You are on page 1of 10

ASSIGMENT 1 (PERNIAGAAN) Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa?

Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG? Modal RM 1 Juta, selepas berbincang bersama rakan niaga saya iaitu Heather, kami bercadang untuk membuka kedai makanan yang mana waktu paginya makanan segera (fastfood) disajikan kepada pelanggan manakala sebelah petang hingga ke malam makanan panas akan disajikan kepada pelanggan. (Soalan 2. ) Tahniah... ramai yang dah respons tentang jenis perniagaan yang hendak dijalankan dan beberapa sebab telah diutarakan.... Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan? Bagi perniagaan kedai makananan kami, untuk mencapai keuntungan 100 %, perancangan dalam belanjawan sangat penting. Kos untuk ruang niaga ataupun rumah kedai mesti dikenalpasti, faktor berapa orang pekerja yang diperlukan juga penting untuk diambil kira. Selain itu, untuk mendapatkan bahan mentah yang berkualiti dan minumum kosnya juga penting, Disini, kami perlu mencari pembekal yang boleh menyalurkan bahan yang berkualiti dan minimum kosnya. Promosi untuk kedai makan ini juga perlu.contonhya membuat satu banner di hadapan kedai makan tersebut. Ini antara langkah-langkah yang perlu untuk mendapat keuntungan 100 %.

ASSIGMENT 2 (MULTI MODALITY) Pada pendapat saya, multi modality merupakan kepelbagaian cara pengajaran dan pembelajaran individu. Menurut Howard Gardner terdapat 8 kepelbagaian kecerdasan individu iaitu linguistic, logic, musical, spatial, bodily kinesthetic, interpersonal,

intrapersonal dan naturalist. Berdasarkan kepada 8 kepelbagaian kecerdasan ini, pelajar

mempunyai kebolehan dan keupayaan yang tersendiri dalam proses pembelajaran. Sebagai bakal pendidik, kita seharusnya mempunyai insiatif dan kreativiti dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran kita dalam kelas. Misalnya dalam pengajaran Sejarah, seorang guru tidak boleh bergantung sepenuhnya dengan buku teks tetapi mempelbagaikan kaedah dengan menggunakan kaedah mneunomik, peta konsep, visual, komik dan lakonan. Hal ini kerana seorang guru perlu peka terhadap kecerdasan pelajarnya. Oleh itu, pembelajaran multi modality merujuk kepada kepelbagaian individu menjalani proses pembelajaran yang banyak dipengaruhi oleh budaya dan pendidikan. Multi modality instruction pula merujuk kepada cara atau kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia merupakan medium pengantar maklumat di antara seorang guru dan pelajar. Maklumat boleh dihantar melalui lisan dan bukan lisan. Bukan lisan merujuk kepada cara pengajaran melalui format visual untuk menyampaikan maklumat. Misalnya pengajaran Sejarah, guru boleh menggunakan blog kerana maklumat boleh disampaikan secara tulisan dan visual.

ASSIGMENT 3 (PENGGUNAAN VIDEO DALAM PEMBELAJARAN) i) Penggunaan video dgn style pembelajaran. - sesuai digunakan untuk pelajar sederhana dan lemah. pelajar boleh membuat ulasan dengan melukis (kaedah mneumonik) berdasarkan kepada video yang ditayangkan kerana pelajar yang sederhana dan lemah agak sukar untuk membuat penulisan atau menghafal fakta-fakta terutama dalam mata pelajaran Sejarah. ii) penggunaan video dgn ubiquitos. - sesi PNP boleh dijalankan dimana dan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian. Misalnya, edmodo yang digunakan oleh pelajar DPLI bagi mengelakkan kelas

dibatalkan, sesi PNP masih boleh diteruskan. Selain itu, pembelajaran juga boleh melibatkan penggunaan youtube, blog, rangkaian sosial dan podcast. iii) penggunaan video dgn Higher oder thinking style. - boleh merangsang minda pelajar dalam mata pelajaran dan boleh memberi pendapat tentang apa yang dilihat melalui video tersebut. Pelajar juga boleh meningkatkan kemahiran mereka dengan menggunakan kepelbagaian bahan-bahan dalam PNP. iv) penggunaan video dgn kemahiran sosial pelajar -pelajar boleh berbincang dengan rakan-rakan melalui rangkaian social seperti skype dan yahoo messenger. Ini boleh menjimatkan masa pelajar. Pada masa yang sama, penggunaan video dapat meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar kerana pelajar bebas berkongsi, bertukar maklumat dengan rakan-rakan dari facebook misalnya. v) penggunaan video dgn peningkatan kesedaran - dalam mata pelajaran sejarah, penggunaan video banyak membantu menerapkan nilai-nilai dalam diri pelajar. Misalnya, video berkaitan dengan patriotisme (nyanyian atau drama). Pelajar dapat mempelajari nilai seperti cinta kepada Negara.

Bagaimana menggunakan video sebelum, semasa dan selepas? Sebelum: Guru perlu memberi arahan dengan jelas. Guru perlu memastikan video dapat dijalankan dengan lancar. Guru perlu menyatakan tujuan tayangan video dan meminta pelajar mencatat isiisi yang penting sebelum memulakan tayangan video. Semasa:

Guru perlu mengelakkan diri daripada bercakap supaya pelajar focus kepada video yang ditayangkan. Guru tidak boleh bergerak kiri ke kanan supaya tidak menganggu pandang pelajar. Guru boleh memberi ulasan setiap 5 minit video ditayangkan.

Selepas: Guru perlu memberi ulasan keseluruhan bagi video yang ditayangkan. Aktiviti seperti kuiz, soal jawap dengan menggunakan kumpulan yang kecil boleh diadakan bagi menguji kefahaman pelajar. Guru perlu membuat refleksi selepas kelas dijalankan.

Kekangan: Putus bekalan elektrik/ tiada bekalan elektrik. Video rosak. Laptop tidak dapat dioperasikan. Bunyi yang tidak kuat. Projektor tidak dapat berfungsi.

ASSIGMENT 5 (BAGAIMANA MENGGUNA VIDEO DALAM KELAS) Sebelum - Pelajar perlu di beri arahan yang selengkapnya berkenaan dengan video yang akan ditayangkan

Semasa - Guru mengelakkan diri dari bercakap dengan pelajar semasa video di tayangkan supaya tidak menggangu fokus pelajar.

Selepas - Guru perlu menyoal pelajar selepas video ditayangkan untuk memastikan pelajar benar-benar faham akan isi kandungan video tersebut. ASSIGMENT 6 (Obtain an example of a manipulative(s) that you could use for instruction. Submit a description of how you would use it, including an objective). Real objects: Contoh: Mata pelajaran Sejarah dalam Sub topik Ekonomi yang merangkumi perdagangan dan penggunaan mata wang. Dalam perdagangan, guru boleh menerangkan konsep sistem barter dengan menyediakan bahan-bahan seperti rempah ratus dan beras untuk ditunjukkan kepada pelajar sistem barter yang digunakan pada zaman dahulu. Guru meminta pelajar membuat lakonan dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan untuk menguji kefahaman pelajar tentang pembelajaran yang dijelaskan oleh guru tersebut. Bagi penerangan penggunaan mata wang pula, guru boleh menyediakan wang yang digunakan pada zaman dahulu hingga kini yang juga boleh ditunjukkan kepada pelajar. Guru boleh membuat perbandingan atau persamaan penggunaan mata wang dan aplikasi dalam kehidupan. Selain itu, seorang guru juga boleh membuat lawatan (field trips) sambil belajar yang berdekatan untuk memberi gambaran dan pengalaman kepada pelajar. Ini membolehkan pelajar membuat imaginasi, meneroka bukti dan pada masa yang sama membuat rasionalisasi daripada lawatan tersebut. Objektif: Dengan menggunakan contoh seperti rempah ratus, beras dan wang secara tidak langsung pelajar mendapat gambaran ekonomi penduduk tempatan pada zaman dahulu.

Menjelaskan mengenai ekonomi pada zaman dahulu dan mengaitkan pada hari ini dengan ringkas.

ASSIGMENT 7 (VIDEO LITERASI) 1.) Apakah yang dimaksudkan dengan video literasi? Literasi Video bermaksud pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengambil video atau pandangan bermakna untuk menghasilkan video.

2.) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video Menonton : (i) siapa yang mencipta mesej ini? (ii) teknik kreatif apa yang digunakan untuk menarik perhatian saya? (iii.)bagaimana mungkin pelbagai orang memahami mesej ini berbeza? (iv) Apakah nilai, gaya hidup, dan mata pandangan yang ditinnggalkan? (v) apakah tujuan mesej?

3.) Menghasilkan video : (i) Apa yang saya karang atau hasilkan? (ii) Adakah mesej mencerminkan pemahaman dalam format, kreativiti dan teknologi? (iii) Adakah mesej saya menarik perhatian penonton sasaran saya? (iV) Adakah saya jelas dan konsisten berkenaan dengan rangka nilai, gaya hidup, dan pandangan dalam mesej saya? (v)Adakah maksud yang ingin saya sampaikan berkesan?

4.) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video? Dengan menggunakan video, Domain kognitif, affective, psikomotor dan interpersonal pelajar dapat dipertingkatkan.

5.) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar? (i) Video dokumentari - merupakan video yang digunakan untuk dokumentari sebenar seperti haiwan-haiwan di Afrika. Contohnya National Geographic channel.

(ii)Video Dramatris : Video yang membawa pelajar untuk berilusi melepasi pemikiran logik.

(iii) Video Penceritaan : Video yang menceritakan tentang sesuatu perkara.

(iv) Video Virtual : Video yang membawa pelajar ke tempat yang tidak dapat di kunjungi oleh pelajar dalam masa terdekat.

6.) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah. Memilih video : Guru boleh mengakses video dari beberapa laman seswang contonhya di youtube. video hendaklah sesuai dengan objektif pembelajaran pada hari tersebut Menilai video : Di sesetengah sekolah guru menggunakan borang soal selidik untuk mengetahui keberkesanan penggunaan video dalam proses P N P mereka pada hari tersebut.

ASSIGMENT 8 Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka bentuk visual.

Ciri-ciri reka cipta visual: Visual adalah alat komunikasi yang mampu menyampaikan mesej yang lebih berkesan daripadapenggunaan lisan atau pernyataan bertulis. Keberkesanan penggunaan visual bergantung kepada kualiti yang ada pada visual tersebut. Ciri-ciri visual yang baik ialah mudah, jelas, dan difahami, mesej dapat ditafsir dengan berkesan, interaksi aktif di antara pelajar dan guru, serta membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual. Proses-proses: i) Analisis Proses mendefinisikan bahan yang sepatutnya dipelajari Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis persekitaran pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan matlamat pengajaran. Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses analisis iaitu : Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya? Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud? Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran? Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?

Terdapat jenis analisis yang diambil kira iaitu analisis tugas, analisis keperluan dan analisis pengajaran.

ii) -

Pembangunan Proses mengarang dan menghasilkan bahan pembelajaran

Kerja- kerja pembangunan projek mulimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan.

iii) -

Pelaksanaan Proses memasukkan bahan pengajaran dalam dunia yang sebenar. Projek multimedia yang disiapkan akan digunakan akan diuji bagi mengenal pasti kesilapan semasa proses pembangunan projek dilaksanakan. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum diserahkan kepada pengguna.

iv) -

Penilaian Proses mengenal pasti impak pengajaran. Fasa penilaian terbahagi dua iaitu formatif dan sumatif. Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik penyeliaan dan pengujian.

You might also like