You are on page 1of 10

KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN

BPA31102

1.0 ABSTRAK Kepimpinan dan Penyeliaan adalah satu subjek yang penting dan perlu dititik beratkan dalam pembelajaran khususnya bagi menerangkan kaedah-kaedah tepat bagi mewujudkan semangat kepimpinan yang telus didalam organisasi-organisasi yamg terdapat di Malaysia. Subjek ini juga dapat mendorong sifat kempimpinan yang mungkin tersembunyi agar dapat diasah sehingga menjadi pemimping pada masa kelak. Selaras dengan wawasan kerajaan untuk melahirkan pelbagai pemimpin dari pelbagai aspek bagi memenuhi kehendak Negara maju yang bakal menjelang pada zaman 2020 nanti. Kepimpinan tidak sahaja dilihat dari segi fizikal sahaja malahan mental di mana pemimpin sanggup berdepan dengan bermacam-macam risiko bagi mencapai matlamat organisasi yang dipimpinnya. Bagi memenuhi syarat awam yang telah ditetapkan didalam rancangan pengajaran dan pembelajaran (RPP) bagi subjek Kepimpinan Dan Penyeliaan, kami dikehendaki menyiapkan tugasan individu iaitu dua orang dibawah pensyarah Dr. Seow Tae Wee. Tugasan yang diberi adalah Pilih seorang pemimpin seperti ahli politik, individu yang Berjaya dan ahli perniagaan. Bincangkan sifat-sifatnya dan bagaimana beliau membawa pengikutnya untuk mencapai visi, misi organisasi. Visi dan misi organisasi inilah nadi utama seorang pemimpin dimana beliau akan mengguna kan seluruh keupayaannya bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan bersama ahli-ahli organisasi yang lain.

KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN

BPA31102

2.0 Biorgrafi Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato Hussein Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato Hussein adalah perdana menteri Malaysia ke 2 dan mula memegang jawatan pada tahun 1970 . Beliau dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia . Allahyaraham Tun Abdul Razak memimpin Malaysia untuk tempoh yang agak pendek , iaitu sekitar 6 tahun sahaja . Namun begitu , semasa kepimpinan beliaulah kita dapati bermulanya Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1971 . Beliau meninggal akibat sakit luekemia pada 14 Januari 1976 sewaktu masih berkhidmat sebagai perdana menteri Malaysia. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato Hussein telah

dilahirkan pada 11hb Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan , Pahang Darul Makmur . Beliau dibesarkan di Kampung Jambu, Langgar, Pekan, Pahang Darul Makmur. Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jambu Langgar dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1934 dan merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Selepas menamatkan pengajian di Kolej Melayu Kuala Kangsar, beliau bertugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun1939, beliau diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya di Kolej Raffles, Singapura pada 1940. Pembelajarannya di kolej tersebut tergendala disebabkan tercetusnya Perang Dunia Kedua. Lantaran itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato Hussein telah menyertai Angkatan 136 (Force 136) yang merupakan gabungan askar yang dilatih oleh Pegawai British untuk mengambil semulaTanah Melayu daripada Jepun. Beliau menjawat jawatan sebagai kapten Pasukan Wataniah ketika Jepun menyerah . Pada tahun 1947, Allahyaraham Tun Abdul Razak dikurniakna biasiswa oleh Kerajaan Kolonial sebagai balasan jasa jasanya. Melalui biasiswa tersebut beliau telah melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di Britain. Pada tahun 1950, beliau menerima ijazah undang-undangnya daripada Lincoln's Inn di London dan menjadi seorang peguam yang berkaliber pada tahun 1950. Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan ahli Parti
2

KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN

BPA31102

Buruh British dan pemimpin pelajar Kesatuan 6 Melayu Great Britain yang terkenal. Beliau juga merupakan salah seorang "King Scolar". Selain itu, beliau telah menubuhkan Malayan Forum yang dipengaruhi oleh Parti Buruh British untuk memberi kesedaran politik kepada pelajar-pelajar Malaya. Beliau juga menganggotai Persatuan Fabian dan Malayan Students Union.

Sekembalinya ke Malaysia, Allahyaraham Tun Abdul Razak telah dilantik menggantikan bapanya yang telah meninggal dunia sebagai Orang Kaya Indera Syahbandar dan pada masa yang sama turut menyertai Perkhidmatan Awam Malaya. Allahyaraham Tun Abdul Razak juga mula bergiat aktif dalam bidang politik. Ini terbukti apabila pada tahun 1950, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Dua tahun kemudian, beliau berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan pada Februari1955, beliau telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Menteri Pahang. Beliau seterusnya dilantik menjadi Menteri Pendidikan selepas beliau memenangi pilihan raya umum negara yang pertama pada Julai 1955. Allahyaraham Tun Abdul Razak juga merupakan salah seorang ahli rombongan ke London bagi menuntut kemerdekaan daripada British pada Februari 1956. Selepas pilihanraya umum 1959, beliau menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di samping memikul tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan . Di kemuncak penglibatan politik beliau , Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato Hussein telah diberi kepercayaan untuk menjadi perdana menteri Malaysia ke- 2 dan mula memegang jawatan pada tahun 1970 sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir pada 14 Januari 1976 .

KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN

BPA31102

3.0 SIFAT SIFAT KEPIMPINAN ALLAHYARAHAM TUN ABDUL RAZAK 3.1 TIADANYA UNSUR ELITISM DALAM DIRI Dibesarkan di sebuah kawasan perkampungan kecil, Pulau Keladi, Pekan, Pahang bersama-sama anak penduduk kampung, akhirnya membentuk sahsiah keserdehanaan yang kuat dalam diri beliau. Malah, status 'anak bangsawan' tidak menghalang beliau bermain dan berkawan dengan anak miskin kampung. Apatah lagi, asas persekolahan Tun Abdul Razak bukanlah digilap di sebuah sekolah berstatus elit tetapi hanya di Kampung Jambu Langgar yang agak jauh dari rumah datuknya sehingga terpaksa berjalan kaki sejauh empat kilometer setiap hari. Melihat kesengsaraan dan kesempitan hidup rakan-rakannya, menyebabkan beliau turut sama tidak memakai kasut dan hanya berkaki ayam ke sekolah seperti mereka kerana tidak mahu adanya perbezaan miskin atau kaya.

"Percakapan, pakaian, pergaulan, pergi mengaji Al-Quran dan bermain sawah, langsung tiada penampakkan yang mewujudkan perbezaan di antara rakan-rakan sebayanya.

Walaupun selepas Allahyaraham Tun Abdul Razak melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak dan Raffles College, Singapura serta di Lincoln's Inn London , sikap kesederhanaannya masih kuat dan tidak berubah biarpun sudah bergaul dengan golongan elit. Melalui sifat keserdehanaan ini telah menyebabkan beliau tidak merasa kekok untuk bergaul dengan orang kampung apabila menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan kemudian terbabit dalam kancah politik . Pengalaman Tun ini berbeza dengan pemimpin lain kerana kebanyakan pemimpin ketika itu yang asal daripada golongan elit atau bangsawan membesar dengan ibu bapa, jadi unsur elitism itu sudah ada.
3.2 KEPRIHATINAN 'SCIENTIFIC FRAME OF MIND'

Pengalaman membesar di kampung, bukan sahaja membentuk sifat kesederhanaan dalam diri beliau malah mewujudkan sikap prihatin tatkala melihat kesukaran dan kesempitan hidup masyarakat kampung terutama orang Melayu. Tidak sekadar memandang atau
4

KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN

BPA31102

merenung tanpa melakukan apa-apa, Abdul Ghapa berkata pengalaman itu akhirnya mendorong Tun Abdul Razak komited mengubah kehidupan masyarakat luar bandar sekali gus bermatlamat memodenkan serta meningkatkan pendapatan mereka.

"Untuk membolehkan masyarakat luar bandar terbabit secara aktif dalam ekonomi moden, mereka mestilah dihubungkan dengan orang bandar melalui pembangunan infrastruktur. Bagi merealisasikan perkara ini, pemikiran orang kampung mesti diubah sehingga terbinanya 'scientific frame of mind'. Menurut Tun, kalau pemikiran orang kampung tidak diubah, apa pun program yang kerajaan laksanakan tidak akan berjaya. "Semasa tahun 60an bukan sahaja banyak projek pembangunan tetapi juga program berbentuk pentingnya kesedaran mengubah sikap telah digiatkan untuk mengubah cara-cara mereka berfikir, dan menurut Tun Razak, usaha mengintegrasikan sains ke dalam kebudayaan kita semestinya menjadi tugas dan tanggungjawab baru bagi orang Melayu," katanya.

Ini kerana Tun Abdul Razak berpendapat hanya menerusi pengintegrasian sains, orang Melayu dapat berubah menjadi "a new kind of economic man" dan mampu menyusun kegiatan ekonomi mereka secara besar-besaran dan berkesan. Kesungguhan dan keprihatinan Tun Abdul Razak membantu masyarakat kampung menjana pendapatan lebih baik dapat dilihat sebaik sahaja beliau menggalas jawatan sebagai Menteri Pelajaran dalam barisan kabinet pertama, yang ketika itu Perdana Menteri ialah Tunku Abdul Rahman Putra. Menurut Abdul Ghapa 1996 , Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak , yang diketahui umum ketika itu sebagai sebuah platform pengajian untuk golongan bangsawan dan elit, telah direformasikan oleh Tun Abdul Razak dengan membuka lembaran pintunya kepada orang Melayu bukan dari golongan itu untuk mendapat pendidikan di situ, bertujuan mengubah kehidupan mereka.

KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN

BPA31102

3.3 PEMIMPIN YANG BERJIWA RAKYAT

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein gemar melawat ke kampungkampung dan meninjau sendiri permasalahan yang rakyat alami. Allahyaraham Tun Abdul

Razak

Dato'

Hussein

berjaya

menghidupkan

semangat

bergotong-royong

dan

mengurangkan budaya kolonial di kalangan pentadbir Melayu. Dalam memupuk perpaduan antara kaum, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah melancarkan 'Rukunegara' pada 31 Ogos 1970. Rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang mengandungi hasrat murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang demokratik, adil, saksama, liberal dan progresif.

Di era kepimpinan beliau adalah era revolusi mental yang menampilkan falsafah budaya, sosial, politik dan ekonomi negara dirumus semulakan secara komprehensif dan pragmatik. Di bawah pentadbiran Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Malaysia melalui satu proses transformasi yang besar sehingga makna Kemerdekaan benar-benar dapat dirasai. Gelaran 'Bapa Pembangunan' memang bertepatan buatnya kerana Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Husseinlah yang bertanggungjawab meletakkan batu asas kepada pembangunan yang kita amati hari ini.

"Tun Abdul Razak berjuang untuk rakyat dengan turun ke padang dalam waktu banjir, ribut, hujan lebat yang membasahi dirinya, lecak, menyinsing seluar untuk bersama rakyat tidak mengira bangsa pun," tegas Dr. Mohd. Zainul Fithri merangkap Pengarah Institute of Leadership and Human Analysis Malaysia (ILHAM).

KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN

BPA31102

4.0 SUMBANGAN SUMBANGAN ALLAHYARAHAM TUN ABDUL RAZAK

Sumbangan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein yang paling penting adalah ke arah pembangunan Malaysia. Tujuan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Dengan itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang mencartakan pembangunan negara secara berperingkat melalui Rancangan-Rancangan Malaysia dari 1970 hingga 1990. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada 21 Jun 1970 adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi dengan menjadikan matlamat utamanya ialah untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan juga menghapuskan identifikasi kegiatan ekonomi berdasarkan kaum.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sedar masyarakat Melayu jauh ketinggalan dalam kemajuan sosio-ekonomi. Oleh itu Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berupaya meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui Rancangan Buku Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA. Rancangan-rancangan ini benar-benar membantu masyarakat Melayu memutuskan rantaian kemiskinan. Institiusi ini berperanan sebagai suatu badan yang membuka tanah dan mengagihkannya kepada rakyat untuk tujuan pembangunan. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein

menitikberatkan penambahan prasarana asas luar bandar serta mempertingkatkan produktiviti pertanian. Sebanyak tiga juta ekar padi , kelapa dan pelbagai tanaman lain diberikan kemudahan tali air manakala 800 000 ekar hutan telah dibuka untuk tujuan pembangunan . Program ini sehingga hari ini dikenali sebagai program reformasi tanah yang paling besar dan berjaya di dunia dan seterusnya menjadikan Malaysia pengeluar terbesar getah dan minyak kelapa sawit.

Daripada aspek sumbangan beliau terhadap pendidikan di negara dapat dilihat ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran , Tun Abdul Razak telah merombak sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Beliau melihat
7

KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN

BPA31102

sekolah sekolah Melayu serta sekolah sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diberi sebarang kelebihan . Oleh yang demikian beliau telah membentuk Dasar Pendidikan Kebangsaan yang mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran di pusat-pusat pendidikan. Dengan dasar yang berpandangan jauh ini,

keharmonian kaum telah dapat disemaikan di peringkat kanak-kanak. Dikira dari hari pertama Tun Abdul Razak memikul tugas sebagai Menteri Pelajaran, beliau telah membina sejumlah 3,000 buah sekolah, manakala tiga juta orang dewasa yang buta huruf telah dapat membaca dan menulis. Hasil usaha Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein melalui Penyata Razak 1956 , beliau berjaya menyatukan sistem pelajaran untuk membina satu bangsa yang bersatu padu dengan harapan tiada pertelingkahan antara kaum.

Selepas pilihan raya tahun 1969, satu perselisihan kaum telah tercetus di Kuala Lumpur, ditiupkan pula oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Keadaan darurat telah diisytiharkan dan sebuah badan dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan, dengan Tun Abdul Razak sebagai pengarahnya. Tun Abdul Razak

mengepalai MAGERAN selama 21 bulan. Di bawah pengurusan bijaksana Abdul Razak, ketenteraman dapat dipulihkan dan kedua-dua pihak bertelagah dapat berbaik semula dan bekerja bersama seperti sebelumnya. Pada September 1970, Tun Abdul Razak

mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kedua, selepas Tunku meletakkan jawatan dari kerajaan dan Parti Perikatan. Tun Abdul Razak menyambung usaha-usaha yang telah dimulakan oleh Tunku, mengisi Kemerdekaan yang baru dicapai dengan pelbagai projek pembangunan ekonomi dan sosial.

Sumbangan beliau daripada aspek perpaduan pula ialah , Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga telah bertanggungjawab melancarkan Rukun Negara pada 31Ogos 1970 . Rukun negara merupakan ideologi kebangsaan yang mengandungi hasrat murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang demokratik , adil , saksama

KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN

BPA31102

, liberal dan progresif. Melalui Rukun negara ini telah menyatupadukan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum supaya dapat bekerjasama serta mempunyai semangat

cintakan negara Malaysia yang tinggi dalam diri. Di peringkat antarabangsa pula Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein merupakan orang yang bertanggungjawab berunding dengan Indonesia untuk menamatkan konfrantasi yang dilancarkan oleh negara itu keatas Malaysaia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia ( PKI ) . Beliau juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963 . Allahyaraham juga telah mengadakan beberapa lawatan keamanan ke negara negara Asia , Eropah dan Amerika Syarikat . Lawatan lawatan ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan diplomatik antara negara bagi berkongsi pandangan untuk bersama meningkatkan ekonomi negara .

KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN

BPA31102

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dipelajari daripada sifat keperibadian dan kepimpinan Tun Abdul Razak Dato Hussein memberi kesan yang besar terhadap pembangunan Negara sehingga kini Impaknya masih jelas kearah Kemajuan yang bakal dikecapi jika sifat-sifat ini dipupuk di dalam setiap pemimpin di Malaysia. Sifat-sifat kepimpinan beliau yang utama adalah pemimpin berjiwa rakyat, tiada unsur elitism dalam diri, dan keperihatinan telah membawa beliau menjadi seorang pemimpin yang berjasa dan akan dikenang dan dicatit dalam sejarah Malaysia.

Berlandaskan mata pelajaran subjek Kepimpinan Dan Penyelian, kami dapati bahawa Tun Abdul Razak Dato Hussein banyak mengimplimenkan sifat-sifat nilai kepimpinan beliau ke atas kerjaya dan seterusnya Berjaya dalam mengaturkan organisasi iaitu UMNO. Menurut Lussia & Achua, 2004, kepimpinan bermaksud proses mempengaruhi ketua dan pengikut bergerak bagi mencapai sesuatu matlamat organisasi dan Tun Abdul Razak telah membuktikannya dengan kejayaan UMNO dalam beberapa pilihan raya. Sehingga kini legasi Tun Abdul Razak Dato Hussein diteruskan oleh anak beliau Dato Seri Najib Abdul Razak yang kini memangku ketua organisasi UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

10

You might also like