You are on page 1of 9

Soalan Ice breaking

Apa perasaan awak ketika membuli? Tidakkah awak merasa kasihan setelah

meninggalkannya? Pernahkah awak terfikir bagaimana keadaannya selepas awak

membulinya? Adakah awak menyelami perasaannya semasa dan selepas dibuli?

Pernahkah awak membayangkan jika awak sendiri dibuli oleh orang yang lebih

dewasa dari awak?

Memahami world-view

Guru perlu fahami latar belakang keluarga pelajar, keadaannya ketika di dalam

kelas, sedang belajar, ketika bersama kawan-kawan dan guru, penampilannya, gaya

percakapannya dan ketika keseorangan. Perkara ini boleh diselidik melalui guru-guru,

rakan-rakan, ibubapa, orang yang rapat dengannya, atau orang yang boleh

bekerjasama dengan kaunselor. Justeru itu, bolehlah guru membuat kesimpulan

bahawa bagaimanakah pendekatan terbaik boleh dilaksanakan tanpa menjejaskan

hubungan kaunselor dengan pelajar pembuli tersebut, atau lebih dikenali sebagai klien

kaunselor.

Dapatkan maklumat tentang tempat tinggal, masa yang diluangkan di rumah

atau aktiviti-aktiviti lain yang biasa mereka lakukan. Begitu juga, kekuatan dan

kelemahan pelajar dari segi hobi, minat, persahabatan, keupayaan atau kemampuan

menangani atau menguasai permasalahan. Seterusnya kaunselor perlu menilai tingkat

atau tahap kekecewaan yang mereka hadapi.

Banyak kemungkinan yang perlu guru kaunsler jangkakan seperti

dipermainkan kata-kata dan soalan atau hanya berdiam diri menunjukkan tanda

protes. Kaunselor perlu memahami helah bela diri kliennya menurut pandangan
Rogers mengenai manusia. Persediaan dan strategi perlu disenaraikan sebelum

perkara tersebut terjadi. Kaunselor perlu bijak berkomunikasi atau menunjukkan

bahasa badan yang mudah disenangi oleh klien. Salah satu contoh yang disarankan,

kaunselor boleh menunjukkan album-album atau gambar-gambar atau sengaja

dipaparkan dan diletak diatas meja. Jika ada pertanyaan, jawablah dengan baik dan

ikhlas sambil menerapkan nilai-nilai murni serta iktibar.

Menurut teori personaliti Freud (Jas Laile, Suzanna Jaafar 2002) secara amnya

individu yang berada di tahap prasedar merujuk kepada semua pengetahuan dan

ingatan yang boleh dibawa ke tahap sedar. Pelajar pembuli terbabit kurang sedar

bahawa mereka mempunyai masalah keluarga yang amat membuntukan. Dalam

keadaan prasedar, perasaan sedih dan tekanan dipendam begitu sahaja sehingga

desakan-desakan inilah yang menjadi penggerak kepada tingkah laku mereka.

Ego yang bersifat separuh sedar akan beroperasi berasaskan prinsip realiti. Ia

bertanggungjawab mengendalikan kehendak-kehendak dan desakan-desakan id (Jas

Laile, Suzanna Jaafar 2002).

Hakikatnya, superego merupakan identiti sebenar pelajar terbabit kerana

superego beroperasi mengikut prinsip kesempurnaan dan berfungsi menghalang

kehendak-kehendak antisosial id dan menyebabkan seseorang akan merasa bersalah

apabila bertingkah laku tertentu. Egolah yang akan menyeimbangkan kehendak-

kehendak id dengan halangan-halagan sosial (superego). Dengan kata-kata lain, id dan

superego sering berkonflik dan Freud percaya konflik inilah yang menyebabkan

terhasilnya tingkah laku devian. (Jas Laile, Suzanna Jaafar 2002)

Cari punca masalah


Dalam proses kaunseling untuk mencari punca masalah, kaunselor perlu cuba

mengumpul sebanyak-banyak maklumat peribadi klien. Semakin banyak data peribadi

yang diperolehi, semakin mudah kaunselor melihat dan mengenal pasti punca masalah

sebenar. Dalam tahap menerokai masalah ini, kaunselor perlulah menilai dan memilih

jenis rawatan yang sesuai bagi pelajar tersebut.

Semua maklumat yang relevan akan dijadikan bahan rujukan semasa sesi

kaunseling. Kadangkala maklumat yang diberikan oleh pelajar mungkin merupakan

satu bukti kenapakah pelajar bertingkah laku sedemikian. Kebanyakan maklumat

yang diberi, datangnya secara spontan atau semula jadi (Mansur 2003)

Sedikit sebanyak peranan kaunselor semakin berkembang. Tingkah laku

empati atau daya menyelami dan memahami perasaan dan emosi pelajar harus

ditunjukkan apabila mereka meluahkan perasaan. Jadikan apa sahaja isu

ketidakpuasan klien sebagai topik utama perbualan. Jika ada sedikit provokasi atau

sokongan, ia akan lebih membantu untuk terus berkomunikasi. Kaunselor juga perlu

faham kebanyakan kanak-kanak masih belum pandai menyusun kata-kata apabila

meluahkan perasaan. Kemungkinan juga mereka ada kekesalan atau ketidakpastian

apabila isu itu dibangkitkan dan ia membuatkan mereka gelisah dan tidak selesa

apabila berkata-kata dan akhirnya mereka lebih selesa berdiam diri.

Di sinilah, galakan dan pertanyaan demi pertanyaan boleh dilakukan

kaunselor. Elakkan soalan yang membuatkan klien menjawab sepatah perkataan

sahaja (Mansur 2002). Kaunsler boleh berikan pertanyaan dalam nada gurauan untuk

memulihkan perasaan pelajar.

Bina matlamat bersama


Sebagai kaunsler, perubahan ke atas pelajar pembuli adalah diharapkan

malahan mereka akan jadi seorang pemaaf dan melupakan segala permasalahan

keluarga yang sedang dihadapi dengan tindakan bijak.

Berikan cadangan-cadangan atau aktiviti saranan kepada klien bagaimana

untuk menyelesaikan masalahnya. Antaranya menasihatkan tidak meninggalkan

sembahyang atau sembahyang lebih awal, tidak pergi ke tempat-tempat yang tidak

elok sama ada berseorangan atau berkawan, pulang ke rumah sebelum menjelang

maghrib. Pada malam hari pula, pastikan diri sendiri telah menyiapkan kerja sekolah

atau mengulangkaji. Masa untuk menonton televisyen juga perlu dihadkan dan masa

yang terluang diisi dengan membaca buku-buku cerita yang menarik. Begitulah

kehidupan yang bermakna diperingkat umurnya sebagai seorang pelajar.

Buka minda klien tersebut, jika perkara sebegini dijadikan rutin, pada suatu

hari kemungkinan ibubapanya akan perasan anak mereka adalah seorang yang baik

budi perkerti. Ibubapa juga ada perasaan malu dan sedar akan kesilapan mereka

kerana mewujudkan permasalahan. Di situlah klien digalakkan jadi seorang pemaaf.

Tetapi, agak sukar baginya untuk mematuhi peraturan baru serupa ini kerana ia

sudah selesa dengan tabiat lama. Kaunselor perlu membuat mereka ”keluar dari zon

selesa” dan mengharapkan mereka melazimkan diri membuat perkara baru yang

padanya bukan sahaja tidak selesa, mungkin juga menyeksa.

Perkara ini tidak mungkin berjaya sekiranya perubahan itu mahu dilakukan

secara mendadak. Perubahan tetap akan berlaku. Ia berada di sekelilingnya terutama

jika kaunselor kerap memantau atau beri perhatian yang lebih di sekolah secara tidak

langsung di rumah.

Sebagai kaunselor yang yang proaktif dalam bidangnya, buatlah sedikit

perancangan untuk masa depan kliennya. Mungkin boleh menetapkan matlamat


jangka pendeknya melalui salah satu markah peperiksaannya, atau menetapkan

bilangan pembacaannya sama ada novel, buku cerita atau majalah, atau menetapkan

kedudukan peperiksaannya dalam bilik darjah. Tidak ketinggalan juga aktiviti

kokurikulum yang ingin mereka sertai.

Tanganilah perubahan-perubahan yang mungkin berlaku dan kaunselor perlu

peka dengan petanda-petanda perubahan tersebut.

Pelan tindakan

Bagi mewujudkan perubahan, kaunselor dan klien harus membuat satu kontrak

terapeutik yang akan mendatangkan akibat pada diri klien tersebut. (Mansur 2002).

Pelan tindakan untuk menangani perubahan anak-anak mempunyai tahap-

tahap tertentu. Ia melibatkan enam tahap (Syukri 2006). Modul perubahan tertersebut

diadaptasikan ke atas pelajar pembuli.

Sebagai guru kaunselor, kemungkinan merekalah harapan terakhir untuk

pelajar berubah selain ibubapa jika ia dapat membantu. kaunselor perlu menyatakan

kepada kliennya tentang keperluan mereka untuk berubah. Beri gambaran yang jelas

apa perlunya berhenti membuli malahan amat mementingkan tingkah laku dalam erti

kata disiplin dan pelajaran. Kelak, mungkin klien akan jadi seorang penjenayah,

merompak, kaki buli atau memukul isteri apabila mereka dewasa kerana keberanian

mereka akan sebati dan semakin bertambah. Akhirnya mereka terpaksa menghabiskan

masa di penjara diusia yang masih muda.

Beri mereka pilihan, jika mereka mementingkan pelajaran dan matlamatnya

mendapatkan apa sahaja sijil, mereka akan dapat pekerjaan yang membanggakan

dengan gaji yang lumayan. Segala keperluan yang ingin dikecapi dengan mudah dapat
disediakan. Tindakan kaunselor perlu meneruskan usaha menegur dan menasihati

serta menggunakan kebijaksanaan agar mereka tidak mudah jemu dan bosan. Selagi

komunikasi memberangsangkan atau klien mendengar dengan baik, selagi itulah

masih ada peluang untuk membantunya (Syukri 2006).

Tahap kedua, tindakan menasihat atau menegur yang berterusan akhirnya

boleh membuatkan murid berfikir untuk berubah. Mereka sedar mereka telah

mengambil perhatian guru dan menganggap diri mereka diambil berat. Kaunselor

boleh menyatakan hakikat bahawa ”pada suatu hari nanti pasti aku akan berubah”.

Selain itu, kata-kata cetusan untuk mereka berfikir; ”apa nak jadi dengan aku

ni”, ”sampai bila aku nak jadi begini”, ”oh, tak boleh jadi, aku tak boleh membuli

lagi, kasihan budak itu”, ”sampai masanya untuk aku tumpukan pada pelajaran”, ”aku

nak masuk universiti”. Kaedah soal jawab juga boleh membuatkan kilen terfikir.

Tahap ketiga, perubahan akan berlegar-legar dalam pemikiran mereka jka

mereka bersedia untuk berubah. klien mula berfikir mengenai jalan penyelesaian

kepada masalah yang sedang dihadapi. Kaunselor boleh tanya pendapat klien

bagaimana mereka akan berubah atau apakah akan mereka lakukan selepas sahaja

melangkah kaki keluar dari bilik kaunselor ini. Atau, terdapatkah rancangan-

rancangan atau aktiviti-aktiviti yang menarik akan dilakukan sebagai seorang pelajar.

Beberapa siri soalan boleh dikemukan untuk membina kontrak perubahan. Jawapan

yang diberikan merupakan satu perubahan yang besar dalam pemikirannya. (Mansur

2002).

Di sini, mereka tidak lagi terperangkap dalam dunia masa lampau. Mereka

telah berfikir mengenai masa depan yang lebih gemilang. Berilah senyuman kelegaan

dan kepuasan kepada klien. Kata-kata yang perlu diluahkan seperti; ”rupa-rupanya

awak ni seorang yang baik”, ”saya tahu awak memang cool dengan masalah awak”,
”awak memang bijak menangani apa sahaja permasalahan”. Kata-kata semangat dan

motivasi membuatkan klien akan meneruskan usahanya.

Apa sahaja tindakan yang dilakukan klien merupakan suatu perubahan yang

ketara. Ia merupakan satu lagi tingkatan tahap perubahan. Melalui percakapan atau

perjanjian bersungguh-sungguh yang termetrai sudah cukup membuktikan klien

terbabit akan berubah. Beri kepercayaan sepenuhnya serta keyakinan dengan

menyatakan ”kamu boleh melakukannya”, ”janji pada cikgu, matematik kali ini mesti

lulus, malahan kamu akan dapat A”. ”cikgu percaya kamu tidak akan buli lagi”.

Selain dari perubahan fizikal, kaunselor juga perlu galakan perubahan

sosialnya. Minta mereka mencari kawan atau kelompok baru melainkan perubahan

juga turut dilakukan oleh kawan-kawan lamanya. Dengan menghabiskan masa

bersama kawan baru yang rajin belajar atau aktif bergiat dalam kokurikulum, klien

terbabit akan memperolehi sokongan luaran yang lebih bermakna kepada perubahan

yang dibawa. Sokongan adalah penting agar perubahan boleh bertahan.

Kaunselor perlu membuat pemerhatian adakah apa yang diharapkan akan

berlaku setelah klien keluar dari bilik kaunseling. Catatan yang ditulis perlu diambil

kira untuk memastikan di tahap manakah perjalanan perubahan tersebut masih

tersangkut.

Tahap mengekalkan perubahan adalah tahap yang paling mencabar kerana

bukan ramai orang boleh mengekalkan perubahan untuk jangka masa yang panjang

(Syukri, 2006). Salah satu bantuan yang amat diperlukan ialah membekalkan

sokongan dengan sentiasa mengambil tahu tentang keadaan klien sama ada dia sedar

atau tidak. Soal selidik melalui rakan-rakannya, guru-guru atau ibubapa boleh

dilakukan tanpa pengetahuannya. Jika masih ada permasalahan, carilah peluang untuk

mendampinginya selain memanggilnya ke bilik kaunseling. Serba sedikit klien akan


rasa dirinya terkawal atau diambil berat dan malu jika membuat kesilapan yang sama.

Perkara yang paling utama, kaunselor harus tahu bagaimanakah perjalanan

pembelajarannya di kelas atau perkembangan markah-markah ujiannya. Segala

aktiviti yang disediakan dan dipantau oleh kaunselor akan membuatkan pelajar tiada

masa memikirkan hal membuli atau aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.

Menurut (Arkes 1982) cadangan Maslow dalam membantu memotivasikan

seseorang, manusia terdorong mencapai keperluan yang lebih tinggi kiranya

keperluan yang lebih rendah telah dicapai. Begitu juga mengajar mereka supaya lebih

sensetif terhadap perasaannya dengan tidak mengabaikan permasalahan yang

dihadapi. Cuba untuk berhadapan dengan masalah dengan cara yang bijak walaupun

permasalahan tidak semestinya dapat diselesaikan.

Sifat semula jadi remaja yang suka mencuba lebih-lebih lagi bertujuan untuk

mendapatkan kedudukan yang tinggi dari rakan sebayanya perlulah disalurkan ke arah

perkara yang positif seperti lebih maju dalam pelajaran, kokurikulum atau hobi.

Keperluan dalam hirarki tertinggi maslow juga merupakan keinginan yang ingin

dicapai oleh mereka.

Bibliografi

Arkes, H.A. (1982). Psychological Theories of Motivation. Belmont, california:

wadworth.

Jas Laile, suzanna jaafar (2002). Psikologi kanak-kanak & remaja. Dewan bahasa dan

pustaka. Kuala lumpur.

Muhd. Mansur Abdullah, s. nordinar mohd. Tamin (2003). Proses kaunseling edisi

kedua. Dewan bahasa dan pustaka. Kuala lumpur.

Shukri abdullah. (2006). Anakku bijak belajar. Al-ameen serve holdings sdn. bhd.

You might also like