• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
 
Memorandum Akademi Sains Islam Malaysia mengenai PPSMI
Prof. Ir. Dr. Hj. Wan Ramli Wan DaudPresidenAkademi Sains Islam Malaysia
Memorandum ASASI tentang Pengajaran Sains dan Matematik Sekolahdalam Bahasa Inggeris
28 Ogos 2008Perbincangan Meja Bulat Pengajaran Sains dan Matematik Sekolah dalamBahasa Inggeris di Pusat Persidangan Antarabangsa Putra Jaya pada 27 Ogos2008.
1. Prestasi pelajar yang diajarkan sains dan matematik dalam bahasaibunda lebih cemerlang
Para sarjana Dunia telah ijmak bahawapenggunaan bahasa ibunda dalampendidikan peringkat awal lebih berkesan daripada penggunaan bahasa asingpada tahap pendidikan itu.Banyak kajian penggunaan bahasa ibunda dalam pendidikan yang telahdiperakui oleh UNESCOmenunjukkan pelajar di peringkat permulaanpendidikan yang diajar dengan menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasapengantar mempunyai prestasi lebih cemerlang daripada pelajar yang diajar didalam bahasa asing.Banyakkajian di Malaysia menunjukkan prestasi pelajar yang diajar sains danmatematik dalam bahasa pengantar bahasa Inggeris menurun berbandingdengan prestasi pelajar yang diajar sains dan matematik dalam bahasapengantar bahasa Melayudahulu itu.
2. Bahasa Inggeris bukan bahasa tunggal S & T
Kajian sejarah S & T membuktikan bahawa hampir semua penemuan sainspenting bukan dalam bahasa Inggeris tetapi di dalam bahasa ibundapenemunya. Setiap bangsa maju itu memperibumi dan mengungkap S & Tdalam bahasanya sendiri mengikut kosmologi, pandangan alam dan nilai agamaserta budayanya sendiri, menguasainya serta mengkritiknya dan akhirnya
 
mengkarya sains dan teknologinya sendiri.Tiada bangsa maju yang mengkaryaS &T-nya dalam bahasa asing.
3. Kejayaan pembudayaan S &T tidak bergantung pada penguasaanbahasa Inggeris
Pendidikan S & T dalam bahasa Melayu di Malaysia sejak dasar pendidikanberaliran bahasa Melayu dalam masa 20 tahun ini telah melahirkan ahli sainsdan jurutera yang berwibawa dan berjaya. Kemenangan ahli sains dan juruteraMelayu berpendidikan aliran bahasa Melayu di Salon International des Invention,Geneva, Switzerland; World Exhibition of Innovation, Research and NewTechnologies, Brussels, Belgium; British Invention Show, London; dan SeoulInternational Invention Fair membuktikan keampuhan bahasa Melayumelahirkan ahli sains dan jurutera Melayu bertaraf dunia itu. Kecemerlanganmereka tidak sedikit pun tercela dengan pendidikan bahasa Melayu.
4. Bahasa Melayu adalah faktor genting dalam pembudayaan S &T diMalaysia
Pembudayaan S & T yang sebenar amat berhubung rapat dengan pencernaan S&T dalam sistem pemikiran yang serasi dengan kosmologi dan pandangan alamsesuatu bangsa yang terungkap dalam bahasa ibundanya. Oleh yang demikiankejayaan pembudayaan S & T di Malaysia amat bergantung pada penggunaanbahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Inilah inti pati slogan “bahasa jiwa bangsa”. Impian para pemimpin Malaysia untuk menjadikan Malaysia majudalam acuannya sendiri akan kekal menjadi angan-angan sahaja jika S & Tmasih terus dibudayakan dalam bahasa asing.
5. Bahasa Melayu bukan faktor pembantut penguasaan S &T
Kejayaan yang luar biasa Malaysia dalam masa 20 tahun dengan dasar bahasaMelayu dalam pendidikannya merupakan bukti keupayaan bahasa Melayusebagai bahasa pengantar S & T. Kemenangan ahli sains dan jurutera Melayuberpendidikan aliran bahasa Melayu di Salon International des InventionGeneva; World Exhibition of Innovation, Research and New Technologies,Brussels, Belgium; British Invention Show, London; dan Seoul InternationalInvention Fair menunjukkan bahawa keampuhan bahasa Melayu melahirkan ahlisains dan jurutera Melayu bertaraf Dunia itu amatlah ketara dan tidak bolehdinafikan lagi.
6. Mendahulukan penguasaan S & T bangsa Melayu dengan menggunakanbahasa Inggeris akan membunuh bahasa Melayu
Dasar meninggalkan bahasa Melayu dahulu dalam mengejar kemajuan ekonomidalam bahasa Inggeris, dan setelah berjaya kelak barulah memperkasakanbahasa Melayu tidak akan berjaya kerana sejarah telah menunjukkan bahawatiada bahasa yang ditinggalkan begitu lama dapat disesuaikan semula denganperkembangan zaman (contoh: bahasa Latin). Malah kemajuan bahasa-bahasamaju tidak pernah berlaku mengikut cara ini.
 
7. S & T sarat nilai dan tidak neutral kerana dibentuk oleh kosmologi,pandangan alam dan nilai budaya sesuatu bangsa
Pada hakikatnya S & T yang diperibumikan dan diungkap dalam bahasanasional setiap bangsa maju diwarnai kosmologi, pandangan alam dan nilaibudaya. Maka S & T yang diungkap dalam bahasa Inggeris itu dibebanikosmologi dan pandangan alam Inggeris yang asing bagi bangsa Melayu.S & T di Malaysia semestinyalah diungkapkan dalam bahasa Melayu yangberacuan Islam yang lebih dekat dengan budayanya kerana Malaysiamempunyai sejarah hubungan rapat dengan Islam.
8. Pengajaran S & T dalam bahasa Inggeris tidak akan menghasilkan lebihramai orang Malaysia menguasai bahasa Inggeris
Penguasaan bahasa Inggeris tidak ada hubungan langsung dengan pengajaransains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Bahkan pelajar pada peringkatpermulaan pendidikan akan mengalami kesukaran memahami S & T keranaterpaksa menterjemahkan dahulu istilah bahasa Inggeris ke dalam bahasaMelayu, memahaminya dahulu sebelum mencuba memahami ilmu sains danmatematik pula.
9. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum itu tidak akan mudah berintegrasimenggunakan bahasa Inggeris yang asing
Penggunaan bahasa Inggeris di India sebagai bahasa rasmi kerajaan danpendidikan gagal mengintegrasi rakyat India berbilang kaum kerana bahasaInggeris itu asing bagi rakyat jelata India. Pelajar sekolah di bawah sistempendidikan kebangsaan ternyata lebih berpeluang bersaling tindak yang jauhlebih luas dan lebih hebat antara pelbagai kaum dalam bahasa Melayu.
10. Desa sejagat dan kepelbagaian bahasa
Pengiktirafan hanya kepada satu bahasa atas alasan desa sejagat yang
defacto
berbahasa Inggeris dengan mengabaikan atau mematikan sesuatu bahasalain adalah bertentangan dengan hak asasi manusia yang menuntutpengiktirafan bahasa-bahasa lain untuk kenal-mengenali antara satu denganyang lain seperti yang dianjurkan oleh UNESCO.Peluang perniagaan juga tidak tergantung pada bahasa Inggeris akan tetapipada bahasa tempatan pasaran dan kerana itulah antara lain perisian komputer Microsoft juga ditulis dalam bahasa Cina untuk pasaran besar Cina.
11. Dasar pendidikan kebangsaan selama ini tidak merugikan Melayu
Dasar pendidikan negara maju bukan Inggeris seperti Jepun dan Korea telahberjaya mencapai S & T yang setara atau lebih tinggi lagi. Kemampuan orangMelayu kini yang semakin kuat menyaingi kaum lain berbanding dengan nasibmalang orang Melayu ketika pendidikan aliran Inggeris dahulu menunjukkandasar pendidikan kebangsaan menguntungkan lagi orang Melayu.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...