PROTOKOL DALAM PENGURUSAN MAJLIS
PENDAHULUAN
Aspek protocol dalam pengurusan pelbagai majlis rasmi atau formal akan meliputi perkara-perkara berikut:1.Jawatankuasa2.Tempat Majlis3.Penyediaan Senarai Jemputan4.Aturcara Majlis5.Kesesuaian Pakaian Dalam Majlis6.Penulisan Dan Pengedaran Kad Jemputan7.Pemilihan Menu8.Susunan Keutamaan9.Panggilan Hormat10.Susunan Tempat Duduk 11.Pengacaraan Majlis Formal12.Penyediaan Aturcara Pentadbiran13.Peranan Penyambut Tetamu14.Raptai15.Nilai-Nilai Islam16.Post-Mortem1.
JAWATANKUASA
Dalam perlaksanaan sesuatu majlis, jawatankuasa adalah penting. Jawatankuasa yangdimaksudkan di sini bukanlah jawatankuasa yang ditubuhkan khas untuk sesuatu majlis atau jawatankuasa yang ditubuhkan secara `adhoc’, tetapi satu jawatankuasa tetap yang mempunyaiahli yang terhad bilangannya dan mempunyai tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan. Di peringkat persekutuan, semua majlis rasmi kerajaan dikelolakan oleh sebuah jawatankuasa yangdikenali sebagai Jawatankuasa Majlis Rasmi atau `
Official Functions Committee’.
Jawatankuasaini mempunyai ahli-ahli seperti berikut:
Pengerusi
-Timbalan Ketua Setiausaha Kanan,Jabatan Perdana Menteri.
Timbalan Pengerusi
-Ketua Protokol, Kementerian Luar Negeri
Setiausaha
-Setiausaha Bahagian Istiadat,Jabatan Perdana Menteri.
Ahli-Ahli
-i)Setiausaha Bahagian Pentadbiran dan Kewangan,Jabatan Perdana Menteri.ii)Pengarah Belanjawan, Kementerian Kewangan.iii)Pengarah Jabatan Kerja Raya, Wilayah Persekutuan.iv)Ketua Pengarah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.v)Pengarah Pengurusan,Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman.vi)Ketua Staff Jawatan Anggota, Kementerian Pertahanan.vii)Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Penerangan.Bahagian Istiadat di Jabatan Perdana Menteri menjadi urusetia kepada Jawatankuasa ini. Bagimelicinkan pelaksanaan perjalanan sesuatu majlis di peringkat agensi maka adalah perlu setiapagensi mempunyai satu jawatankuasa majlis rasmi yang tetap yang akan merancang dan