Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Abad ke 21

Abad ke 21

Ratings: (0)|Views: 233|Likes:
Published by Elaina Durin

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Elaina Durin on Dec 02, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/01/2013

pdf

text

original

 
 Abad ke 212.1 Pendidikan Abad ke-21
Pendidikan merupakan asas penting kepada setiap individu kerana ia dapat membentuk keperibadian individu yang berakhlak tinggi, berpengetahuan, bijak dan tegas dalam membuatkeputusan agar dapat memacu kegemilangan dan kecemerlangan sesebuah Negara. MenurutMohd Najib (1997), pendidikan merupakan alat terpenting di dalam pembangunan sumbermanusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Menurut mantan Perdana MenteriMalaysia keempat, YAB Datuk Seri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (1991), Malaysia mempunyaisalah satu sistem pendidikan yang terbaik di Dunia Ketiga. Namun sebagai bekal, kita harungiperjalanan pada generasi yang kedua ini, piawaian yang baru hendaklah ditetapkan danmatlamat baru hendaklah dicapai. Pendidikan mempunyai tafsiran yang berbeza dan sentiasaberubah mengikut peredaran zaman, tujuan dan fungsinya.Pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi ke arah gaya pendidikan abad ke-21 yang lebih menekankan kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Menurut pandanganMumtaz Begam dan rakan-rakan (2002), abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu lagifasa penganjakan paradigma kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada masyarakatperindustrian kepada masyarakat berinformasi, penggunaan teknologi manusia kepadapenciptaan teknologi tinggi, pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa, konsep hierarkikepada konsep jaringan, ekonomi tempatan kepada ekonomi antarabangsa, danperancangan jangka pendek kepada perancangan jangka panjang. Razali Ismail (2002) jugamengatakan abad ke-21 sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat (IT) yangmemungkinkan kepantasan dan menjumudkan faktor jarak dan masa. Kemajuan teknologimaklumat pada masa kini telah memberikan pengaruh yang besar kepada ekonomi, politik,sosial dan tidak terkecuali bidang pendidikan yang menjadi teras kepada perubahan dunia abadke-21 ini. Kesan globalisasi terhadap sektor pendidikan di Malaysia dapat dilihat dengan jelasapabila kemasukan pelajar dari luar negara ke universiti-universiti tempatan dan swastasemakin meningkat dari tahun ke tahun.Seiring dengan perkembangan teknologi pada abad ini, kewujudan Sekolah Bestari turutmemberi sumbangan ke arah pencapaian pendidikan bertaraf dunia apabila perkembangan ICTdi seluruh dunia turut mempengaruhi Malaysia. Sekolah Bestari merupakan satu agenda dalam
 
program pendidikan sebagai persediaan abad ke-21 di mana pelaksanaannya adalah untuk mewujudkan transformasi dalam sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistempenilaian, pengurusan pembelajaran dan pentadbiran. Pembestarian sekolah adalah prosesyang berterusan dalam meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan danmemfokuskan kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesananpengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru. Penggunaan ICT dikalanganpelajar dan guru amat digalakkan bagi meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dankeberkesanan sistem pengurusan sekolah. Oleh itu, pembestarian sekolah ini perlu dilaksanakanbagi membentuk modal insan yang mempunyai kemahiran dalam bidang ICT, mengimbangi jurang digital antara bandar, luar bandar dan pedalaman, membentuk masyarakat yang kreatif,kritis dan inovatif, membudayakan pembelajaran berasaskan ICT serta membangunkanpendidikan bertaraf dunia. Kewujudan Sekolah Bestari pada abad ke-21 ini amat tepat bagimelahirkan pelajar-pelajar yang bijak, berpengetahuan dan berdaya saing dalam menghadapicabaran-cabaran Wawasan Negara. Selain itu, kemudahan infrastruktur ICT di Sekolah Bestariperlu disediakan dan dirancang dengan baik untuk membantu perlaksanaan kurikulum denganberkesan. Penggunaan teknologi ICT perlu di eksploit sepenuhnya supaya memberikan kesanyang positif dalam pembelajaran pelajar.Peranan pendidikan pada abad ini juga amat mencabar kerana bidang ini mempunyaitanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan teknologi maklumatdalam pengajaran-pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan era ICT. Dalam konteksini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasimaklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya (AbdulRahim, 2005). Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT memberi cabaranbaharu kepada profesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkanuntuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahanabad ke -21. Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan merupakan perkara yang agak barupada abad ini dan memberikan cabaran yang besar terhadap profesion perguruan. Untuk menerajui bidang pendidikan pada masa hadapan, setiap guru perlu memahirkan diri denganICT. Strategi meningkatkan penggunaan ICT di sekolah bergantung kepada kemampuanpengetua dan guru-guru menguruskannya. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran danpembelajaran sebagai alat bantu mengajar membolehkan guru untuk menyampaikanpengajaran dengan lebih berkesan, menguruskan pelajar dengan cekap dan menarik minat
 
pelajar terhadap pengajaran yang disampaikan pada hari berkenaan. Peranan ICT dalampendidikan amat penting dan bermanfaat kepada semua pihak kerana ia berupayameningkatkan kefahaman dan penguasaan guru dan pelajar terhadap pelajaran, membolehkanguru mengakses maklumat yang sukar diperolehi, memberi peluang kepada pelajar belajarsecara berkesan dengan bimbingan yang minimum, meningkatkan motivasi guru dan pelajarserta meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi guru dan pelajar.Perkembangan dunia dalam aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi khasnyaseharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan abad ke-21 untuk memenuhikeperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, semangat patriotismedan memelihara perpaduan rakyat sebagai rakyat Malaysia. Setiap lapisan masyarakat perluberganding bahu dalam merealisasikan wawasan negara untuk melahirkan insan yang berilmupengetahuan, inovatif, kritis dan kreatif serta berakhlak mulia selaras dengan FalsafahPendidikan Negara. Sistem pendidikan yang berpandukan teknologi juga akan menjadikansistem pembelajaran pada hari ini semakin maju dan menggalakkan penguasaan dan kegunaanteknologi.
2.2 Guru Abad Ke 21
Secara amnya, faktor guru sering dikaitkan secara signifikan dengan kualiti pendidikanyang dicerminkan melalui peningkatan pencapaian akademik murid. Faktor guru juga banyak diperkatakan dalam keperluan guru abad ke-21 yang menghadapi pelbagai perubahan dankeperluan. Guru memainkan peranan penting dalam melaksanakan pendidikan formal keranaguru menjadi teras yang menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan.Guru merupakan salah satu komponen utama yang menentukan pelaksanaan kurikulum danperkembangan generasi akan datang. Antara cabaran guru abad ke 21 adalah melahirkan muridyang berkualiti dan modal insan yang seimbag dan holistik bagi memenuhi keperluan ekonomiberasaskan pengetahuan. Oleh itu, guru abad ke-21 amat penting dalam melahirkan guru yangprofessional dan komprehensif.Guru pada abad ke-21 hendaklah menggunakan teknologi terkini dalam pengajaran danpembelajaran di dalam mahupun di luar kelas. Salah satu kajian yang dijalankan menunjukkanpenggunaan teknologi dapat meningkatkan pencapaian pelajar malah pengetahuan gurutersebut. Guru dapat menyediakan bahan bantu mengajar melalui penggunaan komputer

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->