Jawapan Mahathir Terhadap PPSMI - Balasan Shaharir* (1)
Super Admin, 14 November 2008 10:12(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada23/08/08
.
Untuk memudahkan pembaca, pandangannya dipaparkan kembali satu persatu di sinidan pandangan balas saya terus diberikan perkara demi perkara itu. *Shaharir bin Mohd Zainialah mantan Profesor Matematik Fizik, UKM & dan Mantan Profesor Matematik UMT.)
Mahathir 1
: Saya mengaku bertanggungjawab berkenaan mengajar Sains danMatematik dalam bahasa Inggeris. Kerana itu ramai yang menuduh saya tidakbersemangat kebangsaan Melayu, tidak utamakan bahasa saya.
Shaharir 1:
Pertama: Maknanya dasar beliau itu tidak mendapat persetujuansepenuhnya daripada UMNO!Kedua: Memang beliau wajar menerima tuduhan yang disebutkannya itu kerana jelas makna “semangat kebangsaan” beliau berbeza daripada kebanyakanorang; dan makna “utamakan bahasa” beliau juga amat berbeza daripadasesiapa pun. Beliau suka memutarbelitkan isu dengan ayat logik yang betultetapi berimplikasi kabur dengan harapan orang terperangkap. Umpamanya“semangat kebangsaan ialah semangat yang mengutamakan bangsa” tetapibeliau menterbalikkannya “orang yang tidak mengutamakan bangsa ialah orangyang tidak bersemangat kebangsaan”. Lojiknya betul tetapi beliaumenyelewengkan makna “bangsa” pula kerana beliau tidak menerima “bahasamenunjukkan bangsa” atau lebih dalam lagi “bahasa jiwa bangsa”.Lagi satu, “Orang yang mengutamakan bahasanya bermakna bahasa lainberada di tangga bawah”, atau terbaliknya “Orang yang tidak meletakkanbahasa lain di tangga bawah bermakna orang itu tidak mengutamakan bahasasendiri”; tetapi Dr. Mahathir lari daripada dua-dua bentuk ayat yang secaralojiknya betul ini dengan mengatakan “Orang yang ingin menguasai bahasa laintidak bermakna dia tidak mengutamakan bahasanya sendiri”. Betul, tetapi diamenutup orang menumpukan kepada cara menguasai bahasa lain itu,sedangkan cara itu kalau salah, seperti yang dilakukannya itu, jelas bukansahaja tidak mengutamakan bahasa sendiri tetapi menyisih, mengembiri ataumematikan langsung bahasa sendiri.Inilah sebenarnya cara beliau dalam dasar pendidikan beliau yang tidakmembenarkan bahasa sendiri digunakan dalam Sains dan Matematik itu keranadasar beliau itu menjadikan lebih daripada 60% peratus pelajar sekolah beradadi aliran Inggeris (lebih drp 70% subjek bagi pelajar aliran sains menjadi dalambahasa Inggeris). Beliau Berjaya mengalih pandangan orang kepada hakikat ini.
cetakan pertama, percuma! Klikpautan yang berkenaan.
Jawapan Mahathir Terhadap PPSMI - Balasan Shaharir* (2-3)
Super Admin, 14 November 2008 10:12(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada23/08/08
.
Untuk memudahkan pembaca, pandangannya dipaparkan kembali satu persatu di sinidan pandangan balas saya terus diberikan perkara demi perkara itu. *Shaharir bin Mohd Zainialah mantan Profesor Matematik Fizik, UKM & dan Mantan Profesor Matematik UMT.)
Add a Comment