• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 1
    CommentGo Back
Download
 
Abstrak Kerja rumah telah menjadi komponen penting dalam sistem persekolahan diMalaysia. Kerja rumah memainkan peranan yang penting untuk membantu pelajar supayalebih memahami pelajaran yang diajarkan di dalam kelas. Kerja rumah juga berperanan untuk meyumbangkan pencapaian yang tinggi terhadap sesuatu mata pelajaran. Kajian ini bertujuanuntuk mengkaji hubungan antara kerja rumah dengan pencapaian mata pelajaran Matematik,Bahasa Inggeris dan Sains dalam kalangan pelajar Tahun 6 di sekitar bandar Pontian. Kajianini menumpukan tiga faktor yang berkaitan dengan kerja rumah, iaitu peruntukan masa, jenis- jenis kerja rumah, dan cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah. Semua kelas Tahun 6akan dipilih sebagai sampel kajian. Alat kajian yang digunakan ialah borang soal selidik.Borang tersebut mengandungi soalan yang berkaitan dengan demografi pelajar, pencapaianmatapelajaran dan faktor peruntukan masa. Selain itu, terdapat soalan berkaitan dengan faktor  jenis kerja rumah dan faktor cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah pelajar. Keputusan peperiksaan akhir tahun dijadikan sebagai ukuran pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran yang dikaji. Analisis deskriptif (kekerapan dan peratusan) dan inferensi digunakandalam tatacara menganalisis data.
Pendahuluan1.1Pengenalan
Selaras dengan hasrat kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat yang majudan berdaya saing, pelbagai teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran telahdiusahakan perlaksanaannya di sekolah-sekolah dengan berorientasikan sains danteknologi (Rahim, 2007). Para pelajar didedahkan dengan pelbagai kaedah untuk menggalakkan mereka sentiasa berfikir dan mengurangkan hafalan semata-mata untuk menguasai ilmu yang dipelajari.Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang telah disebut, kerjarumah (
homework 
) juga merupakan aktiviti P&P yang telah lama di praktikkan yangharus diuji keberkesanannya. Kerja rumah yang diberikan mungkin disiapkan ketikamasa belajar peribadi, masa penggunaan perpustakaan, mahupun di kelas tambahan.Kerja rumah dapat disimpulkan sebagai aktiviti latihan yang mengukuhkantugasan harian (Syukri, 2006). Kerja rumah merupakan pembelajaran konstruktiv danmampu memotivasikan pelajar untuk menyiasat, meneroka atau mengkaji (Mok SoonSang, 2004). Dengan menguruskannya dengan baik serta sesuai dengan minat pelajar,kerja rumah boleh menjadi kunci kepada pembelajaran sepanjang hayat
(lifelong 
1
 
learning 
). Kerja rumah juga merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaranyang lebih berpusatkan pelajar iaitu pelajar harus bertanggungjawab terhadap tugasanyang diberikan kepada guru mereka.Lazimnya, kerja rumah yang diberikan oleh guru kepada pelajamenghubungkan secara terus pelajaran yang dipelajari di dalam kelas. Oleh itu, pelajar akan berpeluang untuk mengukuhkan pelajaran tersebut, terutamanya apabilaia melibatkan pembinaan konsep yang baru dipelajari. Dalam aspek yang lebihmeluas, kerja rumah menggambarkan pengetahuan dan kelangsungan pendidikan.Banyak negara yang mengamalkan falsafah timur sangat mempercayai bahawaseorang individu akan semakin maju apabila diberi tanggungjawab, dan sentiasa berhadapan dengan pengharapan yang tinggi. Setelah diperhatikan dengan teliti, penyelidik mendapati bahawa apabila harapan tinggi yang diberikan kepada pelajar, pencapaian yang tinggi akan terhasil. Kajian ini diharapkan dapat menilai bagaimanakah persepsi pelajar dan guru terhadap kerja rumah, dan melihat bagaimanakerja rumah dapat menjadi alat yang berkesan dalam sistem pendidikan di negara kita.
1.2Latar Belakang Masalah
Dewasa ini, corak kehidupan masyarakat kita telah menjadi semakin sibuk.Kita sering mendengar ibu bapa yang melahirkan kesangsian mereka terhadaptugasan harian ini. Masyarakat juga sentiasa menginginkan alasan yang munasabahdisebalik pemberian kerja rumah kepada pelajar. Corak kehidupan hari ini yangsentiasa dipenuhi dengan aktiviti keagamaan, sukan, muzik, permainan, hiburan sertakomitmen lain menyebabkan pelajar dan ibu bapa hanya mempunyai sedikit masa bersama keluarga. Begitu juga dengan masa yang diperuntukkan bagi menyiapkankerja rumah.Kerja rumah telah kerap menimbulkan percanggahan pendapat antara institusisekolah serta rumah berbanding aktiviti pengajaran yang lain. Ramai ibubapameluahkan perasaan yang kurang menyenangkan terhadap kerja rumah yangdiberikan, seperti kerja rumah yang terlalu panjang atau terlalu pendek, terlalu susahatau terlalu senang, mahupun terlalu kabur. Pihak guru pula bersungut keranakurangnya sokongan daripada ibubapa dan pentadbir, kurangnya latihan kemahiran,serta kurangnya masa untuk menyediakan kerja rumah yang efektif kepada para pelajar. Manakala pelajar pula merungut kerana banyak masa mereka terpaksa2
 
digunakan untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan guru sehinggakan merekatiada masa lapang untuk beristirehat dan beriadah.Rungutan sebegini bukanlah sesuatu yang baru dan mengejutkan, apabilamelihatkan kerja rumah seringkali dikaitkan dan dipengaruhi oleh banyak faktor  berbanding strategi arahan. Guru boleh menstruktur dan mengarah kerja rumah dalam banyak cara. Persekitaran rumah akan mempengaruhi proses manyiapkan kerja rumahdengan membina suasana yang kondusif mahupun menjadikan suasana yangmenghalang pelajar daripada belajar atau menyiapkan kerja rumah.
1.3
Penyataan Masalah
 Dalam era Wawasan 2020 yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri MalaysianKe-4, Tun Dr. Mahathir kira-kira 10 tahun yang lalu beliau telah menyatakan hasratuntuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berasaskan ekonomi yang berkembang pesat melalui pertubuhan pelbagai industri dan pembangunan untuk mencapai matlamat menjadikan rakyat Malaysia sebagai pengguna dan penyumbangkepada teknologi (Mahathir Mohamad 1991).Ini menjadi teras kepada sebuah negara yang maju. Untuk merealisasikanhasrat ini, masyarakat Malaysia perlu melahirkan lebih ramai ahli sains dan teknologi.Hasrat ini akan tercapai melalui pendidikan yang berkesan di peringkat sekolah.Pelajar perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan yang mencukupidan sesuai dengan peredaran masa.Masaalah yang sama juga dihadapi oleh murid-murid yang bakal mendudukiUPSR. Sebahagian daripada mereka beranggapan bahawa mata pelajaran Matematik,Bahasa Inggeris dan Sains mata pelajaran yang susah kerana mereka sukar untuk memahami dan menguasai satu-satu topik dengan jelas. Tambahan lagi, terdapatsebahagian guru yang memandang enteng dengan pemberian kerja rumah. Sebahagian pelajar yang diberi tugasan atau kerja rumah oleh guru untuk dibawa pulang tidak diselia tentang keadaan mereka serta tidak diambil kisah sejauh mana kerja rumahyang diberi dapat dilaksanakan dengan baik.Manakala ada pelajar yang diberi kerja rumah pula tidak memperuntukkanmasa yang sewajarnya dalam menyiapkannya. Kerja rumah yang diberi juga seringkali tidak ditentukan jenisnya sama ada sebagai latih tubi, persediaan mahupun pengembangan daripada apa yang dipelajari di sekolah. Pelajar memerlukan kerja3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

Sumber asal daripada AINUL HAKIMAH BINTI KARIM, UTM, SKUDAI. penyelia, Dr. Yoe Kee Jiar

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...