Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat.Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalammangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allahsembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi.Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalahamalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.
16. KHASIAT DAUN JAMBU BATU
Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dancitir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya).Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambubiasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakitperut anda akan hilang dengan sendirinya.
17. CARA CUCI BARANGAN PERAK
Campurkan perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan cucikanbarangan perak anda. Hasilnya ia lebih berkilat.
18. HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN
Biasanya selepas anda menikmati buah durian, mulut atau sendawa anda akanberbau. Dan pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual, pening ataumabuk.Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkansedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah semuanya beres.
19. UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR
Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubatgigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.
20. MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU
Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkansedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab.Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekatpada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.
21. ARANG KAYU PERAPI RAMBUT
Percayakah kayu arang dari batang getah boleh menghitam dan mengilatkan rambut.Caranya, keringkan arang itu beberapa hari kemudian tumbuk sehingga lumat.Selepas itu, campurkan dengan minyak kelapa. Lumurkan ramuan itu pada rambutsetiap hari dan cucilah. Lakukan sekerap yang boleh.
22. PENAWAR BISUL/KUDIS
Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar,kemudian baru digiling dengan tujuhbiji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudiancalitkan sedkit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementarauntuk menghilangkan bengkak bisul dan bissanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh menawarkan sakit beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus antara 30 helaipucuk daun jambu batudengan dua gelas air. Campurkan secamca garam. Bilamendidih, biarkan ianya suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan.
23. CARA HILANGKAN GRIS
Ditaip dan diedit semula oleh NARDIR B LATIR
3
Leave a Comment
then..pe petua untk hilangkan parut lama kt kaki???n petua untk cantk kan kulit muka?
pe petua cara nak hilangkan jerawat n kesan jerawat ngan berkesan??
diari ibu hanil bahagian 2 tiada ye?