• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
 
Komputer
Komputer
ialah sebarang peralatan, mesin atau alat yang digunakan untumemproses maklumat, berpandukan kepada prosedur/arahan yang ditetapkan.
 
Mukadimah
Seseorang pemilik komputer peribadi perlu mengenali komponen-komponenkomputernya yang berlainan. Pengetahuan mengenai nama, bentuk fizikal serta fungsikomponen-komponenkomputer peribadiakan membantu seseorang apabila dia berhadapan dengan masalah atau ketika menggunakan komputer peribadi yang lain.Pengetahuan ini juga akan menjadikan seseorang itu lebih yakin apabilamenggunakan komputer multimedia, apatah lagi sekiranya komputer itu bukanlahyang sering digunakan olehnya sebelum ini, lebih khas lag,i bagi guru-guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.Pada asalnya, perkataan
komputer
bermaksud pengira. Pengira bertugas untuk melakukan pengiraan matematik sama ada dengan bantuan alat mekanik atau tidak.Seterusnya, hasil kiraan dialihkan ke mesin. Pada asalnya, tugas "komputer" hanyalahkhusus kepada penyelesaianmatematik , tapi komputer moden digunakan untuk  pelbagai tugas lain yang tidak berkaitan dengan matematik.
 
Definisi
Takrif asal "komputer", seperti yang disebut di atas, hanya merangkumi peralatankhusus yang boleh mengira satu fungsi atau berbilang fungsi yang terhad. Sekiranyamengambil kira komputer moden, salah satu ciri yang membezakannya dengankomputer awal ialah: sekiranya dimasukkan dengan perisian-perisian yang sesuai,komputer moden berkemampuan untuk meniru sebarang pengiraan. Namunkemampuan ini dibatasi oleh pemuatan storan,ingatan capaian rawak (RAM) sertakelajuan pemprosesan. Dalam erti kata lain, kemampuan ini boleh digunakan sebagaiujian untuk membezakan komputer "serba-guna" dengan komputer awal yang hanyakhusus untuk tugas tertentu. Komputer juga boleh ditakrifkan sebagai satu sistemyang mengendalikan simbol-simbol elektronik dengan pantas dan tepat dan direkakhas untuk menerima, memproses, menyimpan dan mengeluarkan hasil keluaran.
Penggunaan komputer
Pada awalnya, komputer digit elektronik, dengan saiz dan kosnya yang besar, hanyadigunakan untuk pengiraan saintifik, selalunya untuk tujuan ketenteraan, contohnyaENIAC.
Komputer terbenam
Dalam masa 20 tahun ini, kebanyakan peralatan rumah, sepertikonsol permainanvideosehinggatelefon bimbit, perakam kaset video(VCR),PDA, dan banyak lagi;  jentera industri, kenderaan, dan alat elektronik lain; kesemuanya mengandungi litar komputer yangTuring-sempurna. Komputer yang digunakan dalam peralatan untuk fungsi tertentu, dikenali sebagai "mikropengawal" atau "komputer terbenam".Komputer jenis ini hanya berfungsi untuk memproses maklumat tertentu sahaja.
Komputer peribadi
Kebanyakan masyarakat umum lebih mengenali komputer sebagaiKomputer Peribadi.
 
Bagaimana komputer berfungsi
EDSACmerupakan salah satu komputer terawal yang menggunakan seni bina atur cara tersimpan (von Neumann).Teknologi dalam komputer digital telah melalui perubahan besar sejak komputer yang pertama pada tahun 1940. Namun kebanyakannya masih menggunakansenibina von Neumann, yang dicadangkan olehJohn von Neumannpada awal 1940-an. Senibina von Neumann menyatakan komputer dibahagi kepada 4 bahagian utama:Unit Aritmetik dan Logik, litar pengawal, memori, dan alat input-output (I/O).Kesemua bahagian ini disambung bersama oleh wayar-wayar, yang dikenali sebagai"bas".
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...