• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
 
Ulasan
Dato’ Baha Zain t
erhadap Penjelasan Mahathir tentang PPSMI
Tun Dr. Mahathir telah menulis tentang, “Mengajar Sains dan Matematik dalamBahasa Inggeris,” dalam blognya,chedet.com, pada 10 Ogos, 2008. Tulisannyapanjang juga, merangkumi 22 perenggan, bagi menjelaskan kenapa beliaumemutuskan supaya Sains dan Matematik diajarkan dalam bahasa Inggerissewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.Sangatlah penting beliau memperjelas dirinya kerana isu kebahasaan danpendidikan ini bukan isu kecil, dan keputusan Tun Mahathir mengetepikanBahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran sains danmatematik sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri adalah suatu keputusanyang membawa kesan sejarah yang buruk terhadap:(a)kedudukan Bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan sebagaibahasa ilmu;
(b)
Pendidikan pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah; dan(c)Jati diri dan tamadun bangsa yang menghadapi cabaranglobalisasi yang didominasi oleh nilai-nilai moral, kebebasan dankapitalisme Barat.Kesediaan Tun mengaku bertanggungjawab dalam keputusan ini sangat dipujikerana sebagai bekas Perdana Menteri beliau mesti berani dan jujur mengakuitindakannya sama ada baik atau buruk akibatnya. Sikap ini tidak ternampakpada ramai bawahannya dahulu yang terang-terang menyuarakan sokongannyaterhadap Tun dalam tindakan menggantikan bahasa Melayu dengan bahasaInggeris. Sekarang merekabungkam seolah-olah menyorokkan mukakeranaTun tidak lagi mempunyai kuasa dan pengaruh dalam kerajaan.Oleh sebab saya antara yang tersangat tidak setuju dengan keputusan Tun, dantelah banyak kali mengkritik beliau dengan keras, saya berminat mengulasketerangannya tentang topik ini. Setelah membacanya saya menjadi bertambahyakin bahawa kritikan saya terhadapnya sebelum ini tidak meleset kerana apayang diterangkannya kali ini tidak juga memberikan alasan-alasan serta hujahyang baik dan meyakinkan bagi mengubah penentangan masyarakat terhadappenggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar wajib dalam sains danmatematik di sekolah.Adalah penting dalam soal kebudayaan dan tamadun bangsa, kita tidakberfikiran taasub, memutar belitkan alasan dan hujah, tetapi berusaha mencaripencerahan fikiran, terutama apabila menginsafi bahawa bahasa Melayu bukanhak milik seorang pemimpin, seorang individu atau sekumpulan elit politik, tetapiwarisan kolektif suatu bangsa.2. Tun terang-terang “mengaku bertanggungjawab berkenaan mengajar Sainsdan Matematik dalam Bahasa Inggeris.”Pengakuan ini bolehlah ditafsirkanbahawa Tun sendiri mengambil inisiatif danmengarahkansupaya matapelajaran itu tidak lagi diajar melalui bahasa Melayu. Oleh sebab itu ia bukan
 
berpunca daripada Menteri Pendidikan pada waktu itu. Ia adalah
arahaneksekutif daripada PM
. Apakah perkara ini telah dibincang dengan teliti,diperhalus dari segala segi, dan dipersetujui terlebih dahulu oleh Majlis TertinggiUMNO atau Kabinet tidaklah jelas pada orang ramai kerana ia dilakukan secaramendadak pada 2003.Keputusan Tun ini kemudiannyadisokong oleh sejumlah Menteri UMNO,profesional dan peniagatertentu yang antaranya mungkin melibatkan diri dalampendidikan swasta yang lebih bertujuan mengaut keuntungan daripadapendidikan. Mereka melihat potensi besar perniagaan melalui pelajar-pelajar seberang laut dari Indonesia, China dan negara-negara lain yang membayar yuran pendidikan yang lumayan kepada kolej dan universiti masing-masing yangmenggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Oleh sebab ituseluruh sistem pendidikan negara ini disokong supaya menggunakan bahasaInggeris bagi menjadikan negara sebagai pusat pendidikan untuk pelajar termasuk dari negara luar.Selain itu ribuan juta ringgit dibelanjakan oleh Kementerian Pelajaran bagimembekalkan dan menyelenggarakan perkakasan dan perisian komputer, bukuteks baharu dalam bahasa Inggeris dan bahan-bahan pembelajaran lain. Pihak-pihak yang menyokong keputusan ini tidak semuanyamenyokong keranakepentingan pendidikan, tetapi keuntungan perdagangan. Ramai juga yangmenyokong kerana sudah mesra dengan bahasa Inggeris atau memang tidaksuka terhadap pengaruh bahasa Melayu. Satupenyelidikan harus dilakukanberapa bilion ringgit telah dibelanjakan bagi membeli komputer, perisian, bukuteks, buku panduan mengajar bagi guru, dan peralatan lain bagi menggantikanbahan pendidikan lama; dan pihak mana yang terbabit di dalamnya.Tentang kebimbangan Tun Mahathir bahawa ramai yang menuduh Tun tidakbersemangat kebangsaan Melayu tidaklah penting sangat dibahaskan di siniwalaupun aneh bagi seseorang pemimpin yang bersemangat kebangsaan(seperti beliau) tidak pula mengutamakan bahasa kebangsaan dalam sistempendidikan kebangsaan di negaranya. Sikap seperti ini, iaitu mencabutkedudukan dan fungsi bahasa kebangsaan yang sah seperti termaktub dalamperlembagaan negara, daripada pendidikan sains dan matematik di sekolahrendah dan menengah, tidak mungkin dilakukan oleh mana-mana Presiden atauPM di negara-negara maju (seperti Jepun, Korea, Jerman, Russia, danPerancis).Apa yang penting dibahaskan ialah tindakan memberhentikan penggunaanbahasa Melayu dalam Sains dan Matematik memang jelas tidak mengutamakanbahasa Melayu. Ini suatu tindakan yang bercanggah dengan apa yang TunMahathir pernah ucapkan sebelum berjawatan PM iaitu bagi menjadikan BMsebagai bahasa pengantar utama di universiti. Sayangnya apabila beliau sudahberada di puncak kekuasaan, BM itu sudah tidak penting atau berguna lagi,seolah-olah perjuangan BM itu sebagai suatu alat saja bagi memenangi hatiorang Melayu, terutama pengikut parti, bagi tujuan naik ke atas atau mendapatkekuasaan.(bersambung)
 
Ulasan Dato’ Baha Zain
t
erhadap Penjelasan Mahathir tentang PPSMI
3. Tun Mahathir ingin membuat penjelasan sebelum beliau dihukum. Dalam isuini nampaknya Tun tidak perlu bimbang akan apa-apa hukuman dari segi politikatau undang-undang kerana Tun sudah tidak lagi memerlukan suara pengundiahli parti atau rakyat. Hanya masyarakat pejuang bahasa Melayu dan pencintabahasa kebangsaan, dan sejarah tamadun bangsa sajalah yang sedang danterus menghukum tindakannya. Kerosakan yang dilakukan terhadap peranandan fungsi bahasa secara terancang melalui dasar kerajaan mengakibatkankesan buruk yang panjang dan mungkin sulit untuk dipulihkan, terutama apabilaia sengaja disaingkan dengan bahasa global, bahasa Inggeris yang disokongoleh kekuatan ekonomi, teknologi komunikasi dan maklumat, serta budayapopular yang komersial. Tindakan ini boleh diistilahkan sebagai pembunuhanbahasa (linguicide), iaitu usaha menjerut bahasa sendiri secara sengaja.4. Mengutip kata-kata Tun: “Pendapat saya adalah mereka yang bersemangatkebangsaan Melayu tidak harus mengutamakan hanya penguasaan bahasaibunda sahaja….” Ini adalah suatu tuduhan yang sangat tidak berasas, liar, danhanya ada dalam imaginasi Tun sendiri. Alangkah baiknya jikalau dapatditunjukkan bukti siapa dan berapa ramai yang hanya mengutamakan“penguasaan bahasa ibunda sahaja” dan menolak bahasa Inggeris. Menolakpenggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematikbagi menggantikan bahasa Melayu, bukan bererti menolak bahasa Inggerissama sekali, dan mengutamakan bahasa ibunda sahaja. Apa yang ditolakadalah tindakan menolak bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, dandigantikan dengan bahasa Inggeris dalam mengajarkan Sains dan Matematik disekolah. Itu inti persoalannya. Oleh sebab itu jangan dikelirukan antara soalbahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dengan isu bahasa Inggeris sebagaibahasa pengantar Sains dan Matematik.Pendapat yang keliru ini sebenarnya bukan diucapkan oleh Tun seorang. Adabeberapa tokoh lain juga pernah berkhayal seperti ini. Malahan seorangAnglophile sampai menuduh mereka yang memperjuangkan bahasa Melayusebagai
linguistic chauvinist 
yang sempit, dalam rencananya pada sebuahakhbar Inggeris. Kenyataan ini tidak benar; dan adalah fitnah yang tidak jelasapa niat atau tujuan di sebaliknya. Cukup ganjil orang yang berpendidikan tinggi,daripada Universiti Oxford misalnya dan dianggap konon sebagai orang bijakpandai, boleh berfikir tanpa bukti, dan dipengaruhi kuat oleh sentimen peribadiserta tujuan menyokong PM yang berkuasa. Ini adalah contoh bahawa kelulusantinggi dan ilmu saja tidak cukup jikalau ilmu tidak dibarengi dengan niat jujur,adab dan etika perbahasan yang baik. Dalam masyarakat kita contoh-contohorang yang berkelulusan tinggi, berkuasa dan yang dianggap berilmu, tetapitidak berakhlak, rasuah, dan berkhianat terhadap kebudayaan dan bangsatidaklah susah untuk dikenali.5. Tentang kenyataan Tun bahawa kita harus setanding, duduk atau berdiri,dengan bangsa-bangsa maju di dunia semua kita setuju dan menyokongnya.Juga kita tidak membantah apabila Tun berkata: “Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akanmenjadi bangsa kita mulia dan mampu bersaing….” Tidak ada sesiapa yang
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...