You are on page 1of 20

Apakah maksud biodiversity ?

Maksud perkataan biodiversity adalah kepelbagaian benda hidup dalam persekitaran

Apa itu Biodiversiti? Biodiversiti atau kepelbagaian biologi adalah variasi pelbagai bentuk kehidupan yang ada di bumi ini. Biodiversiti merangkumi semua bentuk kehidupan dari sekecil kuman hingga ke hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan seperti ikan paus serta pokok-pokok yang besar. Setakat ini hampir 1.4 juta spesies telah dikenal pasti, namun para saintis menganggarkan jumlah spesies yang terdapat di dunia ini adalah lebih dari 100 juta. Biodiversiti biasanya dibahagikan kepada tiga peringkat: Diversiti genetik kepelbagaian dalam sesuatu spesies. Misalnya, kita boleh melihat perbezaan di antara adik dan rakan-rakan adik. Ada antara rakan adik yang mempunyai rambut kerinting dan ada pula yang rambut lurus, ada yang tinggi, ada yang rendah dan sebagainya. Ini semua disebabkan oleh perbezaan dan kepelbagaian genetik. Diversiti spesies kepelbagaian organisma atau benda hidup di bumi ini. Misalnya gajah, harimau, pokok durian, ikan kelisa, burung nuri dan sebagainya Diversiti ekosistem - kepelbagaian habitat seperti laut, hutan tanah tinggi, paya bakau dan sebagainya Kepentingan Biodiversiti kepada kita
1.NILAI INSTRUMEN

Berguna kepada manusia-kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser.Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian biodiversiti ini menyumbangkan US$8 BILION setahun untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang mengendalikan bidang ini.Ini jelas bahawa kekayaan kepelbagaian sepsis biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia. CONTOHNYA, ANTHROPOSENTRIK-digunakan dalam memajukan BANK GENETIK khasnya untuk memajukan sector pertanian ,perhutanan,akuakultur dan penternakan.Ia juga boleh digunakan sebagai sumber perubatan yang menyumgang jutaan ringgit setahun kepada ekonomi Negara.
2.NILAI INTRINSIK

Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai NILAI TERSENDIRI dan HAK UNTUK HIDUP.Setiap benda hidup tidak kira haiwan,tumbuhan dan manusia mempunyai hak asasimasing-masing.Benda hidup mempunyai ingatan,emosi dan kesakitan.

Definisi biodiversiti adalah semua bentuk kehidupan yang dikelompokkan dari segi spesies tumbuhan dan haiwan, mikroirganisma serta ekosistem dan proses-proses ekologi. Biodiversiti adalah penting untuk keseimbangan ekosistem. Rantai makanan yang penuh adalah berdasarkan biodiversiti. Biodiversiti membekalkan makanan, minuman, habitat kepada haiwan. Selain itu, manusia akan mendapat sumber makanan yang secukupnya.

Sementara itu, terdapat banyak perkara yang telah menggugah biodiversiti. Antaranya termasuk perubahan cuaca yang semakin panas, kesan rumah hijau, pemanasan global yang menyumbang kepada pencairan air kutub, lapisan ozone yang semakin nipis dan sebagainya. Semua kesan cuaca adalah berasal daripada kegiatan harian manusia yang telah menghapuskan alam sekitar. Sebagai contohnya, penipisan lapisan ozone disebabkan terdapat banyak kandungan kluroflorokarbon(CFC) yang tertumpul dalam ozone. Dengan ini, lapisan ozone yang nipis membenarkan ultraviolet (UV) dari pancaran matahari boleh sampai ke muka bumi. Oleh Itu, UV yang berbahaya telah menyebabkan kebanyakan prosses kimia dalam tumbuh-tumbuhan berubah. Tambahan pula, manusia juga medapat risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit kanser kulit. Oleh itu, kita haruslah memerah otak untuk menyelesaikan masalah ini dengan memikir cara yang paling sesuai untuk pengekalan biodiversiti. Antara cara yang sesuai adalah penanaman semula perhutanan untuk meningkatkan kandungan oksigen dalam udara. Hal ini demikian kerana semasa proses photosinthesis tumbuh-tumbuhan, tumbuh-tumbuhan ini akan mengeluarkan oksigen dan menghisap masuk karbon dioksida yang terdapat dalam udara. Tambahan pula, manusia haruslan mengurangkan penggunaan bahan yang mengandungi CFC. Dengan ini, kita dapat mengurangkan kandungan CFC dalam udara serta tidak terus lagi menyebabkan lapisan ozone menjadi nipis. Secara intiha, biodiversiti adalah penting bagi manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Oleh itu, kita haruslah berusaha mengekalkan biodiversiti yang sedia ada. Menurut kamus Inggeris, "Concise Oxford English Dictionary", biodiversiti didefinisi sebagai kepelbagaian flora dan fauna yang hidup dalam satu dunia atau sesuatu habitat.

Biodiversiti dipandangkan sebagai satu isu yang penting dalam kehidupan manusia kerana sesuatu perubahan dalam norma biodiversiti di dunia ini, menunjukkan bahawa wujudnya sifat dasar alam semulajadi dunia ini telah berubah atau dalam kata lain, alam semulajadi menjadi tidak seimbang. Apakah faktor yang telah mencabar biodiversiti di dunia ini? Saya di sini boleh jawab dengan yakin bahawa faktor utama adalah kesalahan dan sifat lalai kita terhadap isu alam semulajadi.

Disebabkan sifat kelalaian kita(yang dipanggil sebagai "raja kepada

segala haiwan"), berlakunya banyak perubahan terhadap norma alam semulajadi, seperti suhu yang semakin meningkat, laras laut yang semakin meningkat, kenipisan lapisan ozon, tempoh musim-musim selalu berubah-ubah dan lain-lain dan masalah-masalah ini adalah saling berhubung sesama lain. Contohnya, disebabkan kenipisan lapisan ozon, suhu dunia semakin meningkat.Hal ini akan menyababkan flora dan fauna tidak dapat menyesuaikan diri dalam perubahan alam semulajadi yang drastik.Termasuklah manusia sendiri juga,banyak impak negatif akan dibawa kepada kita seperti penyakit kulit, stimulasi yang terlalu sensitf, banyak aktiviti pertanian tidak boleh dilakukan dan sebagainya.

Bagi memulihkan biodiversiti, kita harus memikir dan menjalankan beberapa langkah yang effektif. Yang terpenting adalah mengurangkan ataupun tidak menggunakan produk-produk yang mengandungi kluroflorokarbon(CFC) kerana kangungan CFC inilah yang menyebabkan penipisan lapisan ozon. selain itu,kita boleh melakd\sanakan kitar semula. Kita harus menjadikannya sebagai kebiasaan atau norma manusia yang dilakukan dalam kehidupan seharian.Akhirnya, kita harus menjalankan penanaman semula pokok-pokok, ini akan memberikan habitat yang selesa kepada flora dan fauna serta manusia.

Secara ringkas, kita harus menjaga keseimbangan alam semulajadi dan berusaha menangani masalah alam semulajadi baji menyediakan suasana yang sihat dan selesa kepada generasi seterusnya serta menghargai

kurniaan Tuhan ini. Menurut kamus Inggeris, "Concise Oxford English Dictionary", biodiversiti didefinisi sebagai kepelbagaian flora dan fauna yang hidup dalam satu dunia atau sesuatu habitat.

Biodiversiti dipandangkan sebagai satu isu yang penting dalam kehidupan manusia kerana sesuatu perubahan dalam norma biodiversiti di dunia ini, menunjukkan bahawa wujudnya sifat dasar alam semulajadi dunia ini telah berubah atau dalam kata lain, alam semulajadi menjadi tidak seimbang. Apakah faktor yang telah mencabar biodiversiti di dunia ini? Saya di sini boleh jawab dengan yakin bahawa faktor utama adalah kesalahan dan sifat lalai kita terhadap isu alam semulajadi.

Disebabkan sifat kelalaian kita(yang dipanggil sebagai "raja kepada segala haiwan"), berlakunya banyak perubahan terhadap norma alam semulajadi, seperti suhu yang semakin meningkat, laras laut yang semakin meningkat, kenipisan lapisan ozon, tempoh musim-musim selalu berubah-ubah dan lain-lain dan masalah-masalah ini adalah saling berhubung sesama lain. Contohnya, disebabkan kenipisan lapisan ozon, suhu dunia semakin meningkat.Hal ini akan menyababkan flora dan fauna tidak dapat menyesuaikan diri dalam perubahan alam semulajadi yang drastik.Termasuklah manusia sendiri juga,banyak impak negatif akan dibawa kepada kita seperti penyakit kulit, stimulasi yang terlalu sensitf, banyak aktiviti pertanian tidak boleh dilakukan dan sebagainya.

Bagi memulihkan biodiversiti, kita harus memikir dan menjalankan beberapa langkah yang effektif. Yang terpenting adalah mengurangkan ataupun tidak menggunakan produk-produk yang mengandungi kluroflorokarbon(CFC) kerana kangungan CFC inilah yang menyebabkan penipisan lapisan ozon. selain itu,kita boleh melakd\sanakan kitar semula. Kita harus menjadikannya sebagai kebiasaan atau norma manusia yang dilakukan dalam kehidupan seharian.Akhirnya, kita harus menjalankan penanaman semula pokok-pokok, ini akan memberikan habitat yang selesa kepada flora dan fauna serta manusia.

Secara ringkas, kita harus menjaga keseimbangan alam semulajadi dan berusaha menangani masalah alam semulajadi baji menyediakan suasana yang sihat dan selesa kepada generasi seterusnya serta menghargai kurniaan Tuhan ini. Biodiversiti merujuk kepada unsur semula jadi yang meliputi haiwan, tumbuhan dan mikro organisma yang membantu sistem ekologi. Perubahan atau kehilangan salah satu komponen boleh mengakibatkan seluruh rantaian hidup menjadi tidak seimbang dan membawa kesan yang tidak terjangka.

Antara kepentingan biodiversiti ialah menyediakan bekalan makanan dan minuman, memperbaharui tanah serta melindungi tadahan air. Kebanyakan sumber makanan manusia diperolehi daripada sumber

liar seperti bijirin dan perikanan laut. Manusia memerlukan bekalan tersebut supaya bertenaga untuk menjalani kehidupan seharian. Biodiversiti seperti mikrob organisma dalam tanah membantu mencuci air dan udara untuk memperbaharui tanah di samping mengitar semula nutrien. Akar daripada pokok dapat melindungi tadahan air dan mengelakkan kejadian tanah runtuh berlaku.

Walau bagaimanapun, biodiversiti tergugah akibat beberapa faktor seperti peningkatan dalam suhu. Suhu bumi meningkat akibat pelepasan karbon dioksida di atmosfera telah memberi ruang untuk vector-vektor terutamanya dari kawasan tropika untuk menyebarkan penyakit. Selain itu, penipisan lapisan ozon berlaku akibat penggunaan bahan chlorofluoro karbon(CFC) yang berlebihan. Implikasinya, sinaran ultra violet berpeluang memancar terhadap manusia dan membawa masalah gangguan kepada fungsi hormon dan kanser.Kenaikan pada aras laut juga menyebabkan fenomena banjir di kawasan pesisiran pantai.

Bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem, langkah-langkah drastik perlu diambil. Antaranya ialah menggunakan barangan "mesraozon". Barangan tersebut adalah bebas daripada CFC. Tambahan itu, program kitar semula wajar diadakan bagi memastikan sampah diuruskan secara sistematik dan tersusun. Seterusnya, seseorang perlu melibatkan diri dalam kempen dan aktiviti berkaitan pemuliharaan

alam sekitar. Melalui kempen, mesej kepentingan biodiversiti dapat disampaikan kepada masyarakat.

Kesimpulannya, kerajaan harus berusaha menyelesaikan masalah yang menjejaskan keseimbangan ekosistem agar keindahan alam dapat dikekalkan selama-lamanya. Biodiversiti merujuk kepada unsur semula jadi yang meliputi haiwan, tumbuhan dan mikro organisma yang membantu sistem ekologi. Perubahan atau kehilangan salah satu komponen boleh mengakibatkan seluruh rantaian hidup menjadi tidak seimbang dan membawa kesan yang tidak terjangka.

Antara kepentingan biodiversiti ialah menyediakan bekalan makanan dan minuman, memperbaharui tanah serta melindungi tadahan air. Kebanyakan sumber makanan manusia diperolehi daripada sumber liar seperti bijirin dan perikanan laut. Manusia memerlukan bekalan tersebut supaya bertenaga untuk menjalani kehidupan seharian. Biodiversiti seperti mikrob organisma dalam tanah membantu mencuci air dan udara untuk memperbaharui tanah di samping mengitar semula nutrien. Akar daripada pokok dapat melindungi tadahan air dan mengelakkan kejadian tanah runtuh berlaku.

Walau bagaimanapun, biodiversiti tergugah akibat beberapa faktor seperti peningkatan dalam suhu. Suhu bumi meningkat akibat pelepasan karbon dioksida di atmosfera telah memberi ruang untuk

vector-vektor terutamanya dari kawasan tropika untuk menyebarkan penyakit. Selain itu, penipisan lapisan ozon berlaku akibat penggunaan bahan chlorofluoro karbon(CFC) yang berlebihan. Implikasinya, sinaran ultra violet berpeluang memancar terhadap manusia dan membawa masalah gangguan kepada fungsi hormon dan kanser.Kenaikan pada aras laut juga menyebabkan fenomena banjir di kawasan pesisiran pantai.

Bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem, langkah-langkah drastik perlu diambil. Antaranya ialah menggunakan barangan "mesraozon". Barangan tersebut adalah bebas daripada CFC. Tambahan itu, program kitar semula wajar diadakan bagi memastikan sampah diuruskan secara sistematik dan tersusun. Seterusnya, seseorang perlu melibatkan diri dalam kempen dan aktiviti berkaitan pemuliharaan alam sekitar. Melalui kempen, mesej kepentingan biodiversiti dapat disampaikan kepada masyarakat.

Kesimpulannya, kerajaan harus berusaha menyelesaikan masalah yang menjejaskan keseimbangan ekosistem agar keindahan alam dapat dikekalkan selama-lamanya. Hari ini biodiversiti terancam dan mungkin pupus kerana kegiatan manusia sendiri. Walaupun Malaysia adalah antara negara di dunia yang kaya dengan biodiversiti, tanpa pengurusan sistematik dan kesedaran semua pihak, biodiversiti akan musnah begitu

saja.Biodiversiti merujuk kepada unsur semula jadi yang meliputi haiwan, tumbuhan dan mikro organisma yang membantu dalam sistem ekologi.

Biodiversiti telah memainkan peranan penting dalam memastikan keseimbangan dunia secara keseluruhan. Kehilangan atau kepupusan salah satu daripada unsur dalam biodiversiti ini akan menyebabkan perjalanan kehidupan ini akan terganggu. Dalam bidang ekonomi, pertanian moden bergantung kepada simpanan genetik daripada sistem ekologi semula jadi. Selain itu, kesihatan manusia dapat dijamin kerana hampir 80 peratus daripada ubat-ubatan yang digunakan kini datangnya daripada alam semula jadi, termasuklah aspirin yang ditemui dalam binatang dan tumbuhan liar. Biodiversiti juga berfungsi sebagai sumber rekreasi dan pekerjaan kepada negara kita. Sumber pendapatan yang disumbangkan melalui pengekalan biodiversiti adalah tinggi. Contohnya, melalui ekopelancongan. Ia juga memberikan sumber pekerjaan kepada penduduk. Secara keseluruhan, kehilangan biodiversiti akan memberi kesan kepada keselamatan negara.

Sejak Revolusi Industri, aktiviti manusia seperti pembakaran minyak fosil termasuk berbilion tan karbon, metana, dan gas laia-lain, pemusnahan hutan simpan serta pembalakan secara tidak terkawal telah menggugat biodiversiti secara serius. Penebangan hutan rimba menyebabkan penghasilan "gas rumah hijau " yang

memerangkapkan haba dari sinaran matahari, menyebabkan peningkatan suhu di muka bumi dan kemudian perubahan iklim berlaku. Dari segi aktiviti pertanian, penggunaan baja dan racun ke atas tanaman menyebabkan masalah pencemaran udara. Penternakan menghasilkan kuantiti najis yang banyak di mana ia membebaskan pelbagai jenis gas seperti ammonia yang dapat mencemarkan udara. Kehilangan tumbuhan akan mengurangkan kesan pengikatan akar pokok pada tanah dan seterusnya mengurangkan kestabilan cerun yang menyebabkan tanah runtuh berlaku. Di samping itu, ketiadaan sokongan pada cerun seperti hakisan di tepi sungai akibat kaedah pembinaan yang telah memotong cerun sehingga terlalu curam juga akan menyebabkan tanah runtuh berlaku.

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, terdapat beberapa langkah yang dapat diambil untuk mengekalkan biodiversiti yang semakin diancam akibat aktiviti pembangunan manusia. Kita harus peka kepada sumber barangan yang kita beli dan menggunakan barangan yang diperbuat daripada bahan kitar semula yang lebih menjimatkan sumber dan tenaga seperti kertas. Selain itu, gunakan barangan " mesraozon " yang mempunyai label " bebas CFC " dan jangan gunakan racun makhluk perosak yang mengandungi metilbromida. Seterusnya, penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui perlu digalakkan seperti Mekanisme Pembangunan Bersih yang dapat membantu negara maju untuk mencapai paras pengurangan gas rumah hijau. Sejajar itu, kita

bertanggungjawab dengan melaporkan aktiviti pembalakan haram kepada pihak berkuasa dan mengambil bahagian dalam aktiviti berkaitan pemuliharaan alam sekitar.

Kesimpulannya, sebagai rakyat yang prihatin, kita perlu menghargai biodiversiti yang terdapat di negara kita dan menggunakannya dalam perkara yang dapat memberikan faedah daripada keburukan supaya dapat mengekalkan biodiversiti dari semasa ke semasa.

Apakah maksud biodiversiti? Biodiversiti bermaksud kewujudan berbagai-bagai jenis spesis tumbuhan dan haiwan dalam persekitarn semula jadinya di bumi ini. Penggangaran biodiversiti di bumi itu telah melebihi 100 million spesis termasuk organisma fosil di dalam bumi ini. Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan biodiversiti. Ahli biologi telah menggangarkan biodiversiti telah melebihi 15000 spesis tumbuhan yang belum ditemui dalam negara Malaysia. Terdapat beberapa kepentingan untuk menjaga biodiversiti di seluruh dunia ini. Kepentingan yang pertama adalah kepelbagaian spesis dan ekosistem telah membekalkan banyak servis persekitaran (environmental services) kepada manusia dan spesis yang lain juga.

Antaranya,pendebungaan,kitaran,khasiat dan dapat mengawal iklim dan komposisi atmosfera. Selain itu,semua spesis mempunyai interaksi dengan spesis lain dan ekosistem untuk mendapat makanan, tempat perlindungan dan keperluan asas. Jila salah satu spesis sudah pupus, kehidupan spesis lain yang bergantung kepadanya akan terjejas,ekosistem akan dipengaruhi. Tambahan pula,kepelbagaian spesis dan ekosistem telah membekalkan banyak produk biological yang telah memainkan peranan yang penting dalam aspek ekonomi. Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil berat dengan menjaga biodiversiti di seluruh dunia supaya spesis tumbuhan dan haiwan tidak akan pupus pada masa hadapan.Langkah pertama adalah mewujudkan sesuatu tempat perlindungan seperti Taman Negara dan zoo negara untuk melindungi haiwan dan tumbuhan. Selain itu,manusia hendaklah mengurangkan penggunaan barang-barang yang mempunyai chloroflurocarbon (CFC) yang akan mencemarkan bumi,kehidupan spesis tumbuhan,haiwan dan kehidupan akuatik. Seterusnya,aktiviti penebangan hutan secara sesuka hati perlu dielakkan dan undang-undang perlu diperketatkan terhadap sesiapa yang melakukan penebangan hutan dengan haram. Kesimpulannya,menjaga biodiversiti di seluruh dunia adalah tanggungjawab manusia dan mengelakkan spesis tumbuhan dan haiwan yang berbilangan kecil menghadapi kepupusan untuk generasi muda kita pada masa hadapan. Biodiversiti menggambarkan bilangan,kepelbagaian dan spesis hidupan.Ia juga menunjukkan perubahan semua aspek ini dari satu

lokasi ke yang lain dan dari semasa ke samasa.

Biodiversiti amat penting kerana ia memberi banyak kebaikan kepada manusia,alam sekitar dan juga pelbagai spesis.Biodiversiti membekalkan makanan,air dan banyak sumber kepada manusia.Ia juga membantu mengawal penyakit dan cuaca bumi.Tanpa bantuan biodiversiti dalam semua aspek ini,pasti bumi ini akan menjadi huru-hara dan tidak lagi seimbang seperti kini.

Tetapi pada hari ini,pemanasan global,pencemaran dan perubahan habitat telah memberi kesan buruk kepada biodiversiti. Biodiversiti telah kehilangan keseimbangannya akibat punca-punca ini. Kebanyakkan haiwan dan tumbuhan tidak dapat bertahan dengan perubanan alam sekitar yang mendadak ini.

Disebabkan biodiversiti begitu penting untuk manusia dan bumi ini,langkah-langkah pengekalan perlu diambil.Lokasi perlindungan seperti taman negara perlu diwujudkan di pelbagai tempat.Selain daripada itu,pendidikan tentang pemeliharan dan pemuliharan alam sekitar perlu diajar di sekolah rendah dan juga menengah.Alat-alat elektrik yang mengandungi CFC(chloroflurocarbon) perlu kurang digunakan disebabkan bahan ini tidak baik untuk bumi.

Kesimpulannya,biodiversiti adalah betapa penting untuk bumi ini

dan bumi ini amat penting untuk manusia dan pelbagai spesis di dunia ini.Oleh sebab itu,kita kena berusaha mengekalkan biodiversiti supaya ia sentiasa seimbang.
Ancaman Terhadap Biodiversiti
Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin Pegawai Penyelidik 01/11/2007 | Artikel Bahasa Malaysia

Pada hari ini kepelbagaian kehidupan atau biodiversiti negara berhadapan dengan pelbagai krisis yang memberi ancaman besar dan menyumbang kepada kemerosotan dan kehilangannya. Dalam keadaan tersebut, terdapat banyak unsur yang menyumbang kepada kemusnahan khazanah yang tidak ternilai ini sama ada unsur secara langsung ataupun unsur tidak langsung. Pemusnahan habitat umpamanya merupakan unsur utama yang menyumbang kepada kehilangan biodiversiti kita pada hari ini. Jika dilihat di negara kita sendiri habitat hutan telah banyak dimusnahkan untuk tujuan pembangunan, perumahan dan sebagainya. Dalam ruang lingkup ini, ahli biologi menganggarkan bahawa kawasan seluas 10 km2 mengandungi dua kali ganda banyak spesies dengan kadar purata kawasan 1 km2. Langkah mengurangkan ekosistem kepada satu per sepuluh jumlah asal akan menyebabkan sesetengah daripada spesies mengalami kepupusan. Sebagai contoh, haiwan aras tertinggi dalam kitar makanan seperti singa, beruang, harimau, gajah dan sebagainya memerlukan habitat yang luas bagi memastikan jumlah spesies terus dapat dikekalkan. Unsur kemusnahan biodiversiti yang seterusnya ialah pencerobohan spesies, iaitu pengenalan secara tiba-tiba spesies asing dalam sesuatu ekosistem yang boleh mengganggu aliran biasa ekosistem tersebut, yang mana ia sekaligus akan memberi kesan buruk kepada spesies asal yang menghuni dalam ekosistem tersebut. Pengenalan spesies asing ini bukan sahaja memberi kesan buruk kepada flora dan fauna, bahkan ia juga turut menjejaskan kegiatan manusia. Satu contoh jelas yang telah dikenalpasti ialah peristiwa pencerobohan spesies ubur-ubur di Lautan Atlantik. Pencerobohan spesies ini telah menyebabkan persaingannya dengan spesies asal yang mana kini ia terdiri daripada 95% jumlah biojisim lautan tersebut, dan ia merupakan satu bencana yang memberi kesan besar terhadap ekonomi di kawasan tersebut. Sementara itu, pada abad lampau didapati 70% spesies ikan air tawar di Amerika Syarikat telah mengalami kepupusan akibat daripada pengenalan spesies luar biasa (exotic species). Begitulah besarnya pengaruh dan kesan daripada pencerobohan spesies asing ke atas spesies asal di dalam sesuatu ekosistem yang mana, sekiranya terus dibiarkan ia akan membawa kepada kepupusan yang lebih besar lagi ke atas spesies-spesies lain. Selain itu, pencemaran juga turut menjadi penyumbang utama kepada kemusnahan biodiversiti kita. Pencemaran bahan kimia ke atas spesies air tawar, laut dan tanah misalnya boleh membawa kepada lenyapnya jumlah dan spesies di dalam sesuatu ekosistem. Bahan-bahan yang terhasil daripada usaha-usaha pertanian, seperti baja dan racun serangga pula, boleh meresap ke dalam akuifer dan sungai yang akhirnya akan sampai ke laut dan akan meracuni hidupan laut. Keadaan ini sekaligus akan mengancam sumber makanan kita yakni ikan yang kita sedia maklum merupakan sumber protein utama dalam kehidupan kita. Bukan itu sahaja, malah lebih buruk lagi ia akan turut mempengaruhi dan merencatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Manakala pencemaran atmosfera pula boleh menyumbang kepada perubahan iklim mendadak yang dijangka akan mengakibatkan gangguan ke atas taburan spesies, dan seterusnya membawa kepada kepupusan biodiversiti yang sedia ada. Pada hari ini perubahan iklim dunia menjadi mawdu' hangat yang sering diperdebatkan oleh peminpinpemimpin dunia dalam mana mana persidangan. Malah perkara ini turut dibincangkankan dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-62 baru-baru ini, yang mana sangat bersesuaian dengan tema perhimpunan tersebut iaitu "Masa Depan Di Tangan Kita: Menghadapi Cabaran Kepimpinan Terhadap Perubahan Iklim". Perkara ini sebenarnya bukan perkara yang baru, malah jika diimbas kembali, kesan daripada perubahan iklim lebih sedekad yang lepas misalnya telah menyebabkan suhu dunia meningkat antara 0.3 dan 0.6 oC yang mana ia merupakan peningkatan terbesar dalam jangkamasa 1000 tahun, dan daripada peningkatan suhu ini ia telah menyebabkan kesan rumah hijau' (greenhouse effect). Malah akhbar ada melaporkan kajian terbaru IPCC menjangkakan bahawa suhu purata Malaysia akan meningkat antara 0.6 oC hingga 4.5 oC menjelang tahun 2060. Jangkaan ini amatlah membimbangkan dan jika ia menjadi kenyataan

bermakna biodiversiti kita akan berhadapan dengan pelbagai ancaman yang lebih besar lagi. Bukan itu sahaja, malah akibat perubahan iklim ini juga telah memberi kesan yang ketara kepada paras air laut yang mana ia telah meningkat kepada 10-20 cm di seluruh dunia, pencairan glasier di kutub, perubahan bentuk pemendapan dan meningkatnya peristiwa kejadian suhu melampau. Perubahan ini sekaligus menyebabkan kitaran musim seluruh bumi terganggu. Apa yang lebih membimbangkan lagi ialah perubahan ini berlaku dalam jangkamasa yang cukup pantas dan ini akan menimbulkan masalah kepada kebanyakan spesies untuk menyesuaikan diri, dan sekaligus akan memberi masa depan yang suram kepada nasib biodiversiti kita. Unsur kepupusan biodiversiti yang seterusnya ialah disebabkan oleh penuaian berlebihan yang dilakukan ke atas sumber biodiversiti secara berterusan. Pada hari ini, bukan sahaja di negara kita malah di negara-negara lain juga didapati banyak spesies yang diburu dan dituai secara berterusan untuk tujuan pembangunan. Malah kadar ekonomi sesebuah negara sangat bergantung kepada hasil yang diperoleh daripada sumber biodiversiti. Salah satu contoh jelas kepupusan secara langsung yang disebabkan oleh penuaian secara berlebihan ialah melibatkan spesies burung merpati dan kakak tua Carolina dalam abad yang ke-20. Jika pemburuan dan penuaian sumber biodiversiti dilakukan secara berterusan tanpa adanya langkah pemuliharaan yang berkesan, dikhuatiri biodiversiti yang masih lagi wujud pada hari ini akan menerima nasib yang sama dengan kedua-dua spesies yang disebutkan tadi. Sebagai contoh, pada hari ini di negara kita spesies harimau merupakan antara salah satu spesies yang semakin berkurangan dan diancam kepupusan berikutan pemburuannya untuk tujuan perdagangan. Meskipun kadar pertumbuhan masyarakat adalah penggerak utama kepada kelima-lima unsur yang disebutkan tadi, kehilangan biodiversiti tidak dapat dielakkan yang mana ia sangat mempengarauhi pertumbuhan dan pembangunan masyarakat dan ekonomi sesebuah negara. Namun ia hanyalah sebahagian daripada unsure khusus secara menyeluruh yang bertitik tolak daripada asas kemasyarakatan, ekonomi, siasah, budaya dan sejarah masyarakat. Kekurangan pengetahuan terhadap kepentingan biodiversiti, terutamanya di kalangan masyarakat khasnya, merupakan antara unsur langsung yang menyumbang kepada terancamnya sumber biodiversiti kita yang masih wujud pada hari ini. Kita sebagai pemegang amanah di muka bumi ini sepatutnya sedar bahawa biodiversiti yang terdapat di negara kita merupakan khazanah yang tidak ternilai, dan ia adalah sumber tempat manusia bergantung untuk meneruskan kelangsungan hidup. Namun perkembangan terkini menunjukkan semakin manusia maju dengan bermacam-macam bentuk pembangunan, satu aspek yang terpaksa dikorbankan ialah alam dan biodiversiti yang dimilikinya. Manusia mengeksploitasi biodiversiti tanpa mengambilkira kepentingan masa depan dan padah yang akan diterima apabila biodiversiti yang menjadi pendokong kepada kehidupan manusia dieksploitasi tanpa batasan. Jika dilihat, agama Islam sendiri sangat menuntut umatnya prihatin terhadap keselamatan biodiversiti yang dikurniakan Ilahi dan kita sebagai sebagai pemegang amanah disaran agar memakmur dan menjaganya sama seperti nyawa sendiri kerana ia menjanjikan sumber rezeki kepada kehidupan kita. Sebarang tindakan menzalimi biodiversiti dan alam akan memudaratkan dan membahayakan umat manusia itu sendiri. Sebenarnya menjaga biodiversiti adalah sama seperti menjaga keturunan kita dan ia merupakan suatu kelangsungan generasi manusia pada masa akan datang. Oleh itu sudah tiba masanya kita meletakkan kepentingan pemeliharaan biodiversiti sebagai matlamat utama dalam kehidupan kita serta berusaha menjaga dan menyelamatkan khazanah yang tidak ternilai ini daripada terus dimusnahkan. Malah, Rasulullah S.A.W sendiri pernah bersabda yang bermaksud, "Dunia ini indah dan segar dan sesungguhnya Tuhan Yang Maha Kuasa (yakni Allah SW.T) telah menjadikan kamu sebagai penjaganya, dan Dia melihat apa yang kamu lakukan" (Riwayat Abu Said Al-Khudri). Daripada hadis ini, jelas menunjukkan bahawa setiap lapisan masyarakat perlulah sedar bahawa hasil bumi anugerah Allah S.W.T haruslah dipertahankan dan tidak boleh dieksploitasi dan dizalimi sesuka hati mengikut hawa nafsu. Ini kerana dikhuatiri kerakusan pengeksploitasian secara berlebihan sumber biodiversiti akan membawa padah yang buruk kepada kehidupan manusia sejagat. Justeru itu, pemeliharaan dan pengurusan biodiversiti secara mapan dan lestari adalah perlu bagi menjamin kehidupan yang sejahtera dan makmur kepada manusia sejagat. Jadi, sama-samalah kita muhasabah diri kita agar menjadi umat yang bijaksana dan bersyukur ke atas nikmat yang Allah S.W.T telah kurniakan kepada kita dalam usaha mencapai keberkatan hidup kita di dunia dan juga akhirat.

Biodiversiti dan Peranannya Terhadap Keseimbangan Alam Sekitar


Biodiversiti merupakan khazanah yang tidak ternilai dan menjadi warisan kepada generasi akan datang. Mendengar istilah biodiversiti mungkin ada di antara kita yang masih belum jelas mengenai takrifannya. Perkataan biodiversiti sebenarnya merupakan perkataan singkatan bagi biological diversity' ataupun kepelbagaian biologi yang mana ia didefinisikan sebagai keanekaan di antara organisma hidup daripada pelbagai sumber baik daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkaui ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks yang termasuk di dalam kelompok spesies dan antara spesies dan ekosistemnya.Biodiversiti terbahagi kepada tiga peringkat iaitu kepelbagaian genetik, kepelbagaian spesies dan kepelbagaian ekosistem. Kepelbagaian genetik merupakan kepelbagaian di dalam spesies yang diukur mengikut variasi dalam gen setiap tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma. Kepelbagaian genetik berlaku dalam dan di antara populasi sesuatu spesies. Bagi kepelbagaian spesies pula ia merujuk kepada pelbagai organisma hidup di dunia. Manakala kepelbagaian ekosistem pula adalah merujuk kepada pelbagai habitat, komuniti biosis dan proses ekologi dalam persekitaran daratan, laut dan persekitaran akuatik yang lain. Sebagai rakyat Malaysia kita patut berbangga kerana memiliki negara yang sangat kaya dengan biodiversitinya dan termasuk dalam lingkungan dua belas buah negara mega kepelbagaian biologi di dunia yang mana masih lagi mempunyai kekayaan biodiversiti yang dianggarkan antara 60% hingga 70% daripada jumlah biodiversiti dunia. Kepelbagaian tersebut dapat digambarkan melalui flora dan fauna yang masih wujud di negara kita pada hari ini. Didapati lebih kurang 12, 500 spesies tumbuh-tumbuhan berbunga dan lebih daripada 1,100 spesies paku pakis yang masih lagi menghuni hutan negara kita. Kebanyakan daripada spesies-spesies tersebut adalah sangat unik dan tidak ditemui di mana-mana tempat lain di dunia. Malah dari segi kepelbagaian spesies tumbuhan di Rantau Asia-Australia pula, negara kita masih lagi mengekalkan kedudukan di tempat kelima. Kalau dilihat daripada kedudukan negara kita, ia merupakan sesuatu yang sangat membanggakan kerana dalam kebimbangan negara-negara lain di dunia mengenai kepupusan habitat hutan serta sumber-sumber yang mendiaminya, namun kita masih lagi dapat mengekalkan khazanah yang sangat berharga ini. Bagi spesies fauna, negara kita mempunyai kira-kira 1,500 haiwan vertebrata dan 150, 000 haiwan invertebrata. Walaupun jumlah bagi spesies tumbuhan dan haiwan

vertebrata darat adalah tidak seberapa sebagaimana yang dimiliki oleh empat buah lagi negara lain di Asia Timur, namun Malaysia masih mempunyai bilangan yang terbanyak dari segi jumlah spesies per kilometer persegi. Kita patut bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana masih lagi mempunyai kekayaan biodiversiti yang tidak ternilai yang menjadi sumber rezeki untuk keperluan kehidupan seharian kita. Malah rezeki yang Allah S.W.T. kurniakan kepada kita tidak terhitung banyaknya dan tidak pernah putus. Justeru, kita sebagai khalifah di bumi ini patut menghargai dan menggunakannya dengan sebaik mungkin. Dalam Al-Quran ada menyebut bahawa Allah S.W.T. menjanjikan rezeki kepada setiap makhluk-Nya yang dilahirkan ke dunia ini seperti yang terkandung di dalam Surah Sabaa, Ayat 39 yang bermaksud "Katakanlah sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di kalangan hamba-hambaNya dan Dia menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang siapa sahaja yang kamu nafkahkan (belanjakan), maka Allah S.W.T. akan menggantikannya dan Dialah juga sebaik-baik pemberi rezeki". Justeru, dalam konteks ini, biodiversiti merupakan sebahagian daripada rezeki anugerah Ilahi kepada kita di muka bumi ini. Oleh yang demikian, sebagai khalifah Allah, manusia diamanahkan untuk menguruskan rezeki kurniaan-Nya dengan penuh kebijaksanaan baik di daratan, lautan mahupun di angkasa. Biodiversiti yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada kita merupakan nikmat yang sangat besar dalam kehidupan kita. Ia memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar kita. Bagaimanakah biodiversiti dikatakan membantu dalam proses keseimbangan alam sekitar? Jika kita amati, biodiversiti merangkumi satu spesies atau kombinasi spesies dan kekayaan; interaksi spesies, interaksi antara organisma dan komponen bukan hidup dalam persekitaran; tingkah laku; sejarah hidup dan kepelbagaian fisiologi; kepelbagaian fizikal habitat yang terdiri daripada pelbagai biologi semua habitat atau ekosistem yang berbeza di sesuatu kawasan. Dengan mengekalkan kekompleksan dalam ekosistem ini, ia akan menyumbang kepada keseimbangan alam sekitar yang sekaligus akan turut menjamin khidmat ekologi yang bernilai kepada manusia. Setiap kejadian yang Allah S.W.T. ciptakan di atas muka bumi ini mempunyai alasan tersendiri. Sebagai contoh, spesies reptilia terutamanya ular mempunyai peranan tersendiri dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem, dan penciptaannya bukan sekadar untuk menghuni alam tanpa sebarang sebab. Malah ia diperlukan dalam kehidupan manusia terutama dalam bidang pertanian padi yakni berperanan

mengawal tanaman daripada serangan tikus dan serangan perosak yang lain. Bayangkan jika spesies reptilia ini pupus, pastinya manusia akan berdepan pelbagai masalah khususnya bagi mengawal pertanian daripada serangan perosak. Didapati kira-kira 99% potensi serangga perosak tanaman adalah dikawal oleh pelbagai jenis organisma merangkumi serangga, burung dan fungi (kulat) selain spesies reptilia yang disebutkan di atas. Biodiversiti juga penting dalam pendebungaan dan pengeluaran hasil tanaman. Bagi kebanyakan tumbuh-tumbuhan berbunga, pembiakannya bergantung kepada beberapa spesies haiwan seperti lebah, rama-rama, kelawar dan sebagainya dalam membantunya membiak melalui pengangkutan debunga. Malah lebih daripada satu per tiga hasil tanaman makanan manusia sejagat adalah bergantung kepada pendebungaan semulajadi ini. Selain itu, kebanyakan spesies haiwan yang mendiami hutan kita juga turut memainkan peranan penting menjalankan fungsi tambahan dalam pembiakan tumbuhan melalui penyebaran biji benih. Di sini sangat jelas menggambarkan peri pentingnya peranan spesies fauna dalam mengekalkan keseimbanagn alam sekitar secara semulajadi. Selain bertindak sebagai agen pendebungaan dan penyebaran biji benih, biodiversiti juga memainkan peranan penting dalam menstabilkan iklim. Di mana tisu tumbuhan dan bahan organik lain dalam lingkungan ekosistem daratan dan laut bertindak sebagai gedung kepada karbon yang membantu memperlahankan pembangunan karbon dioksida dalam atmosfera dan ia secara automatik membantu menyumbang kepada kestabilan iklim. Ekosistem juga turut mempengaruhi keupayaan langsung ke atas bentuk cuaca persekitaran. Sebagai contoh, lembapan yang dibebaskan ke atmosfera melalui hutan hujan menyebabkan hujan ribut malar dan akan menghadkan kadar kehilangan air daripada sesuatu kawasan dan membantu mengawal suhu permukaan. Sementara itu, dalam iklim sejuk ekosistem hutan bertindak sebagai penebat dan tampan angin bagi membantu mengurangkan kesan suhu dingin. Biodiversiti bukan sahaja penting dalam proses menstabilkan iklim, malah ia juga memainkan peranan penting dalam mencegah dan mengurangkan kesan bencana alam. Hutan dan padang rumput misalnya sangat membantu dalam melindungi landskap daripada hakisan, kehilangan nutrien dan tanah runtuh melalui tindakan cengkaman akar. Bagi sesetengah ekosistem pantai seperti paya masin, paya bakau dan sebagainya sangat membantu dalam menghalang berlakunya hakisan pinggir pantai dan mengurangkan kesan bencana alam seperti tsunami.

Selain itu, biodiversiti juga memainkan peranan penting dalam penjanaan tanah dan pengekalan kualiti tanah. Fenomena ini berlaku melaui aktiviti mikrobiologi oleh spesies-spesies organisma seperti bakteria, alga, fungi, hama, mentibang dan cacing yang mana sangat penting dalam proses penghuraian tanah kepada bahan organik dan membebaskan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhan untuk hidup. Proses tersebut memainkan peranan mustahak dalam kitaran elemen seperti nitrogen, karbon dan fosforus antara organisma hidup dan bukan hidup dalam biosfera. Selain penting dalam proses penjanaan tanah, ia turut memainkan peranan dalam mengekalkan kualiti udara. Spesies tumbuhan bertindak membersih udara dan mengawal kandungan atmosfera, mengitar semula keperluan oksigen dan menapis partikel-partikel berbahaya yang terhasil daripada aktiviti-aktiviti industri. Bukan itu sahaja, malah biodiversiti juga penting dalam mengekalkan kualiti air. Ekosistem tanah lembap(kawasan paya) misalnya membantu menyerap dan mengitar semula nutrien-nutrien penting, merawat kumbahan dan membersihkan sisa tanah. Di dalam sistem muara pula, moluska (binatang berbadan lembut dan bercangkerang) membantu menyingkirkan nutrien daripada air bagi menghalang pengayaan melampau nutrien dan mengelakkan kehadiraan masalah seperti terjadinya eutrofikasi (proses peningkatan laju input bahan organik ke muara atau secara umumnya adalah proses penyuburan perairan secara berlebihan disebabkan oleh kemasukan bahan organik) daripada proses penyalinan baja. Pokok-pokok dan tanah hutan pula bertindak membersih air yang mengalir melalui ekosistem hutan. Dalam proses menghalang tanah daripada dihanyutkan, ekosistem hutan juga berperanan membantu menghalang pemendapan kelodak berbahaya ke sungai dan empangan yang wujud daripada hakisan dan tanah runtuh. Begitulah besarnya peranan biodiversiti dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar kita. Justeru itu, kewujudan biodiversiti jangka panjang adalah sangat perlu bagi memastikan keseimbangan dan kelestarian alam sekitar kita terus terpelihara. Kesedaran masyarakat mengenai peri pentingnya biodiversiti kepada pembangunan umah dan negara perlulah dipupuk dari masa ke semasa agar keselamatan biodiversiti kita terus terjamin. Selain itu, penambahbaikan ke atas pengurusan biodiversiti secara lestari perlu dilakukan bagi menjamin pengekalan khazanah tersebut untuk turut dinikmati oleh generasi akan datang. Oleh yang demikian, kita perlu mewujudkan satu garis panduan yang dapat melahirkan satu interaksi sihat

antara manusia, biodiversiti dan alam sekitar yang didiami agar khazanah yang sangat berharga ini akan terus terpelihara.

You might also like