Pattani, Yala dan Narathiwat. Walaupun masalah keganasan kumpulan-kumpulan pemisah ini telah lama berlaku di kawasan selatan negara tersebut namun pada tahun2004, keganasan tersebut telah menjadi makin serius. Hal ini menjadi begitu disebabkanoleh pada bulan Julai 2005, Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra telahmembenarkan penggunaan kekerasan dan keganasan secara radikal dalam usahamenangani konflik yang melanda di Selatan Thailand.
Faktor sejarah
Antara dakwaan yang dilemparkan terhadap punca-punca yang mengakibatkan konflik ini adalah seperti faktor-faktor sejarah yang termasuk kependudukan yang berlangsungselama 200 tahun, imperialisme ekonomi dan budaya di Pattani, keganasan oleh pihak polis, aktiviti jenayah yang berleluasa, ketidakhormatan terhadap agama Islam, kehadiran perniagaan yang dianggap tidak menghormati budaya agama Islam seperti kewujudan bar atau kelab-kelab malam, perdagangan haram dadah dan korupsi. Walaubagaimanapunterdapat juga dakwaan oleh pihak kerajaan bahawa untung yang diperolehi daripada perdagangan haram dadah tersebut digunakan untuk membiayai golongan-golongan pemberontak tersebut.Pada 9 Julai 1909, pihak British yang diwakili oleh Gabenor Negeri-Negeri Selattelah berjumpa dan berbincang dengan Kerajaan Siam di Bangkok. Tujuan perjumpaantersebut diadakan adalah supaya kedua-dua pihak dapat berjumpa dan membincangkanlangkah-langkah yang patut diambil untuk menyelesaikan masalah-masalah negeri yangdihadapi oleh Semenanjung Tanah Melayu. Pada masa tersebut, kerajaan Siam masih lagimenjajah dan mentadbir negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pattani, Yala dan Narathiwat. Selepas perjumpaan tersebut, kerajaan Siam telah bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Bangkok 1909 yang mengatakan bahawa kerajaan Siam akanmenyerahkan Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan kepada pihak British manakalaPattani, Yala dan Narathiwat masih kekal lagi di bawah pemerintahan kerajaan Siam(Mohd Zambri. 1994).