Proses transaksi pada umur antara 60 dan 65 tahun juga berlaku di manaseseorang merasakan mereka sudah tua dan terpaksa berhadapan denganstereotaip yang negatif tentang umur tua termasuk perubahan fizikal dan jugasanggup melepaskan kehendak sendiri untuk mendapat tumpuan setiapmasa.<!--[if !supportLineBreakNewLine]--><!--[endif]-->
Rumusan Hidup
Adalah kebiasaan dalam hampir semua teori perkembangan dewasa akhir dimana seseorang akan melalui peningkatan kesedaran bahawa mereka akanmati. Mereka juga lebih memahami apa yang sudah mereka lalui di mana iniakan mewujudkan perhubungan yang lebih rapat dengan orang lain. Seseorang juga boleh mengalami perkembangan yang negatif di mana terlalu taksub padaperkara yang menyakitkan hati, kesalahan lampau dan perasaan bersalah.
Teori penuan yang berjaya
yang ada termasuk:
1. Teori Perlepasan (Disengagement Theory)
Teori ini mengatakan bahawa orang dewasa akhir akan melalui proses menarikdiri secara perlahan daripada dunia secara fizikal, sosial dan psikologikal .Tindakan ini dianggap positif kerana ianya membenarkan lebih refleksi diri sendiridan tidak terikat pada peranan sosial. Bila proses ini berlaku, ianya jugamengurangkan pengunaan tenaga emosi pada orang lain apabila orang dewasaakhir tersebut sakit ataupun meninggal dunia.
2. Teori Aktiviti
Teori ini menyatakan bahawa mereka yang melalui proses in mengekalkanminat, aktiviti dan perhubungan sosial di tahap yang samasemasa mereka berada di tahap dewasa pertengahan. Apayang mereka buat pada umur yang lebih muda diteruskansehingga hari tua. Bila mereka mengalami kehilangan aktivitiseperti pekerjaan kerana bersara, golongan ini akan mencaribenda lain yang mereka boleh buat. Memandangkan tidaksemua aktiviti adalah sesuai untuk semua orang, golongandewasa akhir mempunyai kelebihan untuk melepaskan aktiviti-aktiviti yang tidak sesuai.
Leave a Comment