• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 1
    CommentGo Back
Download
 
Hegemoni dan Ketuanan Melayu Dalam Politik MalaysiaIsu hegemoni dan ketuanan Melayu dalam politik negara bukanlah satu perkara baru dalamkancah politik negara. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yangmengiktiraf hak keistimewaan serta kepentingan kaum Melayu dalam negara jelas menunjukkan penguasaan politik orang Melayu. Di mana perkara-perkara seperti hak orang Melayu sertakedaulatan Raja-Raja Melayu, peranan Bahasa Melayu serta status agama Islam diberi jaminandalam perlembagaan. Kaum bukan Melayu pada dasarnya terpaksa menerima perkara-perkaratersebut sebagai ganti bagi mendapatkan hak kerakyatan.Ini seterusnya membawa kepada satu perjanjian secara tidak rasmi di kalangan pemimpin Melayu dengan pemimpin bukan Melayu. Di mana orang melayu yang mengorbankanhak kerakyatan mereka kepada orang bukan Melayu akan diperakui secara bumiputera yang akanmendapat beberapa keistimewaan dalam perlembagaan. Ia seterusnya membawa kepada satukontrak sosial yang dilihat saling melengkapi perlembagaan negara dan dilihat sebagai bentengkepada ketuanan Melayu. Di mana ia meletakkan kaum lain di satu kelas yang lebih rendahdaripada orang Melayu dan bercanggah dengan perlembagaan negara yang menekankan persamaan hak bagi semua warganegara tanpa diskriminasi terhadap mana-mana bangsamahupun agama. Malahan konsep ketuanan Melayu dilihat sebagai satu elemen yang berunsur negatif yang melemahkan orang Melayu dan ia bersifat perkauman. Di mana menurut Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri ia mencerminkan orang Melayu hanyamahu menjadi ‘tuan’ tanpa mahu berusaha dan bertanggungjawab kepada diri sendiri ( UtusanMalaysia, 4 November. 2008 ). Ini jelas memberi satu gambaran negatif kepada orang Melayuyang dianggap hanya mahu hak-hak tertentu dan penghormatan serta pengiktirafan tetapi tidak mahu berusaha. Pada masa yang sama mereka tidak mampu membuktikan kemampuan diri sertamengelak daripada persaingan secara global dan terus bergantung kepada kerajaan.Hegemoni orang Melayu menjadi semakin ketara sejurus peristiwa 13 Mei 1969 yangmenyaksikan penstrukturan semula politik negara. Perubahan pucuk kepimpinan dari TunkuAbdul Rahman kepada Tun Abdul Razak menyaksikan berakhirnya Perikatan dan bermulanya penguasaan orang Melayu ( Vasil, 1980. 187 ). Parti Perikatan yang dipelopori oleh UMNOmengambil kesempatan dari rusuhan kaum yang tercetus untuk menggantung parlimen sertamenangguh pilihan raya yang belum selesai. Negara diletakkan dibawah kawalan MAGERAN
1
 
yang diketuai oleh Tun Abdul Razak telah merombak asas-asas politik negara dengan memberi penekanan terhadap aspak-aspek yang berkaitan kedudukan orang Melayu, kedaulatan Raja-RajaMelayu, kedudukan agama Islam serta Bahasa Melayu. Di mana melalui pindaan perlembagaantersebut, ia menjadi satu kesalahan dalam menyoal perkara-perkara tersebut. Pada masa yangsama, pindaan turut dilaksanakan ke atas Akta Hasutan dengan meminda Perkara 63 dan 72dalam Perlembagaan Rang Undang-Undang yang menghapuskan perlindungan ke atas ahli parlimen dan dewan undangan negeri dalam membicarakan isu-isu tersebut dalam dewan ( Nik Abdul Rahsid, 1998. 17). Pada masa yang sama penambahan anggota dalam Perikatan dengankemasukan parti-parti seperti Gerakan dan PPP ternyata menjejaskan peranan dan kekuatanMCA dan MIC. Ia seolah-olah satu hukuman kepada kedua-dua parti tersebut yang gagalmencapai keputusan yang memberansangkan dalam Pilihan Raya 1969. Di samping itu, penyertaan PAS dalam Barisan Nasional turut memperkukuhkan kuasa serta politik Melayu sertamemberi amaran kepada kaum bukan Melayu untuk tidak mencabar kuasa serta ketuananMelayu.Syed Hussein Alatas dalam mengulas peristiwa 13 Mei mendakwa Perikatan telahmengeksploitasi kekacauan yang tercetus untuk menekan pembangkang dan menguatkancengkaman politiknya ( Syed Hussein Alatas. 1972, 271 ). Ia jelas dalam kenyataan Tun Dr.Ismail, Menteri dalam negeri yang mengatakan bahawa ‘amalan demokrasi telah pun berkubur dalam negeri ini dan ia musnah di tangan pembangkang lantaran itu memandangkan demokrasitidak mampu mengawal kekacauan yang tercetus maka kerajaan terpaksa mengambil alih kuasauntuk memulihkan situasi’ ( Kua. 2007, 105 ). Kelesuan amalan demokrasi negara pada ketikaitu amat ketara apabila sebaranag aktiviti politik diharamkan dan penggunaan kuasa tentera serta penyalahgunaan Ordinan Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) bagi mengawal kritikan pembangkang serta menakut-nakutkan rakyat jelata. Seramai 9,114 orang telah ditahan dari 13Mei sehingga 31 Julai dan 5,561 telah didakwa di mahkamah ( Leon Comber. 1983, 71 ). Antara pemimpin pembangkang yang ditahan termasuklah Lim Kit Siang yang menyifatkan penahanannya sebagai sebahagian daripada reaksi anti demokratik yang bertentangan dengankeputusan rakyat jelata ( DAP. 1981, 33 ).
2
 
Kebebasan media massa turut terjejas apabila kawalan yang ketat diperkenalkan dan majalah-majalah asing seperti Far Easter Economic Review, Time dan Newsweek diharamkan ( John.Funston. 1980, 213 ).Kua Kia Soong ( 2007 ) dalam penulisan 13 May mendakwa tragedi 13 Mei 1969merupakan satu konspirasi terancang di kalangan pemimpin elit dalam UMNO yang bertujuanuntuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman. Beliau turut persoalkan tindak-tanduk pasukankeselamatan dalam mengawal situasi semasa rusuhan dan masa yang diambil bagi menghentikankeganasan di mana kebanyakkan mangsa terdiri daripada kaum Cina ( Kua. 2007, 109 ).Lantaran itu, peristiwa 13 Mei 1969 yang menyaksikan penstrukturan semula parti Perikatan dan pengenalan kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB ) dilihat sebagai titik tolak kepada hegemoni politik Melayu di Malaysia. Sia Keng Yek (1997 ) dalam penyelidikannya ‘Hua Tuan danPerkembangan Politik Malaysia: Satu Kajian Tentang Asal Usul Perkembangan Gagasan DuaBarisan (1969-1995)’ telah membicarakan peranan pertubuhan Cina dalam perjuangkan sertamelindungi kepentingan komuniti Tiong Hua yang terjejas selepas rombakan dalam kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak. Di mana ketidak puasan hati masyarakat Cina telah mendorongkepada pembentukan National Civil Right Committee yang menjadi penggerak kepada pembentukan barisan pembangkang yang berjaya membentuk barisan alternatif kepada Barisan Nasional. Ia telah menyaksikan penglibatan pemimpin-pemimpin dalam pertubuhan Cina sepertiKua Kia Soong, Lim Fong Seng, Lee Ban Chen, Wu Wei Xiang, Yang Pei Keng dan Ngeow Yin Ngee menyertai DAP.Polemik hegemoni serta ketuanan Melayu menjadi semakin menarik selepas Tsunami 8Mac 2008 yang menyaksikan lima negeri jatuh ke tangan pembangkang dan Barisan Nasional buat julung-julung kali gagal mendapat majoriti 2/3 dalam parlimen. Kee Thuan Chye ( 2008 )dalam bukunya March 8 The Day Malaysia Woke Up berpendapat bahawa 8 Mac 2008merupakan titik tolak kepada perubahan drastik dalam politik negara. Di mana para pengundi berjaya keluar dari bayangan perkauman dalam usaha mewujudkan satu negara yang lebih baik.Ia jelas satu tamparan hebat kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional yang dilihat gagalmerealisasikan janji-janjinya serta acap kali mengecewakan rakyat dengan tindak-tanduknyayang tidak popular. Kegagalan kerajaan bertindak dengan bijak semasa berhadapan dengan isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat majmuk serta ketelusan dan kecekapan dalam
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

i like this...can i download?

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...