You are on page 1of 4

Tujuan sebenar kompas dicipta ialah sebagai alat bantuan ahli pelayaran untuk mendapatkan arah sebenar di muka

bumi Pengunaan kompas penting bagi ahli pelayaran kerana ia adalah alat paling tepat untuk memunjukkan arah di muka bumi. Secara asasnya, kompas diperbuat daripada sebatang jarum untuk menunjukkan arah utara magnet berdasarkan sebuah planet magnetosfera. Jarum yang bebas akan dengan sendiri menunjukkan arah Utara dan peta mestilah dikoordinasikan dengan kompas tersebut.

Kegunaan Kompas: 1.Mencari arah Utara 2.Menentukan kedudukan peta 3.Menyukat bering (sudut) Jenis Kompas Terdapat dua jenis kompas: ANALOG DIGITAL

Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai bentuk dan jenama antaranya baseplate compass, thumb compass dan clip compass. Ianya direkacipta agar lebih mudah dan praktikal. Dua jenama yang popular adalah Suunto buatan Finland dan Silva buatan Sweden.

SILVA

Kegunaan kompas orienteering Kompas orienteering boleh digunakan untuk tujuan berikut : Mengukur jarak Menentukan kedudukan Mencari arah Teknik menggunakan kompas: 1) cari arah utara, selatan,barat dan timur juga arah lain seperti barat daya dan lain-lain. Namun arah Utara yang paling penting. Jarum kompas yang berwarna merah hendaklah sentiasa menunjukan arah utara.

Secara asas kompas memgandungi 16 petujuk mata angin:


UTL-Utara Timur Laut TTL-Timur Timur laut TT- Timur Tenggara ST-Selatan Tenggara UBL-Utara Barat Daya BBL-Barat Barat Laut BBD-Barat Barat Daya SBD-Selatan Barat Daya

2) ialah memahami bahagian-bahagian kompas. ANATOMI KOMPAS:

3) mengetahui mengenai 'bearing' (sudut). Bearing ialah kedudukan yang diukur mengikut perjalanan jarum jam dari satu garisan kebisaannya Utara dengan menyelang atau kompas kegarisan yang ditetapkan. Ia menjadi panduan kedudukan sesuatu tempat.Bering dinyatakan dengan angka contoh 250 d 50 ' 35". Sama seperti protractor, kompas juga mempunyai dua bacaan iaitu bacaan sudut dalam darjah dan bacaan sudut dalam mil. Bacaan mil bemula dari 0 hingga 6400 mil manakala bacaan darjah pula dari 0 hingga 360 darjah. Namun bagi kompas bacaan mil, anda perlu menambah sendiri angka 00 bagi setiap sudut yang anda dapat untuk dibaca kerana pada kompas ini bacaan hanya dalam dua angka sahaja. Contohnya jika bacaan dalam kompas menunjukkan angka 20 maka anda perlu menambah angka 00 menjadi 2000 mil. Kompas digunakan untuk mendapatkan sudut sesuatu objek dari kedudukan anda dan ia juga digunakan untuk mencari objek apabila sudut objek tersebut diberi bersama-sama jarak. Selain itu, kita boleh menggunakan kompas untuk menyamakan utara peta dan utara bumi, back bearing dan mengelak halangan menggunakan kompas.

4) harus mengetahui cara memegang,meletak dan melaraskan kompas.

Contohnya:

Cara pertama: -Jika mengunakan kompas seperti diatas, masukkan jari anda ke "thumb loop", kemudian susun jari anda seperti gambar diatas. -Jika anda telah mendapat arah yang hendah ditujui, dan hendaklah 'mark' tempat berkenaan, cara memegang kompas sepert diatas, ibu jari dimasukan ke "thumb loop", kemudian susun jari anda seperti diatas. Jika kompas jenis Silza, cara memegangnya..

Teknik lain ialah: 1. Meletakan kompas ditapak tangan dan luruskan/ratakan permukaan tangan 2. Meletakan kompas ditempat yang rata

Penjagaan kompas 1. Jangan hempaskan kompas kerana ia akan merosakkannya. 2. Ketika menggunakan kompas, pastikan tiada objek besi berdekatan kerana ia akan menyebabkan bacaan anda menjadi ralat. Malah, jam tangan juga akan memesongkan jarum kompas. 3. Sekiranya terdapat gelembung udara didalam kompas maka kompas itu sudah tidak sesuai lagi digunakan kerana ia telah rosak. 4. Jangan ketuk kompas.

You might also like