You are on page 1of 24

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN TOPIK 3

TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN


KESIHATAN

PENGENALAN
Asas sains adalah penting dalam pendidikan kesihatan kerana ianya dapat membantu
kita untuk mengenal pasti punca dan menangani masalah-masalah berkaitan dengan
kesihatan. Terdapat empat aspek asas sains dalam pendidikan kesihatan iaitu, aspek
biologi, aspek sosiologi, aspek psikologi dan aspek fisiologi. Aspek biologi membantu
kita untuk mengenal pasti fungsi sistem biologi yang mempengaruhi tahap kesihatan
individu manakala aspek sosiologi pula membantu kita untuk mengetahui aspek-aspek
sosial yang mempengaruhi peranan dan tingkah laku kesihatan individu dan masyarakat.
Aspek psikologi membantu kita memahami tingkah laku individu menangani masalah
kesihatan dan aspek fisiologi pula membantu kita untuk memahami kesan dan fungsi
sistem-sistem organik tubuh terhadap kesihatan individu.

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan kepentingan asas sains dalam pendidikan kesihatan;
2. menghuraikan struktur anggota badan; dan
3. menghuraikan fungsi sistem-sistem tubuh;

PETA MINDA TOPIK

34 OUM
TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

3.1 KEPENTINGAN ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN


KESIHATAN
3.1.1 Aspek Biologi

Biologi didefinisikan sebagai sains yang mengkaji tenaga dan jirim yang berfungsi
sebagai suatu sistem kehidupan (Nixon & Jewett, 1980). Ia adalah kelompok ilmu
pengetahuan berkenaan organisma hidup. Organisma hidup berbeza daripada jirim
organik berdasarkan kepada keupayaannya untuk terus berkembang. Dari aspek biologi,
kehidupan didefinisikan mengikut beberapa ciri seperti;
(a) bertindak balas terhadap stimuli atau rangsangan,
(b) pergerakan,
(c) pengawalan, dan
(d) penghasilan semula.

Secara ringkasnya organisma sentiasa berkembang daripada kebolehan dan


keupayaan semula jadi kepada kesempurnaan kendiri. Manusia cenderung untuk
berkembang, bekerjasama dan berikhtiar untuk hidup. Secara biologinya, manusia
merupakan makhluk yang memerlukan sinar matahari, udara yang bersih, pemakanan
yang seimbang, keselamatan dan tahap kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan
yang lebih sempurna dan sejahtera. Mereka memerlukan tahap perkembangan fizikal,
mental dan sosial yang baik. Tahap kesihatan dan gaya hidup yang sihat adalah
keperluan asas terhadap pertumbuhan dan perkembangan manusia.

3.1.2 Aspek Sosiologi

Sosiologi adalah kajian tentang kumpulan sosial manusia yang meliputi keluarga,
kumpulan agama, organisasi sosial, trend populasi, pendidikan, aspek ekonomi dan
status kumpulan minoriti. Sosialisasi secara umumnya merujuk kepada proses yang
digunakan oleh kumpulan atau masyarakat untuk menyalurkan perkembangan individu
ke dalam tingkah laku personal dan sosial yang diterima bagi memenuhi peranan
sebagai ahli dalam kumpulan sosial tersebut (Nixon & Jewett, 1980).

Peranan sosial seseorang individu merupakan unit asas kepada sosialisasi. Melalui
peranan-peranan sosial ini, tugasan serta tanggungjawab diagihkan kepada individu
atau kumpulan dalam masyarakat.

Tiap individu akan memainkan peranannya dalam situasi dan bentuk yang berbeza
berdasarkan kehendak dan norma-norma yang telah ditetapkan dalam masyarakat.
Pendidikan Kesihatan menyediakan situasi pembelajaran khusus kepada individu,
keluarga dan masyarakat bagi memainkan peranan mereka terhadap mengamalkan
gaya hidup yang sihat dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan mereka.

Dalam pendidikan kesihatan, sosiologi berperanan untuk mengkaji;


(a) peranan yang dimainkan oleh pendidikan kesihatan di dalam masyarakat,
(b) kecenderungan pendidikan kesihatan terhadap kelas-kelas sosial,
(c) nilai dan tingkah laku yang diperteguhkan melalui Pendidikan Kesihatan,

OUM 35
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN TOPIK 3

(d) perkaitan antara Pendidikan Kesihatan dengan pencapaian akademik,


(e) sosialisasi melalui Pendidikan Kesihatan,
(f) peningkatan mobiliti sosial melalui Pendidikan Kesihatan,
(g) perkaitan amalan dan gaya hidup sihat terhadap budaya dan ekonomi
masyarakat, dan
(h) perkembangan sosial melalui Pendidikan Kesihatan.

3.1.3 Aspek Psikologi

Psikologi adalah bidang ilmu sains tingkah laku yang mengkaji tingkahlaku manusia.
Tumpuan utamanya adalah untuk mengkaji dan melihat;
(a) proses-proses organik yang mengawal aktiviti manusia dan haiwan,
(b) pola pertumbuhan dan perkembangan manusia,
(c) cara mana manusia merasai persekitaran dalaman dan luaran mereka melalui
sistem saraf,
(d) cara mana manusia belajar, berfikir dan menyelesaikan masalah,
(e) tindak balas motivasi dan emosi manusia,
(f) perkembangan dan perbezaan individu,
(g) cara mana manusia menangani stres, konflik dan kekecewaan, dan
(h) cara mana manusia berhubung sesama mereka dalam kumpulan.

Aspek psikologi dalam pendidikan kesihatan adalah bidang yang cuba untuk
mengaplikasikan fakta-fakta dan prinsip-prinsip psikologi terhadap pendidikan,
pengamalan dan segala tingkahlaku yang berkaitan dengan kesihatan. Individu yang
secara psikologinya sihat adalah individu yang;
(a) Merasa senang terhadap dirinya.
Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang tidak diselubungi oleh rasa
takut, marah, cemburu, bersalah dan risau. Mereka percaya terhadap
kebolehan kendiri, menerima kegagalan hidup sebagai cabaran, mengekalkan
kehormatan kendiri dan menerima kekurangan diri.
(b) Merasa selesa dengan orang lain.
Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang merasa puas dengan
tahap hubungannya dengan orang lain. Mereka merupakan individu yang boleh
memberi kasih sayang, bertimbang rasa, menghormati perbezaan yang wujud
dan merasa bertangungjawab terhadap orang lain.
(c) Berupaya menangani kehendak dan cabaran hidup.
Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang cuba menyelesaikan
sebarang masalah yang timbul, menerima tanggungjawab serta merancang masa
depan. Mereka bersikap realistik dan mampu membuat keputusan sendiri. Mereka
akan menggunakan keupayaan serta kebolehan semula jadi untuk mengawal
persekitaran mereka dan cuba menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran
tersebut.

36 OUM
TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

(d) Mengawal ketegangan dan kebimbangan.


Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang mengenal pasti punca dan
simptom ketegangan dan kebimbangan dalam hidup mereka. Mereka secara sedar
mengelakkan diri mereka daripada tanggapan yang salah dan tidak menyalahkan orang
lain di atas masalah yang mereka hadapi.
(e) Mengawal kebencian dan rasa bersalah.
Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang mengakui dan berusaha
untuk menentang kecenderungan mereka terhadap perasaan benci, marah,
mementingkan diri dan rasa bersalah.
(f) Mengekalkan penampilan yang mengembirakan.
Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang cuba untuk menempuh
kehidupan seharian dengan pendekatan yang menyeronokkan dan mengembirakan.
Mereka percaya bahawa hidup ini adalah satu anugerah. Mereka melihat masa hadapan
dengan pandangan yang positif.
(g) Memperkayakan kehidupan orang lain.
Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang mengakui bahawa terdapat
orang lain yang lebih memerlukan bantuan berbanding diri mereka. Mereka bertindak
untuk meringankan beban yang ditanggung oleh orang lain dengan memberikan bantuan
yang terdaya oleh mereka.
(h) Menghargai kepelbagaian.
Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang tidak takut akan perbezaan
yang ada pada diri mereka berbanding orang lain. Mereka tidak berasa terancam oleh
perbezaan bangsa, jantina, agama dan status.
(i) Menghargai persekitaran semula jadi.
Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang menghormati keindahan
alam semula jadi. Mereka menggunakan masa untuk menikmati persekitaran dan punyai
kesedaran terhadap pentingnya mengekalkan keindahan persekitaran alam
semula jadi.
Bagi mencapai tahap psikologi yang sihat melibatkan beberapa proses yang kompleks.
Antara proses-proses tersebut adalah;
(a) Peranan yang dimainkan oleh mental, emosi dan spiritual terhadap kesihatan dan
kesejahteraan hidup.
(b) Faktor-faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi kesihatan psikologi.
(c) Bagaimana keputusan yang dibuat hari ini memberi kesan terhadap kesihatan psikologi
akan datang.
(d) Bagaimana individu mempertahankan diri daripada pelbagai masalah.

3.1.4 Aspek Fisiologi

Fisiologi merujuk kepada kajian terhadap fungsi sistem-sistem organik tubuh manusia
(Nixon & Jewett, 1980). Dalam pendidikan kesihatan, aspek fisiologi membantu kita
untuk mengetahui sejauh mana sistem-sistem organik tubuh memberi kesan terhadap
kesihatan dan kecergasan seseorang individu. Antara sistem-sistem tubuh yang
memberi impak terhadap tahap kesihatan dan kecergasan tubuh kita adalah;

OUM 37
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN TOPIK 3

(a) sistem pergerakan dan perlindungan badan,


(b) sistem bekalan tenaga dan perkumuhan,
(c) sistem kardiovaskular,
(d) sistem deria, koordinasi dan keseimbangan, dan
(e) sistem pembiakan.

Pengetahuan tentang aspek fisiologi juga dapat membantu kita mengenal pasti kesan
yang dihasilkan oleh sistem-sistem organik tubuh terhadap;
(a) pekerjaan seharian,
(b) pemakanan,
(c) kedewasaan dan ketuaan,
(d) penggunaan ubatan, dadah, arak dan rokok,
(e) perbezaan jantina,
(f) ketidakupayaan fizikal dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya, dan
(g) ketegangan dan kebimbangan.

Latihan 3.1
Nyatakan apakah yang didefinisikan sebagai kehidupan dari aspek
biologi?

3.2 STRUKTUR DAN FUNGSI ANGGOTA BADAN


Tubuh manusia merupakan mekanisma yang unik. Ia mempunyai sistem yang saling
berkait yang membenarkan segala keperluan hidup manusia seperti air dan makanan
disalurkan, diangkut ke semua bahagian tubuh dan dicernakan. Kesemua fungsi ini
dilakukan melalui sistem-sistem tubuh yang berfungsi dengan cekap dan sistematik.
Ketidakselarian dan kegagalan salah satu sistem ini berfungsi akan menjejaskan fungsi
tubuh dan kesihatan individu.

3.2.1 Sistem Pergerakan dan Perlindungan Badan

Sistem tubuh yang terlibat dalam pergerakan dan perlindungan badan adalah sistem:
(a) sistem rangka
(b) sistem otot
(c) sistem integumentari

38 OUM
TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

3.2.1.1 Sistem Rangka

Rangka tulang dan rawan yang melindungi organ-organ tubuh dan membantu
pergerakan manusia dikenali sebagai sistem rangka. Sistem rangka mempunyai
fungsinya yang khusus. Antara fungsi sistem rangka adalah;
(a) Sokongan.
Tulang menyediakan kerangka kepada tubuh dan berfungsi untuk menyokong tisu-tisu
lembut serta menyediakan tempat lekatan otot rangka.
(b) Perlindungan.
Organ dalaman dilindungi daripada mendapat kecederaan oleh rangka tubuh. Sebagai
contoh otak dilindungi oleh tulang kranial manakala paru-paru dan jantung dilindungi
oleh tulang-tulang rusuk.
(c) Pergerakan.
Otot rangka melekat pada rangka tulang. Apabila otot menguncup, ia menarik tulang
dan menghasilkan pergerakan.
(d) Penyimpanan Mineral.
Tulang menyimpan pelbagai mineral terutama sekali kalsium, fosforus yang bakal
disalurkan ke bahagian-bahagian lain dalam tubuh.
(e) Penyimpanan sel darah dan penghasilan sel-sel.
Dalam tulang-tulang tertentu, tisu-tisu perantara yang dikenali sebagai sum-sum tulang
akan menghasilkan sel-sel darah. Proses ini dikenali sebagai hemopoiesis. Sum-sum
tulang juga berfungsi untuk membina dan membentuk tulang.
(f) Penyimpanan Tenaga.
Lipid yang disimpan di dalam sum-sum tulang yang berwarna kuning adalah sumber
penting kepada tenaga kimia dalam tubuh.

Kecelaruan dan kegagalan sistem rangka akan menjejaskan kesihatan serta


menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan
fungsi sistem rangka adalah;
(a) Osteoporosis
Osteoporosis merupakan kecelaruan yang dikaitkan dengan kekurangan estrogens dalam
tubuh. Di usia tua, tubuh lelaki dan wanita kurang menghasilkan hormon estrogen.
Hormon estrogen merupakan tisu yang merangsang tisu tulang (osteoblasts) untuk
menghasil dan membina tulang baru. Kekurangan hormon ini akan menyebabkan
osteoblasts kurang aktif serta menyebabkan jisim tulang menjadi kurang. Jisim tulang
yang kurang pula akan menyebabkan tulang menjadi reput dan patah akibat tidak dapat
menampung berat dan tugasan aktiviti harian. Antara faktor penyebab berlakunya
osteoporosis ini adalah;
(i) Bentuk tubuh
Wanita yang bertubuh pendek adalah golongan yang paling berisiko kerana
mempunyai jumlah jisim tulang yang kurang.

(ii) Berat tubuh


Wanita yang kurus merupakan golongan yang paling berisiko kerana kurangnya
tisu-tisu adipose yang mana merupakan sumber utama penghasilan hormon
estrogen dalam tubuh.

OUM 39
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN TOPIK 3

(iii) Tabiat merokok


Merokok akan menjejaskan tahap estrogen di dalam darah.
(iv) Kekurangan kalsium.
(v) Kekurangan vitamin D.
(vi) Kekurangan aktiviti senaman
Kurang melakukan senaman akan menyebabkan kehilangan jisim dan kekuatan
tulang.
(vii) Penyalahgunaan dadah.
(ix) Menopause pramatang.

(b) Rikets
Riket adalah sindrom kekurangan vitamin D di kalangan kanak-kanak. Kekurangan ini
akan menyebabkan tubuh tidak mampu menyerap kalsium dan fosforus. Apabila ini berlaku
tulang tidak lagi mampu menampung berat badan dan menyebabkan tulang kaki menjadi
bengkok dan badan menjadi bongkok.
(c) Penyakit Paget‘s
Penyakit Paget‘s merupakan penyakit yang dihadapi oleh individu disebabkan oleh
ketebalan dan kelembutan tulang luar biasa terutama sekali pada tulang-tulang kepala
dan pelvis.
(d) Scoliosis
Scoliosis merupakan kebengkokan tulang vertebral, lazimnya pada bahagian thoracic.
(e) Kyphosis
Kyphosis merupakan kebongkokkan yang berlaku pada tulang verterbral.
(f) Lordosis
Lordosis merupakan kebengkokkan tulang verterbral pada bahagian lumbar.
Bagi menangani masalah kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem rangka ini, beberapa
langkah pencegahan dan pemulihan boleh dilakukan. Antaranya ialah;
(a) Terapi Penggantian Estrogen (Estrogen Replacement Theraphy).
(b) Pengambilan Kalsium Tambahan.
(c) Latihan bebanan.
(d) Rawatan Fisioterapi.
(e) Berhenti daripada tabiat merokok.

3.2.1.2 Sistem Otot

Terdapat empat prinsip penting tisu otot yang perlu dikenal pasti sebelum kita
memahami fungsi sistem otot. Empat prinsip tersebut adalah;
(a) Mudah terangsang
Tisu otot berkeupayaan untuk mudah terangsang dan menerima rangsangan.
(b) Penguncupan
Tisu otot berkeupayaan untuk memendek, memanjang atau menguncup.

40 OUM
TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

(c) Keregangan
Tisu otot berkeupayaan untuk meregang atau mengembang.
(d) Elastik/Anjal
Tisu otot berkeupayaan untuk kembali semula kepada bentuk asal selepas berlakunya
pengucupan atau keregangan otot.

Melalui pengucupan, otot berfungsi untuk;


(a) Pergerakan
Pengucupan otot membantu menghasilkan pergerakan tubuh seperti berjalan, berlari,
melompat dan pelbagai aktiviti pergerakan yang lain.
(b) Mengekalkan postur atau bentuk tubuh
Pengucupan otot membantu tubuh untuk mengekalkan bentuk dan posisi tubuh.
(c) Penghasilan haba
Pengucupan otot membantu tubuh untuk menghasilkan haba dan seterusnya membantu
tubuh untuk mengekalkan suhu tubuh yang normal. Sejumlah 85 peratus keseluruhan
suhu badan dijanakan melalui pengucupan otot.

Kecelaruan dan kegagalan sistem otot akan menjejaskan kesihatan serta menyebabkan
kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem
otot adalah;
(a) Fibrosis
Fibrosis merupakan pembentukan ketulan daging (fibrous) tisu perantara di lokasi di
mana tisu atau ketulan daging tersebut tidak sepatutnya berada.
(b) Fibromyalgia
Fibromyalgia merujuk kepada kesakitan, kelembutan, kekenyalan otot, tendon dan tisu-
tisu lembut yang dialami oleh individu.
(c) Distropi otot (Muscular Dystrophies)
Distropi otot adalah penyakit yang memusnahkan otot. Ia mengakibatkan otot secara
progresif menjadi kecut dan musnah.
(d) Myasthenia Gravis
Myasthenia Gravis merupakan kelemahan otot yang berpunca daripada kecelaruan saraf
neuromaskular yang menghalang fiber otot daripada menguncup. Ianya disebabkan oleh
antibodi yang mengikat saraf penerima dan menghalang lekatan Ach.
(e) Pengucupan Otot yang tidak normal
Pengucupan otot yang tidak normal berlaku apabila saraf tidak dapat mengawal
pengucupan dan keregangan otot.
(f) Lumpuh
Lumpuh berlaku apabila otot tidak mampu untuk mengawal atau kehilangan fungsi untuk
menguncup dan meregang akibat daripada kerosakan saraf.

Senaman yang kerap dan berterusan membantu kita untuk mencegah penyakit dan
kecelaruan otot. Senaman aerobik contohnya dapat meningkatkan penghantaran
oksigen dan penghasilan sistem tenaga. Ianya akan meningkatkan isipadu darah yang
merupakan bekalan tenaga kepada otot untuk berfungsi dengan berkesan. Senaman
dapat meningkatkan isipadu dan jumlah mitokondria yang berfungsi sebagai sumber
tenaga dalam otot rangka. Latihan bebanan pula membantu individu untuk meningkatkan
kekuatan dan saiz otot.

OUM 41
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN TOPIK 3

Latihan 3.2
Terangkan apakah faktor penyebab berlakunya osteoporosis?

3.2.1.3 Sistem Integumentari

Kulit, kuku, rambut, kelenjar dan beberapa tisu penerima yang khusus membentuk
sistem integumentari. Antara organ yang paling utama dan bertindak melindungi tubuh
dalam sistem ini adalah kulit. Kulit berfungsi untuk;
(a) Mengawal suhu tubuh
Peluh dan perubahan aliran darah pada kulit membantu kulit untuk mengawal suhu tubuh.
(b) Perlindungan
Kulit menyediakan halangan fizikal menentang kelecetan, kemasukan organisma mikro,
dihidrasi dan radiasi sinaran ultra kepada tubuh.
(c) Penerimaan stimuli atau rangsangan
Kulit berfungsi sebagai penerima stimuli atau rangsangan daripada luar tubuh seperti,
perubahan suhu dan cuaca, tekanan, kesakitan dan sentuhan.
(d) Perkumuhan
Sejumlah kecil air, garam dan beberapa sebatian organik dikumuh keluar dari tubuh oleh
kelenjar peluh melalui kulit.
(e) Sintesis Vitamin D
Dedahan kulit terhadap sinar ultra membantu kulit untuk mensintesis Vitamin D. Vitamin
D adalah sebatian yang membantu penyerapan kalsium dan fosforus oleh tubuh.
(f) Imuniti
Sel tertentu pada kulit berfungsi membantu tubuh menghasilkan antibodi.

Kecelaruan dan kegagalan sistem integumentari akan menjejaskan kesihatan serta


menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan
fungsi sistem integumentari ini adalah;
(a) Terbakar
Ianya berlaku akibat daripada tisu-tisu kulit yang terdedah kepada kepanasan yang
terlampau, elektrik, radiasi, dedahan kulit terhadap bahan-bahan kimia yang merosakkan
protein dalam sel.
(b) Jerawat
Jerawat berlaku apabila minyak yang dikeluarkan oleh kelenjar mengalami keradangan.
(c) Systemic Lupus Erythematosus
Systemic Lupus Erythematosus merupakan penyakit keradangan kulit yang berlaku
kepada kaum wanita di tahun-tahun awal peringkat pertumbuhan manusia. Ianya adalah
penyakit di mana tubuh menyerang tisu-tisunya sendiri.
(d) Psoriasis
Psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik. Ianya adalah penyakit kulit yang sering
berlaku pada tengkorak, siku, lutut, belakang tubuh dan punggung. Penyakit kulit ini
tidak berjangkit.

42 OUM
TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

(e) Ulcer Decubitus


Ulcer Decubitus adalah penyakit kulit yang berlaku akibat daripada kekurangan bekalan
darah yang berterusan ke tisu disebabkan tubuh mengalami tekanan yang terlalu lama
pada sesuatu objek seperti katil dan balutan.
(f) Kanser Kulit
Dedahan yang terlalu lama kepada sinar matahari boleh menyebabkan kanser kulit.

Bagi menangani masalah kecelaruan dan kegagalan fungsi organ ini, beberapa langkah
pencegahan dan pemulihan boleh dilakukan. Antaranya ialah;
(a) Melakukan Senaman
Semasa bersenam, tubuh akan mengalirkan darah ke kulit bagi membantu kulit
mengeluarkan lebihan haba yang dihasilkan melalui pengucupan otot. Pengaliran darah
yang meningkat ini menyediakan bekalan nutrien ke kulit dan merembeskan bahan-bahan
kumuh.
(b) Melindungi Kulit Daripada Dedahan Sinar Matahari
Melindungi kulit daripada dedahan sinar matahari akan membantu kulit untuk
mencegah mengalami kanser kulit. Bagi melindungi kulit daripada dedahan sinar
matahari, penggunaan krim pencegah sinar matahari (sun block) adalah digalakkan.
Topi dan kain boleh digunakan bagi melindungi kulit daripada terlalu terdedah pada sinar
matahari.
(c) Penjagaan Kesihatan Kulit
Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan penjagaan kebersihan kulit boleh
membantu kita mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kulit.

3.2.2 Sistem Membekal Tenaga dan Sistem Penghadaman

3.2.2.1 Sistem Tenaga

Setiap aktiviti dan pergerakan tubuh kita memerlukan tenaga. Jumlah bekalan tenaga
yang diperlukan oleh tubuh bergantung kepada had atau intensiti pergerakan yang kita
lakukan. Sebagai contoh aktiviti berlari, melompat dan melontar merupakan aktiviti
tangkas yang memerlukan penghasilan relatif tenaga yang banyak dalam jangka waktu
yang singkat. Aktiviti jarak jauh seperti merentas desa, berenang dan berbasikal pula
merupakan aktiviti jarak jauh yang memerlukan relatif tenaga yang rendah dalam jangka
waktu yang lama. Kesemua keperluan tenaga ini mampu dibekalkan oleh tubuh melalui
tiga jenis sistem tenaga iaitu;
(a) Sistem Phosphagen – (ATP-PC)
(b) Sistem Asid Laktik
(c) Sistem Aerobik

(a) Sistem Phosphagen – (ATP-PCr)


Sistem tenaga tubuh yang paling mudah adalah sistem tenaga ATP-PCr. PCr singkatan
bagi ‘phosphocreatine‘ merupakan sebatian tenaga yang kaya dengan ‘phosphate’. Ianya
disimpan di dalam sel-sel otot dan apabila ianya dipecahkan ia akan menghasilkan jumlah
tenaga yang banyak. Tenaga yang dihasilkan oleh PCr ini tidak digunakan secara
langsung oleh sel-sel tubuh malah ia menghasilkan semula ATP (Adenosine Triphosphate)
bagi mengekalkan bekalan tenaga relatif yang tetap.

OUM 43
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN TOPIK 3

Tenaga yang dihasilkan daripada PCr ini diselenggarakan oleh enzim CK (Creatine
Kinase) yang bertindak ke atas PCr bagi memecahkan P (Phosphate) daripada ‘creatine‘.
Tenaga yang dihasilkan kemudiannya digunakan terhadap P menjadi molikul ADP
(Adenosine Diphosphate). Proses pemecahan tenaga ini ditunjukkan dalam Rajah 3.1.

Rajah 3.1: Mengekalkan tahap ATP daripada sumber tenaga yang disimpan di PCr

Melalui sistem ini, tenaga dihasilkan daripada ATP dengan pemisahan sebatian
‘phosphate’ (P). Sel tubuh akan menghalang pengurangan ATP dengan mengurangkan
PCr bagi menghasilkan tenaga daripada ATP.
Proses pemecahan dan penghasilan tenaga ini berlaku sangat pantas dan dapat
mencapai matlamatnya tanpa struktur khusus dalam sel tubuh. Sistem tenaga ATP-
PCr ini tidak memerlukan oksigen dan dikenali juga sebagai anaerobik.
Semasa saat awal individu melakukan aktiviti yang intensif seperti berlari pecut, ATP
dikekalkan pada tahap yang tetap manakala tahap PCr dikurangkan secara beransur-
ansur bagi menggantikan kekurangan ATP. Semasa otot mengalami keletihan, kandungan
ATP dan PCr adalah rendah dan tidak berupaya lagi untuk menghasilkan tenaga bagi
pengucupan dan relaksasi otot. Keupayaan tubuh untuk mengekalkan tahap ATP bersama
dengan sumber tenaga daripada PCr adalah terhad. Tubuh hanya mampu untuk
mengekalkan keperluan tenaga kepada otot selama 3 hingga 15 saat sahaja. Melepasi
tahap tersebut, sel-sel otot perlu bergantung kepada sumber tenaga yang lain iaitu sistem
tenaga asid laktik dan sistem tenaga aerobik.

(b) Sistem Tenaga Asid Laktik


Satu lagi sistem tenaga yang dipunyai oleh tubuh adalah sistem tenaga asid laktik. Sistem
tenaga ini melibatkan pemecahan (lysis) glukos. Sistem ini juga dikenali sebagai sistem
glikolitik kerana ianya melibatkan proses glikolisis di mana glukos dipecahkan oleh enzim
yang khusus dikenali sebagai enzim glikolitik.
Glukos meliputi 99 % kandungan gula di dalam darah. Gula dalam darah ini datangnya
daripada pencernaan kabohidrat dan juga melalui pemecahan glikogen. Glikogen dipecahkan
daripada glukos melalui proses yang dikenali sebagai glikogenesis. Ianya disimpan di dalam
hempedu atau di dalam otot sehingga ianya diperlukan. Bila diperlukan, glikogen dipecahkan
menjadi glukos-1-phosphate melalui proses yang dikenali sebagai glikogenolisis.
Sebelum glukos atau glikogen dapat digunakan bagi menjana tenaga, ianya perlu
ditukarkan menjadi sebatian yang dikenali sebagai glukos-6-phosphate. Penukaran
molikul glukos ini memerlukan satu molikul ATP. Proses glikolisis akan bermula apabila
glukos-6-phosphate dibentuk.

44 OUM
TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

Proses glikolisis menghasilkan asid piruvik. Proses ini tidak memerlukan kehadiran
oksigen. Proses glikolisis ini memerlukan reaksi 12 enzim bagi memecahkan glikogen
kepada asid laktik. Hasil daripada pemecahan ini juga adalah penghasilan 3 mole ATP.
Secara ringkas proses glikolisis ditunjukkan dalam Rajah 3.2.
Sistem tenaga asid laktik ini tidak banyak menghasilkan ATP. Di sebalik limitasi ini,
tindakan bersama sistem tenaga ATP-PCr dan sistem tenaga asid laktik membenarkan
otot menjana kuasanya walaupun bekalan oksigen ke otot adalah terhad. Kedua-dua
sistem tenaga ini mendominasikan bekalan tenaga tubuh di awal-awal senaman, latihan
atau aktiviti yang intensif.
Satu lagi kekurangan utama sistem tenaga asid laktik ini adalah pengumpulan asid laktik
di dalam otot dan cecair tubuh. Keasidan fiber-fiber otot ini menghalang pemecahan
glikogen dan mengurangkan keupayaan ikatan kalsium di otot dan seterusnya menghalang
penguncupan otot.

Rajah 3.2: Proses glikolisis

OUM 45
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN TOPIK 3

(c) Sistem Tenaga Aerobik


Sistem tenaga aerobik merupakan sistem tenaga yang lebih kompleks berbanding sistem
tenaga ATP-PCr dan sistem tenaga asid laktik. Oleh kerana sistem ini menggunakan
oksigen dalam proses menjana tenaga maka sistem ini dikenali sebagai sistem aerobik.
Sistem tenaga aerobik melibatkan tiga proses iaitu;
(i) Glikolisis
(ii) Kitaran Krebs
(iii) Rantaian pengangkutan elektron.
Secara ringkas keseluruhan proses ini ditunjukkan dalam Rajah 3.3.
(i) Glikolisis
Dalam proses metabolisma karbohidrat, glikolisis memainkan peranan yang penting
dalam penghasilan aerobik dan anaerobik ATP. Kehadiran oksigen di dalam proses
ini menentukan penghasilan asid piruvik dan asid piruvik ditukarkan menjadi ‘Acetyl
Conenzyme (Acetyl CoA) manakala tanpa kehadiran oksigen dalam proses ini
menghasilkan asid laktik dan hanya 3 molikul ATP.
(ii) Kitaran Krebs
Apabila acetyl CoA memasuki kitaran Krebs, siri reaksi kimia yang kompleks berlaku
mengoksidasikan acetyl CoA. Di akhir kitaran Krebs, 2 molikul ATP, oksigen (O2)
dan karbon dioksida (Co2) dihasilkan. Karbon dioksida akan dikeluarkan daripada
sel dan diangkut melalui darah ke paru-paru untuk dikeluarkan daripada tubuh.
(iii) Rantaian Pengangkutan Elektron
Semasa proses glikolisis, hidrogen (H 2) dilepaskan sebagai glukos dan
dimetaboliskan menjadi asid piruvik. Lebih banyak hidrogen dilepaskan semasa
proses kitaran Krebs. Hidrogen yang dilepaskan daripada proses glikolisis dan
kitaran Krebs akan bercantum dengan dua koenzim, NAD (Nicotinamide Adenine
Dinucleotide) dan FAD (Flavin Adenine Dinucleotide). Koenzim-koenzim ini akan
membawa atom-atom hidrogen kepada rantaian pengangkutan elektron di mana
ianya akan dipisahkan menjadi elektron dan proton. Pada akhir rantaian ini, H+ akan
bercantum dengan oksigen (O2) bagi membentuk air (H2O) seterusnya menghalang
keasidan. Elektron-elektron yang dipisahkan daripada Hidrogen akan melalui siri
reaksi rantaian pengangkutan elektron dan seterusnya menghasilkan tenaga untuk
phospholirasi ADP bagi menghasilkan ATP.

46 OUM
TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

Rajah 3.3: Proses oksidasi karbohidrat

Latihan 3.3

Sekiranya anda sedang berjoging di taman rekreasi, apakah sistem


tenaga yang digunakan oleh tubuh anda bagi membekal tenaga?

3.2.2.2 Sistem Penghadaman

Makanan merupakan keperluan yang amat penting kepada tubuh kerana ianya
merupakan sumber tenaga yang mendorong kepada reaksi tindak balas kimia yang ujud
pada tiap sel dalam tubuh. Tenaga diperlukan untuk otot menghasilkan pengucupan otot,
pengaliran impuls saraf, aktiviti-aktiviti rembesan dan penyerapan kebanyakkan sel
dalam tubuh. Pemecahan molikul-molikul makanan bagi digunakan oleh sel-sel tubuh
dinamakan penghadaman. Organ-organ tubuh yang melakukan proses ini dalam tubuh
digabungkan dalam satu sistem yang dikenali sebagai sistem penghadaman. Organ-
organ yang terlibat dalam sistem penghadaman ini dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu;

OUM 47
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN TOPIK 3

(a) Saluran Gastrointestinal


Organ-organ dalam kelompok saluran ini terdiri daripada:
(i) mulut
(ii) faring
(iii) esofagus
(iv) perut
(v) usus kecil
(vi) usus besar

(b) Struktur Aksessori


Organ-organ dalam kelompok struktur ini terdiri daripada:
(i) gigi
(ii) lidah
(iii) kelenjar savilari
(iv) hempedu
(v) pundi hempedu
(vi) pankreas

Proses-proses yang terlibat dalam sistem penghadaman terdiri daripada;


(a) Pengambilan Makanan
Proses ini adalah proses mengambil makanan ke dalam tubuh (makan).

(b) Pergerakan Makanan


Proses ini adalah proses perjalanan makanan di sepanjang saluran Gastrointestinal.

(c) Penghadaman
Proses ini adalah proses pemecahan makanan melalui mekanisma mekanikal dan
mekanisma kimia.

(d) Penyerapan;
Proses ini adalah proses perjalanan makanan yang dihadam daripada saluran
Gastrointestinal ke sistem kardiovaskular dan sistem limfatik untuk diagihkan ke sel-sel
lain dalam tubuh.

(e) Pencernaan
Proses ini adalah proses di mana bahan-bahan yang tidak dapat dihadamkan dikeluarkan
atau dibuang keluar daripada saluran Gastrointestinal.

Terdapat dua jenis penghadaman yang berlaku dalam sistem penghadaman iaitu;
(a) Penghadaman Kimia
Ia adalah siri reaksi kimia yang memecahkan molikul karbohidrat, lipid dan protein yang
kompleks yang dimakan kepada molikul-molikul yang lebih kecil.

(b) Penghadaman Mekanikal


Penghadaman mekanikal meliputi pelbagai pergerakan yang membantu penghadaman
kimia. Makanan dihancurkan oleh gigi sebelum ianya dapat ditelan. Otot-otot perut dan

48 OUM
TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

usus kecil mencairkan makanan supaya ianya dapat sepenuhnya bercampur dengan
enzim-enzim yang akan menghadamkan makanan tersebut.

Kecelaruan dan kegagalan sistem penghadaman akan menjejaskan kesihatan serta


menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan
fungsi sistem penghadaman ini adalah;
(a) Karies Gigi
Karies gigi bermula apabila bakteria (tindak balas gula) menghasilkan asid yang
menghakis enamel gigi. Makanan sukar untuk dihadamkan kerana gigi tidak dapat
mengunyah dan menghancurkan makanan tersebut. Gigi yang terhakis akan
menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan kepada pesakit.

(b) Ulcer Peptik


Ulcer yang terbentuk di saluran Gastrointestinal mendedahkan saluran tersebut kepada
jus berasid yang dikenali sebagai ulser peptik. Ia menyebabkan individu mengalami
kesakitan yang amat sangat pada perut.

(c) Appendicitis
Ia adalah jangkitan atau kecederaan yang berlaku kepada appendix.

(d) Tumor
Tumor atau ketumbuhan boleh berlaku di mana-mana bahagian saluran Gastrointestinal.
Pengambilan lemak dan protein yang berlebihan mungkin akan menambah risiko
terjadinya ketumbuhan ini.

(e) Hepatitis
Hepatitis adalah jangkitan yang berlaku terhadap hempedu yang berpunca daripada virus,
bahan kimia, pengambilan dadah dan alkohol. Terdapat tiga jenis hepatitis;
(i) Hepatitis A
Ianya berpunca daripada jangkitan virus hepatitis A yang disebarkan melalui
makanan, pakaian, peralatan makanan dan permainan yang tercemar.

(ii) Hepatitis B
Ianya berpunca daripada jangkitan virus hepatitis B yang disebarkan melalui
peralatan perubatan (picagari) yang telah tercemar. Ia juga boleh disebarkan
melalui rembesan cecair badan (air mata, ludah). Hepatitis B boleh
menyebabkan jangkitan yang kronik pada hempedu.

(iii) Bukan A dan Bukan B


Ia dalah bentuk hepatitis yang tidak dapat dikenalpasti sama ada dijangkiti oleh
virus Hepatitis A atau Hepatitis B. Secara klinikalnya ia seakan-akan Hepatitis B
dan lazimnya disebarkan melalui pemindahan darah. Ia boleh mengakibatkan kanser
hempedu.

(f) Batu Karang


Lebihan kolesterol atau butir-butir garam di dalam pundi kencing akan menyebabkan
terbentuknya karang di dalam pundi tersebut. Bentuk atau saiz karang yang lebih besar
akan menyebabkan ganguan dan kesakitan kepada pesakit semasa hendak membuang
air kecil.

OUM 49
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN TOPIK 3

(g) Anorexia Nervosa


Anorexia Nervosa adalah kecelaruan psikologi pesakit berkenaan imej tubuh dan berat
badan. Pesakit biasanya sentiasa tidak berpuas hati dengan imej dan berat badannya
dan bertindak untuk mengeluarkan kembali makanan yang telah dimakan.

Mengamalkan pemakanan yang berkhasiat serta seimbang boleh membantu kita


menangani kecelaruan dan permasalahan berkaitan dengan sistem penghadaman ini.
Senaman, rehat yang mencukupi serta nasihat pakar pemakanan adalah sangat berguna
bagi membantu kita mengamalkan gaya hidup serta pemakanan yang seimbang dan
sihat.

3.2.3 Sistem Deria, Koordinasi dan Keseimbangan

Sensasi merujuk kepada keadaan kesedaran situasi dalaman atau luaran tubuh (Tortora,
1991). Bagi mewujudkan sensasi empat keadaan ini perlu dipenuhi;
(a) Stimulus atau perubahan persekitaran yang berupaya untuk memulakan impuls saraf
perlu hadir.
(b) Penerima atau organ deria perlu menjejaki stimulus dan menukarkannya kepada impuls
saraf. Organ deria adalah tisu saraf yang sensitif kepada stimuli luaran dan stimuli
dalaman.
(c) Impuls perlu dialirkan di sepanjang laluan daripada penerima atau organ deria kepada
otak.
(d) Satu bahagian di otak perlu menterjemahkan impuls saraf kepada sensasi.

3.2.3.1 Ciri-ciri Sensasi

Ciri-ciri sensasi terdiri daripada;


(a) Projeksi
Proses di mana otak merujuk sensasi kepada titik atau tempat stimulasinya.

(b) Adaptasi
Adaptasi adalah pengurangan sensitiviti untuk meneruskan stimuli.

(c) Lepas Imej


Lepas imej adalah keadaan di mana sensasi meneruskan fungsinya walaupun selepas
stimulus diubah. Ianya adalah kebalikan daripada adaptasi.

(d) Modaliti
Modaliti merujuk kepada ciri-ciri khusus tiap sensasi yang membezakannya daripada
jenis-jenis sensasi yang lain. Sebagai contoh, impuls yang dijanakan di dalam mata
diterjemahkan oleh lobus ocicpital sebagai penglihatan manakala impuls yang dijanakan
daripada telinga diterjemahkan oleh lobus temporal sebagai pendengaran.

50 OUM
TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

3.2.3.2 Jenis-jenis Deria

Deria dikategorikan kepada 6 jenis. Jenis-jenis deria tersebut adalah;


(a) ‘Cutaneous’
(i) Sensasi ‘cutaneous’ terdiri daripada sensasi ‘tactile’ (sentuhan, tekanan,
getaran), sensasi ‘thermoreceptive’ (haba) dan sensasi kesakitan. Sensasi
ini terletak di kulit, tisu-tisu perantara dan di akhiran saluran gastrointestinal.
(ii) Reseptor cutaneous mempunyai struktur yang ringkas. Ianya terdiri daripada
dendrit saraf neuron yang mungkin atau tidak dilampirkan di dalam kapsul
epithelial atau di tisu-tisu perantara.
(b) ‘Proprioceptive‘
(i) Kesedaran aktiviti-aktiviti otot, tendon, sendi dan keseimbangan adalah
disumbangkan oleh deria proprioceptive ataupun deria kinestetik.
(ii) Deria ini memberi maklumat kepada kita tentang darjah mana otot sepatutnya
menguncup, jumlah ketegangan tendon, perubahan posisi sendi dan posisi kepala
relatif kepada tanah sebagai maklum balas terhadap pergerakan (keseimbangan).
(iii) Reseptor bagi deria ini terletak di dalam otot-otot rangka, tendon, sendi-sendi siovial
dan di dalam telinga.
(c) ‘Olfactory’
(i) Reseptor deria olfactory atau deria bau terletak di bahagian superior dan di tengah
‘nasal conchae’ tulang ethmoid serta di bahagian atas ‘nasal septum’.
(ii) Reseptor ini terdiri daripada tiga jenis sel iaitu sel penyokong, sel olfactory dan sel
basal.
(iii) Sel penyokong adalah sel-sel ‘columnar epithelial‘ membren mukos hidung. Sel
olfactory pula adalah neuron-neuron yang mana hujungnya mengandungi dendrit-
dendrit yang tamat ke dalam silia yang dikenali sebagai rerambut atau bulu olfactory.
Bulu-bulu ini akan bertindak terhadap bau di udara dan akan menstimulasi sel-sel
olfactory. Sel-sel basal adalah sel yang akan menghasilkan sel-sel penyokong.
(iv) Kelenjar Bowman bertindak untuk menghasilkan mukos yang akan melembapkan
permukaan dan melarutkan bahan-bahan bauan.
(d) ‘Gustatory’
(i) Reseptor gustatory atau reseptor rasa ini terletak di bintil-bintil rasa lidah, lelangit
mulut dan kerongkong.
(ii) Reseptor ini terdiri daripada tiga jenis sel iaitu sel penyokong, sel gustatory dan sel
basal.
(iii) Sel penyokong merupakan sel khusus yang membentuk kapsul di dalam sel
gustatory. Tiap sel gustatory mengandungi rerambut gustatory pada hujung bintil-
bintil rasa. Sel gustatory ini berhubung dengan stimuli rasa melalui liang rasa. Sel
basal pula terletak di hujung dan di bawah bintil-bintil rasa. Sel-sel ini menghasilkan
sel-sel penyokong dan sel-sel gustatory.
(e) ‘Visual’
(i) Struktur aksessori mata termasuklah kening, bulu mata, kelopak mata dan peralatan
‘lacrimal’.

OUM 51
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN TOPIK 3

(ii) Mata dibentuk daripada tiga lapisan iaiitu fibrous tunic (sclera dan kornea), vascular
tunic (choroid, ciliary body dan iris) dan nervous tunic (retina).
(iii) Fibrous tunic berfungsi untuk menyediakan bentuk dan perlindungan kepada
bahagian dalam mata. Ia juga menerima dan membiaskan cahaya.
(iv) Vascular tunic membekalkan darah dan menyerap cahaya. Ia juga berfungsi
mengubahsuai bentuk lensa untuk penglihatan jarak dekat atau jarak jauh.
Vascular tunic juga berfungsi untuk meregulasikan jumlah cahaya yang masuk ke
dalam bebola mata.
(v) Nervous tunic berfungsi untuk menerima cahaya, menukar cahaya kepada impuls
saraf dan menghantar impuls tersebut ke saraf optik (II).
(f) Auditori dan keseimbangan
(i) Di samping bertindak sebagai reseptor untuk gelombang bunyi, telinga juga
bertindak sebagai reseptor untuk keseimbangan.
(ii) Telinga dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu luar, tengah dan dalaman.
(iii) Bahagian luar telinga berfungsi untuk mengumpul gelombang bunyi dan
mengarahkan gelombang tersebut ke gegendang.
(iv) Bahagian tengah telinga berfungsi untuk menseimbangkan tekanan di kedua-dua
belah gegendang telinga. Ia juga berfungsi untuk menghantar gelombang bunyi
daripada gegendang ke tingkap oval.
(v) Bahagian dalam telinga mempunyai reseptor keseimbangan statik (mascula),
reseptor keseimbangan dinamik (cristae), cecair, terusan dan membren yang
menghantar gelombang bunyi ke organ spiral. Organ spiral akan menjana
impuls saraf dan menghantar impuls tersebut ke reranting koklea.

Latihan 3.4

Nyatakan dua jenis penghadaman yang berlaku dalam sistem


penghadaman?

3.3 SISTEM PEMBIAKAN (REPRODUCTIVE SYSTEM)


Pembiakan adalah proses di mana bahan-bahan genetik di sampaikan daripada generasi
ke generasi (Tortora, 1991). Organ-organ pembiakan dikelompokkan sebagai;
(a) Gonads
Menghasilkan gamet.

(b) Salur (ducts)


Mengangkut dan menyimpan gamet.

(c) Aksessori Kelenjar Jantina


Menghasilkan bahan-bahan yang menyokong gamet.

52 OUM
TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

3.3.1 Sistem Pembiakan Wanita

Sistem pembiakan wanita terdiri daripada organ-organ pembiakan seperti:


(a) Ovari (gonads)
(i) Menghasilkan dan menyahkan oocytes (haid).
(ii) Merembeskan hormon-hormon estrogen, progestron, inhibin dan relaxin.
(iii) Menyimpan sel ovum.

(b) Tiub Uterine atau Fallopian


(i) Mengangkut ova dari ovari ke uterus.

(c) Uterus
(i) Organ yang berfungsi untuk kitaran haid, penyuburan ovum dan perkembangan
fetus semasa mengandung.

(d) Vagina
(i) Merupakan saluran untuk pengaliran keluar haid, bahagian paling bawah saluran
peranakan dan bekas untuk penis semasa persetubuhan.
(ii) Berupaya untuk meregang bagi menyempurnakan fungsinya.

(e) Vulva
(i) Merupakan genital luaran wanita.
(ii) Mengandungi mons pubis, labia majora, labia minora, clitoris, vestibule, vaginal,
urithral orifices, paraurethral dan kelenjar vestibular.
(f) Kelenjar Mammary
(i) Terletak di otot pectoralis major.
(ii) Berfungsi untuk merembeskan dan mengeluarkan susu.
(g) Haid
Wanita mempunyai kitaran pembiakan yang dikenali sebagai kitaran haid. Tujuan kitaran
haid ini adalah untuk menyediakan endometrium pada tiap bulan bagai penerimaan
kesuburan telur. Kitaran haid ini sangat berkait dengan kematangan ovum (telur) pada
setiap bulan. Kitaran haid diregulasikan oleh hormon pertumbuhan (GnRH) yang akan
menstimulasikan pelepasan hormon FSH dan hormon LH. Progestron akan bertindak
bersama estrogen untuk menyediakan endometrium dan kelenjar mammary bagi
menghasilkan susu. Kematangan atau akil baligh wanita diisyaratkan melalui peningkatan
tahap hormon-hormon LH, FSH dan estrogen. Pemberhentian kitaran seksual ini
menandakan wanita tersebut mengalami menopause.

(h) Ovum
Merupakan sel terbesar dalam tubuh manusia. Apabila ovum dibebaskan, ia bergerak ke
uteras melalui tiub Fallopia. Pergerakan ini mengambil masa antara 3 hingga 5 hari. Ovum
akan mati jika ia tidak disenyawakan dalam tempoh 12 hingga 24 jam setelah ovulasi.
Ovum akan melarut dan diserap oleh tubuh jika tidak disenyawakan. Selepas uvulasi,
ovari akan merembeskan hormon progresteron dan estrogen. Penghasilan progresteron
dan estrogen akan terhenti jika persenyawaan tidak berlaku selepas 2 minggu.

OUM 53
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN TOPIK 3

3.3.2 Sistem Pembiakan Lelaki

Testikel dan zakar adalah organ genital luaran lelaki.


(a) Zakar
(i) Terdiri daripada tisu span yang mempunyai daya boleh tegak.
(ii) Apabila terangsang secara seksual, zakar akan mula kembang, menjadi tegang
dan memanjang. Aliran darah menyebabkan tisu span berisi dengan darah dan
zakar menjadi tegang.

(b) Testikel
(i) Kelenjar seksual yang terdapat dalam saku berkedut yang dipanggil skrotum.
(ii) mengandungi beratus ribu copeng yang menghasilkan sperma.
(iii) Punyai peranan yang sama dengan ovari perempuan kerana kedua-dua organ ini
menghasilkan sel pembiakan.
(iv) Skrotum mengawal suhu testikel.

(c) Peranan Hormon Testosteron, androgen dan sel sperma


(i) Fungsi utama testikal ialah penghasilan hormon lelaki yang dipanggil androgen.
Androgen bertanggungjawab terhadap perkembangan fizikal lelaki. Ia
merangsang tingkahlaku seksual lelaki.
(ii) Androgen utama yang dihasilkan oleh testikal ialah testosteron. Rangsangan
daripada kelenjar pituitari menyebabkan perkembangan testosteron, hormon seks
lelaki yang menggalakkan penghasilan sperma.
(iii) Sperma dihasilkan melalui tiub epididimis. Sperma yang matang keluar
daripada epididimis melalui vas deferens dan menuju ke vesikal seminal.
Vesikal seminal ialah struktur bersaku kecil yang tersambung dengan duktus
ejakulasi.
(iv) Semasa ejakulasi, lelehan daripada kelenjar vesikal seminal dan prostat
bercampur dengan sel sperma. Vesikal seminal akan memasukkan sedikit gula ke
dalam vas deferens untuk membekalkan tenaga kepada sperma. Kelenjar prostat
membekalkan air mani. Keadaan duktus bertindak untuk melicinkan pergerakan
sperma. Dua kelenjar cowper sebesar saiz kacang pi menghasilkan bendalir yang
membersihkan uretra supaya tiada sisa air kencing yang mungkin menjejaskan
keselamatan sperma.
(v) Daripada duktus ejakulasi, sperma bergerak melalui salur panjang uretra dalam
zakar. Air kencing dan sperma dikeluarkan daripada tubuh melalui uretra.
Apabila sperma dibebaskan, suatu injap memberhentikan pengaliran air kencing.

3.3.3 Umur Kematangan

Setiap ketika setiap hari kita terlibat dalam proses yang dikenali sebagai ketuaan atau
peningkatan umur. Peningkatan umur ini merupakan tempoh perubahan pertumbuhan
dan perkembangan yang akan membawa kita kepada peningkatan mental, emosi,
spiritual dan fasa-fasa perkembangan fizikal tubuh. Ia merupakan pola perubahan hidup
yang wujud sepanjang hayat kita. Umur dikategorikan kepada beberapa kategori seperti;

54 OUM
TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

(a) Umur Biologikal


Umur biologikal merujuk kepada umur relatif atau keadaan sistem atau organ tubuh
seseorang individu. Ianya adalah tahap fungsi fisiologikal individu berbanding individu
lain yang sebaya dengannya.

(b) Umur Psikologikal


Umur psikologikal merujuk kepada keupayaan adaptasi dan kesedaran individu terhadap
kebolehannya. Pengalaman hidup membantu individu untuk menghadapi dan menangani
cabaran hidup.

(c) Umur Sosial


Umur Sosial merujuk kepada tabiat dan peranan individu terhadap kehendak sosial.
Individu dalam tahap umur tertentu berkongsi minat, pendapat dan ideologi yang sama.

(d) Umur Kronologikal


Umur Kronologikal merujuk kepada jangka hayat umur seseorang individu telah hidup
sejak ia dilahirkan. Ianya sering digunakan bagi menentukan kelayakan seseorang individu
untuk urusan-urusan rasmi dan formal seperti mengundi, bersekolah dan pekerjaan.

(e) Umur Functional


Umur Functional merujuk kepada cara mana individu berfungsi berbanding dengan orang
lain yang sebaya dengannya.

Proses kematangan umur melibatkan dua aspek iaiitu;


(a) Aspek Fisiologi
Aspek fisiologi adalah perubahan fisiologi yang wujud di dalam tubuh individu sebagai
natijah daripada proses ketuaan.

(b) Aspek Kognitif


Aspek Kognitif adalah perubahan yang wujud berkaitan kecerdasan, daya ingatan dan
kefahaman individu.

RUMUSAN
Topik ini telah menjelaskan tentang kepentingan asas sains dalam pendidikan kesihatan.
Pengetahuan dalam bidang sains akan membantu kita untuk mengenal pasti serta
memahami tentang struktur dan fungsi sistem serta organ tubuh badan manusia.
Kecelaruan dan kegagalan sistem tubuh untuk berfungsi akan menjejaskan kesihatan
serta menyebabkan kecacatan kepada manusia.

GLOSARI
Biologi – Sains yang mengkaji tenaga dan jirim yang berfungsi sebagai
suatu sistem kehidupan.

Sosiologi – Kajian tentang kumpulan sosial manusia yang meliputi keluarga,


kumpulan agama, organisasi sosial, trend populasi, pendidikan,
aspek ekonomi dan status kumpulan minoriti.

OUM 55
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN TOPIK 3

Sosialisasi – Proses yang digunakan oleh kumpulan atau masyarakat untuk


menyalurkan perkembangan individu ke dalam tingkahlaku
personal dan sosial yang diterima bagi memenuhi peranan
sebagai ahli dalam kumpulan sosial tersebut.

Psikologi – Bidang ilmu sains tingkahlaku yang mengkaji tingkahlaku


manusia.

Fisiologi – Kajian terhadap fungsi sistem-sistem organik tubuh manusia.

Sistem Rangka – Rangka tulang dan rawan yang melindungi organ-organ tubuh
dan membantu pergerakan manusia.

Sensasi – Keadaan kesedaran situasi dalaman atau luaran tubuh.

Pembiakan – Proses di mana bahan-bahan genetik di sampaikan daripada


generasi ke generasi.

UJIAN 1
1. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan psikologi?

2. Berikan DUA (2) contoh yang dimaksudkan dengan individu yang secara psikologinya
sihat?

3. Berikan DUA (2) fungsi sistem rangka?

4. Kecelaruan dan kegagalan sistem otot akan menjejaskan kesihatan serta menyebabkan
kecacatan kepada manusia. Berikan DUA (2) kesan kecelaruan dan kegagalan fungsi
sistem otot.

UJIAN 2
1. Nyatakan DUA (2) daripada LIMA (5) proses yang terlibat dalam sistem penghadaman

2. Beri dua daripada EMPAT (4) keadaan yang diperlukan bagi mewujudkan sensasi

3. Berikan DUA (2) daipada EMPAT (4) ciri sensasi.

4. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan modaliti?

56 OUM
TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

RUJUKAN

Donatelle, R.J. & Davis, L.G. (1994). Access To Health. (3rd ed). Englewood Cliffs, New York:
Prentice-Hall Inc.
Nixon, J.E. & Jewett, A.E. (1980). An Introduction to Physical Education (9th ed.). Philadelphia:
Saunders College Pub.
Tortora, G.J. (1991). Introduction to Human Body. (2nd ed.). New York: Harper Collins Pub.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001) Modul Pendidikan Kesihatan Keluarga. (Modul 1–
5). Kementerian Pendidikan Malaysia.
Wilmore, J. H. & Costil, D.L. (1994). Physiology of Sport and Exercise. Champaign. IL: Human
Kinetics.

OUM 57

You might also like