You are on page 1of 23

LOGO

KKP 3022 PENGURUSAN STRES TEKNIK DEEP BREATHING

SOMCHAREE A/P SURAPUN D20101037607 NUR ZAKIAH BINTI HASHIM D20101037603

LOGO

PENGENALAN STRES

Perkataan stres berasal dari perkataan eustres dapat menyesuaikan diri atau stres yang membina. Malahan ia turut dikenali sebagai distres yang bermaksud tidak dapat menyesuaikan diri dan ini akan mendatangkan kesan kepada diri sendiri. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat telah memberi maksud bahawa stres ialah keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat daripada tekanan mental atau fizikal. Individu berkenaan yang mengalaminya akan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan serta memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar. Terdapat pelbagai situasi atau punca yang boleh menimbulkan stres seperti kesibukan di tempat kerja, masalah keluarga, kekangan masa, masalah kewangan dan sebagainya

LOGO

PERNAFASAN DALAMAN

LOGO

PERNAFASAN DALAMAN

Pernafasan dalaman ialah teknik pernafasan yang mendalam sehingga ke paru-paru seseorang dengan lenturan diafragma dan bukannya seperti bernafas pendek, iaitu hanya berlaku lenturan pada tulang rusuk sahaja. Pernafasan dalaman akan berhasil apabila berlaku pengembangan perut (abdomen) dan bukannya dada ketika kita bernafas. Penggunaan teknik deep breathing ini mempunyai kesan yang baik ke atas kesihatan manusia misalnya dari segi pembangunan rohani serta merangsangkan sistem parasimpatetik . Semakin banyak kita masukkan oksigen ke dalam paru-paru melalui pernafasan dalaman atau panjang ini, semakin banyak tenaga yang kita perolehi.

LOGO

Tarik Nafas.

Hembus Nafas.

LOGO

LOGO

KESAN DAN KEPENTINGAN

Melegakan Tekanan

Meningkatkan fungsi pulmonari

Mengurangkan Berat Badan

Meningkatkan aliran limfa

LOGO

Menurunkan tekanan darah

Membantu mengurangkan rasa sakit dan releksasi perut

Mengurangkan dan meredakan perasaan marah.

LOGO

MELEGAKAN TEKANAN

Berlaku disbbkan menggunakan cara pernafasan yang tidak betul seperti pernafasan pendek. Kebanyakkannya para doktor telah menyatakan bahawa pernafasan dalaman merupakan satu teknik relaksasi untuk mengawal tekanan. Pernafasan dalaman ini akan memberi tumpuan kepada seseorang untuk mengurangkan ketegangan pada bahagian belakang kerana apabila seseorang itu menyedut nafas melalui diafragma, ia akan mengisi perut anda dengan udara. Pernafasan Dalaman boleh membantu untuk mengurangkan kekerapan ketegangan yang berkaitan dengan tekanan, melambatkan kadar jantung, tekanan darah rendah dan keletihan.

LOGO

MENINGKATKAN FUNGSI PULMONARI


Apabila seseorang melakukan pernafasan cetek, paru-paru akan menjadi tidak cukup untuk berkembang bagi membenarkan pemindahan oksigen maksimum kepada darah. Jadi seseorang itu perlu melakukan pernafasan dalaman untuk membenarkan pemindahan oksigen yang maksima. Pernafasan pendek hanya akan menarik oksigen ke bahagian tengah dan atas paru-paru sahaja, pernafasan dalaman akan menarik udara ke dalam seluruh badan dan seterusnya akan berlaku pemindahan oksigen yang menyeluruh badan.

LOGO

MENINGKATKAN ALIRAN LIMFA


Membantu untuk mengembangkan paru-paru secara sepenuhnya, pernafasan yang mendalam juga meningkatkan aliran cecair limfa, yang membantu dalam mencegah jangkitan. Ketidak fungsian limfa dalam badan yang berpenyakit akan menyebabkan adanya bakteria, virus berjangkit, bahan-bahan asing, sel-sel darah putih mati, toksin dan lain-lain sisa selular. Cecair limfa akan mengaktifkan proses metabolik dengan menggunakan pernafasan dalaman ini .

LOGO

LOGO

MENGURANGKAN BERAT BADAN


Mempercepatkan proses metabolisma bagi menyumbang kepada penurunan berat badan dengan membakar lemak. Satu kajian yang telah dijalankan telah menerangkan cara senaman pernafasan panjang atau diafragma merupakan sebahagian daripada yoga boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Mudah untuk badan mendapatkan oksigen dan ianya diperlukan bagi memproses metabolik dengan cepat. Teknik pernafasan yang betul adalah sangat penting untuk latihan yang berkesan, dan ia boleh meningkatkan tenaga supaya seseorang itu dapat melibatkan diri dalam banyak aktiviti fizikal yang lasak.

LOGO MENGAWAL

DAN MEREDAKAN PERASAAN MARAH

Strategik penyelarasan berfokuskan emosi adalah menumpukan perhatian kepada proses regulasi atau pengurusan emosi menerusi teknik pengawalan kebangkitan. Contohnya, seorang pemain hoki berasa marah kerana beliau dikasari oleh seorang pemain pasukan lawan. Bagi memastikan pemain tersebut dapat mengawal kemarahannya, beliau diajar teknik pernafasan dalaman untuk mengawal serta mengurangkan kesan kemarahannya. Jelaslah, teknik pernafasan dalaman turut dipraktikkan dalam latihan kepada atlet-atlet bagi menjaga dan mengawal emosi dan stress mereka.

LOGO

MENURUNKAN TEKANAN DARAH

Dengan melakukan teknik pernafasan dalaman ini, secara tidak langsung merangsang kehadiran oksida nitrat yang berfungsi membuat seseorang lebih tenang dan bertenaga. Hal ini demikian, zat tersebut akan memasuki ruang paru-paru serta pusat otak sehingga tekanan darah yang dalam keadaan tinggi boleh menurun. Boleh menyebabkan berlaku kerosakan otot rangka dan fungsi metabolism sehingga menyebabkan penurunan massa otot. rutin menarik nafas dengan dalam telah terbukti menurunkan tekanan darah.

LOGO

MEMBANTU MENGURANGKAN RASA SAKIT DAN RELAKSASI PERUT


Tubuh kita akan mengeluarkan hormon endorphin semasa kita menarik nafas dalam- dalam. Hormon ini juga boleh membuat otot-otot menjadi lebih rileks. Terdapat sejumlah kajian yang menunjukkan bahawa menarik nafas dalam-dalam memberikan manfaat bagi pesakit asma. Oleh itu, pernafasan dalaman dapat membantu seseorang jika mengalami pergejolakan di dalam perut terutamanya berada dalam tandas.

LOGO

APLIKASI ATAU CARA-CARA

Langkah Pertama: Berbaring atau duduk di kerusi yang selesa, mengekalkan kedudukan yang baik. Badan anda harus santai dengan seboleh yang mungkin. Tutup mata anda. Imbas badan anda untuk ketegangan.

Pernafasan Dalaman

LOGO

Langkah Kedua: Beri perhatian kepada pernafasan anda. Letakkan sebelah tangan pada bahagian dada dan perut anda. Langkah Ketiga Tarik nafas dengan mendalam dan perlahanlahan melalui hidung anda ke dalam abdomen anda. Anda harus berasa kenaikan abdomen anda dengan penyedutan ini dan dada anda harus bergerak sedikit sahaja.

LOGO

Langkah Keempat Menghembus nafas melalui mulut anda, menjaga mulut, lidah, dan rahang agar dalam keadaan santai.

LOGO

LENGKAPKAN PERNAFASAN ASLI

Langkah Pertama Duduk atau berdiri dengan posisi yang baik. Bernafas melalui hidung anda. Langkah KeDua Menyedut udara dan mengisi bahagian utama bawah paru-paru,bahagian pertengahan dan bahagian atas dengan oksigen.

LOGO

Langkah Keempat Menahan nafas anda untuk beberapa saat.


Langkah Kelima .Menghembus nafas perlahan-lahan. Rehatkan abdomen dan dada Anda. Tips: Untuk merasai pernafasan dalaman, letakkan tangan di pinggang, kemudian tarik nafas dalam-dalam dan kembangkan perut. Tangan kita sepatutnya bergerak keluar ketika menarik nafas dan bergerak ke dalam ketika melepaskan nafas.

LOGO

PENUTUP

Jika kita sentiasa praktis bernafas cara ini, ia akan menjadi semakin mudah. Jadikan pernafasan dalaman ini sebagai satu habit dan kita akan menjadi lebih bertenaga. Pernafasan dalaman juga membawa banyak kebaikkannya selain daripada salah cara mengurangkan stress. Contohnya, secara tidak langsung dengan mengamalkan pernafasan dalaman ini, seseorang individu dapat menghindarkan dirinya daripada penyakit serta mempunyai kesihatan yang lebih baik.

LOGO

TERIMA KASIH PENGURUSAN STRES 2012

You might also like