You are on page 1of 4

2.

0 JUSTIFIKASI TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME Teori Pembelajaran Behaviorisme adalah teori yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid di Sekolah rendah. Teori ini lebih menumpukan kepada rangsngan dan gerak balas. Ianya telah sebati dengan kanakkanak yang sememang belajar melalui proses rangsangan dan gerak balas. Kanakkanak belajar sesuatu dengan mencuba dan tidak mengetahui kesannya. Dalam dunia kanak-kanak sentiasa wujud pembelajaran melalui rangsangan dan gerak balas, hukum kesediaan dan latihan , peneguhan positif dan peneguhan negative. Dalam kehidupan seharian yang dilalui oleh kanak-kanak banyak persamaan dengan prinsip-prinsip yang terdapat dalam Teori Pembelajaran Behaviourisme. Penggunaan Teori Behaviourisme akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan cepat dan mudah. Teori Pembelajaran Behavioursme dipilih untuk diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia sesuai dengan tahap kecerdasan murid yang sederhana. Murid-murid yang mempunyai tahap kecerdasaan sederhana memerlukan rangsangan sewaktu pembelajaran berlaku untuk menunjukkan gerak balas dan perubahan tingkah laku. Hal ini dinyatakan dalam Teori Pelaziman Klasik (1927) yang diperkenalkan oleh Ivan Paviov(1849 1936). Sebelum pengajaran bermula kanak-kanak diberikan rangsangan. Melalui rangsangan kanak-kanak akan bergerak balas dan berubah laku. Contohnya murid diberikan kad warna, melalui kad warna murid dapat mengenalpasti objek-objek disekeliling yang sama warna dengan kad warna. Murid dapat membezakan objek-objek dengan pelbagai warna serta mengetahui kepentingan warna dalam kehidupan seharian. Peneguhan positif dan negative juga digunakan dalam pembelajaran. Peneguhan yang positif digunakan untuk menggalakkan murid melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid akan bertindak balas positif sekiranya dipuji dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid akan bertindak balas positif sekiranya dipuji apabila dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan betul. Pujian dapat meningkatkan motivasi serta bersemangat untuk belajar. Murid akan cuba mengekalkan member jawapan yang baik atau yang lebih baik. Menurut Baldwin dan Baldwin (2001), peneguhan negative ialah peneguhan yang diberikan memungkinkan tingkah laku
EDU 3103 (MURID DAN ALAM) Page 1

diteruskan dan menyingkirkan rangsangan yang tidak selesa. Murid yang melakukan kesalahan haruslah ditegur supaya tidak mengulangi nperbuatan tersebut. Contohnya ditegur berulangkali supaya tidak melakukan aktiviti seperti yang diarahkan oleh guru. Melalui teguran yang berulangkali murid tidak akan mengulang melakukan aktiviti yang sama. Belajar secara menghafal dan berulang-ulang dapat meningkatkan kemahiran murid. Murid akan cepat mahir dengan mencuba berulang kali. Berdasarkan sebelum mencuba murid harus bersedia terlebih dahulu. Aspek persekitaran juga perlu di ambil kira. Ini akan mewijudkan kesedian sederhana dan lemah. Murid-murid akan belajar dari unit-unit yang kecil untuk menguasai isi pelajaran. Konsep kaedah pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara

berkumpulan merupakan perubahan strategi pengajaran yang berorientasikan guru kepada yang berpusatkan murid. Tujuannya adalah supaya murid dapat menguasai kemahiran tertentu mengikut kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka. Kaedah ini sangat sesuai untuk menyampaikan isi pelajaran kepada murid yang mempunyai kepelbagaian kebolehan.Hal ini kerana dalam melaksanakan pengajaran secara berkumpulan , guru boleh menjalakan sesi perbincangan, simulasi,dan aktiviti projek. Menurut Gibb (1969), beberapa orang individu yang mempunyai tujuan yang sama, saling berhubung dan bertukar-tukar pendapat serta fikiran sambil bergantung di antara satu sama lain atau berganding bahu dalam apa juga aktiviti untuk mencapai objektif mereka. Menurut L.M Smith (1969) pula, kaedah pengajaran secara berkumpulan ialah unit social yang terdiri daripada beberapa individu yang berinteraksi diantara satu sama lain, mempunyai nilai-nilai yang sama dan saling bergantung di antara mereka. Maka, dalam melaksanakan kaedah berkumpulan ini, guru boleh menjalankan sesi perbincangan. Setelah murid dihagikan kepada beberapa kumpulan,guru boleh memilih sesuatu isu atau topic dalam mencari isi-isi penting dan kata kunci melalui sesi perbincangan. Pada peringkat permulaan, guru akan mengemukakan perbincangan dan soalan-soalan yang berkaitan dengan sesuatu topic. Semasa aktiviti perbincangan, murid digalakkan memainkan peranan aktif untuk member pandnagan masing-masing. Segala aktiviti perbincangan harus dijalakan oleh murid sendiri. Sementara guru bertindak sebagai pemerhatian dan merangsang murid mengeluarkan pendapat. Dengan ini, teknik perbincangan dapat membantu merangsang minda murid yang
EDU 3103 (MURID DAN ALAM) Page 2

pasif dan pendiam dalam mengemukakan idea-idea mahupun pendapat. Murid akan lebih bermotivasi dan terdorong untuk meluahkan pendapat kerana rakan-rakan dalam kumpulan yang sama berlumba untuk menyatakan idea masing-masing kepada guru. Persaingan sihat ini sedikit sebanyak dapat mengeluarkan murid daripada dunia khayalan dan gemar bersendirian. Pendekatan ialah cara sesuatu , iaitu bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektif yang panjang . Terdapat pelbagai pendekatan boleh diterapkan dalam pengajran dan pembelajaran. Diantara pendekatan yang digunakan ialah pendekatan induktif, elektif dan deduktif. Pendekatan induktif ialah pendekatan yang bermula daripada spesifik kepada umum. Guru memulakan pengajaran dengan contoh dan menuju kearah generalisasi (J M Kierzek dan W Ginson, 1960). Hal ini bermaksud, dalam pengajaran saya membantu pelajar untuk menguasai konsep berasaskan pemerhatian dan contoh. Murid dibawa keluar dari kelas untuk membuat pemerhatian tentang objek-objek yang berkaitan dengan topic. Melalui pemerhatian dan contoh murid memahami tentang konsep yang akan diajar. Seterusnya pada langkah ketiga, saya menggunakan pendekatan elektif. Pendekatan elektif ialah yang bermaksud gabungan daripada pendekatanpendekatan. Pengajaran yang berbentuk aktiviti berkumpulan sesuai menggunakan pendekatan ini. Dalam aktiviti ini murid diberikan latihan pengayaan dan pemulihan secara serentak mengikut kumpulan. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pendekatan deduktif digunakan. Pendekatan deduktif di mulakan daripada murid membuat rumusan. Murid juga diberikan latihan bertulis untuk mengesan tahap pemahaman dan pengusaan kemahiran. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid dapat membantu guru mencapai objektif pengajarannya. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan mengikut tiga unsur utama iaitu strategi pemusatan guru, strategi pemusatan murid dan strategi pemusatan murid dan strategi pemusatan bahan bantu belajar. Pada awal pengajaran dalam langkah set induksi strategi pemusatan bahan belajar digunakan. Pada peringkat ini, guru menyediakan lirik lagu dalam bentuk slaid animasi untuk menarik minat murid. Murid gemar menyentuh sesuatu benda untuk merasainya, dalam hal ini guru menyediakan bahan maujud untuk digunakan oleh murid contohnya pen marker dan
EDU 3103 (MURID DAN ALAM) Page 3

kertas mah-jong. Murid menggunakan bahan ini untuk menghasilkan persembahan pembentangan yang menarik . Selain itu, murid juga sukakan bahan-bahan visual yang berwarna-warni. Kad-kad warna dan gambar-gambar yang berwarna akan menarik minat murid untuk mengikuti setiap langkah pengajaran dan pembelajaran.

EDU 3103 (MURID DAN ALAM)

Page 4

You might also like