KONSEP TAMADUN ISLAM
2.1.1
Pengertian Tamadun dan Tamadun Islam
Pengertian tamadun dan tamadun islam mempunyai perkaitan daripada aspek bahasa danistilah. Pengertian tamadun atau peradaban secara keseluruhannya dapat dilihat melalui sudut bahasa Arab,sudut epistemology bahasa Inggeris dan Latin. Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks tamadun. Antara istilah-istilah tersebut ialah
madaniah,tamadun,
dan
hadarah
. Ibn Khaldun,seorang sarjana Islam yang unggul dalam bidang ilmu kemasyarakatan Islam dalam karyanya
Muqaddimah
telah menggunakan istilah
umran
.
Umran
digunakan dalam kajian tentang bandar-bandar atau ibu kota yangmemiliki kawasan tanah yang didiami dan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang subur dan maju.Selain itu, Ibn Khaldun juga menggunakan istilah
hadarah
sebagai berlawanan dengan istilah
badi
atau
badiah.
Hadarah ialah satu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan. Dalam penggunaan bahasa Arabmoden masa kini, perkataan
tamadun
bererti memiliki ciri-ciri hidup bandar, dan kota-kota dipanggil
mudun
yang memiliki cirri-ciri tamadun.
D
ari sudut epistemology, istilah
civilization
dalam bahasa Inggeris berhubung kait dengan kemajuan dalamkehidupan manusia yang membentuk peradaban dan tamadun. Ini menunjukkan, bahawa istilah
civilization
yang dimaksudkan sebagai tamadun manusiawi lebih merujuk kepada kemajuan jati diri manusia di dalammembangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya diperingkat negara .
Selain daripada definisi di atas, terdapat di kalangan sarjana Islam yang memberikan definisi berhubungdengan tamadun Islam. Di antara sarjana tersebut ialah Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Beliau telahmemberikan takrif tamadun Islam sebagai “ keadaan kehidupan insane bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya”. Tamadun Islam bersumberkan wahyu iaitu al-Quran dan al-Hadis (al-Sunnah) dan tamadun ini didirikan olehmasyarakat yang digelar dan menggelarkan diri mereka sebagai Muslim. Ini bermakna, tamadun Islam tidak didirikan atas peranan atau kepentingan sesuatu bangsa, budaya atau bersifat kebangsaan semata-mata.Tamadun Islam didirikan dan didukung sama ada oleh bangsa Arab, Turki, Parsi, India, Sepanyol, Melayu dansebagainya yang dianggap saling melengkapi atau dikenali sebagai
kesatuan ummah
dan berpegang kepadaunsur penyatuan iaitu konsep
tauhid.
Leave a Comment
plz la...aku nk download..
waduh..nape xleh downlod ekh? ilmu itu untuk disebarkan bkn dsimpan..
adoiiii kedekut je xelok je cmnie bnde baek cmnie pn kdekut pe laaa publisher nie .............
asal x leh dnlowd ha?bru nak crik link utuk subjek
saya pn xtahu kenape xblh dnld
nape xleh dnlowd ni....
saye pon nak...kongsi ilmu,bsa phala....=)
sy ingin mendapatkan kebenaran nak download utk kegunaan pelajaran sy