You are on page 1of 11

Disediakan oleh cikgu Wong Yick Yim CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN MATEMATIK TERHADAP TAJUK-TAJUK KRITIKAL DALAM KELAS

LEMAH MATHS TAHAP 2

STRATEGI : KONSTRUKTIVISM DIFINISI: Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan ikut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid.

TAJUK : NILAI TEMPAT SEHINGGA 5 DIGIT AKTIVITI: BERMAIN DENGAN KAD NOMBOR. OBJEKTIF: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran , murid-murid boleh: a) menghasilkan satu nombor dengan menggunakan kad-kad nombor yang diedarkan oleh guru. b) menentukan dengan sendiri nilai tempat atau nilai digit dengan menggunakan kad-kad nombor. c) menjawab soalan-soalan yang ditanyakan dalam jadual nilai tempat atau nilai digit. PENGETAHUAN SEDIA ADA: Murid-murid telah mempelajari cara menulis nombor dalam perkataan dan membaca nombor. BAHAN-BAHAN : a) kad-kad nombor 0 hingga 9 b) jadual nilai tempat dan nilai digit. CADANGAN AKTIVIT KONSTRUTIVISM: 1) Murid-murid dibahagikan lima orang sekumpulan. 2) Murid-murid diedarkan lima kad nombor 3) Murid-murid diminta membentukan satu nombor lima digit . 4) Setiap kumpulan menyebutkan nombor yang dibentuk oleh mereka. 1

Disediakan oleh cikgu Wong Yick Yim 5) Kemudian satu jadual nilai tempat diedarkan ke setiap kumpulan. 6) Setiap kumpulan perlulah menyenaraikan nombor yang dibentukan kedalam jadual nilai tempat dengan menyenaraikan setiap digit kedalam nilai tempat yang betul. 7) Akhirnya setiap kumpulan akan membentangkan jawapan mereka di depan kelas. 8) Aktiviti ini diteruskan dengan pembentukkan nombor lain. CONTOH : KAD NOMBOR DAN JADUAL NILAI TEMPAT YANG DIBERIKAN KEPADA KUMPULAN 1

4
Nombor yang dibentuk

6
Ten thousands Puluh ribu

7
Thousands Ribu

0
Hundreds Ratus

3
Tens Puluh Ones Sa

Guru boleh menggunakan slide ppt yang disediakan untuk membantu dalam pengajaran dalam kelas. Kebaikan aktiviti ini: Murid-murid dapat memahami soalan berkaitan dengan digit dan nilai tempat contohnya: a) Nyatakan digit yang mewakili nilai tempat ribu bagi nombor dibawah

690 482

Disediakan oleh cikgu Wong Yick Yim STRATEGI : INKUIRI PENEMUAN DIFINISi: Prinsip asas model ini ialah murid bekerja sendiri untuk menemu pengetahuan baru dalam suasana pengajaran pembelajaran yang menekankan penyoalan. Model ini melibatkan penaakulan induktif di mana murid mengkaji hubungan, saling kaitan serta pola dan seterusnya membuat kesimpulan. TAJUK : UKURAN PANJANG ( M, CM DAN MM) AKTIVITI : MARI MENCARI RUMUS OBJEKTIF: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran , murid-murid dapat : a) menulis ukuran dalam unit m , cm dan mm b) mengaitkan hubungan ukuran m, cm dan mm PENGETAHUAN SEDIA ADA: Murid-murid telah mengetahui cara membaca ukuran pada pembaris. Bahan-bahan : a) pembaris dalam unit cm dan mm b) pita pengukur dalam unit m CADANGAN AKTIVITI INKUIRI PENEMUAN: a) Murid-murid dibahagika dalam kumpulan. b) setiap kumpulan diedarkan sebatang pembaris unit cm dan mm c) setiap kumpulan juga diedarkan sekeping kertas putih. d) murid-murid dibenarkan melukiskan satu garisan lurus dengan menggunakan pembaris. e) murid-murid perlu catatkan ukuran garis lurus yang dilukiskan dalam unit cm. f) Kemudian garisan lurus yang dicatatkan dalam cm di rekodkan. g) Kemudian murid-murid diminta gunakan garisan yang sama itu , kali ini diukurkan dengan menggunakan unit mm pada pembaris yang sama, rekodkan ditepi jawapan cm tadi. h) murid-murid disuruh buat lagi satu garisan lurus yang lain panjangnya. i) ulangi proses e,f dan g.

Disediakan oleh cikgu Wong Yick Yim j) Setiap kumpulan buat kesimpulan sendiri.( kalau salah , kumpulan lain boleh betulkan dan guru sebagai fasilitator sahaja) K) Setiap kumpulan diminta lukis satu garisan panjang di papan putih. l) Garisan itu diukur dengan pita pengukur dalam unit cm , dan rekodkan. contoh jawapan salah satu kumpulan:

Contoh pembaris yang diedarkan kepada kumpulan

Murid-murid diminta lukiskan satu garisan lurus .

Murid-murid mengukur garisan itu dengan unit cm dan rekodkan

Rekod murid = 2. 3cm Murid-murid diminta ukur garisan tadi dengan mm dan rekodkan Rekod murid = 23 mm

Disediakan oleh cikgu Wong Yick Yim

Kesimpulan murid= 2.3 cm = 23mm

Setiap kumpulan cuba melukiskan satu garisan satu meter pada papan putih. Dijangka bahawa banyak garisan yang berlainan panjang yang dibuat oleh setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan mengukur garisan panjang dengan menggunakan pita pengukur dalam unit cm.

Guru akan bertindak sebagai pemeriksa jawapan yang betul. Guru akan membulatkan jawapan yang hampir dengan 1 Meter. Contohnya jawapan: 45 cm 67cm 23cm 89 cm 180 cm 110 cm

Murid-murid diminta buat kesimpulan terhadap jawapan yang dibulatkan. Jawapan : 1 Meter ialah diantara 89 cm hingga 110 cm Kemudian guru mengedarkan sebatang pembaris panjang 1 meter kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan diminta mengukur dalam unit cm Setiap kumpulan diminta buat satu kesimpulan tentang pembaris panjang itu. Kalau boleh guru membimbing kumpulan dapat jawapan bahawa 1 m = 100 cm Pada akhir aktiviti ini , guru catatkan jawapan / rumus yang didapati dalam aktiviti ini : 1m = 100cm 1cm= 10mm Kebaikan aktiviti ini : Murid-murid boleh membuat kajian sendiri dan berfikir sendiri tentang aktiviti yang dibuat tadi Guru hanya sebagai pemerhatian dan kalau diperlukan barulah bertindak sebagai pemberi maklumat. 5

Murid-murid buat kesimpulan tentang aktiviti tadi

Disediakan oleh cikgu Wong Yick Yim STRATEGI : PENYELESAIAN MASALAH DIFINISi:
Proses terancang yang memerlukan kemahiran berfikir untuk mencapai matlamat yang dikehendaki .. menggunakan pengetahuan & pengalaman. Menurut Krulik dan Rudnick (1989), penyelesaian masalah adalah merupakan satu proses yang kompleks dan sukar dipelajari. Ianya mengandungi satu siri tugasan dan proses pemikiran yang berkait rapat untuk membentuk satu set corak pemikiran heuristik. Ianya merupakan satu keadaan dimana pelajar mesti melaluinya untuk menyelesaikan masalah dalam matematik. Heuristik ialah satu kaedah umum yang mana dapat diapliksikan kepada semua jenis masalah.

TAJUK : PENAMBAHAN NILAI WANG SEHINGGA RM 10 000. AKTIVITI : MARI MEMBELANJA OBJEKTIF: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran , murid-murid dapat : a) membeli barangan yang diperlukan dengan jumlah wang yang ditetapkan b) menetapkan nilai wang pembelian dan tidak melebihi nilai RM 10 000. PENGETAHUAN SEDIA ADA: Murid-murid telah membelajari penambahan dalam nilai wang sehingga RM 10 000. BAHAN-BAHAN: Gambar alatan / barangan yang didownload oleh ahli kumpulan . Kad manila 2 keping Marker pen 1 batang CARA BERMAIN. a) murid-murid dibentuk dalam kumpulan ( 2 orang sekumpulan) b) setiap kumpulan menyediakan gambar alatan/ barangan yang didownload dari internet. c) setiap kumpulan melekatkan gambar itu di dalam kad manila yang diedarkan oleh guru. d) setiap kumpulan akan melukiskan jadual pembelian dalam sekeping kad manila yang lain. e) setiap kumpulan perlulah memikirkan / menetapkan barangan yang dibeli tidak melebihi nilai RM 10 000 yang ditetapkan oleh guru. 6

Disediakan oleh cikgu Wong Yick Yim f) akhir aktiviti, setiap kumpulan akan membentangkan hasil mereka. Contoh gambar yang didownload oleh setiap kumpulan :

RM 1899

RM 2390

RM 2990

RM 1790

RM 230

RM 250

Disediakan oleh cikgu Wong Yick Yim CONTOH JADUAL PEMBELIAN YANG DIBUAT OLEH KUMPULAN BARANGAN HARGA SEUNIT ( RM) 1899 QUANTITI HARGA ( RM) 3798

Televisyen

Mesin cuci

2990

2990

kasut

250

10

2500

jumlah

9288

Baki wang

712

KEBAIKAN AKTIVITI INI a) murid dapat melatih diri menyelesaikan sebarang masalah dengan memikirkan cara yang sesuai untuk mencapai arahan dan tidak melanggar arahan yang diberikan iaitu murid memikirkan barangan manakah yang lebih sesuai boleh dibeli dan bilangannya supaya tidak melebih hadnya. b) murid dapat membelajari sikap berjimat cermat terhadap pembelian mereka.

Disediakan oleh cikgu Wong Yick Yim


STRATEGI : MEMBUAT KEPUTUSAN DIFINISi:

Proses mental yang memerlukan seseorang berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat pemilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan altenatif setelah dipertimbangkan dengan teliti
TAJUK : PENAMBAHAN PECAHAN YANG PENYEBUT TIDAK SAMA TIDAK LEBIH DARIPADA 10 AKTIVITI : MANA SATU IBU SAYA? OBJEKTIF: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran , murid-murid dapat :

a) melengkapkan pecahan tidak sama penyebut dengan betul. b) menambah dengan penyebut yang ditetapkan dan menambah dengan betul. c) menerangkan cara betul untuk mencari penyebut yang sama.
PENGETAHUAN SEDIA ADA:

Murid-murid telah mempelajari penambahan pecahan yang penyebut sama dan tidak lebih daripada 10.
BAHAN-BAHAN:

Kad nombor, kad manila, gam / double tape , marker pen.


CARA BERMAIN:

a) murid-murid dibahagikan dalam 3 orang sekumpulan. b) setiap kumpulan diberikan bahan-bahan ( rujuk di atas) dan sekeping manila kad yang dicatatkan satu soalan penambahan pecahan. (semua kumpulan tidak sama soalannya) c) ahli setiap kumpulan akan mula membincangkan soalan dan menetapkan/membuat keputusan mana satu ibu( penyebut) pecahan yang sesuai. d) mencatatkan dalam kad manila yang diedarkan. e) bentangkan depan kelas. f) guru sebagai fasilitator dan pemerhati yang cekap.

Disediakan oleh cikgu Wong Yick Yim


Contoh kad manila yang diedarkan pada salah satu kumpulan.

Setiap kumpulan diedarkan sekeping kad manila yang telah dicatatkan soalannya:

4 1 + = 5 10

kemudian kad nombor dibawah diedarkan kepada setiap kumpulan.

10

Ahli kumpulan perlu bincangkan mana satu penyebut( ibu ) yang sesuai Kemudian ahli kumpulan memulakan menyelesaikan soalan yang diberikan dengan penyebut yang dipilih. Contoh jawapan murid

4x2 1 x1 + = 5x2 10 x 1 8 1 9 + = 10 10 10
10

Disediakan oleh cikgu Wong Yick Yim Ahli kumpulan perlu membentangkan jawapan dengan memberikan alasan kenapa memilih 10 sebagai penyebut tetapi bukan yang lain.

KEBAIKAN AKTIVITI INI

Dalam aktiviti ini, murid-murid dapat berbincang dan membuat satu keputusan yang jitu dan dapat menyelesaikan secara tepat dengan keputusan yang dibuat. Dalam pembentangan, setiap kumpulan perlu membentangkan bahawa kenapa keputusan itu dibuat dan bukan yang lain, ini juga guru dapat mengetahui setakat mana murid memahami topik ini dan juga perhatian murid dalam kelas.

11

You might also like