Pengenalan
Setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Ini adalah disebabkan setiap individuadalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus-peratus sama dengannya walaupun kembar seiras. Oleh itu guru-guru harus memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia bolehmempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.
Aspek-aspek Perbezaan Individu
1. Jantina2. Fizikal3. Kecerdasan otak 4. Personaliti5. Gaya belajar 6. Kesihatan7. Sosial8. Bangsa dan bahasa
Implikasi Perbezaan Individu Kepada Pengajaran dan Pembelajaran1. Kesediaan belajar
.Oleh kerana murid-murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahap kecerdasan yang berbeza, ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza. Perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh guru, terutama murid-murid yang lambat. Sekiranya gurumengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan dan berkemungkinan akanmenjadi murid tercicir.
2.Objektif Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yangsesuai dengan murid. Guru juga harus menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai dengankumpulan yang berbeza keupayaan supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal dan muridyang pandai tidak merasa bosan.3
.Tingkahlaku Menggangu Pembelajaran
Murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran sering mempamerkan tingkahlakuyang akan mengganggu perhatian orang lain semasa P&P. Contohnya bising, agresif,vandalismedan lain-lain. Ada juga murid yang proaktif seperti ingin membuat sesuatu yang belum disuruh,suka bertanya mengenai sesuatu yang belum diajar dan lain-lain.Ini dipanggil mengganggu yang positif.
4. Perbezaan Gaya Belajar
Perbezaan individu juga mempengaruhi gaya murid-murid belajar. Ada yang suka belajar secara sambil mendengar muzik , ada yang suka visual, ada yang suka belajar secara individudan ada juga secara berkumpulan.
Leave a Comment