Kembalikan Pengajaran Sains dan Matematik dalamBahasa Melayu
Oleh Dr. Kamarudin Musa, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, UniversitiPendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. Diterbitkan di
UPSI pada 7 November 2008.
PENGGUNAAN bahasa Inggeris dalam pengajaran danpembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) perludiberhentikan segera. Hal ini demikian kerana tidak ada alasanyang konkrit dan jitu bagi meneruskan pelaksanaan PPSMI.
Harus diingat bahawa pelaksanaan PPSMI pada tahun 2002,dilaksanakan tanpa perancangan dan kajian yang teliti. SebaliknyaPPSMI muncul hasil daripada hasrat dan kehendak pemimpintertentu pada hal tidak ada alasan kukuh bagi memaksa pelaksanaanPPSMI pada waktu itu.Ini adalah kehendak orang politik tertentu semata-mata. Oleh sebabitu, maka apa perlunya sehingga kini kita masih lagi berdolak-dalikdalam hal PPSMI ini. Kita memberi pelbagai alasan semata-matabagi mengesahkan pelaksanaan dasar yang sememangnyabercelaru dan tidak utuh sifatnya.Akibat yang nyata daripada pelaksanaan PPSMI inisudah memperlihatkan dengan jelas akan keruntuhan integriti dalamkalangan pencetus dan penyokongnya, serta bangsa Melayuseluruhnya.Integriti dalam konteks patuh dan akur terhadap apayang dilembagakan dan dipersetujui bersama sebagai satu kontraksosial.Pelaksanaan PPSMI, jelas sekali memperlihatkan sikap yang tidakberetika dalam kalangan pencetus, perencana dan penyokongnyaapabila dengan jelas mencabuli peruntukan 152 dalamPerlembagaan, Akta Pendidikan 1996, Akta Bahasa Kebangsaan1967 dan Rukun Negara.Kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai BahasaKebangsaan diperjelas dengan nyata dalam kesemua akta berkaitan.
Add a Comment