-lain bidang muzik. Berikut adalah beberapa aktiviti kemahiran pendengaran dalaman yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran muzik: Contoh 1 Gunakan lagu yang mudah seperti Lompat Si Katak Lompat, Bangun Pagi Gosok Pagi, Jong-jong Inai dan sebagainya. Pelajar harus faham bahawa tujuan latihan ini adalah untuk menguji tempo, melodi dan elemen-elemen muzikal lain yang telah mereka pelajari. Terangkan kepada pelajar bahawa untuk lagu yang dinyanyikan, mereka dikehendaki untuk menyanyi frasa pertama dan kedua dengan kuat dan nyanyikan frasa ketiga dalam kepala. Dengan erti kata lain pelajar - pelajar dikehendaki untuk terus menyanyi dengan senyap. Kemudian frasa yang terakhir perlu dinyanyikan kuat semula. Contoh 2 Meneka lagu. Guru menggunakan isyarat tangan solfa kepada sesuatu melodi dan meminta murid-murid menyanyikan dengan senyap di dalam kepala. Setelah guru memberi masa untuk murid-murid merasai melodi itu, guru akan meminta murid menyanyikan keratan melodi tersebut secara kuat.

13

d. Penghafalan Kanak-kanak biasanya merasa seronok apabila mempelajari sesuatu lagu itu dengan cara menghafal atau learning by heart. Namun ada cara yang lebih menarik dalam memperkembangkan aspek ini. Ia boleh dilakukan melalui teknik permainan. Contoh 1. Guru membuat isyarat tangan dan murid menghafalnya sambil berfikir melodi tersebut. Murid membuat isyarat tangan serta menyanyikan melodi itu kepada solfa. Proses diulang dengan motif-motif yang pendek. (Setelah latihan dijalankan beberapa kali murid diberi latihandengan menggunakan motif yang lebih panjang) Contoh 2 Guru menggunakan skel pentatonik sebagai bahan penghafalan. Murid diberi sehelai kertas dimana dibahagian kiri telah diisi dengan not-not pada baluk. Dibahagian kanan pula dikosongkan. Murid mendengar guru memainkan 2 atau 3 not dikibod berulang-ulang. Murid digalakkan berfikir dahulu sebelum menulis balik pada baluk di sebelah kanan. Setelah selesai menulis, murid menyanyi not-not yang ditulis di baluk tadi. (Aktiviti ini boleh menggunakan symbol atau notasi lidi dengan nama solfa) e. Improvisasi Aspek ini diperkenalkan sebagai satu cara untuk menentukan samada murid dapat memahami konsep muzik yang dipelajari serta memberi keyakinan kepada diri mereka.

Contoh : Permainan Baling Tepuk Guru akan membaling bola sakti kepada murid bertuah. Guru akan bertepuk atau menggerakkan anggota badannya pada detik sambil murid mendengar. Murid terse-

14

but digalakkan respon melalui bertepuk atau menggerakkan anggota badan pada satu corak yang lain. f. Teknik/Komponen Kaedah Kodaly i. Tonik Solfa Kodaly menggunakan system do bergerak yang berasal dari Guido

Arezzo (Itali) pada Abad ke 11. Dalam system ini, tonik solfa atau tonik pusat dalam sesebuah lagu ialah do dalam nada major dan la dalam nada minor. Ini memudahkan pelajaran nyanyian semerta. Nada Major : d r m f s l t d Nada minor : l t d r m f s l Tonik Solfa menekankan perhubungan pic dan fungsinya dalam sesuatu sitem tonal. Apabila kanak-kanak dapat menguasai tonik solfa dengan selesa melalui nyanyian, membaca dan menulis skor mereka boleh diperkenalkan dengan not nama abjad. Nyanyian pic dalam jeda minor ke 3 (so mi) merupakan pengajaran asas. Dengan menggunakan tonik solfa kanak-kanak yang kenal dua not yang berpic ini boleh membacakan not ini pada baluk dimana-mana posisi. Kodaly berpendapat skel pentatonic (5 ton) amat sesuai digunakan kerana skel itu merupakan skel asas untuk lagu rakyat Hungary yang berciri mood minor. ii. Isyarat Tangan Isyarat tangan merupakan sejenis lambang yang berasal dari He-

brew dan Mesir kuno. Ia boleh dilakukan untuk menggambarkan tinggi rendah sesuatu pic apabila dinyanyikan. Kanak-kanak biasanya menggunakan satu tangan (tangan yang menulis) untuk isyarat tangan. Isyarat -isyarat ini dilakukan dibahagian hadapan badan dengan permulaan do pada aras bahagian pinggang dan la pada aras bahagian mata. Jarak dalam isyarat tangan menunjukkan jeda yang dinyanyikan dan ditunjukkan. Jarak so mi lebih jauh dari jarak so la atau do re. Oktaf menggunakan isyarat tangan yang sama tetapi pada jarak yang berdasarkan skala 15

Bagi aplikasi Pendekatan Orff pula, guru-guru muzik dapat meningkatkan kemahiran murid-murid semasa melakukan aktiviti hands-on dengan alat-alat perkusi berpic dan tanpa pic. Seterusnya adalah beberapa cadangan atau pandangan tentang penggunaan pendekatan Orff yang boleh diaplikasikan di dalam sesi pengajarandan pembelajaran di sekolah. Antaranya seperti berikut : menggunakan pergerakan dan pertuturan kanakkanak atau pelajar yang semula jadi untuk memulakan pengalaman muzik dengan menggunakan corak atau pola irama yang terdapat dalam peribahasa, lagulagu dan sebagainya.mendedahkan kanakkanak atau pelajar kepada sesi pengajaran dan pembelajaran muzik yang seronok Melalui penglibatan yang aktif dalam sebarang aktiviti muzik. menggalakkan penggunaan alatalat muzik perkusi yang disediakan di sekolah untuk memberi peluang kepada kanakkanak atau pelajar memperkembangkan kepekaan dan sensitiviti mereka sendiri. Menggalakkan penggunaan jeda minor ketiga yang menurun (so mi) untuk memulakan pemahaman kanakkanak atau pelajar tentang melodi, juga berkesan untuk penguasaan solfage. Penggunaan skel pentatonik untuk memudahkan proses pemahaman dan menggalakkan kanakkanak atau pelajar untuk melakukan improvisasi serta melakukan ciptaan yang mudah.Aplikasi Pendekatan Dalcroze pula merupakan satu cara bagaimana guru muzik dapat meningkatkan kefahaman murid-murid melalui aktiviti pergerakan badan. Secara keseluruhan dapat dibuktikan bahawa aplikasi setiap pendekatan di atas dapat membantu seseorang guru muzik meningkatkan kefahaman murid-murid yang diajar tentang konsep-konsep muzik melalui aktiviti-aktiviti muzikal yang di lakukan secara hands-on. Secara umumnya setiap pendekatan muzik sama ada, Orff, Kodaly atau Dalcroze, memang sesuai diaplikasikan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran muzik di negara kita ini. Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan bahawa, sebagai seorang guru, kita se16

harusnya sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu dan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan ianya berjalan dengan baik dan berkesan. Ini amat penting bagi memartabatkan lagi profesion guru muzik itu sendiri di sekolahsekolah, juga dapat melahirkan pelajar pelajar yang celik muzik iaitu mereka yang tahu menilai mana yang baik dan buruk dalam muzik itu. Secara keseluruhannya, Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran. Menyanyi, bermain dan menarilah bersama murid murid . Kerana tiada pembelajaran yang lengkap tanpa ibu bapa dan guru. Pada masa sekarang, soal untuk memperkenalkan warisan budaya kebangsaan serta identiti Malaysia difikirkan amat perlu. Perkara seperti ini adalah lebih ketara di kalangan negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Maka, pembelajaran muzik tradisional kita secara formal banyak membantu dalam aspirasi kebangsaan ini. Kesemua sebab yang telah dibincangkan di atas menunjukkan dengan jelas betapa pentingnya setiap kanak-kanak mempelajari muzik pada setiap peringkat pendidikan formal di sekolah. Potensi melalui pembelajaran muzik untuk digunakan secara positif adalah begitu luas serta jelas dan nyata. Haruskah kita mengabaikan atau tidak mempedulikan potensi pendidikan muzik dalam proses pendidikan kita?

RUJUKAN:

17

1. Kamus Dewan Edisi Ke-4 2. http://my-prasekolah.blogspot.com/2009/01/peranan-muzik-dan-kanakkanak.html 3. KomunitiSekolahMaya,MYPRASEKOLAHhttp://www.mypositiveparenting. org/bm/cd_learning.html 4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Malaysia 5. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=akal%3B&d=10 6. Edisi kedua, menjadi guru Pendidikan Khas,K.A Razhiyah,PTS. 7. Mengapa Kanak-kanak sukar belajar,K.A Razhiyah,PTS Siri Pendidikan Khas. 8. http://web7.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=632308

18

You might also like