DEWASA:1- Sudah baligh2- Berumur 21 tahun ke atas AKHIR : 1- Terkemudian sekali, penghabisan2- Yang diadakan terkemudian sekali ( sebagai penamat )
( Kamus Dewan Bahasa edisi 4 )
DEWASA AKHIR Andainya individu dipanjangkan umurnya,berkesempatan ia untukmelalui tahap terakhir dalam pusingan kehidupan manusia iaituapabila dapat berada di tahap lanjut usia atau di Malaysia lebihdikenali sebagai "usia emas". Di Jepun, orang tua mereka didapatimempunyai umur hayat yang lebih panjang berbanding denganmasyarakat lanjut usia di negara-negara lain. Mungkin ini berlakukerana pelbagai faktor yang ada.Dalam kebanyakan masyarakat menjadi tua membawa pelbagaikonotasi negatif. Seperti mana dengan konsep kematian, umur tuakadang kala menjadi taboo. Dalam masyarakat yang mengamalkansikap positif seperti penyayang, usia tua disenangi oleh majoriti ahlimasyarakat dan orang-orang tua dan mereka dikenali dengan panggilan tuawan, lanjut usia, warga tua(senior citizens), tahapumur keemasan (golden-agers), tahap umur menuai (harvest years)dan sebagainya. Ahli psikologi perkembangan yang mengkhusus dalam bidang tahaplanjut usia ini akan mempelajari bidang ilmu gerontologi. Bidangilmu gerontologi khusus mengkaji proses penuaan. Dalam kajianbidang ilmu ini, didapati kemajuan yang dicapai dalam pelbagaibidang telah meninggikan atau meningkatkan kualiti kehidupanmanusia menyebabkan umur hayat manusia menjadi bertambah panjang dan lain-lain lagi.
Leave a Comment