You are on page 1of 8

http://ppgkohort3.blogspot.com/2012/10/view-rancangan-harianprasekolah2-edit.

html

SET INDUKSI
Membaca doa. Nyanyian lagu pekerjaan. Guru bertanyakan kepada murid apakah tugas sebagai seorang guru. Selepas itu guru menunjukkan beberapa jenis gambar pekerjaan kepada murid. Guru sebut nama pekerjaan tersebut.

LANGKAH 1
Guru bersoal jawab tentang pekerjaan ibu bapa mereka. Panggil seorang demi seorang dan murid memberitahu pekerjaan ibu bapa mereka. Guru sekali lagi menunjukkan gambar-gambar pekerjaan kepada murid. Murid menyebut satu persatu nama-nama pekerjaan yang ditunjukkan. Guru membimbing murid dengan sebutan yang betul. Sekali lagi guru meminta beberapa orang murid memberitahu gambar pekerjaan yang ditunjukkan.

LANGKAH 2
Guru menerangkan secara ringkas tentang tugas-tugas pekerjaan dan tempat mereka bekerja. Contoh : bomba,guru, polis, jururawat dan doktor Murid mengeja dan menyebut nama pekerjaan mengikut: Kumpulan Individu

LANGKAH 3
Murid di bawa ke meja. Guru memberi lembaran kerja kepada murid-murid. Guru meminta beberapa orang murid untuk mengeja nama-nama pekerjaan yang telah disebutkan. Selepas itu guru meminta murid yang lain mendengar kawan mengeja dan mencari perkataan yang dieja oleh rakan mereka. Murid di minta memadamkan gambar dengan perkataan yang telah disediakan . Murid di minta tulis nama dan guru melihat seorang demi seorang lembaran kerja yang telah siap.

PENUTUP
Murid dibawa ke hadapan mengikut kumpulan. Murid diminta melihat kertas sendiri dan membaca perkataan. Murid mengeja perkataan nama-nama perkerjaan yang ditunjukkan secara beramai-ramai dan individu. Murid menyebut perkataan beramai ramai.

You might also like