You are on page 1of 6

1. Perniagaan Jalan UMS Modal RM1 juta. Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa?

Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?

Saya akan menjalankan perniagaan kereta sewa dan motosikal sewa kepada para pelajar. Di samping itu, saya juga akan menawarkan perkhidmatan bengkel untuk membaiki kenderaan yang disewa oleh pelanggan saya.

2. BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?

Untuk memastikan perniagaan yang saya jalankan 100% untung,saya akan mengkaji beberapa faktor yang harus diambil kira sebelum menjalankan sebuah perniagaan. ini termasuklah faktor modal,buruh dan juga lokasi perniagaan yang akan saya jalankan.

3. Multimodality Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction.

Menurut pemahaman saya, teori multi modality merupakan kepelbagaian kaedah dan teknik yang dilakukan oleh tenaga pengajar semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Setiap pelajar mempunyai daya kecerdasan yang berbeza-beza. Oleh itu, kaedah dan teknik yang dijalankan juga turut berbeza. Kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan tahap kecerdasan pelajar akan membantu meningkatkan keberkesanan proses p&p di dalam bilik darjah. Selain itu, multi modality instruction pula ialah penyediaan maklumat penting dan tugasan dalam bentuk 2 format iaitu lisan dan bertulis untuk menggalakkan akses kepada kandungan kursus.

4. Sila respon untuk isu ini pula i)Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran ii)cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning iii)cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills) iv)cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar. v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran

i)Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran penggunaan video dapat mengubah stail pembelajaran. Di mana,sesi pembelajaran akan menjadi lebihmenarik. ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning penggunaan video dengan kaedah pembelajaran ubiquetous ini membolehkan cara

pembelajaran boleh dilaksanakan dimana saja dan pada bila-bila masa. iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills) video boleh mengaplikasikan HOTS dengan memaparkan sesuatu yang membuatkan pelajar yang menonton video tersebut akan berfikir diluar kotak pemikiran mereka. iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar. Sebagai contoh, video call dan video conferencing membolehkan setiap pelajar dapat berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam satu sesi perbincangan. Selain itu, mereka juga dapat bertukar-tukar pandangan dan idea bersama rakan dan guru v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran penggunakan video dalam kalangan pelajar akan dapat meningkatkan kesedaran terutamanya berkaitan dengan isu-isu semasa. Contohnya, penayangan video berkaitan dengan sejarah negara kita akan dapat meningkatkan kesedaran pelajar terhadap semangat cintakan negara.

5. Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?

Di antara kekangan jika kita menggunakan video di dalam kelas ialah: 1.tiada kemudahan untuk tayangan video yang lengkap -terumanya di sekolah kawasan pedalaman dan luar bandar. 2. tiada/gangguan bekalan elektrik - video tidak dapat ditayangkan kepada para pelajar. 3. gangguan daripada pelajar dari kelas lain/luar yang lalu lalang -mengganggu tumpuan pelajar terhadap tayangan video 4. audio yang terhad kerana khuatir akan menggangu kelas bersebelahan

6. Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas.

sebelum: 1) pastikan peralatan berfungsi dengan baik. 2) memilih video yang hendak ditayangkan. 3) menyediakan DVD/CD bagi video yang hendak ditayangkan. 4) menyediakan aktiviti yang hendak dijalankan berkaitan dengan video yang hendak ditayangkan. semasa: 1) memastikan video ditayangkan. 2) memastikan para pelajar menumpukan perhatian semasa video ditayangkan. 3) memberi serba sedikit penerangan berkaitan dengan video yang ditayangkan. selepas: 1) membuat penerangan ringkas mengenai tayangan video tersebut.

2) 3) 4) 5)

bertanya pendapat kepada para pelajar tentang video yang ditayangkan. mengadakan sesi soal jawab dengan para pelajar. membuat kesimpulan berkenaan video yang ditayangkan. memberikan tugasan kepada para pelajar.

7. Assignment manipulatives Question no. 3: Obtain an example of a manipulative(s) that you could use for instruction. Submit the manipulative(s) and a description of how you would use it, including an objective.

Manipulatif adalah bahan yang boleh dilihat dan dipegang dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p). Bahan manipulatif ini adalah bertujuan untuk menarik perhatian dan merangsang pembelajaran kerana pelajar boleh memegang dan menyelidikinya. Terdapat tiga jenis manipulatif yang digunakan dalam p&p iaitu penggunaan objek sebenar (real objects), model (models) dan modul tiruan (mock-ups). Untuk bahan manipulatif yang sesuai digunakan dalam pengajaran (instruction) ialah objek sebenar (real objects). Ini kerana objek sebenar boleh merangsang pembelajaran pelajar dalam sesuatu matapelajaran. sebagai contoh, matapelajaran sains. Pelajar menggunakan objek sebenar (real objects) dalam penyelidikan seperti tumbuhan untuk mengetahui proses fotosintesis, pergerakan dan pembesarannya. Melalui penyelidikan ini, murid dapat membuat andaian, pemerhatian dan mengembangkan lagi pengetahuan merek kerana adanya bahan konkrit yang membuat mereka percaya pengajaran tersebut adalah benar. Objektif utama dalam pengajaran menggunakan objek sebenar adalah untuk mengukuhkan lagi pemahaman pelajar dalam p&p.

Question no. 4: Plan a lesson that would include a field trip (real or virtual) Locate at least one site on the World Wide web that could be a place to visit as a virtual field trip in your lesson.

Matapelajaran : Sains Tarikh : 14 November 2012 Masa : 9.00 am Tempat : Lok Kawi Wildlife Park, Kota Kinabalu, Sabah. Objektif : Menambah pengetahuan pelajar mengenai flora dan fauna yang ada di Sabah dan negara lain.

Aktiviti : Pelajar akan diberi beberapa soalan untuk dijawab berdasarkan lawatan mereka di Lok Kawi Wildlife Park. Contoh soalan yang diberi: 1. Kelaskan haiwan yang ada di Lok Kawi Wildlife Park (mamalia, burung, serangga dan reptilia) 2. Namakan haiwan yang ada di Sabah dan dari luar negara. 3. Berikan satu contoh haiwan yang hidup di atas pokok beserta maklumat haiwan tersebut (habitat, jenis dan tempat) Tujuan utama lawatan dilakukan adalah untuk menambahkan lagi pengetahuan pelajar tentang proses sebenar (contoh pengeluaran susu lembu), habitat haiwan, barang bersejarah dan sebagainya. Lawatan ini memberi pengalaman yang bermakna kepada pelajar kerana mereka tidak akan memperolehinya di sekolah. Selain itu, pelajar juga boleh menambah pengetahuan dan pengalaman mereka dengan melayari laman web (virtual field trip) setelah melakukan lawatan sebenar sepertihttp://www.sabahwetlands.org. Laman web ini membantu pelajar mengenali tumbuhan yang hidup di paya dan haiwan yang ada didalamnya.

8. Video dalam pendidikan 1) apakah yang dimaksudkan dengan video literasi? 2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video. 3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video? 4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar? 5) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah.

1) Video literasi merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk "mengambil" atau melihat video serta untuk menghasilkan video. 2) Lima konsep utama menonton video. 1. Siapa yang mencipta mesej ini? 2. Apakah teknik kreatif yang digunakan untuk menarik perhatian saya? 3. Bagaimana orang memahami pelbagai mesej ini secara berbeza? 4. Apakah nilai, gaya hidup, pandangan yang diwakili atau ditinggalkan? 5. Apakah tujuan pesanan? Lima konsep utama menghasilkan video. 1. Apakah yang hendak dikarang? 2. Adakah mesej mencerminkan pemahaman dalam format, kreativiti, dan teknologi? 3. Mesej yang menarik dan menarik sasaran penonton?

4. Ianya jelas dan konsisten, gaya hidup, dan pandangan dalam mesej. 5. Menyampaikan maksud mesej yang berkesan? 3) Video sesuai dalam semua persekitaran pengajaran dan kerja-kerja di dalam kelas, kumpulan kecil, atau pelajar itu sendiri dimana mereka boleh mengambil pelajar lain hampir di mana sahaja dan berkongsi minat pelajar di luar bilik darjah. Melalui aplikasi video amat sesuai untuk semua topic dalam pembelajaraan pelajar di dalam kelas. 4) Terdapat 4 jenis video dalam pendidikan ialah 1. Dokumentari (Documentary) - video adalah medium utama untuk mendokumenkan peristiwa sebenar atau dilakukan kembali dan membawa mereka ke dalam kelas. Dokumentari selalunya dengan fakta, bukan fiksyen atau versi fictionalized fakta.Dokumentari cuba untuk menggambarkan dasar sebenar cerita tentang situasi sebenar rakyat dan alam sekiling. Pelajar boleh mempelajari dan memahami melalui tayangan tersebut. 2. Pelakonan (Dramatization) - Merupakan tempat yang sangat baik untuk membina sikap pelajar yang positif dalam bidang seperti budaya, harga diri, dan bekerja secara berkumpulan.

3. Video Bercerita (Video Storytelling) - Membenarkan pelajar untuk menjadi kreatif semasa membangunkan penulisan dan kemahiran pengeluaran video.matlamatnya adalah untuk mengajar pelajar-pelajar untuk meluahkan idea melalui cerita. Dalam proses, pelajar akan memperolehi kedua-duanya iaitu pelajar boleh mengajar dan belajar daripada satu sama lain. 4. Perjalanan Alam Maya (Virtual Field Trips) - Perjalanan alam maya boleh membawa pelajar ke tempat mereka mungkin tidak dapat untuk pergi atau sebaliknya. Pelajar juga boleh pergi membuat lawatan maya ke Piramid Mesir atau lain-lain tempat. Perjalanan alam maya boleh meningkatkan dan membina pengetahuan yang diperolehi dari membaca-buku teks atau laman sesawang. 5) Lima teras konsep asas untuk memahami video literasi iaitu: 1. pengarang akan membina mesej; 2. format adalah unik untuk setiap mesej; 3. setiap penonton menafsirkan mesej yang berbeza; 4. pandangan dan nilai adalah sebahagian daripada setiap mesej; 5. mesej yang paling disarankan adalah untuk mempromosikan tujuan tertentu

9. Design of Visual Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual Di antara ciri- ciri reka cipta visual ialah : 1. Bersifat realistik dengan menunjukkan objek sebenar. 2. Bersifat analogikal menyampaikan konsep dengan menunjukkan sesuatu yang lain dan membayangkan persamaan. 3. Lebih tersusun dengan memaparkan hubungan di antara unsur- unsur kualitatif seperti carta aliran dan lain- lain.

4. Menunjukkan hubungan yang bersifat kuantitatif seperti carta pai dan carta bar. 5. Menunjukkan perubahan dalam masa dan ruang. 6. Menunjukkan perhubungan teori dan abstrak. Proses reka cipta visual : 1. Merancang alat seperti LCD, projektor dan lain- lain. 2. Teknik huruf. 3. Proses melukis, melakar dan kartunis. 4. Klip seni. 5. Mereka bentuk visual dengan menggunakan komputer. 6. Mereka bentuk pembentangan grafik. 7. Mewujudkan transparensi overhed.

You might also like